Pages

Saturday, March 7, 2015

FROZEN JAPAN : Shirakawago

10 January 2015

Journey to Shirakawago

     Kami dah book online untuk J-Hop tour ke Shirakawago petang ni.Bas akan bertolak pukul 1.20pm.Seawal pukul 1pm kami dah berada di perkarangan JR station,staff dari J-Hop dah ada di situ,5minit kemudian J-Hop tour bus pun tiba.Bayaran untuk tour dibayar semasa nak naik bas,harga ialah JPY4000/pax,klau stay di J-Hoppers Guesthouse Takayama boleh dapat diskaun JPY500.

  Boleh juga gunakan bas biasa untuk ke Shirakawago.Tiket Nohi bas berharga JPY4300 return boleh dibeli di station bas Takayama,agak mahal sedikit dari tiket tour bas tapi kelebihannya boleh pergi dan spend masa ikut kesesuaian diri sendiri.

   Ada ramai jugak pelancong dari pelbagai negara yang join tour petang ni,pukul 1.20pm bas pun bertolak dan singgah di sebuah hotel untuk pick up guest dari situ.Tour guide kami ialah seorang Japenese lady bernama Ayumi.Dalam perjalanan kami di beri peta Shirakawa village dan Ayumi pun bagi briefing tentang tempat tersebut.Dahulu perjalanan dari Takayama ke Shirakawago mengambil masa hampir 2 jam.Dengan pembukaan highway yang baru travel time reduce kepada 50minit saja.

Banyak sangat merentas terowong dalam perjalanan ke Shirakawa,persekitaran memang indah dengan pemandangan gunung-ganang yang memutih.Ada satu tempat ni di tepi lereng bukit Ayumi suruh kami pandang ke belah kanan dan spot rusa-rusa berkeliaran di situ.

Ayumi juga memperkenalkan kami pada patung Sarubobo yang dibawanya.Sarubobo bermaksud monkey baby dan merupakan mascot untuk Hida region.Patung ini asalnya berwarna merah dan tidak bermuka,macam seram pun ada juga bila tengok doll ni.Asalnya ia dibuat oleh ibu untuk anak perempuannya sebagai azimat untuk good marriage dan good children,dan juga sebagai hadiah dari nenek untuk cucu perempuan.Sekarang dah ada warna macam-macam dengan simbolik hajat tertentu macam pink untuk luck in love,hijau untuk health,kuning untuk duit dan sebagainya.

taklimat daripada Ayumi
patung sarubobo

jalan ke Shirakawago
  SHIRAKAWAGO

   Shirakawago (White River Old district) adalah  kampung tradisional Jepun yang terletak di lembah sungai Shogawa di kaki gunung Haku dan merupakan kawasan pedalaman di bahagian barat laut Gifu prefecture.96% kawasan tersebut merupakan pergunungan dan hutan dan hanya 4% kawasan penempatan dengan populasi sekitar 2000 orang sahaja.Pada tahun 1995 ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Unesco,tarikan utama ke sini adalah 114 buah rumah traditional farmhouse yang berusia ratusan tahun,ada yang menjangkau lebih 250tahun.



     Shirakawago terkenal dengan senibina unik dipanggil gassho-zukuri merujuk kepada 'prayer hands-construction' iaitu bumbung berbentuk segitiga curam yang diperbuat daripada jerami itu dikatakan menyerupai prayer hands dalam agama Buddha.Ia direka sedemikian rupa untuk bertahan dalam cuaca ekstrem winter dan memudahkan salji tebal jatuh dari bumbung tersebut.

    Kata Ayumi bumbung jerami tu perlu ditukar lebih kurang 30-40 tahun sekali,dan kosnya sangatlah mahal,around USD200 000. Owner akan dapat 75% funding daripada kerajaan tapi still banyak jugak baki yang nak kena top up.Kerja untuk pertukaran bumbung tu dilakukan secara gotong royong oleh penduduk setempat,tiada paku digunakan dalam pembinaan bumbung gassho ini.

    Kami sampai ke Shirakawago pada jam 2.15pm,salji sangat tebal  dan masih terus turun dengan lebat ketika ini.Masa 2 jam diperuntukkan untuk melawat perkampungan ini,by 4.15pm kami kena berada dalam bas semula.Biasanya tour ni merangkap sekali dengan visit ke Shiroyama viewpoint untuk melihat keseluruhan Ogimachi village dari atas bukit,tapi dalam keadaan snow tebal bas-bas pelancongan memang tak dapat naik ke sana.Laluan mendaki untuk pejalan kaki pun ditutup atas faktor keselamatan.Ada shuttle khas disediakan bagi pengunjung yang berhajat nak ke viewpoint dan dikenakan bayaran sikit,tapi kata Ayumi kalau nak ke viewpoint mungkin makan masa lebih kurang 40minit sebab queue mungkin panjang,jadi kami pun tak naiklah ke sana,nanti tak sempat pulak nak ronda village tu.

OGIMACHI VILLAGE

    Perkampungan Ogimachi adalah penempatan terbesar dengan 59 rumah gassho-zukuri terdapat di sini.Bas berhenti di kawasan parkir bertentangan dengan Ogimachi,dari situ kena jalan sikit menyeberangi jambatan pejalan kaki yang merentasi Shogawa River.Di sini ada muzium dan juga kedai souvenir.Tapi kami tak singgah pun  dan terus menuju jambatan,di sini kami terpegun..Subhanallah,sambil menarik nafas panjang,menghirup udara bersih dan segar kami memerhatikan arus sungai yang jernih kehijauan bersama putihnya salji yang menyelimuti alam.Pemandangan luar biasa sebegini menyebabkan kami seperti berada di alam fantasi...terasa seperti berjalan dalam lukisan yang cukup indah...entah kenapa soundtrack drama That Winter the Wind Blows asyik berkumandang dalam kepala.

lukisan alam
sungai jernih kehijauan






jambatan ke Ogimachi village
Shirakawago telah mula didiami semasa penghujung zaman Jomon lagi,penempatan di sini kian bertambah disebabkan perkembangan industri penternakan ulat sutera dan pengeluaran benangnya.Selain itu industri pembuatan Japanese paper dari daun Mulberry dan juga pengeluaran calcium nitrate untuk pembuatan gunpowder menjadi aktiviti ekonomi yang penting pada zaman dahulu,ini kerana hasil pertanian agak kurang memandangkan tanah rata tidak banyak disebabkan kedudukannya di kawasan pergunungan.




WADA HOUSE

   Kebanyakan dari farmhouse ini kini menjadi muzium,restoran atau minshuku(homestay).Wada House adalah rumah tertua dan paling besar dibina sekitar tahun 1800.Wada family adalah orang kaya dan menjadi pemimpin masyarakat pada masa dulu,kini rumah ini dibuka sebagai muzium,bayaran masuk ialah 300yen.Kami hanya bergambar di luar,view sangat awesome semasa snow tebal begini.


Wada House
   KANDA HOUSE

   Ayumi rekemen Kanda House untuk dilawati,katanya boleh minum free green tea sambil explore keseluruhan rumah.Kami pun singgah situ,admission fee 300yen.Rumah ini dibina pada pertengahan Edo period oleh Wada Yaemon,anak lelaki kedua keluarga Wada.Asalnya tapak rumah ini ada sawah padi yang bersambung dengan shrine.Jadi beliau pun ubah family name kepada Kanda yang bermaksud 'Divine Rice Field'.Rumah ini mengambil masa 10 tahun untuk dibina.

  Ada 4 tingkat dan nak naik ke atas kena hati-hati sebab tangganya sangat curam.Tingkat bawah sangat luas dengan pelbagai ruang seperti ruang keluarga,ruang tamu,bilik-bilik tidur,dapur,bilik melukis,Buddhist altar dan sebagainya.Ada banyak barangan yang digunakan dalam aktiviti seharian dipamerkan di tingkat 1 dan 2.Tingkat 3 dan 4 cuma ruang sempit,seperti kebiasaan rumah gassho ukuri yang lain,tingkat paling atas digunakan untuk penternakan ulat sutera.

   Boleh nampak view sebahagian besar perkampungan Ogimachi dari tingkap di tingkat atas.Selesai tour kesemua tingkat rumah tersebut kami pun duduk sekejap sambil minum green tea di tingkat bawah,self service ambik sendiri je teh tu dari water dispenser yang disediakan

Kanda House

pond kecil depan Kanda House

Ruang keluarga/makan (oe) dengan irori (sunken hearth) untuk memanaskan rumah dan memasak


second floor-pameran folk art objects

farming tools

barang kegunaan harian
view Ogimachi dari tingkat atas



free ocha (green tea)
Selepas Kanda House kami berjalan saja sekitar Shirakawago,dalam keadaan salji tebal pergerakan agak lambat,sekejap sahaja dah menjangkau 2 jam di sini.Kami singgah  ke beberapa kedai souvenir,harga standard je semua.Takda apa sangat pun yang dibeli.

deep snow



deretan kedai



Tiba masa untuk meninggalkan lembah salji ni,sekejap saja masa berlalu,belum lengkap sebenarnya penjelajahan kami di sini,mungkin kalau ada rezeki suatu hari nanti nak kembali ke sini dan merasai pengalaman bermalam di minshuku pula.

snow semakin lebat dan cuaca makin berkabus




Sayonara Shirakawago


Sambung


14 comments:

  1. cantiknya tempat ni time winter! best best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi John,
      thanks singgah sini...tak sehebat snow di sweden kan tapi yes scenery mmg cun,berbaloi! :-D

      Delete
  2. Akak dan save beberapa gambaq dalam entry ini utk dijadikan sebagai desktop background. La nih dok kumpul landscape yang cantik2 utk dijadikan background bagi PC & handphone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar amatur je kak,tapi silakan,besar hati saya kalau ada manfaatnya..tak jemu mata memandang kan

      Delete
  3. hati terus terpanggil nk ke sana..ishhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sahut panggilan shirakawa tu sis,kalau winter saya rasa best lagi pergi sndiri,bole la pegi viewpoint lps tu relax2 explore ogimachi sambil main baling2 snowball...syok!!

      Delete
  4. sis kat shirakawa ni boleh duduk homestay semalam dua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi siti asmah,
      Kalau minat boleh je bermalam kat minshuku (farm house) kt situ,tapi kena reserve awal sbb selalu fully booked,n rasanya boleh stay 1 mlm je utk setiap homestay,kalau lebih 1 mlm,next day kena book minshuku lain pulak

      Delete
  5. bestnya shirakawa go.. saya baru nak gi 31 jan 2017 ni.. awak das huttle bus tak sana? sebab saya ada 4jam utk abiskn berjalan di sana nt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mira,
      oh bestnya nak ke sana,sure snow tebal waktu tu,kalau banyak masa tak payah ambik tour sebab mmg tk cukup time nak explore,just ambik xpress bus dari takayama ke shirakawago,dah smpai shirakawago naik dulu shuttle bus utk tgok view shirakawago dari atas bukit lepas tu boleh turun dan explore pkampungan tu pulak

      Delete