Pages

Showing posts with label Chasing Autumn 2015-Pre Journey. Show all posts
Showing posts with label Chasing Autumn 2015-Pre Journey. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

CHASING AUTUMN 1 : South Korea-Pre Journey



    Chasing autumn trip tahun ni kami revisit South Korea pada 28 Oct-6 Nov 2015,kali kedua selepas spring  trip 2013.Negara sama  tapi kebanyakan tempat lawatan adalah berbeza.Kami berdua saja sebab BFF sorang lagi baru balik dari Makkah,join team petugas haji tahun ni.

    Kami mendarat di Busan,jadi dari situ kami berkelana ke 4 penjuru South Korea...BUSAN-SOKCHO-SEOUL-JEONJU/JEONGEUP-BUSAN.

Yongdusan Park,Busan

Seoraksan National Park,Sokcho

The Garden of Morning Calm,Gapyeong

Naejangsan National Park,Jeongeup


Hanok Village,Jeonju

   Budget kali ni memang melonjak berganda,nak menangis rate KRW1000=RM3.84,berbanding RM2.8 dua tahun lepas.Sebab cita-cita tinggi nak jugak menjejak segenap tempat yang dirancang maka untuk jimat kos  kami menggunakan bas untuk semua perjalanan jarak jauh.Alhamdulillah semua berjalan lancar,trip dengan bas pun sangat selesa dan kebanyakan trip dapat direct express jadi memang cepatlah sampai ke destinasi.

    Persediaan macam biasa,flight dah book seawal bulan Februari sebab nak dapatkan best date ke sana.Harga ke Busan lebih murah berbanding Seoul,dapat base fare RM443,tapi memandangkan kami ni memang suka add itu ini maka final fare jadi RM776.50.

    Accomodation pun dah settle awal-awal,Cuma bila dah detailkan itinerari  aku ubah beberapa tempat sebab lebih strategik dan sesuai dengan perjalanan kami.Untuk accomodation aku lebih suka gunakan Expedia sebab selalunya rate lebih murah dan payment akan  dibayar terus masa book,jadi tak perlu pening-pening nak asingkan duit bayar accomodation kat sana...semua dah setel dari sini.No problem kalau cancel awal booking tu sebab bayaran akan dipulangkan semula kecuali dinyatakan ada cancellation fee.Jadi kena cek T&C baik-baik...tapi kebanyakannya memang boleh refund.

    Bekal makan kali ni kami bawak  nasi instant Brahim’s,sambal bilis,rendang,kari ayam dan tuna dalam tin.Selain tu makanan ringan macam biskut   sangatlah berguna time emergency lapar melanda.

     Untuk transport jarak jauh  oleh kerana semua trip naik bas memang tak perlu nak booking awal,boleh beli walk in saja,insyaAllah tiket sentiasa available.Yang kena tahu ialah kat terminal mana nak ambik bas,sebab kebanyakan bandar memang akan ada 2 terminal,satu express bas terminal dan satu lagi intercity bas terminal.Kadang boleh ambil dari mana-mana terminal,kadang tu salah satu.Tak berapa nak faham sangat sistem dia,lebih baik confirm kan dengan orang  tempatan.Kalau di Seoul pulak lagi banyak bas terminal dan each terminal ada cover area tersendiri.Jadi kena pastikan dulu area kita nak pergi covered by terminal apa.

   Transport untuk jalan-jalan dalam city bagi Busan dan Seoul memang sangat mudah sebab ada subway,walaupun ada area yang jauh sikit kena naik bas.Kami guna je kad  T-money yang beli masa trip 2 tahun lepas..Alhamdulillah takda masalah nak guna sama ada di Busan atau Seoul.Kalau dah biasa dengan sistem subway di Seoul maka subway di Busan adalah 10x ganda mudahnya.

   Untuk area Sokcho,Jeonju dan Jeongeup public transport ialah bas atau teksi.Walaupun takda subway tapi kedua-dua pengangkutan bas dan teksi adalah sangat efficient.Teksi pun taklah mahal sangat,malah kalau berempat lebih kos efektif naik teksi berbanding bas.Tapi sebab berdua tak bolehlah naik teksi kerap sangat kan,jadi act like local and hop sajalah atas bas,kalau nak turun last stop senang hati kami,kalau tengah memang ada gundah sikit sebab kena alert sebab takda announcement in English.

    Details itinerary hanya dapat aku siapkan seminggu sebelum berangkat,walaupun dah lama book flight tapi sebab beberapa  halangan dan kesibukan urusan dunia yang lain maka dah last minit baru dapat siapkan.Seboleh mungkin segala maklumat berkaitan aku compile sebaik mungkin supaya smooth perjalanan kami,tapi dalam pada tu biasalah ada juga  tersengguk sana sini,Alhamdulillah masih berjalan lancar dan misi kami tercapai....walaupun sangat mencabar stamina tapi pengembaraan ini sangat berbaloi.




Begitulah adanya overview trip kali ni....insyaAllah perlahan-lahan akan dikisahkan ceritanya nanti.





Sambung