Pages

Showing posts with label Gold Coast. Show all posts
Showing posts with label Gold Coast. Show all posts

Monday, June 10, 2013

TIPS KE GOLD COAST


Hmm tips ke Gold Coast...banyak dah lupa,yg lebih kurang dapat diingat beginilah...

1.Boleh arrange sendiri tour kat sana...rugi ambik pakej tru travel agent.

2.Flight direct ke Gold Coast ialah dgn Air Asia...tambang memang murah cuma kena compromise keselesaan sikit memandangkan 6-7 jam dlm flight tu agak lama,kitaorang takda regret ambik MAS sbb tak jauh mana pun Brisbane dengan Gold Coast,dalam sejam and transport pun memang hantar sampai ke hotel.

3.Visa nak masuk ke Australia boleh buat sendiri online.

4.Declare semua barang yg dibawa dari Malaysia yang ada dlm list passenger arrival card,search online tentang apa yang dilarang bawa masuk,diorang memang sangat strict bab ni,kitaorang tak bawak apa-apa makanan pun,just bawak bekal ubat-ubat biasa..kastam just tanya ubat apa and terus bagi laluan keluar.Kalau yang bawak makanan kebanyakannya memang kena cek satu-satu dan ambik masa sebab lama kena beratur especially airport besar macam Brisbane.

5.Book accomodation sendiri lagi jimat...so far aku akan tengok review kat tripadvisor dulu untuk pilih accomodation and most of the time memang reliable.Accomodation paling banyak di Surfer's Paradise,mungkin mahal sikit berbanding tempat lain tapi sangat convenient sbb memang tourist spot..so senang nak dapat transport,souvenir and makanan halal.Untuk yang pergi berkeluarga atau ramai-ramai lebih jimat ambik apartment and masak sendiri.

6.Transport memang senang nak arrange especially kalau stay di Surfer's Paradise...main public transport ialah bas,ada public bus yang akan pergi terus ke tourist attraction especially theme parks.Boleh beli pass card untuk jimatkan kos.Untuk detail boleh cari online.Public bas sangat frequent and reliable.Another option(mahal sikit) ialah arrange transport dengan transportation company macam CON-X-ION,boleh book online kat website dia,company ni memang provide transport untuk airport transfer and semua tourist attraction,just tunggu je depan hotel and shuttle akan datang jemput.Mode of transportation macam ni sesuai kalau travel tak ramai.Klau berjemaah ramai-ramai lagi convenient and jimat sewa kereta rasanya..Kat sana drive belah kanan juga macam Malaysia.Maklumat semua ada online,just calculate and pilihlah mana yang mudah dan menjimatkan.

7.Memandangkan kat Gold Coast ada banyak theme parks better ambik tiket yang menawarkan combo pakej,sangat berbaloi dan jimat,boleh purchase online,jgn buang masa beratur beli tiket kat kaunter,kalau dah ada tiket terus tuju ke gate atau tengok direction untuk orang yang dah ada tiket or voucher.Kat theme park kena laju-laju so baru boleh cover naik rides and tengok show semua,dah abis mission baru boleh jalan santai-santai and nak bergambar bagai.Di Surfer's Paradise pun ada banyak booth travel agent yang offer combo tiket ke theme parks.

8.Restoran makanan halal memang senang jumpa di Surfer's Paradise..cuma agak costly kalau tiap-tiap masa nak makan luar,kalau heavy meal better makan nasi di restoran yang bagi portion besar,so 1 portion boleh share 2 orang.

9.Banyak juga attraction disediakan prayer room..di Movie World,Seaworld,Dreamworld and Harbour town shopping outlet,kalau tak pasti tanya aje,kalau takda pun mana-mana boleh solat,cari  je tempat terlindung sikit.Jgn lupa bwk botol kosong air mineral utk ke toilet,bwk kompas kiblat dan alas untuk dijadikan sejadah.

10.Souvenir shop berlambak di Surfer's paradise,n ramai tokey nya orang cina,chinese malaysian pun ada,sebaiknya survey dulu,takda specifically 1 kedai yang murah semua,kena tengok barang apa nak beli.Kitaorang beli souvenir dari various kedai yang offer best price...tak susah pun sebab kedai-kedai tu dekat-dekat,kena berkira maklumla duit dia mahal beza AUD1 pun dah 3ringgit lebih...byk beza tu.


So tu jelah tips yang bole difikirkan,aku g ground arrangement by travel agent,diorang uruskan visa,accomodation,tiket masuk attraction and transport guna Con-x-ion company,semua tu boleh buat sendiri online..lagiii save budget.

Sekianlah adanya.

Tuesday, June 4, 2013

GOLD COAST 7- Q1 Skypoint Observation & Surfer's Paradise

29 &30 May 2012

Sambung perjalanan hari ni..
tamat sesi jelajah theme parks....rasa overdose pun ada
nak jelajah sekitar alam pulak...so kami berangkat balik ke Surfer's paradise

Kami turun di Q1 building iaitu lokasi untuk naik ke Skypoint Observation deck.
Q1 building ni setinggi 322.5m
Skypoint observation deck terletak di floor 77 &78, 230m above sea level
Lif untuk ke observation deck ni adalah antara yang terpantas di dunia...boleh reach tingkat 77 tu dlm masa 42.7 secs je...tk smpai sminit pun..pergghh
Untuk general admission tiketnya adalah AUD21...convert RM mmg mahal ler..tp berbaloi

So kami jalan2 tengok 360 degree view of Gold Coast ..mmg spectacular
dari rembang petang sampailah sunset...yg tak syoknya time sunset bateri kamera pulak dah out..nsib baik ada standby kamera lama...jadilah dr takda langsung wp hasilnya kurang memuaskan skit..










Selesai je kami pun turun...sbelum kluar boleh view dulu gmbar yg diorang tangkap before kita naik ke obsevation deck tadi.Kalau minat boleh beli,harga memang boleh tahan mahal.Tapi bila tengok foto tu agak cun tergoda jugaklah kitaorang beli sbg souvenir,ada diskaun sikit bila beli dua gambar.

Misi malam tu apalagi mestilah redah kedai souvenir untuk last round punya shopping...mujur dah beransur-ansur beli,so kedai mana yg boleh dapat best price pun dah tau.Dinner macam biasa kebab untuk kesekian kalinya,tapi bila dah hari-hari tekak ni muak juga,Sal steady lagi sebab dia mmang minat makan kebab.

Esok paginya jalan-jalan area beach pulak...takdala agenda nak mandi laut pun...mesti sejuk.Kat sini kalau nak mandi laut kena alert dengan bendera-bendera yang di pasang..ada makna suma tu...:




kalau nampak bendera ni it is safest swimming area sbb it is a patrolled beach


layan gambar tepi pantai...........







Dari beach kami berjalan lagi across d area dan bgambar tepi canal pulak...Gold Coast is home to 446km canal which is 9x ganda lebih dari Venice.Sebabkan tu ada lebih 80 000 penduduk ada waterfront land...best kan,boleh nampak rumah2 yg ada waterfront from skypoint view kat atas.








Dari sini kami balik hotel untuk check out,bas untuk ke Brisbane datang pick up pukul 6pm,ada few hours lagi jugak nak tunggu.Tapi hotel memang ada tempat simpankan luggage,so sambung lagi ronda-ronda,lepak-lepak makan scone and coffee kat Gloria Jeans,top up souvenir mana yang tak cukup and lastly makan kat Shiraz Persian restaurant...sebab tak berapa nak lapar kitaorang order satu je heavy meal..Boghli polo with lamb shanks..ala-ala nasi beriani,tapi memang sedap sangat and menyesal tak datang before untuk dinner kat situ,sebenarnya lagi jimat sebab memang satu meal tu cukup untuk 2 portion orang malaysia ni.Lepas makan dah pukul 4 lebih kami gerak balik hotel,bas sampai on time and bergeraklah kami menuju Brisbane...sayonara Gold Coast...huhuuhu sedihnya vacation dah abis....

Sampai Brisbane baru pukul 7 lebih,lambat lagi flight pukul 11 lebih.Sebagaimana dah di plan ,kami pun meronda cari shower sebab masa sampai hari tu memang ada shower kat toilet...jenuh mencari semua toilet kat departure hall ni takda shower,bila tanya rupanya memang toilet kat arrival hall itu aje yang ada shower.So terpaksalah  turun dari tingkat 4 ke tingkat 2.Mujur takda orang pun guna..dah selesai by the time nak check in dah dekat 9pm.Orang pun dah beratur panjang nak check in kat MAS counter.Nampak staff diorang memang strict bab baggage ni,  tak boleh lebih 20kg,hand luggage pun dia akan timbang supaya tak lebih 7kg.Time kitaorang pun adalah kena rearrange sikit,selain dari tu everything smooth and terbanglah kami pulang ke tanahair.

TAMAT LA JOURNEY KE GOLD COAST






Sunday, June 2, 2013

GOLD COAST 6 - Dreamworld

29 May 2012

DREAMWORLD

Schedule hari ni kena arrange sendiri.
Kami decide nak ke theme park juga i.e Dreamworld pulak
Transport dah arrange semalam,call Con-x-ion office,book transport n pay by credit card thru phone call..insyaAllah kat sini ok je buat transaction by phone.

Macam biasa pkul 8 lebih breakfast..dah hari ke 5 ni agak muak la juga makan makanan yg lebih kurang sama,tp still boleh isi full tank lagi.





Dreamworld ni tak jauh jugak dari area Movie Word,so dlm 20 mins sampaila sana.Hari ni selasa,orang tak berapa ramai.Cuaca pun agak mendung dan hujan renyai-renyai sikit.











Kami pun start dengan naik rides...ada 7 thrill rides kat sini,hari masih awl,setengah rides belum bukak pun lagi sebab takda orang beratur kot.So jalan-jalan dulu tengok sekeliling,lepas tu g naik rides...Buzz Saw,nampak scary,ada 5 orang je yg ada time kitaorang naik tu,2 tu malaysian girls.Bila dah start,kitaorang relax je tak rasa nak menjerit pun,tp 2 orang girls tu menjerit macam nak keluar anak tekak...mungkin tak biasa naik rides kot,kitaorang senyum simpul je,hehe...

Lepas tu continue dengan roller coaster,The Cyclone...nampak macam thrill,tp sama gak,bila dah gerak takla rasa thrill sangat pun,yg tu lagilah sepi je..orang putih lain yg naik sama pun senyap jugak.Next kami g tengok  3D show..biasa je.Lepas tu sambung balik dengan rides..kali ni dapat naik Motocoaster yang baru start operate..rides yg memang ditunggu-tunggu,sangat cool rasanya naik roller coaster dengan seat dia macam motorbike...yang ni memang kitaorang enjoy sebab tak pernah jumpa lagi.





Then pergi yang santai sikit...pergi drive Avis Vintage car dekat track yang disediakan...sebab tak ramai orang boleh naik 2 round,sekali Sal jadi driver lepas tu aku pulak.



Macam biasa rides yg jatuh2 terjunam ni memang tak naikla...memang nampak tinggi betul..2 rides bersambung sekali ie tower of terror n giant drop.


Kat park ni ada part untuk Australian wildlife..again kanggaroo n koala mesti ada,yg lain crocodile,tiger,snakes n show utk sheep shearing.Tapi takdala pergi tengok apa-apa animal show pun,just lalu tengok lebih kurang.Ada live Madagascar character punya show..tp biasala,lebih sesuai untuk budak-budak.Tak sampai 5 minit duduk kitaorang pun beredar n ambik gambar sekitar park.













Lepas tu round keliling park dengan train pulak.Last gi naik lagi satu ride The Claw...macam giant claw dok hayun tinggi-tinggi sambil berpusing...wah seronok tapi seriau juga bila pandang ke bawah.





So habis dah round satu park,semua rides yang penting dah naik without que,by pukul 12 lebih dah setel,lepas beli churros kegemaran kitaorang pun balik.Petang ni nak ke Skypoint di Surfer's Paradise pulak...boleh tengok sunset.

Sambung

Sunday, October 28, 2012

GOLD COAST 5 - Paradise Country Farm & Harbour Town

28 May 2012

Pantasnya masa berlalu
Dah hari ke 4...
Santai je aktiviti hari ni
mula-mula ke Paradise Country Farm untuk setengah hari lepas tu ke factory outlet Harbour Town

Macam biasa 9 lebih shuttle Con-X-ion datang...macam semalam jugak perjalanan lebih kurang 20 min.
Di pondok serahan voucher kita akan di bagi pilihan menu untuk lunch (provided dalam pakej)..steak daging,chicken atau ikan.
Rasa sedih gak sebab mestila tak boleh nak choose beef steak...
Surprisingly kami dibagitau makanan disediakan semua halal meat
Ah memang Australia sangat accomodative untuk muslim tourist,langkah yang sangat bijak
Happily kami pilih beef steak la kan :-D





Aktiviti sini adalah untuk mengenali lifestyle country diorang,mula-mula spend time dulu dengan kanggaroo,macam biasa bagi makan,bgambar2..tp kanggaroo kat sini macam kurang mesra sikit berbanding di Currumbin aritu,nak kata dah letih pagi lagi...mungkin food dia yang bercampur daun kering tu tak menyelerakan sangat dan diorang dah muak kot tengok pelancong hari-hari.So kenala pandai-pandai nak dapat angle yang best time snap gambar.





Lepas tu beratur untuk ambik gambar dengan koala...yang ni optional,kena bayar extra,AUD25 untuk 2 keping pose..mahal, tapi memandangkan koala ni memang native kat sini terpaksala lebur duit sikit.Sal nasib tak baik sebab time dia nak cuddle koala tu tak pasal-pasal kena kencing pulak...hehhe,nasibla kan,terlebih ong la tu.





Lepas tu follow jadual farm tu untuk show diorang,first show Billy Tea and Stock House arena..duduk dalam bulatan around campfire and tengok stockman demonstrate few cowboy punya skill,sambil-sambil diorang masak roti &sediakan Billy tea cowboy style.Abis show kita disajikan Billy tea dengan roti tu..sedap makan roti panas n teh o tu.Sambil tu tengok horsemen demo riding horse.







Next show beralih ke padang lapang...kat sini Stockmen &Sheep dog show..demo tunjuk trained dog dia mengawal flock of sheep untuk berjalan n masuk kandang,milking d cow,tunjuk cara guna tali 'whip'...bukan untuk pukul binatang tapi loud cracking sound dari whip yg diperbuat dari kulit kanggaroo tu guna untuk control n train binatang macam kuda,lembu,sheep kat ladang.Ada demo membaling boomerang jugak walaupun tak dapat di tangkap balik ke tangan sebab angin kuat time tu.







Next beralih ke dalam sebuah hall tertutup,atas stage demo untuk sheep shearing,mula-mula diperkenalkan dulu dengan type2 sheep yang ada,ada nama masing-masing.Bukan main megah bebiri ni berjalan di tengah dewan dan naik atas pentas.Lastly demo shearing bulu bebiri yang tebal tu sampai gonjeng satu badan,tapi sheep ni takkan kesejukan pun sebab ia ni akan produce lanolin iaitu wax yang akan protect  kulit.Lanolin boleh di extract daripada wool bebiri tadi dan di proses sebagai krim yang biasa digunakan sebagai moisturiser & emollient.Dengar kata orang-orang yang kerja handle wool ni kulitnya tangannya lembut sebab selalu pegang lanolin ni.





Bila show dah habis waktu lunch pun tiba..kami awal-awal before show tu habis dah standby kat luar dewan,maklumla ramai orang so biar cepat supaya tak kena que panjang.Memang kami orang pertama tiba kat dewan makan tu..punyala excited nak makan steak,superb lunch hari ni,memang gendang gendut tali kecapi ler.










 Sebelum beransur keluar sempat singgah ke kandang untuk feed baby animal...seronok gak bagi makan kat kambing lapar,tak menyempat-nyempat meragut rumput kat tangan.Lepas snap lagi gambar sana sini kami pun beransur keluar.Transport dah tunggu dan bila semua dah naik kami pun bergeraklah ke Harbour's Town.













Harbour's Town factory outlet ni takla besar mana...memang sempat sangat nak round semua kedai yang ada.Tiba kat Nine West ada sale...Sal dengan cekapnya dah rembat 3 handbag kot.Aku takda berkenan apa-apa.Jalan-jalan lagi ada la jugak sale handbag tapi local brand rasanya...beli jugakla 1 handbag n purse.Lain-lain barang tu kalau US brand rasanya harga lebih kurang Malaysia gak...dah kali 3 lebih tu memang mahal jugak jadinya.So tak worth la membeli,souvenirs kat sini pun lagi mahal berbanding kat Surfer's Paradise.Ada prayer room yang sangat selesa, kunci kena mintak kat tourism lounge.Bas datang lebih kurang pukul 7pm+.






Malam macam biasa cari kebab lagi,misi mencari souvenir dah semakin ligat dan sempat singgah kat woolworths beli coklat.Kedai dah tutup barulah balik hotel.



Sambung lagi nanti........