Coretan akhir trip ke Jepun just nak kongsikan ringkasan itinerary dan budget kami ke sana.Sebelum tu nak share sedikit fakta yang agak woww tentang Jepun dari kornea mataku yang baru pertama kali menjejak bumi matahari terbit ini.
1.Disiplin
Ya memang tidak disangkal lagi,warga Jepun memang berdisiplin terutama dari segi ketepatan masa,bukan level individu saja tapi diaplikasikan kepada sistem yang ada,makanya kalau naik public transport jangan lengah-lengah,lewat seminit pun pasti terlepas.
2.Bersih
Boleh kata semua tempat yang kami pergi memang terjaga kebersihannya,takkan nampak apa-apa sampah pun bersepah di jalanan serta pengangkutan atau kawasan awam.Sedap sungguh mata memandang apalagi time snow...nampak bersih lagi suci aje semuanya.
3.Menghormati pelanggan
Etika berjual beli adalah sama di mana sahaja,ada bekas khas untuk meletakkan duit,kemudian mereka akan terangkan tentang jumlah baki yang diterima dan disudahi dengan ucapan terima kasih dan selamat jalan sambil tunduk hormat,kadangkala mereka melambai di luar kedai sampai kita dah berlalu pergi,seronok rasanya menjadi customer di sini.
Selain tu pemeriksa tiket di dalam train akan tunduk hormat sebelum memulakan tugas mereka.Pemandu bas pula akan mengucapkan terima kasih kepada setiap penumpang yang turun,ada 20 orang maka 20 kali jugalah dia mengucapkannya tanpa jemu.
4.Teliti
Jepun amat teliti dan menitik beratkan perkara-perkara yang nampak remeh tapi impaknya besar.Contohnya bila membeli hadiah atau souvenir peniaga akan balut dengan wrapping paper barangan yang dibeli,kalau banyak akan disertakan sampul-sampul kecil wrapping paper untuk kita isi souvenir tersebut.
Ketelitian atau attention to details ni memang menarik perhatianku.Dalam ketepatan masa,dalam kiasu bekerja dan mengejar masa ketelitian pada perkara-perkara kecil ini memang buat kita rasa terharu.Sampaikan di tandas ada disediakan button untuk bunyian bising seperti air sebab nak menjaga air muka orang yang tengah berbisnes di dalamnya,jadi kalau terkeluar bunyi yang agak kuat taklah malu nak keluar toilet tu nanti sebab dah di cover dengan bunyian tadi...hehe.
Hal ini juga diaplikasikan dalam semua hal termasuk bab penyediaan makanan,cara penyediaan,cara susunan malah cara menuang teh pun ada seni dan makna tersendiri.
5.Selamat
Alhamdulillah perkara yang paling seronok tentang mengembara di Jepun ialah rasa aman dan selamat.Kadar jenayah amat kurang di sini.Fakta ini memang diakui oleh Dewi sendiri,katanya setakat ni kalau terlupa kunci pintu kereta memang takda kejadian buruk yang berlaku.
Anak-anak kecil pula bebas ke sekolah menaiki kenderaan awam termasuklah train yang agak jauh juga dari rumah mereka tanpa ada pengawasan orang tua,tiada kisah anak diculik atau dilarikan orang.

Itulah antara 5 perkara utama yang menarik perhatian kami,selama ni cuma mendengar tapi kali ni merasai sendiri.Sudah pasti ada sisi yang negatif juga tapi biarlah itu tolak ke tepi,mana yang bagus eloklah jadikan teladan,lagipun semua nilai baik tersebut dah diajarkan dalam agama kita,sayang umat Islam sendiri tidak ramai mengamalkan sebab nilai itulah yang membina kehebatan dan kemajuan masyarakat Jepun.
Itinerary
Ini ringkasan itinerary perjalanan kami
Wed 07.1.15 Kuala Lumpur - Nagoya (12.45-8.30 am)
Nagoya - Shiga Kogen
Check in Shiga Kogen Prince Hotel
Thurs 08.1.15 Yakebitaiyama Ski Resort
-Rental -Snow wear and ski set
-Private ski lesson for 3 people
Fri 09.1.15 Check Out
Jigokudani Snow Monkey Park
Jigokudani Snow Monkey Park
Nagano - Takayama
Check in K's House Takayama
Sat 10.1.15 Old town Takayama walking tour
Shirakawago
-J Hopper half day tour
Sun 11.1.15 Check out
Takayama - Kyoto
Check in Villa Court Karasuma Nanajo
Fushimi Inari shrine
Gion Street
-Gion Corner-Cultural show at Yasaka Hall 6pm
Mon 12.1.15 Kyoto - Osaka
Museum of House & Living -Kimono wearing session
Tenjinbashisuji Shopping street
Osaka - Nara
Nara walking tour
Nara - Kyoto
Dinner at Rose Cafe
Tue 13.1.15 Kyoto
Kinkakuji Temple
Toei Kyoto Studio Park
Arashiyama Bamboo Grove
Wed 14.1.15 Kyoto
Nijo Castle
Kiyomizudera
Shinkyogoku Shopping arcade
Thurs 15.1.15 Check out
Kyoto - Nagoya
Nagoya - Nagashima
-Bus from Meitetsu center
Mitsui Outlet Park Jazz Dream Nagashima
Nabana No Sato Winter Illumination Park
Fri 16.1.15 Central Japan
Inuyama Castle,Inuyama
Inuyama Castle,Inuyama
Osu Kannon Shopping District
Nagoya station shopping mall
Dinner-Japanese Cuisine
Sat 17.1.15 Nagoya - Kuala Lumpur (9.35 - 15.55)
Budget
Exchange rate JPY1000=RM2.94
Flight-Base 777 + seat+baggage +meal = RM1029
Accomodation- Shiga Kogen Prince Hotel -2N=JPY11 404 (RM335.30)
K's House Takayama-2N=JPY7600 (RM223.40)
Villa Court Karasuma Nanajo,Kyoto-4N =JPY11867 (RM348.90)
Total Accomodation-JPY30871(RM908)
Transport - JR Pass(7 Days)-JPY29110 = RM874
Subway/Bus/Taxi -JPY16 770 (RM493)
Total Transport=RM1367
Admission -JPY9400 (RM276.40)
Ski-Ski gear rental+ski class=JPY14167 (RM417)
Locker-JPY960 (RM 28.20)
Food-JPY6483.3 (RM190.60)

Grand Total =RM4216
Begitulah budget untuk trip ni,tak termasuk perbelanjaan personal untuk souvenir dan shopping bagai.Ada ruang untuk penjimatan lagi namun kami berpuas hati jugaklah dengan jumlah tersebut.
Maka dengan ini berakhirlah kisah winter di Jepun 2015.Arigatou gozaimashita kerana membaca,siri akan datang beralih ke pengembaraan chasing autumn yang baru saja selesai...layan daun-daun luruh pula,till next time,Sayonara.
Tamat