Pages

Monday, December 19, 2016

CHASING AUTUMN 15-Finale:Back to Busan and Home

Thursday,5th November 2015

  Kami kembali semula ke Busan sebelum menutup tirai perjalanan.Kali ini kami stay di Funstay Inn Guest house,Nampo.Lokasi mmg strategik,just 50m dari exit 1 Nampo station.Dari sini memang senang nak explore Busan city.Cuma yang tak best kena angkut beg naik tangga.Internal nampak cosy,bilik pun oklah cuma bila mula-mula masuk ada bau hapak sikit.

reception at 1st floor

reception counter/dining hall

dining hall,simple breakfast provided

en suite twin

   Pagi khamis tu kami ke tourist info centre dulu untuk dapatkan map bagi memudahkan acara jelajah kawasan.
Busan tourist info

Busan Tower

Busan Tower terletak di Yongdusan Park,direction untuk ke sini dengan menaiki subway:-

Nampo station #exit 7-terus belok kiri ke arah Gwangbok-ro street
Jalan terus 160m sampai jumpa escalator ke Yongdusan Park di sebelah kiri.

   Yongdusan adalah salah satu antara 3 gunung yang terkenal di Busan,syukurlah ada escalator tu maka tak payah susah payah nak mendaki naik ke park.Kalau berminat bolehlah naik ke atas menara tu dengan bayaran KRW4000.Kami tak naik pun,cukuplah dengan menikmati pemandangan dari compound ni saja.


escalator ke Yongdusan Park

mendaki tangga selepas escalator


Busan Tower 129m

statue of Great Admiral Yi Sun-Shin(statue beliau juga ada di Gwanghamun Square Seoul)

The Bell of the citizens

Cheongdongyongtap-Bronze dragon tower


pemandangan dari Yongdusan park


BIFF Square

Direction 
Subway Line 1-Jagalchi station #exit 7- jalan terus dan belok kiri (5mins walk)

   Dari Busan Tower kami berjalan ke BIFF square,singgah jugalah jenguk kedai-kedai kat area ni tapi takda apa yang menarik sangat.Clothing masih mahal sebab baru keluar untuk winter season,jadi time ni takda sale.
   BIFF square terkenal hand printings movie directors dan celebrities tempatan dan antarabangsa.Jalan sepanjang 428meter ini bermula dari Buyeong Theatre di Nampo-dong sehingga jejambat di Chungmu-dong.Setiap tahun opening ceremony Busan International Film Festival diadakan di sini.Festival filem pula berlangsung di Busan Cinema Center yang terletak di Centum City Haeundae.
   Kami baca juga nama-nama pada handprintings yang ada tapi tak kenal sesiapa,rupanya BIFF ni memang fokus kepada filem baru yang diarahkan oleh pengarah baru terutamanya dari negara-negara Asia.

BIFF Square


handprintings at Star Street



Gukje Market

Direction
Subway Line 1-Jagalchi st #exit 7-jalan 30meter dan belok kiri-jalan straight lebih kurang 5 minit untuk sampai ke Gukje Market

   Dari BIFF square kami terus stroll sampailah ke Gukje market town yang terdiri dari Gukje market,Bupyeong market(a.k.a Kkangtong market),the Alley of antique objects dan Changseon arcade.Bermacam benda yang ada dijual di sini...pakaian,beg,barangan dapur,aksesori,makanan dan souvenirs.Suasananya lebih kurang macam Naemdamun market di Seoul.Pasar ini dibuka dari 9 pagi hingga 8 malam.Tutup pada hari Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan.

   Gukje market ni asalnya dipelopori oleh Korean war refugees yang lari ke Busan.Mereka buka stall jualan untuk menyara hidup.Dari situ ia berkembang hinggalah menjadi antara market yang terbesar di South Korea.

   Di sini kedai souvenirs tak sebanyak di Seoul,pilihan pun agak terhad sebab kebanyakan kedainya kecik-kecik sahaja.Bagaimanapun kami terjumpa sebuah kedai yang agak besar dan banyak barangan,memang menyinggahlah kat situ memandangkan masih ada souvenir yang tak cukup dibeli masa di Seoul aritu.
Harga pun agak berpatutan di kedai ni,ahjussi tak bagi diskaun tapi bagi free souvenir masa bayar,lagi banyak membeli lagi mahal free gift yg diberi.Aku dapat free gift kipas korea yang bersaiz agak besar juga.

nama kedai souvenirs  yang kami singgah

pilihan agak banyak di kedai ni

free gift daripada ahjussi

kedai lain di Gukje Market

Jagalchi Market

Direction
Subway Line 1-Jagalchi st #exit 10
Jalan terus dan belok di simpang kedua sebelah kanan
Jalan straight sehingga sampai ke Jagalchi market yang terletak di kawasan pelabuhan

  Kami teruskan berjalan sehingga sampai ke area Jagalchi market,biggest fish market di Asia Timur.Boleh jumpa segala macam marine product kat sini..yang basah,kering semua ada.Banyak juga spesies yang pelik rupa bentuknya dan gagal dikenalpasti.

   Ada banyak juga stall kecil di luar bangunan Jagalchi market menjual seafood..tak pasti pula kalau harganya lebih murah dari yang dalam bangunan.Sebelum masuk ke dalam bangunan market kami ke bahagian belakang dan ambil angin laut di kawasan pelabuhan di situ.Bersih betul persekitaran market ni,kalaulah ada pasar macm ni kat Malaysia kat seronok...bahagia mata dan hidung menikmati angin segar laut di sini.

outdoor market Jagalchi
Nampo port




laman belakang Jagalchi market yang menghadap laut


menikmati udara laut

   Kami berniat nak dinner di sini,tempat makan ada di tingkat satu.Dekat ground pasar basah,kalau rajin boleh beli seafood raw dan bawak naik atas minta diorang masakkan.Kami tengok-tengok saja kemudian terus ke atas nak cari makan,dah berkeroncong sangat perut ni.


suasana indoor Jagalchi market...bersih!


berbagai spesis marine 

   Tanpa survey banyak kedai kami duduk saja di kedai kedua yang kami singgah,main angguk je nak makan kat situ.Punya banyak dish yang ada,tapi amazingly memang habis semua kena bedal...sedap n fresh sesangat.Tapi bila nak bayar terkesima jap sebab dia kira price per head,bukan set...dah silap faham nampaknya masa mula-mula tanya harga tadi.Nak buat camna,pasrah sajalah membayar,mujur memang kenyang perut suka hati makan kat situ.

tempat makan di 1st floor Jagalchi market



big dinner sempena malam last di Busan

   Dah malam menjelang habis makan di Jagalchi market.Dari situ kami ke Lotte mall nak memborong kimchi untuk bawak balik,tak lupa beli banana uyu juga yang lebih murah harganya berbanding convi store,sempat jugalah tapau beberapa botol bawak balik.

   Kemudian kami pun berjalan pulang ke guest house,teringat pulak nak membeli skin product.AJ yang dah keletihan kusuruh naik saja ke bilik sementara aku sambung lagi shopping ke beberapa kedai skin care.Dah dapat apa yang dihajati barulah pulang.Agak lewat tidur malam ni sebab kena packing barang..besok dah nak berangkat pulang.

Friday 6th November 2015

  Pagi ini kami check out awal pagi dan menyeberang jalan depan Funstay Inn untuk naik limousine bus ke airport.Ada sedikit kesilapan pada jadual bas yang diperolehi dari reception guest house.Rupanya bas datang awal 10minit dari dijangkakan,jadi kami terlepas bas yang 6.53am tu..terpaksalah menunggu selama 40minit lagi untuk bas yang berikutnya.


bus stop airport limousine bus di Nampo

exit 6 Nampo underground shopping centre adalah paling hampir dengan bus stop airport bus

bas seawal 5.33am

   Jalan agak sesak sebab waktu orang keluar nak pergi kerja,mujur tak tersasar dari masa untuk check in. Some of the best things don't last forever,begitulah jua berakhirnya kembara autumn kami di bumi South Korea ini.

   Alhamdulillah misi pemburuan autumn foliage dilaksanakan dengan jayanya.Next trip nak merasa winter pula di sana which is real soon sebab ia merupakan penutup trip untuk tahun ni.Nampaknya tahun depanla pula bercerita tentang tiga trip 2016 yang aku rasakan sangat happening sebab kali ni pergi dengan gang yang lebih ramai.Sebab tu tahun ni extra slow menghapdet blog sebab kebanyakan masa terluang dihabiskan untuk research dan planning trip-trip mega tahun ni..alasan sangat kan.

   Till next year..happy December to all my beloved readers,moga tirai 2016 ditutup dengan kenangan manis lagi gembira dan 2017 membawa lebih cerita bahagia.

Tamat.



11 comments:

  1. Oo..nak pi main salji ye..enjoy..korea lg ke?
    Seafood kt jagalchi market tu yg best..

    ReplyDelete
  2. Oo..nak pi main salji ye..enjoy..korea lg ke?
    Seafood kt jagalchi market tu yg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah begitulah kekiranya,kali ni bwk big group pulak,dh tiba smlm,mmg njoy mkn seafood kt busan

      Delete
  3. Amboi sakan jugak bercuti haha.
    Akak perasan pernah baca dlm satu blog citer Ayda pi jalan2 ke Kashmir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala kak nori dah hobi mmg sokmo nk mngembara
      Oo msti kak nori baca blog syarliz ni sbb follow trip dia ke india awal thun hari tu

      Delete
  4. Insyaalah, saya akan sampai ke busan.
    Entry ni jadi panduan saya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga lancar dan dpmudahkan perjalanan,thanks singgah sini Mr Adam..

      Delete
  5. Bestnyaaaa...nampak makanan laut di market situ macam segar je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busan mmg best,lebih tenang dari seoul,mesti g jagalchi pekena seafood kalau ke sana,mmg sangat fresh..

      Delete
  6. Rindu Busan 😬 Mcm nak pegi lagi tp cover tempat lain plak..bila? X tahu lagi 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan Busan..damai sikit berbanding Seoul,orang dia pun lebih friendly,klau JM ada plan nak ke Jeju may be boleh consider depart dari Busan je

      Delete