Wednesday, August 31, 2016

CHASING AUTUMN 11:Journey to Jeonju & Dajeong Guest House

Monday 2 November 2015

Journey to Jeonju


Jeonju
   Nambu express bus terminal (Line 3,#exit 5) merupakan main bus terminal untuk laluan ke arah selatan,jadi bolehlah naik dari sini kalau hendak ke tempat-tempat yang terletak dalam wilayah Gyeongsang-do,Jeolla-do atau Chungcheong-do.

image dari google

   Setibanya di bus terminal kami bergegas ke kaunter untuk beli tiket ke Jeonju,syukur ada bas yang akan berlepas pada 8.10pm,tiket berharga KRW11600 dan bas ni adalah direct express,takda stop untuk perhentian lain.Hanya ada masa 10 minit lagi jadi kami terus tuju ke platform dan menaiki bas yang sudah sedia untuk bertolak.

   Tak sempat pula menggunakan public phone di bas terminal untuk memaklumkan guest house kelewatan  kami ,saat macam nilah  penting handphone ada roaming,walaupun caj agak mahal tapi lebih baik kan dari berisiko tak dapat check in.Jadi aku pun mendail nombor telefon owner guest house dan serahkan pada AJ untuk bercakap...tak sia-sia sahabatku ini  tekun mentelaah Kdrama sejak sekian lama,dalam keadaan owner tu tak pandai English AJ berjaya berkomunikasi dalam bahasa korea dengan beliau,yaay...salute untuk chinggu!Lega rasanya dan barulah boleh tidur dengan lena atas bas tu.

   Agak laju juga driver bawak bas,rasanya macam baru sekejap terlelap,pukul 10.20pm kami dah tiba di Jeonju.Dalam terpisat-pisat tu kelam kabut turun bas sudahnya terlupa ambil anggur yang diletakkan di seat kosong depanku.Rugi betul... rezeki driver bas nampaknya.

   Turun dari bas kami pun menaiki teksi,owner guest house tadi suruh kami naik teksi dan bagitau nak ke Hanok spa...jadi teksi pun hantar kami ke situ.Sampai depan hanok spa kami blur sekejap,takkan guest house ni dalam spa?depan spa ada parking kereta dan kelilingnya nampak macam rumah-rumah persendirian.Dalam pada kami nak call owner guest house seorang lelaki yang berada depan spa tersebut menawarkan bantuan.

   Kami pun berikan telefon untuk lelaki itu bercakap dengan owner guest house,waktu tu seorang ahjumma yang mungkin terdengar perbualan kami dengan lelaki itu keluar dan menunjuk ke arah sebuah rumah berhampiran spa,katanya itulah Dajeong guest house.Patutlah susah nak cam sebab rumah tu dilindungi dengan pagar tembok batu.


Hanok Spa

Dajeong Guest House terletak di sebelah kiri spa

Dajeong GH agak tersorok di belakang tembok
 
Dajeong Guest House


entrance
   Entri ni aku terus buat review untuk guest house ni.Masa cari accomodation di Jeonju mula-mula book motel berhampiran dengan train station sebab plan nak naik KTX.Tapi last minit ubah fikiran sebab lebih mudah nak explore attaction di sini kalau stay berhampiran hanok village.Jadi mode of transport berubah dari keretapi ke bas express.Bagus juga naik bas sebab seat selesa dan tambang jauh lagi murah berbanding train.

   Aku pun survey hanok stay di Jeonju,harga boleh dikatakan murah sedikit berbanding hanok stay di Seoul.Cuma yang tak best kebanyakan hanok bilik air adalah berkongsi,aku pula lebih selesa memilih yang ada private bathroom tapi dah tentu harganya lebih tinggi lingkungan rm200+ semalam.Akhirnya terjumpa Dajeong guest house yang menawarkan harga bilik dengan private bathroom yang murah.Masa tu takda apa-apa review lagi tentang guest house ni sebab ia masih baru.Tengok gambar nampak menarik,jadi aku pun booked bilik double dengan harga rm145 semalam di website Expedia.



tangga ke tingkat atas


   Dari hanok spa kami pun berjalan ke arah guest house,memang sukar nak cam waktu malam ni sebab kami expect akan nampak bangunan sebuah macam hanok tu.Rupanya ia terletak di bangunan kedai,ada sikit-sikit je ciri hanok dari luar,sign board pun kecik je dan Dajeong ditulis dalam hangul.Owner menyapa kami di depan pintu masuk dan menunjukkan korean style double room yang terletak di tepi pintu masuk ground floor.

   Walaupun tersasar dari rupa hanok seperti bayangan kami tapi ternyata tak silap memilih untuk menginap di sini.Harga amat berbaloi,lokasi pula  strategik sebab berhampiran dengan Jeonju hanok village dan juga jalan besar.Bilik sangat spacious,ada almari yang besar dan bilik air juga luas.Kebersihan memang tip top dan suasana sekeliling juga sangat senyap dan aman.

korean futon


closet di sudut bilik

ruang storage yang luas

bilik air
   Kekurangannya tiada ruang spesifik untuk makan,pagi-pagi breakfast ada meja kecil disediakan di ruang tamu,kalau guest ramai agak inconvenient juga.Ada shared kitchen yang kecil dengan basic facility macam toaster,cold n hot water dispenser,fridge dan microwave.Jadi tak sesuai untuk masak memasak.Masa kat sini kami makan nasi instant Brahim yang rendam dalam air panas tu je.

ruang tamu/makan
dapur
   Guest house ni adalah family run business,owner memang baik cuma English memang sangat minimal,cuma anak lelaki mereka pandai sikit cakap English,kalau terserempak mudah sikit nak tanya apa-apa.Boleh bagi rating 8.5/10 untuk guest house ni,recommended untuk yang nak mencari penginapan selesa,jimat dan lokasi strategik berhampiran dengan main attractions di Jeonju.

    Bila dah settle down kami pun merebahkan diri baring atas futon yang selesa,tak sabar nak ke destinasi esok,highlight terpenting untuk misi memburu autumn kami kali ni.

Sambung


SALAM MERDEKA 31 OGOS 2016  




Thursday, August 25, 2016

CHASING AUTUMN 10 :Ewha Womans University & Autumn Shopping in Seoul


Monday,2 November 2015

   Usai bersarapan ringkas roti dan tuna sandwich kami pun check out dari Philstay Economic Guest House.Hajat hati nak tinggalkan beg dulu sementara kami pergi jalan-jalan tapi tiada kelibat staf kelihatan di kaunter pagi ni.Maka kami terus beredar ke Dongdaemun History &Culture station dan simpan beg di locker stesen tersebut.

Ewha Womans University

   Dari DHC station kami turun di Ewha Womans University station,keluar melalui exit 2 dan berjalan terus ke depan kira-kira 10minit.Sesiapa bebas sahaja keluar masuk kawasan universiti ini,tak perlu nak ambil pass pelawat atau nak report ke pak guard.

tangga tinggi dan curam di subway station Ewha University
entrance ke universiti
    Merupakan institut pendidikan moden pertama untuk wanita Korea,ianya diasaskan oleh seorang American missionary bernama Mary F.Scranton pada 1886.Dari sebuah institut kecil kemudian berkembang sebagai kolej dan akhirnya diiktiraf sebagai universiti pada tahun 1946.

view dari kampus yang terletak di area Sinchon

usaha tangga kejayaan

   Ewha bermaksud "Pear Blossoms",nama yang dianugerahkan oleh King Gojong pada tahun 1887.Terdapat banyak pokok pear yang ditanam di dalam kawasan universti ini bersempena dengan namanya.Tapi kami tak perasan pun mana satu pokok pear,leka layan autumn view....memang fefeeling jadi student balik bila jalan-jalan dalam kawasan uni yang cantik ni.

jom g kuliah...








   Dah habis sesi lawatan sambil tak belajar ni kami pun beredar untuk acara shopping pula.

Autumn Shopping di Naemdamun & Myeongdong

   Dari Ewha Womans University misi seterusnya ialah shopping,maka kami pun turun di Hoehyoen station,keluar exit 5,terus belok kanan  dan buat kali keduanya menjejak E-Lengdang market untuk mencari brooch.Mula-mula ternaik pula ke tingkat 3,level ni banyak kedai fresh flower,sempat jamu mata jap tengok gubahan bunga yang cantik-cantik.

bangunan E-Lengdang yang berwarna sage green 


bunga-bungaan di 3rd floor
   Turun satu floor ke bawah barulah level brooch dan aksesori.Kali ni kami tuju ke kedai ahjuma nombor 209  yang selalu menjadi tumpuan orang Malaysia kerana dikatakan harganya agak murah.

lorong berhampiran kedai 209,lupa nak snap  kedai ahjumma sebab leka belek brooch

   Lama juga tersadai di kedai ahjumma memilih-milih brooch yang berkenan di hati,ahjumma memang baik dan sabar je melayan kami.Selesai membeli di situ kawan ahjumma di kedai berhampiran pula sibuk panggil kami ke gerainya pula,tak sampai hati menolak singgah jugalah sekejap dan terjebak beli sikit lagi.

   Selesai shopping brooch kami ke bangunan sebelah yang berwarna oren dan singgah di sebuah kedai souvenir yang terletak di ground floor.Ada yang mengatakan souvenir murah boleh didapati di tingkat 2,tak pastilah pula sebab tak pergi ke situ.Yang di ground floor ni pun dapat harga yang berbaloi juga,unni tu bagi harga special bila tahu kami dari Malaysia,cuma kedainya agak kecil dan pilihan agak terhad,tapi banyak juga hasil belian di kedai tersebut.

bangunan orange sebelah E-lengdang
kedai souvenir yang bagi generous diskaun,terletak di ground floor bangunan orange

    Dari kedai souvenir tadi kami pun dah malas nak explore lagi dan beredar dari Naemdamun market.Kami berjalan kaki saja ke Myeongdong,lebih kurang 10 minit dari situ.Sempat singgah ke gerai buah dan tertarik beli sekotak anggur dengan harga yang sangat murah.Sambung lagi jalan dan sambil tu beli street food,1 kuih ikan yang berinti kacang merah dan jugak hotteok berinti sayur-sayuran.Nikmat dapat makan panas dalam cuaca sejuk begini.

anggur sekotak besar tak sampai rm15

kuih ikan yang kaya dengan inti kacang merah...KRW2000/6pc

hotteok sayur-sayuran KRW1000 
   Sampai di Myeongdong kami ke kedai Nature Republic yang besar tu,ada barang yang mahu dibeli tapi bila fikir malas nak tambah beban berangkut ke sana sini aku putuskan untuk beli semasa di Busan saja nanti.

   Seterusnya kami mencari kedai jam tempat aku beli seutas jam semasa trip 2013 yang lalu.Sedihnya sebab jam tu hilang masa di Busan hari tu....mungkin tercicir di mana-mana.Kononnya nak cari yang sama sebab suka sangat design dia.Malangnya kedai tu dah takda,lalu kami pun singgah di LLoyd,nampak adalah juga design yang seakan sama walaupun tak secantik yang aku beli dulu tu.Ramai sangat orang masa ni,ambil masa juga nak tunggu staff yang available untuk membantu.AJ pun terjebak sama membeli jam.Ada 10% diskaun untuk foreigner,just tunjuk pasport untuk dapatkan diskaun tersebut.

berjalan kaki dari Naemdamun ke Myeongdong

Myeongdong yang sentiasa meriah dengan pengunjung

kedai jam Lloyd

Dongdaemun
Dongdaemun Gate

    Hari dah menginjak petang,kami perlu bersegera sebab nak berjalan jauh malam ni.Sebelum bertolak kami ke Dongdaemun dulu sebab nak pergi dinner ikan bakar.Kami tumpang solat di parkir kereta je bila dah tiba ke Dongdaemun.

   Bila nak mula mencari kedai ikan bakar ni aku pun merujuk ke kertas info yang dilampirkan dengan itinerary.Aku jadi kalut sebab info yang dicari tak jumpa sedangkan aku pasti dah simpan maklumat lengkap sebab memang teringin sangat nak ke situ.Puas belek sana sini takda juga,lost sekejap...aku cuba mengerah segala daya ingatan untuk ingat balik jalan ke situ.Agak payah sebab Dongdaemun bukannya kecik.Ternampak hotel JW Marriot  aku ajak AJ ke situ sebab rasa hotel ni terlibat dalam info yang aku baca.

    Kami pun menyusur koridor depan hotel ni dan kemudian belok ke simpang kanan berhadapan dengan bridge.Lepas masuk simpang tu aku rasa dah dekat tapi tak ingat detail selanjutnya.AJ yang dah cuak sebab hari makin lewat petang mengajak untuk beredar saja sebab takut terlepas bas ke Jeonju...dah hampir pukul 6 masa tu.Aku pula optimis masih sempat lagi,dalam pada tu kami berpatah balik ke depan hotel tadi.Aku cuba cari kot ada free wifi depan hotel ni demi untuk browse maklumat pasal kedai ikan bakar tu.

   Dalam pada kami tercangak-cangak di situ seorang pekerja hotel menyapa kami,bertanya kalau kami perlukan apa-apa bantuan.Syukurlah orangnya fasih berbahasa English jadi mudahlah kami bertanya.Dia pun ambil map dan tunjuk direction yang crystal clear...memang betul tempat yang kami pergi tadi,cuma miss lorong kecil untuk ke situ.Jadi inilah direction yang betul untuk ke sana:-

Dongdaemun station  #exit 8  atau lebih mudah dan dekat lagi kalau keluar melalui  Dongdaemun Underground shopping centre   #exit 2  (exit subway dan exit underground shopping centre adalah berbeza-jangan keliru)

Keluar dari exit 2 underground shopping tadi terus nampak Hotel JW Marriot di belah kanan,terus pergi arah hotel dan susur kaki lima didepan hotel tu.Berseberang dengan jalan ini nampak bangunan Pyonghwa clothing market.Jalan terus sampai ke  simpang pertama,belah kiri akan nampak jambatan merentasi Cheonggyecheon stream,di sini belok kanan.

Jalan beberapa meter ke depan,masuk 1st lorong kecik sebelah kiri...di sinilah letaknya deretan kedai ikan bakar Dongdaemun yang famous itu.Kebanyakan orang Malaysia singgah di kedai ahjumma yang terletak di awal2 lorong.


   Tapi kami tak makan di situ sebab masa mencari dah terlajak,jadi kami singgah je di salah sebuah kedai yang ada.Tidak dinafikan ikan bakar di sini memang fresh dan sangat sedap.Laju kami melicinkan segala hidangan disebabkan faktor kelaparan dan nak cepat.Dah lama selepas pulang ke Malaysia baru aku sedar yang direction ke kedai ikan bakar ni rupanya dah ku save dalam handphone.Padahnya letak info merata lepas tu sendiri lupa.

restoran ikan bakar ahjumma baju merah tu yang selalu jadi tumpuan orang Melayu

set ikan bakar berharga KRW7000
   Bagaimanapun baru-baru ni ada terbaca info tentang kedai-kedai di sini sebenarnya turut menyediakan hidangan pork termasuk kedai ahjumma.Sejauh mana sahihnya tak dapatlah nak dipastikan sebab ada juga yang kata kedai ahjumma yang orang Melayu biasa pergi tu memang menjual seafood sahaja.Jadi kalau nak makan di sini terpulang pada pertimbangan masing-masing.Maklumat tu boleh jadi betul atau salah.Kalau was-was eloklah dielakkan,sebaliknya kalau nak pergi dan pastikan sendiri pun lebih baik lagi.

    Lepas makan kami pun segera beredar dan menaiki subway dari Dongdaemun station ke Dongdaemun History & Culture station untuk pick up baggage dari locker.Hairan sebab locker kami tak dapat dibuka,lepas beberapa percubaan baru kami faham kena tambah lagi duit...ish rupanya harga locker di sini ialah KRW4000/4hr,ada tambahan lagi KRW8000,jadi caj seharian simpan beg di situ jadi KRW12000..lebih rm40 tu,nak tercekik rasanya,paksa rela jelah membayarnya. Selesai ambil beg kami pun naik subway  ke Nambu Bus Terminal station untuk ke destinasi seterusnya malam ini.


Sambung