Sayonara Shiga Kogen
Kami check out pukul 8.15am dan menyelesaikan total payment hotel sebanyak 34 212yen dan fee untuk ski lesson 15 500yen.Kali ini kami usung je beg menuruni tangga yang dah jadi slope disebabkan timbunan salji tu,dengan penuh hati-hati semua selamat turun tanpa terjatuh.
Family room |
tunggu bas |
Terminal bas di Hasuike |
public bus |
bus interior |
Bagus betul ketepatan masa di Jepun ni,walaupun dalam keadaan salji tebal bas tetap punctual,tepat pada waktu 8.50am kami naik bas,lebih kurang 15min sampai ke Hasuike.Dari sini kami beli tiket di kaunter untuk bas ke Yudanaka pukul 9.25am berharga 770yen.Di siang hari ni barulah nampak pemandangan sekitar Shiga Kogen ini...putih salju mendominasi suasana...tenang dan mendamaikan.
ada snow monkey di atas pokok |
Sebenarnya destinasi kami iaitu Jigokudani Monkey Park adalah dalam laluan bas sebelum tiba Yudanaka station.Tapi kami terpaksa ke train station dulu untuk simpan beg di locker,lepas tu baru patah balik ke Jigokudani,renyah sikit tapi hanya tu option yang ada.
Actually aku ada terbaca ada cafe di area Jigokudani tu yang menyediakan pekhidmatan simpan beg,tapi tak berani nak terus pergi sebab luggage kami memang banyak dan gedabak,tambahan staff di hotel pun memang bagitau tempat simpan beg di train station,takda pulak dia sebut tentang cafe tu.Better safe than sorry,ternyata keputusan tu memang tepat...nanti diceritakan kenapa..
Kanbayashi Onsen
Lebih kurang pukul 10am tiba di Yudanaka station,kami bergegas simpan beg di locker,harga 500yen locker yang paling besar.Kemudian naik bas semula untuk ke Jigokudani,rupanya bas yang kami naik tadi juga yang akan berpatah balik untuk laluan ke Shiga Kogen,pakcik driver senyum je tengok kami.
Bus stop untuk ke Jigokudani Monkey Park ialah Kanbayashi Onsen.Tambang 310yen dan perjalanan lebih kurang 15minit.Takda problem untuk turun bas sebab ada announcement in English untuk setiap stop,bila sebut je next stop yang kita nak berhenti terus tekan loceng.
Jigokudani Monkey Park
Dari Kanbayashi onsen stop,kami pun follow sign board untuk ke Monkey Park,kena mendaki jalan berbukit dan masa ni kami nampak cafe yang ada servis untuk simpankan beg tu,memang mujur tak decide simpan beg kat situ sebab seksa nak heret beg mendaki tambahan pulak sebahagian jalan memang licin sebab snow dah jadi lapisan ice yang melitupi jalan...tambahan pulak cafe tu nampak kecil je,rasanya tak sesuai untuk tinggalkan luggage yang banyak dan besar.
jalan berbukit ke Jigokudani |
Dari jalan berbukit tu nanti akan jumpa entrance bertangga,sambung mendaki lagi..mujur tak jauh mana,lepas tangga tu akan lalu footpath dalam hutan yang rata je...kat sini dah tak mencungap mendaki tapi cabaran getirnya ialah jalan tu licin sebab snow yang kerap dipijak dah jadi lapisan ais yang tebal,dengan kasut kami yang tak berapa mencengkam tu maka banyak kalilah episod nyaris tergelicik dan memang at least sekali ketiga-tiga kami merasalah tergolek kat laluan tu.Jadi terpaksa extra careful kat sini maka agak melambatkan perjalanan.
1.6km yang mencabar |
icy footpath yang licin |
Lepas lalu forest tu sampailah kami ke Yokoyu River Valley...pemandangan pokok-pokok bersalji memang cantik.Dari sini kena daki tangga sikit,sebelum masuk ke kawasan snow monkey tu ada kaunter tiket,admission fee ialah 500 yen.
Jigokudani Monkey Park ni terletak pada altitud 850meter di lembah Yokoyu River.Tempat ini menjadi habitat kepada wild Japanese macaque.Monyet yang juga digelar Snow Monkey ini unik sebab mampu hidup dalam extreme cold weather dan hanya terdapat di Jepun.
Sejak tempat ini dibuka pada tahun 1964 ianya menjadi antara winter attraction yang sangat popular untuk menyaksikan snow monkey.Untuk attract snow monkey liar ni lepak di situ pihak Jigokudani park mengambil inisiatif untuk memberi makan dan menyediakan onsen buatan khas untuk monyet tu mandi,berendam dan bersantai-santai..waktu winter adalah masa paling ideal untuk berkunjung ke sini.
Dah bayar tiket kami pun berjalan turun tangga dan terus ke hujung hingga bertemu onsen..ada segerombolan pelancong time ni,so kena tunggu turn nak ambik gambar.Memang berbaloi perjalanan ke sini,walaupun dah biasa tengok monyet ternyata snow monkey ni unik...muka merah,ekor kontot,relax je berendam dalam onsen...tak heran pun dengan pelancong yang berkerumun kat situ,tapi kita kena ikut juga peraturan ,jangan bagi makan,jangan sentuh,jangan stare dan jangan dekat sangat,maklumlah haiwan liar...tindakannya unpredictable.
Hi! |
Dah puas bergambar-gambar kami pun beredar,dah tengahari,suhu masa ni -3.Kami cuba bergerak sepantas mungkin,by pukul 1pm kami dah berada di bus stop tadi.Tengok jadual eh terkejut tengok next bus pukul 3pm,tapi di jadual tu ada tulis bus stop A dan B...ada bas pukul 1.30pm di bus stop A.Actually bus stop A ialah Kanbayashi onsen dan bus stop B ialah Kanbayashi Onsen-guchi,kami berada di bus stop B yang berada di tepi jalan besar menuju ke Shiga Kogen.Manakala Bus stop A rupanya atas bukit dan lebih hampir dengan kawasan monkey park tu.Jadi kami mendaki semula..nampak ada beberapa mat salleh yang menunggu di situ.
lokasi bus stop B-Kanbayashi Onsen-guchi |
Bas tiba pukul 1.30pm dan kami kembali ke Yudanaka train station.Setelah ambil beg di locker perjalanan diteruskan,dah ada train yang nak bertolak ke Nagano.Tiket dibeli di mesin dengan harga 1160yen,yang ni murah sikit dari masa datang hari tu sebab banyak stop.Transfer train di Shin Nakano,dalam perjalanan ada sekumpulan murid yang baru pulang sekolah naik train.riuh suasana dengan kehadiran adik-adik comel ni,dalam hati rasa kagum juga sebab budak-budak kecik safe nak travel sana sini dengan public transport je,di Malaysia masa zamanku kanak-kanak dulu ok lagi nak merayau sana sini,tapi sekarang agak berbeza keadaannya.Sejam lebih perjalanan akhirnya kami tiba di Nagano station jam 3.15pm.
Yudanaka train station |
budak-budak balik sekolah |
Dari Dentetsu train station kami pun berjalan semula ke Nagano JR station,kali ni kami masuk pintu yang takda lif,terpaksa mengusung beg menaiki tangga yang agak tinggi,dalam pada terkial-kial dengan beg berat tu tetiba ada seorang pakcik mat salleh menawarkan pertolongan,sekali dua beg besar aku dan Azma diangkatnya,gagah betul...syukur pada Allah.
Destinasi kami ialah Hida-Takayama,perjalanan masih jauh lagi...ada sedikit kesulitan yang menyebabkan kami agak desperate dan terpaksa minta tolong dengan warga tempatan...ceritanya dalam next entri.
Sambung
kiranya berapa budget itu trip ke Nagoya ni eh Ayda...nk bayar ski lesson lagi tu..sbb sis nk try follow trip Ayda nih...sambil baca sambil draft itie..dasyat tak hihi
ReplyDeletedari segi puntuality JEPUN mmg TERBAIK begitu juga KOREA :-)
nampaknya wajib ke sini utk tgk snow monkey nih..nampak behave je semuanya
baik nya uncle mat salleh tu..kalau kat msia..uncle? nk tlg ke...tlg tgk je lah huhu
last part ni ada kesulitan? alaa..sambung lah pulak
budget tak tmasuk shopping lebih kurang 4.2k untuk 10hari include ski suma tu,ada jimat sikit 2 hari sebab tmpang rumah kawan di Nagoya.
Deletehighly recommended utk visit snow monkey yg sporting ni..takla nakal nak ragut2 brg org ke apa...tapi pakai winter boot rasanya br sesuai nak lalu jln licin tu
haha mat salleh mmg gentleman...bab ni even uncle japan pun tak macam tu..msia....hmm snyum simpul jela...hihi...
tungguuu ya sis...detik-detik mencemaskan...hehe....mcm suspens sgt
Salam, haha akak pun pi Jigokudani Snow Monkey Park baru2 nih, kami menginap 2 malam di Senshinkan Matsuya di Shibu Onsen, Yamanouchi. Ada jugak terpikir mula2 tu nak try main ski di Ichinose, Shiga Kogen, tapi bila survey2 tempat tu macam susah sket nak makan.
ReplyDeleteSo mana kami pi...hehe sat no...nanti akak cerita pada entry dalam blog akan datang.
Wkmsalam kak Nori...syok kan tengok snow monkey ni,tapi asyik nak tergelicir je kat footpath yg licin tu bahana tak pakai winter booth.Tak sempat nak jalan-jalan shibu onsen,macam menarik jugak kan area tu,memang payah jugak nk cari makan plus sgt expensive..tu yg kami makan bekal sendiri je kat shiga kogen.
Deletebaik betul snow monkey ni..boleh bergambar dekat2..
ReplyDeleteteragak-agak jugak sebenarnya,tapi okla kebanyakannya behave,cuma kadang-kadang ada kecoh sikit bila monkey ni bergaduh sesama sendiri
Delete