Pagi yang segar,nikmat sungguh duduk melamun di tepi tingkap sambil memerhati salji yang turun lebat.
Awal pagi lagi Sal sudah bersiap dan turun ke dapur menyediakan sarapan,perut berkeroncong minta di isi,seharian semalam dek kesibukan perjalanan dan keletihan kami tak sempat bersantap dengan juadah yang sempurna.
Sarapan pagi ini kami pun makan nasi instant yang dimasak dengan microwave,berlaukkan kurma daging Brahim,serunding daging dan sambal ikan bilis.
Selesai makan kami naik ke bilik dan bersedia untuk keluar menjelajah pekan kecil Takayama.Sebelum keluar kami selesaikan urusan check in dulu,total bayaran untuk 2 malam bagi bilik bertiga ialah JPY22800.Kami bertanya direction ke Morning market,staff bagi kami peta Takayama dan explain direction ke sana dan juga tempat-tempat menarik yang lain.
Kami mengorak langkah menjelajah bandar yang memutih ini,rasa seronok pulak meredah salji yang turun lebat ketika ini walaupun kami kena hati-hati sebab jalan yang licin,sesetengah bangunan mereka letakkan paip air yang dilubangkan halus-halus,air yang mengalir dari paip tersebut menghalang laluan tersebut dari dilitupi salji,jadi mudahlah nak berjalan.
snowy morning |
jom jalan |
Old Private Houses (Furui-Machi-Nmai)
Di jalan lama ini ada deretan bangunan-bangunan klasik yang dah wujud dari zaman Edo period lagi (1600-1868).Bangunan ini masih tegap dan dipulihara dengan baik sekali,ada rumah persendirian,kedai,cafe dan sake breweries.Ada juga rumah yang open to public,tapi kami tak singgah dan actually tak tau pun mana satu,sekadar bergambar je di luar.
Morning Market
Takayama morning market adalah salah satu pasar pagi yang terbesar di Jepun.Ada dua lokasi market ni,satu di Miyagawa River side dan satu lagi di hadapan Takayama Jinya.Yang besar ialah di Miyagawa,dikatakan ada lebih kurang 60 stalls dan kedai di sepanjang riverside dari Kajibashi bridge ke Yayoibashi bridge,jaraknya kira-kira 350meter.
Excited nak tengok morning market ni..kami decide pergi yang dekat Miyagawa River..lagi seronok banyak kedai.Tapi bila sampai kawasan tu lengang semacam.Rupanya bilangan gerai ni memang berkurangan sangat time winter atau hujan...tambah pulak tengah snow lebat ni,rasanya tak sampai 10 pun gerai yang ada,alahai hampalah harapan.Jadi kami pun jalan jugalah tengok-tengok apa yang ada,stall kecik-kecik tu kebanyakan jual sayur,buah,pickles dan ada juga kraftangan.Aku beli cucumber pickle kat gerai sorang makcik ni...boleh test mana yang berkenan.Balik Malaysia cepat je habis,sedap makan nasi berulamkan pickle cucumber ni.
signboard Miyagawa Morning market di Kajibashi Bridge |
area Miyagawa morning market yang lengang |
along Miyagawa River |
Higashiyama Temple Area
Sambil menuju ke arah temple area ni kami berhenti bergambar-gambar di sana sini.Cantik sungguh pekan yang dilimpahi salji ni.
Dari walking trail biasa tadi kami mendaki tangga dan kini berada di Higashiyama walking course.Trail ini adalah sepanjang 3.5km dan di sepanjang laluan ini akan jumpa banyak shrines dan temple yang terletak di kawasan yang sedikit berbukit...course ni juga akan membawa ke Shiroyama Park dan di situ terletaknya Shiroyama Castle ruins.
tangga untuk ke Higashiyama walking course |
Lord Kanamori Nagachika telah mula membina Takayama castle pada 1588 dan mengambil masa hampir 16 tahun untuk disiapkan.Beliau juga telah membina castle town,rumah-rumah samurai dibina di kawasan agak tinggi di sekeliling castle manakala kawasan rendah untuk penempatan rakyat biasa.Beliau jugalah yang menempatkan deretan temple di kawasan berbukit di bahagian timur.Boleh dikatakan asas pada bandar Takayama yang ada pada hari ini dibina pada era tersebut.Peminat sejarah mungkin boleh spend masa berhari-hari untuk mengkaji dan menyelami kisah silam bandar bersejarah ini.
Kami tak teruskan follow Higashiyama walking trail ni, leka bergambar di dua kawasan temple iaitu Unryuji dan Daioji Temple,cukuplah kan.Kena spend around 2 jam kot kalau bercadang nak habiskan trail ni.Sepanjang berjalan dalam temple area kami tak jumpa pun sesiapa...sunyi sepi takda kelibat sami or sesiapa di situ.Dah puas bergambar kami pun beredar dan sambung perjalanan dengan menyusuri jalan besar Yasugawa street.
Unryuji (Cloud Dragon Temple)-terletak pada starting point Higashiyama trail |
Unryuji Temple area |
Unryuji Temple area |
Daioji Temple |
Daioji Temple Gate-pandangan sisi |
Antara Bell Tower tertua di Hida region |
Yasugawa street |
Nakabashi Bridge & Old Town Takayama (Sanmachi-suji)
Kami berjalan lagi menjelajah bandar Takayama,singgah sebentar di 7-11 untuk top up bekal makanan.Kemudian sampai di Nakabashi Red Bridge,jambatan merah ni landmark yang popular di Takayama.Bridge ni adalah laluan perarakan semasa Takayama Festival pada musim spring dan autumn.
Takayama Spring Festival (Sanno Matsuri 14-15April annually) dan Autumn Festival ( Hachiman Matsuri 9-10 October annually) adalah antara festival yang sangat popular di Jepun.Waktu tu Takayama akan sangat padat dengan pengunjung ,jadi kalau nak ke sini pada waktu tersebut kena make sure book accomodation awal-awal...seriously rasanya seawal 1 year before.
Sanmachi-Suji area |
Nakabashi Bridge |
Takayama Jinya (Historical Government House)
Selepas jambatan kami berjalan ke bangunan Takayama Jinya,ini ialah bangunan pejabat kerajaan di zaman Edo period dan digunakan dari tahun 1692 hingga 1969.Sejarahnya generasi ke-6 Kanamori clan iaitu Lord Kanamori Yoritaki telah dipindahkan ke Kaminoyama pada tahun 1692.Selepas itu Takayama yang kaya dengan hasil bumi termasuklah emas dan perak itu berada di bawah penguasaan Tokugawa shogunate government sehinggalah Meiji Restoration Era pada tahun 1868.
Bangunan yang asalnya adalah kediaman Kanamori itu telah diubahsuai menjadi pejabat kerajaan.Dulu ada sebanyak 60 bangunan begini di Jepun tapi hanya Takayama Jinya je yang wujud sehingga hari ini.Bangunan yang ada sekarang adalah hasil dari pembinaan semula pada tahun 1816.
Musim winter dibuka pada 8.45am-4.30pm,admission 430yen |
Tokugawa shogunate crest pada lantern dan bidai purple |
Selesai di Takayama Jinya dah pun pukul 12 lebih,kami pulang semula ke hostel,lebih kurang 5minit jalan kaki dah sampai.Masuk je Zuhur kami pun segera solat jamak zuhur dan asar dan kemudian bersiap-siap untuk menyertai tour ke Shirakawago petang ini.
Sambung
Memang cantik, masih teringat waktu turun snow yang mencurah2 baru2 nih pengalaman yang mengkagumkan. Ramai orang tak suka pi masa winter season. Tapi akak suka kerana scenery nya cantik dan menarik. Sejuk tak ada probelm sangat cuma yang tak berapa best waktu siangnya pendek.
ReplyDeleteBetul kak Nori,saya rasa winter di tempat yang snowy memang pengalaman sangat menarik n unik,apalagi di Jepun sebab wp winter tapi langit biasanya cerah,perfect combination dengan salji yang memutih...ralit sungguh tengok suasana indah sebegitu.
Deletesubhanallah...salji memutih di sana sini...tebal pulak tu...belum ada pengalaman main salji lagi nih Ayda...huhuh nampaknya perlu cari tiket ke sana jugak lah..harus menabung dari sekarang for year 2017
ReplyDeletesikap nenek tu patut di contohi tapi kan bukan sikap nenek tu sahaja tetapi budaya org jepun yg menepati masa patut di contohi juga
wow sis JM plan travel dah sampai ke 2017..tahun ni sure dah penuh jadual kan,betul kena rasa penangan winter sonata kat Jepun ni,sure nak pegi lagi dan lagi.
DeleteBetul banyak perkara bole blajar dari bangsa Jepun ni...dari budi bahasa,kebersihan,disiplin,punctual,integriti dan byk lagi..fuh tabik spring!
teringinnya nak travel time snow..byk info ayda tulis..bagus!!!
ReplyDeleteHi Zila,
DeleteAgak mencabar travel time snow..tapi feel dia mmg unik dan best,pergilah berwinter salji kat mana-mana nnt,worth sangat2 :-D
cantik view...tebalnya salji..
ReplyDeletesuci je nampak kan,Alhamdulillah,bumi Tuhan memang indah
Delete