Pages

Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

PERTH HOLIDAY 12 :Finale & Travel Tips

31 August 2014

Last Day in Perth

Selesai di Fremantle Prison kami pun bergegas ke E-Shed Market yang bakal tutup around pukul 5,masa tu dah 4 lebih.Sempatlah kami menyelesaikan misi di sana,tukar size t-shirt dan juga tokok tambah souvenir yang tak cukup.

jangan lupa bayar parking
Habis misi di E-Shed market singgah sebentar di Fremantle Market pulak...dah pukul 5 lebih tapi still bukak lagi,may be around 6pm baru tutup.Aku beli buah-buahan sikit,epal dan strawberi untuk dibawa balik,epal tu adik aku yang kirim.Dan kemudian kami singgah ke Coles...Sal pula nak singgah cari kacang-kacang atau coklat sebagai souvenir untuk rakan sekerja malangnya dah tutup pukul 5pm.

Jadi kami pun ke Kailis Fish Market cafe untuk dinner...macam biasa aku order traditional fish & chips,Sal pula order grilled fish and chips.Dah pukul  6 lebih ni cuaca agak sejuk,jadi seat dalam restoran dah penuh,terpaksalah duduk di seat luar.



Personally aku rasa ikan di sini kurang fresh berbanding Cicerello's...tapi tak tahulah kalau faktor masa yang dah petang mempengaruhi rasa ikan tu,di Cicerellos dulu kami makan masa awal pagi.Tapi grilled fish yang Sal pilih memang sedap.Alhamdulillah perut dah kenyang terisi,kami pun bergerak meninggalkan Fremantle.

Dalam perjalanan ke central Perth ternampak pula sebuah kedai bernama Boatshed Market yang masih dibuka.Kami singgah untuk dapatkan barangan yang dihajati...kacang macadamia,coklat,strawberi antara barangan yang dibeli.

Kami meneruskan perjalanan ke central Perth,kali ni ke William street mencari Perth Mosque,cadangnya nak bersiap-siap di situ sebelum gerak ke airport.Namun waktu kami tiba jam 8 lebih tu mosque dah ditutup dan berkunci.Jadi tak tercapailah hasrat nak bersolat di situ.Maka kami teruskan saja perjalanan ke Perth International Airport.

William street
Tiba di airport  kami tanya pada guard parking untuk pulangkan kereta.Terus saja drive ke hujung airport dan nampaklah parking bay yang besar untuk car rental...tiap company ada lot mereka sendiri.Safely parked di lot Budget Car Rental,kami pun pulangkan kunci di kaunternya di dalam airport,just drop car key dalam kotak yang disediakan,simple je.



Dengan masa yang masih banyak sebelum flight berlepas sempatlah kami mandi,solat dan arrange barang-barang sebelum check in.Memang fully utilised 30kg baggage allowance,agak banyak barang yang dibeli kali ni berbanding trip Gold Coast dulu.Selesai urusan check in 1 Sept 2014 jam 1.25am kami pun terbang meninggalkan bumi Perth dan membawa kenangan baru pulang ke Malaysia.

Travel Tips

Tips  ke Perth ni sebahagian dah di tulis dalam entri pre journey,beberapa point tambahan yang dikutip sepanjang perjalanan ialah :

1.Kalau sewa kereta pastikan accomodation ada free parking space,harga overnite parking berbayar agak expensive,better spend untuk tujuan lain.Kalau takda parking space bole je letak kat parking space jalan,after 6pm hingga 8am tak payah bayar,tapi jangan park dekat parking teksi pulak,sure kena saman.

2.Bagus juga kalau dapat check kalau ada any major event yang berlangsung especially di central Perth yang menyebabkan jalan ditutup pada kenderaan.Elakkan kawasan tersebut sebab ikut pengalaman memang takda alternatif route,mungkin ada tapi kami yang tak tau,Wallahualam.

3.Follow je speed limit dan lain-lain peraturan jalan raya dan jangan lupa bayar parking...kena fine dalam dollar memang perit nak bayar,Alhamdulillah trip kami selamat dari saman walaupun kadang tu memang ada terbabas sikit tang speed limit tu.

4.Sentiasa check harga petrol online untuk cari petrol station with best price,ada banyak apps boleh digunakan,biasa di Perth memang lebih murah berbanding di luar bandar..kami isi full tank bila kat Perth je...masa jalan kat luar just isi sikit-sikit.

5.Generally souvenir di E-shed market memang murah,cuma tempat ni dibuka Jumaat-Ahad je,tapi jangan risau sebab still boleh pergi ke gudang Megabes anytime,tak sempat shopping siang boleh pegi malam,just call je owner dia,contact ada dalam entri ini.

6.Untuk central Perth dan Fremantle boleh naik free CAT bus untuk transportation,tapi just be aware tentang masa ianya beroperasi,definitely bukan sepanjang hari.

7.Sentiasa jugak check daily wheather forecast ,itinerary kena adjust jugak bergantung pada keadaan cuaca.Ni perkara yang kami agak terlepas pandang dan menyebabkan masa terbuang.

Oklah rasanya cukup setakat ni coretan tentang Perth,lepas ni kalau ada rezeki boleh terjah destination lain pula di Australia.Insya Allah coretan tentang winter trip ke Jepun yang baru selesai bakal menyusul...till then Good Day Mate!!

Tamat

Tuesday, January 20, 2015

PERTH HOLIDAY 11 : Fremantle Prison

Happy New Year 2015!!

Agak lewat untuk wish happy new year,awal bulan agak sibuk dengan trip yang terbaru,tapi takpalah memandangkan masih Januari....sekejap saja setahun berlalu,entri pertama tahun baru tentang Perth yang tak habis ni pun dah jadi cerita basi tahun lepas.
2014 berlalu dengan berbagai warna...dah tentu musibah-musibah besar yang melanda negara meninggalkan kesan yang meruntun hati.Tabahlah wahai jiwa-jiwa yang diuji,mudah-mudahan lembaran tahun baru 2015 membawa limpahan rahmat dan kebahagiaan buat kita semua.

Sambung cerita-cerita di penghujung trip Perth.

31 August 2014

Selepas beredar dari Caversham Wildlife kami pun lalu semula ke central Perth untuk ambil beg di hotel Rendezvous.Sambil tu singgah sebentar di Swan Bell Tower untuk bergambar-gambar.Alhamdulillah event marathon tu dah selesai dan trafik kembali lancar.


SWAN BELL TOWER

Cuaca sangat baik hari ni...Swan Bell Tower terletak di Barrack Square menghadap Swan River.Tower berbentuk unik yang setinggi 82.5meter ni menempatkan 18 set of bells.12 darinya merupakan set of royal bells dari kurun ke 14.Bells tersebut asalnya terletak di St-Martin-in-the-fields church di Trafalgar Square London.Loceng di gereja tersebut telah diganti dengan set yang baru pada tahun 1988 dan Church of England telah menghadiahkan set loceng lama yang bersejarah  tersebut kepada City of Perth.

Sejarahnya Bells of St Martin telah dibunyikan untuk historic occasions sejak  600 tahun dahulu.Antara event penting tersebut termasuklah kekalahan England kepada Spain pada tahun 1588,kepulangan Kapten James Cook's ke England pada tahun 1771 dan kemenangan England dalam Perang Dunia ke-2.Selain dari itu ia juga dibunyikan setiap kali kedatangan tahun baru selama lebih 275 tahun dan juga semasa tragedi 9-11 dan Bali bombing.Tak hairanlah pihak kerajaan Australia membina menara khas untuk menempatkan loceng antik yang dah berkurun usianya.

Masa kami datang ni ada renovation di area tersebut,kami taklah berhajat nak naik sampai ke atas,cukuplah dengan bergambar-gambar di luar dan sekitar Barrack Jetty tu dan kemudian rush untuk ke Fremantle.











FREMANTLE PRISON




Kami tiba di Fremantle prison sekitar pukul 2pm.Yang tak bestnya parking kat sini berbayar...manalah kita tau berapa lama nak ada dalam tu kan.Kami anggarkan tour dalam setengah jam,jadi kami pun letak tiket anggaran dalam sejam kat situ.Bila masuk nak beli tiket untuk tour agak terkejut jugak bila diberitahu Doing Time Tour yang kami nak join tu ambil masa sejam setengah gitu,next tour ialah pukul 2.30pm.Alamak sempat ke nak ke E-shed nanti,bila fikir-fikir balik rasanya sempat,lagipun dah 2 round ke Fremantle takkan nak miss lagi..setakat compound prison tu memang takda apa yang nak ditengok.

Jadi kami pun kembali ke kaunter dan beli tiket tour tu yang berharga $20...bila bertanya macam mana nak extend masa parking,staff tu bagitau just tambah lagi tiket,walaupun ada pertindihan masa tapi kalau ada yang cek diorang akan fahamla.Punyala cuak kan takut kena fine....tak mau la buang duit sia-sia.

Fremantle Prison ialah satu-satunya World's Heritage building di Western Australia.Pada tahun 1827 Captain James Stirling dari England tiba di Swan Valley,oleh kerana area tersebut mempunya great natural attractions ianya telah membawa kepada pembukaan penempatan di situ pada tahun 1829...tiga pekan telah dibina iaitu Perth,Fremantle dan Guildford.



Kerana kekurangan tenaga buruh untuk pembangunan penempatan baru ini maka British telah menghantar banduan ke Western Australia antara tahun 1850 hingga 1868.9721 banduan telah dibawa dalam 43 pelayaran.

So Fremantle Prison adalah antara bangunan yang dibina oleh convicts tersebut pada tahun 1850.Penjara ini  berfungsi selama 136 tahun dan ditutup pada tahun 1991.Penjara ni boleh masuk hanya dengan guided tour.


Memang berbaloi join tour ni,dari mula seseorang convict tu menjejak kaki ke penjara,sampailah ke kehidupan seharian,aktiviti,kerja,type of cells,huru hara akibat kebakaran hingga hukuman mati ke tali gantung semuanya diceritakan dengan detail dan menarik sekali.Aku rasa tour macam ni memang bagus untuk educate public tentang buruknya akibat kalau jadi penjenayah dan betapa sengsaranya duduk dalam prison.
Marilah tengok gambar-gambar ketika kami 'dipenjara'.....


bangunan penjara

jadual harian

bilik penjara tiga tingkat

bilik sempit

hasil karya banduan yang berbakat melukis

karya banduan

compound belakang

pintu double layer

bilik hukuman gantung

bilik-bilik penjara
Jadi tercapailah jua hasrat nak ke prison.Selesai di sini kami pun beredar untuk menyelesaikan misi-misi lain pula.


Sambung........

Tuesday, December 30, 2014

PERTH HOLIDAY 10 :Caversham Wildlife Park

Sunday 31 August 2014

Hari Kemerdekaan Negara yang ke 57
Hari terakhir juga ke sini,sepatutnya plan hari ni just shopping dan bersantai-santai di Kings Park
Tapi disebabkan program yang banyak tergendala maka terpaksa ubah plan,kami sambung rent kereta lagi untuk hari ni.Bagi memudahkan urusan kami pilih Budget Car Rental,sebab boleh pick up kereta di central Perth dan return di airport.

Kebetulan office Budget Car Rental sangat dekat dengan Rendevzous hotel ni,just 5 minit jalan kaki.On the way ke office kami perasan jalan besar St Georges Terrace ditutup pada lalu lintas sebab ada event marathon.


Main street St Georges terrace yang ditutup pada lalulintas

Urusan di Budget Car Rental berjalan lancar,sangat pantas dan tak memerlukan bond.Insurans extra pun kami tak ambil....tawakkal ajelah sebab rent sekejap.Selesai pick up kereta tiba-tiba baru teringat t-shirt yang nak ditukar saiz tertinggal pula.Kalau tak kerana jalan yang ditutup kami plan nak angkut terus semua beg baru jalan,dah terhalang macam ni aku pun just jalan kaki untuk ambil barang yang tertinggal.
Masa nak lintas jalan besar marathon tu dah start...peserta punya ramai,mula-mula ingat nak tunggu sampai habis tapi macam lama sangat pulak,dahla banyak program hari ni,aku tengok ada je orang meredah crowd tu untuk seberang jalan.Leceh sikit sebab kita macam akan menghalang laluan,tapi nak taknak terpaksa jugaklah aku mencelah,mujur dapat elak berlaga dengan peserta marathon tu.

Budget Car Rental di 960 Hay Street

Hyundai Accent
Bila dah selamat sampai semula ke kereta kami pun mulakan perjalanan...nak ke Fremantle dulu.Aral melintang pulak,sebab rupanya kebanyakan main road semua tutup untuk bagi laluan pada marathon tadi.Yang bengangnya diorang ni main tutup jalan tapi tak prepare laluan alternatif untuk kereta yang nak lalu,jadi banyaklah kereta stranded sana sini.Mereka tutup jalan sepanjang event berlangsung,jadi nampak gaya sampai tengahari lah baru line clear agaknya.

Berpusing-pusing kami mencari jalan keluar...tapi nampak gaya semua laluan ke arah beach ditutup sempena event tu.Jadi setelah fail semua attempt untuk menuju arah Fremantle,maka terpaksalah tukar haluan ke arah Caversham Wildlife Park.Sabar ajelah...

CAVERSHAM WILDLIFE PARK

Alhamdulillah jalan ke arah Whiteman Park tak terhalang,kami tiba di Caversham Wildlife yang terletak dalam Whiteman Park di Lord Street, Bassendean lebih kurang 10.30am.
Park ni dibuka jam 9am-5.30pm setiap hari kecuali Krismas,entrance fee ialah AUD25.




Dah dapat tiket kami pun mulalah explore kawasan ni.Time tu farm show dah start tapi kami malas nak pegi, dah pernah tengok di Gold Coast,lebih kurang je rasanya.Sebab kena kejar masa jadi kenalah fokus yang penting-penting aje.

Tempat pertama kami spend ialah di kawasan kanggaroo.Kanggaroo kebanyakannya macam dah kenyang jadi ia tak heran sangatlah dengan makanan yang dihulurkan.Makanan kanggaroo ada disediakan di situ jadi boleh ambil saja untuk feed kanggaroo sambil bergambar-gambar.

Kanggaroo sini aku tengok macam agak kurang bersih berbanding masa di Gold Coast dulu,yang nampak macam berpenyakit pun ada.Tapi  takdalah menghalang kami untuk beramah mesra dengannya.Cuma kesian je sebab macam kurang terjaga.Uniknya kat sini ada kanggaroo albino yang berwarna putih.So marilah layan gambar sang kanggaroo ni semua.







Habis sesi dengan kanggaroo pukul  kami ke pergi ke homestead arena untuk sesi Meet the Wombat &Friends yang bermula 11am.Kat sini kita berpeluang bergambar dengan beberapa haiwan yang unik dan rare.Orang ramai juga tapi jangan risau sebab memang berpeluang ambil gambar dengan selesa,just beratur dan ikut turn,tak perlu berebut-rebut.



Wombat

Golden Brushtail Possum



Spotted-tailed Quoll

Gang-gang cockatoo

Pink galah

11.30am ada Keeper talks untuk Dingo & Fox,just dengar cerita penjaga tentang haiwan ni depan sangkar.Tak lama dalam 15mins je sesi tu.


Dingo

Sambung lagi dengan Meet The Koalas..morning session adalah antara 10am-1pm,penjaganya ada di situ dan akan bercerita serba ringkas sambil kita bergambar dengan koala.Koala selalunya memang tidur je,tapi Alhamdulillah time kami datang ni koala-koala tu tengah aktif dan dapat pulak bergambar dengan koala yang pandang ke kamera....sangat adorable.Koala ni fussy eaters so penjaganya dok remind pengunjung jangan pegang daun-daun eucalypts tu sebab nanti koala tu tknak makan daun yang dah tersentuh oleh tangan kita.



Habis jumpa koala lepas tu kami just jalan-jalan tengok haiwan-haiwan yang berada dalam sangkar.

Wallaby


Perentie-Australia's largest lizard (2.4m)

Ada interaktif Molly's farmyard,sesuai nak beramah mesra dengan farm animals tapi kami tak pergilah memandangkan dah tengahari,nanti tak sempat nak catch semua agenda hari ni.

Cafe di sini ada sediakan pek halal food,kami just beli kudapan ringan je untuk alas perut dan beredar untuk ke destinasi seterusnya.


Sambung