Pages

Thursday, January 29, 2015

FROZEN JAPAN 1: Pre Journey



Kali ni trip ke Jepun sengaja pilih time winter,hajat utama ialah nak merasa main ski..ada kelainan sikit walaupun sudah pasti ada banyak cabaran dan limitation...kena ada persediaan rapi untuk berdepan dengan cuaca sejuk dan masa siang yang pendek.Rasanya ni trip yang paling banyak benda kena prepare,jadi agak terpanjang jugaklah entri kali ni.

Jadi beginilah persediaan trip ke Jepun kami :

1.FLIGHT
Air Asia-book dari KL-Nagoya harga inclusive seat,meal,baggage semua around 1k sorang


2.SKI RESORT
Agak memeningkan kepala juga mulanya nak cari info pasal ski resort ni especially untuk first timer macam kami  ni.Ada beratus kot ski resort di Japan ni.Jadi slow-slow browse info ski resort yang mesra tourist i.e ada staff dan ski school in English.Ada beberapa website tentang ski resort di jepun,http://snow.gnavi.co.jp/en/ antara yang aku rasa sangat informative.

Pada mulanya aku nak pilih ski resort di Hakuba..tak jauh sangat dari Nagoya,tapi Sal pula bercadang nak visit tempat yang ada snow monkey.
Jadi akhirnya kami putuskan untuk ke Nagano,ada sebanyak 87 ski resort dan kami pilih Yakebitaiyama Ski resort di Shiga Kogen yang ada ski school in English dan tak jauh dari Jigokudani Snow Monkey Park.


3.ACCOMODATION
      Setelah confirm ski resort yang nak dituju,ini next agenda yang sangat penting untuk settle awal-awal..choice untuk bilik bertiga dengan private bathroom agak terhad sebab tu dari awal aku dah spend masa untuk selesaikan dulu ni.Alhamdulillah dapat apa yang dicari dan puas hati jugalah dengan penginapan tu semua.

Oleh sebab kami cover banyak tempat jadi ada 4 accomodation yang perlu dicari.Di Nagoya kami akan stay di rumah seorang kenalan,jadi perlu cari 3 tempat yang lain.Macam biasa tripadvisor jadi tempat rujukan,setelah extensive browsing maka tempat yang berjaya di booked ialah :-

7-9 Jan : Prince Hotel,Shiga Kogen
              -accomodation di ski resort
              -family room-katil ada 4- price JPY34212/2nites,so sorang bayar lebih kurang RM335
              -takda cooking facility,free wifi di lobi
             - book di website Prince Hotel- rate lebih murah dan bayaran dibuat semasa check out.

9-11 Jan : K's House Takayama
               -guesthouse, 1 single bed & 1 double decker
               -common living room and fully equipped kitchen
               -laundry facility(berbayar),free wifi di bilik,ada lif
               -booked tru Booking.com
               -harga JPY22800 / 2nites (~RM223 per pax)-bayar masa check in


11-15 Jan : Villa Court Karasuma Nanajo,Kyoto
                 -apartment, 3 beds
                 -3 tingkat,no elevator
                 +kitchen (no kitchenware),+laundry (washing machine di bilik,dryer -berbayar)
                  -free wifi
                  -book tru Booking.com
                  -harga JPY35600 /4 nites (RM362 per pax)-kena bayar full sebulan before check in date

               

4.JR PASS
Main transport di Jepun ialah dengan menaiki train JR Line memandangkan trip ni cover banyak tempat.Sangat berbaloi pakai unlimited pass macam ni.Voucher untuk JR Pass ni khas untuk pelancong dan hanya boleh dibeli di luar Jepun,boleh pilih nak beli secara online atau beli direct di JTB office yang terletak di Bukit Bintang dan KLCC.

-Kami beli direct di kaunter JTB yang terletak di Event Hall,2nd floor Isetan,KLCC.Lebih mudah ke sini sebab dibuka setiap hari daripada pukul 10.30am - 8.30pm.yang di Jalan Imbi BB pula buka office hour 9am-5.30pm,kalau sabtu half day,tu pun kena buat appointment kalau nak datang.

-Time ni exchange rate agak bagus,kami dapat beli 7 Days Nationwide Pass dengan harga RM873.


5.MONEY CHANGER
Aku monitor closely exchange rate di website money master,rate terendah ialah 1000yen=RM29.40,
2 minggu sebelum berangkat ringgit tengah jatuh dan slowly exchange rate jugak meningkat,aku  tak jadi nak tukar duit time tu,nak tunggu lagi mana tau last-last minit nanti rate turun balik...Alhamdulillah syukur jugak dengan kesabaran menunggu,3 hari sebelum departure aku ke Midvalley,masa tu dah turun balik pada best rate rm 29.40,esoknya terus naik pada rm30.


6.ITINERARY
Yang paling mencabar untuk siapkan itinerary Nagano,tak banyak info dan ada journey yang kami perlu naik bas.Jadual bas dalam english memang takda,kalau ada pun susah nak difahami,jadi banyak perkara kena estimate saja,maklumat terperinci hanya boleh didapati bila sampai di sana.

-Lagi sekali setelah extensive browsing dan gather segala maklumat yang perlu, apps HYPERDIA untuk timetable train memang sangat membantu,jadi boleh estimate time berapa lama diperlukan untuk setiap journey.Di Kyoto transport memang superb,ada JR line,ada local train/subway dan jugak bas yang sangat frequent...jadi sangat convenient nak ke mana-mana dalam Kyoto atau area Kansai yang lain seperti Osaka dan Nara.

-Di Nagoya aku tak prepare sangat sebab bole tanya je kenalan kami tu,aku just plan nak tengok winter illumination di garden bernama Nabana No Sato di Nagashima,lebih kurang 50min dari Nagoya.

7.LEARN JAPANESE
Biar betul kan,takkan nak kena expert cakap Jepun baru boleh g sana,insyaAllah tak pandai sepatah pun  boleh survive..tapi untuk mudahkan sikit keadaan dan menjimatkan masa elok belajar jugaklah phrase yang penting.Perkataan macam Konichiwa (hello),arigato gozaimas (terima kasih banyak),sumimasen (excuse me/sorry),sake,mirin (jenis alcohol),niku (daging) adalah perkataan yang kerap kena sebut masa di sana, Learn Japanese pro antara apps yang sangat membantu.

8.MAKANAN
Jepun antara tempat yang payah nak cari makanan halal,kalau ada pun harga agak expensive.Actually banyak  je makanan Jepun yang boleh dimakan,yang penting kenalah tanya dan pastikan mereka faham apa yang kita maksudkan.Tapi memang kena berjimat cermatlah bab makan ni sebab kosnya at least rm20-30+ sekali makan.
Luckily seperti Korea,Jepun pun mudah untuk kita bawa makanan-makanan instant yang perlu dari sini,serunding,sambal ikan bilis,cili tuna,lauk dan nasi instant Brahim,milo,horlicks 3 in 1,mee segera adalah antara makanan yang kami bawa semasa ke sana.

9.WINTER CLOTHING
Sememangnya untuk barangan winter seperti jaket,thermal wear,stokin,gloves,beanie hat,boot adalah jauh lagi murah harganya kalau dibeli di sana.Tapi yelah takkan semua nak borong masa dah sampai,dah tentu kena jugak prepare sikit-sikit dari Malaysia lagi.Di sini kami beli thermal wear di Uniqlo,harganya reasonable jugalah...jaket dan gloves  dh beli di Korea dulu,kasut aku just pakai sport shoe yang high cut,tapi actually tak berapa sesuai,sebaiknya pakai boot...tapi masa kat  sana tak sempat beli pulak.
Sampai sana memang sepanjang trip kami tambah koleksi apa yang patut,satu sebab nak pakai,satu lagi sebab memang tergoda dengan harga yang berkali ganda lebih murah dari di sini.
Satu lagi yang amat penting ialah losyen pelembab,moisturiser muka dan vaseline ,untuk jenis kulit yang cepat kering sangat memerlukan produk yang power ,kalau teruk olive oil sangat bagus untuk melegakan kulit yang kering,menggelupas dan gatal.


Jadi setelah berbulan tiket di booked dan sarat lagi tepu otak membaca info dan menyiapkan itinerary serta berbagai preparation maka bermulalah Frozen Japan Trip kami pada 7 -17 January 2015.



Sambung......

Wednesday, January 21, 2015

PERTH HOLIDAY 12 :Finale & Travel Tips

31 August 2014

Last Day in Perth

Selesai di Fremantle Prison kami pun bergegas ke E-Shed Market yang bakal tutup around pukul 5,masa tu dah 4 lebih.Sempatlah kami menyelesaikan misi di sana,tukar size t-shirt dan juga tokok tambah souvenir yang tak cukup.

jangan lupa bayar parking
Habis misi di E-Shed market singgah sebentar di Fremantle Market pulak...dah pukul 5 lebih tapi still bukak lagi,may be around 6pm baru tutup.Aku beli buah-buahan sikit,epal dan strawberi untuk dibawa balik,epal tu adik aku yang kirim.Dan kemudian kami singgah ke Coles...Sal pula nak singgah cari kacang-kacang atau coklat sebagai souvenir untuk rakan sekerja malangnya dah tutup pukul 5pm.

Jadi kami pun ke Kailis Fish Market cafe untuk dinner...macam biasa aku order traditional fish & chips,Sal pula order grilled fish and chips.Dah pukul  6 lebih ni cuaca agak sejuk,jadi seat dalam restoran dah penuh,terpaksalah duduk di seat luar.



Personally aku rasa ikan di sini kurang fresh berbanding Cicerello's...tapi tak tahulah kalau faktor masa yang dah petang mempengaruhi rasa ikan tu,di Cicerellos dulu kami makan masa awal pagi.Tapi grilled fish yang Sal pilih memang sedap.Alhamdulillah perut dah kenyang terisi,kami pun bergerak meninggalkan Fremantle.

Dalam perjalanan ke central Perth ternampak pula sebuah kedai bernama Boatshed Market yang masih dibuka.Kami singgah untuk dapatkan barangan yang dihajati...kacang macadamia,coklat,strawberi antara barangan yang dibeli.

Kami meneruskan perjalanan ke central Perth,kali ni ke William street mencari Perth Mosque,cadangnya nak bersiap-siap di situ sebelum gerak ke airport.Namun waktu kami tiba jam 8 lebih tu mosque dah ditutup dan berkunci.Jadi tak tercapailah hasrat nak bersolat di situ.Maka kami teruskan saja perjalanan ke Perth International Airport.

William street
Tiba di airport  kami tanya pada guard parking untuk pulangkan kereta.Terus saja drive ke hujung airport dan nampaklah parking bay yang besar untuk car rental...tiap company ada lot mereka sendiri.Safely parked di lot Budget Car Rental,kami pun pulangkan kunci di kaunternya di dalam airport,just drop car key dalam kotak yang disediakan,simple je.



Dengan masa yang masih banyak sebelum flight berlepas sempatlah kami mandi,solat dan arrange barang-barang sebelum check in.Memang fully utilised 30kg baggage allowance,agak banyak barang yang dibeli kali ni berbanding trip Gold Coast dulu.Selesai urusan check in 1 Sept 2014 jam 1.25am kami pun terbang meninggalkan bumi Perth dan membawa kenangan baru pulang ke Malaysia.

Travel Tips

Tips  ke Perth ni sebahagian dah di tulis dalam entri pre journey,beberapa point tambahan yang dikutip sepanjang perjalanan ialah :

1.Kalau sewa kereta pastikan accomodation ada free parking space,harga overnite parking berbayar agak expensive,better spend untuk tujuan lain.Kalau takda parking space bole je letak kat parking space jalan,after 6pm hingga 8am tak payah bayar,tapi jangan park dekat parking teksi pulak,sure kena saman.

2.Bagus juga kalau dapat check kalau ada any major event yang berlangsung especially di central Perth yang menyebabkan jalan ditutup pada kenderaan.Elakkan kawasan tersebut sebab ikut pengalaman memang takda alternatif route,mungkin ada tapi kami yang tak tau,Wallahualam.

3.Follow je speed limit dan lain-lain peraturan jalan raya dan jangan lupa bayar parking...kena fine dalam dollar memang perit nak bayar,Alhamdulillah trip kami selamat dari saman walaupun kadang tu memang ada terbabas sikit tang speed limit tu.

4.Sentiasa check harga petrol online untuk cari petrol station with best price,ada banyak apps boleh digunakan,biasa di Perth memang lebih murah berbanding di luar bandar..kami isi full tank bila kat Perth je...masa jalan kat luar just isi sikit-sikit.

5.Generally souvenir di E-shed market memang murah,cuma tempat ni dibuka Jumaat-Ahad je,tapi jangan risau sebab still boleh pergi ke gudang Megabes anytime,tak sempat shopping siang boleh pegi malam,just call je owner dia,contact ada dalam entri ini.

6.Untuk central Perth dan Fremantle boleh naik free CAT bus untuk transportation,tapi just be aware tentang masa ianya beroperasi,definitely bukan sepanjang hari.

7.Sentiasa jugak check daily wheather forecast ,itinerary kena adjust jugak bergantung pada keadaan cuaca.Ni perkara yang kami agak terlepas pandang dan menyebabkan masa terbuang.

Oklah rasanya cukup setakat ni coretan tentang Perth,lepas ni kalau ada rezeki boleh terjah destination lain pula di Australia.Insya Allah coretan tentang winter trip ke Jepun yang baru selesai bakal menyusul...till then Good Day Mate!!

Tamat

Tuesday, January 20, 2015

PERTH HOLIDAY 11 : Fremantle Prison

Happy New Year 2015!!

Agak lewat untuk wish happy new year,awal bulan agak sibuk dengan trip yang terbaru,tapi takpalah memandangkan masih Januari....sekejap saja setahun berlalu,entri pertama tahun baru tentang Perth yang tak habis ni pun dah jadi cerita basi tahun lepas.
2014 berlalu dengan berbagai warna...dah tentu musibah-musibah besar yang melanda negara meninggalkan kesan yang meruntun hati.Tabahlah wahai jiwa-jiwa yang diuji,mudah-mudahan lembaran tahun baru 2015 membawa limpahan rahmat dan kebahagiaan buat kita semua.

Sambung cerita-cerita di penghujung trip Perth.

31 August 2014

Selepas beredar dari Caversham Wildlife kami pun lalu semula ke central Perth untuk ambil beg di hotel Rendezvous.Sambil tu singgah sebentar di Swan Bell Tower untuk bergambar-gambar.Alhamdulillah event marathon tu dah selesai dan trafik kembali lancar.


SWAN BELL TOWER

Cuaca sangat baik hari ni...Swan Bell Tower terletak di Barrack Square menghadap Swan River.Tower berbentuk unik yang setinggi 82.5meter ni menempatkan 18 set of bells.12 darinya merupakan set of royal bells dari kurun ke 14.Bells tersebut asalnya terletak di St-Martin-in-the-fields church di Trafalgar Square London.Loceng di gereja tersebut telah diganti dengan set yang baru pada tahun 1988 dan Church of England telah menghadiahkan set loceng lama yang bersejarah  tersebut kepada City of Perth.

Sejarahnya Bells of St Martin telah dibunyikan untuk historic occasions sejak  600 tahun dahulu.Antara event penting tersebut termasuklah kekalahan England kepada Spain pada tahun 1588,kepulangan Kapten James Cook's ke England pada tahun 1771 dan kemenangan England dalam Perang Dunia ke-2.Selain dari itu ia juga dibunyikan setiap kali kedatangan tahun baru selama lebih 275 tahun dan juga semasa tragedi 9-11 dan Bali bombing.Tak hairanlah pihak kerajaan Australia membina menara khas untuk menempatkan loceng antik yang dah berkurun usianya.

Masa kami datang ni ada renovation di area tersebut,kami taklah berhajat nak naik sampai ke atas,cukuplah dengan bergambar-gambar di luar dan sekitar Barrack Jetty tu dan kemudian rush untuk ke Fremantle.











FREMANTLE PRISON




Kami tiba di Fremantle prison sekitar pukul 2pm.Yang tak bestnya parking kat sini berbayar...manalah kita tau berapa lama nak ada dalam tu kan.Kami anggarkan tour dalam setengah jam,jadi kami pun letak tiket anggaran dalam sejam kat situ.Bila masuk nak beli tiket untuk tour agak terkejut jugak bila diberitahu Doing Time Tour yang kami nak join tu ambil masa sejam setengah gitu,next tour ialah pukul 2.30pm.Alamak sempat ke nak ke E-shed nanti,bila fikir-fikir balik rasanya sempat,lagipun dah 2 round ke Fremantle takkan nak miss lagi..setakat compound prison tu memang takda apa yang nak ditengok.

Jadi kami pun kembali ke kaunter dan beli tiket tour tu yang berharga $20...bila bertanya macam mana nak extend masa parking,staff tu bagitau just tambah lagi tiket,walaupun ada pertindihan masa tapi kalau ada yang cek diorang akan fahamla.Punyala cuak kan takut kena fine....tak mau la buang duit sia-sia.

Fremantle Prison ialah satu-satunya World's Heritage building di Western Australia.Pada tahun 1827 Captain James Stirling dari England tiba di Swan Valley,oleh kerana area tersebut mempunya great natural attractions ianya telah membawa kepada pembukaan penempatan di situ pada tahun 1829...tiga pekan telah dibina iaitu Perth,Fremantle dan Guildford.



Kerana kekurangan tenaga buruh untuk pembangunan penempatan baru ini maka British telah menghantar banduan ke Western Australia antara tahun 1850 hingga 1868.9721 banduan telah dibawa dalam 43 pelayaran.

So Fremantle Prison adalah antara bangunan yang dibina oleh convicts tersebut pada tahun 1850.Penjara ini  berfungsi selama 136 tahun dan ditutup pada tahun 1991.Penjara ni boleh masuk hanya dengan guided tour.


Memang berbaloi join tour ni,dari mula seseorang convict tu menjejak kaki ke penjara,sampailah ke kehidupan seharian,aktiviti,kerja,type of cells,huru hara akibat kebakaran hingga hukuman mati ke tali gantung semuanya diceritakan dengan detail dan menarik sekali.Aku rasa tour macam ni memang bagus untuk educate public tentang buruknya akibat kalau jadi penjenayah dan betapa sengsaranya duduk dalam prison.
Marilah tengok gambar-gambar ketika kami 'dipenjara'.....


bangunan penjara

jadual harian

bilik penjara tiga tingkat

bilik sempit

hasil karya banduan yang berbakat melukis

karya banduan

compound belakang

pintu double layer

bilik hukuman gantung

bilik-bilik penjara
Jadi tercapailah jua hasrat nak ke prison.Selesai di sini kami pun beredar untuk menyelesaikan misi-misi lain pula.


Sambung........