Pages

Monday, June 10, 2013

TIPS KE GOLD COAST


Hmm tips ke Gold Coast...banyak dah lupa,yg lebih kurang dapat diingat beginilah...

1.Boleh arrange sendiri tour kat sana...rugi ambik pakej tru travel agent.

2.Flight direct ke Gold Coast ialah dgn Air Asia...tambang memang murah cuma kena compromise keselesaan sikit memandangkan 6-7 jam dlm flight tu agak lama,kitaorang takda regret ambik MAS sbb tak jauh mana pun Brisbane dengan Gold Coast,dalam sejam and transport pun memang hantar sampai ke hotel.

3.Visa nak masuk ke Australia boleh buat sendiri online.

4.Declare semua barang yg dibawa dari Malaysia yang ada dlm list passenger arrival card,search online tentang apa yang dilarang bawa masuk,diorang memang sangat strict bab ni,kitaorang tak bawak apa-apa makanan pun,just bawak bekal ubat-ubat biasa..kastam just tanya ubat apa and terus bagi laluan keluar.Kalau yang bawak makanan kebanyakannya memang kena cek satu-satu dan ambik masa sebab lama kena beratur especially airport besar macam Brisbane.

5.Book accomodation sendiri lagi jimat...so far aku akan tengok review kat tripadvisor dulu untuk pilih accomodation and most of the time memang reliable.Accomodation paling banyak di Surfer's Paradise,mungkin mahal sikit berbanding tempat lain tapi sangat convenient sbb memang tourist spot..so senang nak dapat transport,souvenir and makanan halal.Untuk yang pergi berkeluarga atau ramai-ramai lebih jimat ambik apartment and masak sendiri.

6.Transport memang senang nak arrange especially kalau stay di Surfer's Paradise...main public transport ialah bas,ada public bus yang akan pergi terus ke tourist attraction especially theme parks.Boleh beli pass card untuk jimatkan kos.Untuk detail boleh cari online.Public bas sangat frequent and reliable.Another option(mahal sikit) ialah arrange transport dengan transportation company macam CON-X-ION,boleh book online kat website dia,company ni memang provide transport untuk airport transfer and semua tourist attraction,just tunggu je depan hotel and shuttle akan datang jemput.Mode of transportation macam ni sesuai kalau travel tak ramai.Klau berjemaah ramai-ramai lagi convenient and jimat sewa kereta rasanya..Kat sana drive belah kanan juga macam Malaysia.Maklumat semua ada online,just calculate and pilihlah mana yang mudah dan menjimatkan.

7.Memandangkan kat Gold Coast ada banyak theme parks better ambik tiket yang menawarkan combo pakej,sangat berbaloi dan jimat,boleh purchase online,jgn buang masa beratur beli tiket kat kaunter,kalau dah ada tiket terus tuju ke gate atau tengok direction untuk orang yang dah ada tiket or voucher.Kat theme park kena laju-laju so baru boleh cover naik rides and tengok show semua,dah abis mission baru boleh jalan santai-santai and nak bergambar bagai.Di Surfer's Paradise pun ada banyak booth travel agent yang offer combo tiket ke theme parks.

8.Restoran makanan halal memang senang jumpa di Surfer's Paradise..cuma agak costly kalau tiap-tiap masa nak makan luar,kalau heavy meal better makan nasi di restoran yang bagi portion besar,so 1 portion boleh share 2 orang.

9.Banyak juga attraction disediakan prayer room..di Movie World,Seaworld,Dreamworld and Harbour town shopping outlet,kalau tak pasti tanya aje,kalau takda pun mana-mana boleh solat,cari  je tempat terlindung sikit.Jgn lupa bwk botol kosong air mineral utk ke toilet,bwk kompas kiblat dan alas untuk dijadikan sejadah.

10.Souvenir shop berlambak di Surfer's paradise,n ramai tokey nya orang cina,chinese malaysian pun ada,sebaiknya survey dulu,takda specifically 1 kedai yang murah semua,kena tengok barang apa nak beli.Kitaorang beli souvenir dari various kedai yang offer best price...tak susah pun sebab kedai-kedai tu dekat-dekat,kena berkira maklumla duit dia mahal beza AUD1 pun dah 3ringgit lebih...byk beza tu.


So tu jelah tips yang bole difikirkan,aku g ground arrangement by travel agent,diorang uruskan visa,accomodation,tiket masuk attraction and transport guna Con-x-ion company,semua tu boleh buat sendiri online..lagiii save budget.

Sekianlah adanya.

4 comments:

  1. Terima kasih for the tips! Nak pegi dah hujung bulan ni. btw kalau ada masa singgahlah thetravelling3o.com hehe

    ReplyDelete
  2. Thanks sudi singgah,tips biasa2 aje...happy holiday n have fun ya,nnt sy singgah bc kisah travelling 3o ya :D

    ReplyDelete
  3. salam akq nak tanya, macam kitorang student ade Lawatan Antarabangsa ke Brisbane, so, utk transport n penginapan, it's better yg mana?

    ReplyDelete
  4. Salam G.B.B

    thanks singgah bc blog akk..
    akk tk sempat meronda Brisbane,jd tk sure sangat,anyway pendapat akk kat sana biasanya public transport sangat efficient,if lawatan tu memang city area je biasanya lebih jimat beli pass utk transport,contoh macam Go card is prepaid card utk ride on bus,train,tram,ferry services,SEEQ card pulak adalah unlimited pass utk travel sama ada 3 atau 5 hari...boleh tgok lebih detail di web translink.com.au.Bagi penginapan..kalau ramai better cari apartment atau homestay,boleh try website tripadvisor atau airbnb utk survey accomodation..oraitt hrp G.B.B dapat plan trip dengan sebaiknya..all d best ya

    ReplyDelete