Pages

Wednesday, January 21, 2015

PERTH HOLIDAY 12 :Finale & Travel Tips

31 August 2014

Last Day in Perth

Selesai di Fremantle Prison kami pun bergegas ke E-Shed Market yang bakal tutup around pukul 5,masa tu dah 4 lebih.Sempatlah kami menyelesaikan misi di sana,tukar size t-shirt dan juga tokok tambah souvenir yang tak cukup.

jangan lupa bayar parking
Habis misi di E-Shed market singgah sebentar di Fremantle Market pulak...dah pukul 5 lebih tapi still bukak lagi,may be around 6pm baru tutup.Aku beli buah-buahan sikit,epal dan strawberi untuk dibawa balik,epal tu adik aku yang kirim.Dan kemudian kami singgah ke Coles...Sal pula nak singgah cari kacang-kacang atau coklat sebagai souvenir untuk rakan sekerja malangnya dah tutup pukul 5pm.

Jadi kami pun ke Kailis Fish Market cafe untuk dinner...macam biasa aku order traditional fish & chips,Sal pula order grilled fish and chips.Dah pukul  6 lebih ni cuaca agak sejuk,jadi seat dalam restoran dah penuh,terpaksalah duduk di seat luar.



Personally aku rasa ikan di sini kurang fresh berbanding Cicerello's...tapi tak tahulah kalau faktor masa yang dah petang mempengaruhi rasa ikan tu,di Cicerellos dulu kami makan masa awal pagi.Tapi grilled fish yang Sal pilih memang sedap.Alhamdulillah perut dah kenyang terisi,kami pun bergerak meninggalkan Fremantle.

Dalam perjalanan ke central Perth ternampak pula sebuah kedai bernama Boatshed Market yang masih dibuka.Kami singgah untuk dapatkan barangan yang dihajati...kacang macadamia,coklat,strawberi antara barangan yang dibeli.

Kami meneruskan perjalanan ke central Perth,kali ni ke William street mencari Perth Mosque,cadangnya nak bersiap-siap di situ sebelum gerak ke airport.Namun waktu kami tiba jam 8 lebih tu mosque dah ditutup dan berkunci.Jadi tak tercapailah hasrat nak bersolat di situ.Maka kami teruskan saja perjalanan ke Perth International Airport.

William street
Tiba di airport  kami tanya pada guard parking untuk pulangkan kereta.Terus saja drive ke hujung airport dan nampaklah parking bay yang besar untuk car rental...tiap company ada lot mereka sendiri.Safely parked di lot Budget Car Rental,kami pun pulangkan kunci di kaunternya di dalam airport,just drop car key dalam kotak yang disediakan,simple je.



Dengan masa yang masih banyak sebelum flight berlepas sempatlah kami mandi,solat dan arrange barang-barang sebelum check in.Memang fully utilised 30kg baggage allowance,agak banyak barang yang dibeli kali ni berbanding trip Gold Coast dulu.Selesai urusan check in 1 Sept 2014 jam 1.25am kami pun terbang meninggalkan bumi Perth dan membawa kenangan baru pulang ke Malaysia.

Travel Tips

Tips  ke Perth ni sebahagian dah di tulis dalam entri pre journey,beberapa point tambahan yang dikutip sepanjang perjalanan ialah :

1.Kalau sewa kereta pastikan accomodation ada free parking space,harga overnite parking berbayar agak expensive,better spend untuk tujuan lain.Kalau takda parking space bole je letak kat parking space jalan,after 6pm hingga 8am tak payah bayar,tapi jangan park dekat parking teksi pulak,sure kena saman.

2.Bagus juga kalau dapat check kalau ada any major event yang berlangsung especially di central Perth yang menyebabkan jalan ditutup pada kenderaan.Elakkan kawasan tersebut sebab ikut pengalaman memang takda alternatif route,mungkin ada tapi kami yang tak tau,Wallahualam.

3.Follow je speed limit dan lain-lain peraturan jalan raya dan jangan lupa bayar parking...kena fine dalam dollar memang perit nak bayar,Alhamdulillah trip kami selamat dari saman walaupun kadang tu memang ada terbabas sikit tang speed limit tu.

4.Sentiasa check harga petrol online untuk cari petrol station with best price,ada banyak apps boleh digunakan,biasa di Perth memang lebih murah berbanding di luar bandar..kami isi full tank bila kat Perth je...masa jalan kat luar just isi sikit-sikit.

5.Generally souvenir di E-shed market memang murah,cuma tempat ni dibuka Jumaat-Ahad je,tapi jangan risau sebab still boleh pergi ke gudang Megabes anytime,tak sempat shopping siang boleh pegi malam,just call je owner dia,contact ada dalam entri ini.

6.Untuk central Perth dan Fremantle boleh naik free CAT bus untuk transportation,tapi just be aware tentang masa ianya beroperasi,definitely bukan sepanjang hari.

7.Sentiasa jugak check daily wheather forecast ,itinerary kena adjust jugak bergantung pada keadaan cuaca.Ni perkara yang kami agak terlepas pandang dan menyebabkan masa terbuang.

Oklah rasanya cukup setakat ni coretan tentang Perth,lepas ni kalau ada rezeki boleh terjah destination lain pula di Australia.Insya Allah coretan tentang winter trip ke Jepun yang baru selesai bakal menyusul...till then Good Day Mate!!

Tamat

22 comments:

  1. info yang padat dan sangat berguna untuk bercuti ke perth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks effi...sekadar kongsi pengalaman,kalau ada yang dapat dimanfaatkan,Alhamdulillah :)

      Delete
  2. Tumpang tanya... Bajet petrol sepanjang sis kat sana dlm berapa eh? Roughly?

    ReplyDelete
  3. ingat-ingat lupa je ni...around AUD100+ (definitely less than AUD150)...so around rm300-350 lbh krg

    ReplyDelete
  4. TQ so much.. Sgt2 membantu.. Insyaallah saya dan keluarga akan pergi 28hb Aug nanti.. Tak sabar rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Ijan_r sudi singgah sini..sekadar bkongsi sedikit pengalaman,have a safe trip dan selamat bergembira di Perth :-)

      Delete
  5. salam, bile saya survey, budget lg murah compare to aries, knpe akak xpilih budget?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Buzz,
      memang akak prefer Budget sbb less hassle,tapi rasanya bila tambah excess reduction price jadi jauh lebih tinggi dari aries,kalau tak add xcss reduction tu okla kot,,rate lebih kurang,tapi tak berani take risk sebab bawak luar perth

      Delete
  6. Salam..blh tau total buget utk trip ni?tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Total budget per pax untuk flight +accomodation +car rental +petrol/parking +admission fees ~rm2700,plus makan n shopping tu jadi 3k+ lbh

      Delete
    2. hi syafiqah..

      tak sure mana satu famous tapi kalau central perth ramai juga malaysian yang suka duduk di criterion hotel sebab location strategik dan harga pun ok,cuma takda parking space...nak senang survey boleh tengok maklumat dan review perth hotels di tripadvisor

      Delete
  7. Replies
    1. untuk negara yang menggunakan english boleh kata senang je nak jalan sendiri,cuma kebanyakan attractions berada di luar perth,jadi lebih mudah untuk drive sendiri.Kalau taknak drive boleh je follow bus tour.Untuk jalan di central perth dan di fremantle memang tak perlu pun guide sebab public transport memang efficient dan cover semua main attractions.

      Delete
  8. salam... nak tanya pendapat. let say flight from perth jam 6 pagi, ada tempat utk kami sekeluarga lepak tak kat perth airport.? or better for us stay kat nearby hotel je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Pendapat saya klau dgn family better stay di nearest hotel,sbb tk selesa juga nk lepak di airport,prayer room pun kecik je,tk sesuai klau nk baring2...at least klau ada proper tmpat rest tklah letih sgt dlm flight nnt

      Delete
  9. Salam nak Tanya berapa bajet sewa kereta yg last day tu? To :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hainey..

      Maaf sangat tak ingat exactly berapa sebab sewa tu last minit,tapi rasanya around AUD40-50,so ikut xchange rate time tu dapat less than rm150

      Delete
  10. Tq Ayda for the useful info. Didoakan Allah permudahkan urusan Ayda berkongsi informasi. Jazakillah khair �� Best sgt plan trip ayda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin...Alhamdulillah kalau dpt mbantu dgn info yg tak seberapa ni,thanks Hainey sudi bc blog saya,selamat mengembara :-D

      Delete
  11. Terbaik sgt itenerary nh. Kt pun but based on akak punya blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Zana,Alhamdulillah klau info mmbantu..best kan travel to Perth

      Delete