Thursday, January 29, 2015
FROZEN JAPAN 1: Pre Journey
Kali ni trip ke Jepun sengaja pilih time winter,hajat utama ialah nak merasa main ski..ada kelainan sikit walaupun sudah pasti ada banyak cabaran dan limitation...kena ada persediaan rapi untuk berdepan dengan cuaca sejuk dan masa siang yang pendek.Rasanya ni trip yang paling banyak benda kena prepare,jadi agak terpanjang jugaklah entri kali ni.
Jadi beginilah persediaan trip ke Jepun kami :
1.FLIGHT
Air Asia-book dari KL-Nagoya harga inclusive seat,meal,baggage semua around 1k sorang
2.SKI RESORT
Agak memeningkan kepala juga mulanya nak cari info pasal ski resort ni especially untuk first timer macam kami ni.Ada beratus kot ski resort di Japan ni.Jadi slow-slow browse info ski resort yang mesra tourist i.e ada staff dan ski school in English.Ada beberapa website tentang ski resort di jepun,http://snow.gnavi.co.jp/en/ antara yang aku rasa sangat informative.
Pada mulanya aku nak pilih ski resort di Hakuba..tak jauh sangat dari Nagoya,tapi Sal pula bercadang nak visit tempat yang ada snow monkey.
Jadi akhirnya kami putuskan untuk ke Nagano,ada sebanyak 87 ski resort dan kami pilih Yakebitaiyama Ski resort di Shiga Kogen yang ada ski school in English dan tak jauh dari Jigokudani Snow Monkey Park.
3.ACCOMODATION
Setelah confirm ski resort yang nak dituju,ini next agenda yang sangat penting untuk settle awal-awal..choice untuk bilik bertiga dengan private bathroom agak terhad sebab tu dari awal aku dah spend masa untuk selesaikan dulu ni.Alhamdulillah dapat apa yang dicari dan puas hati jugalah dengan penginapan tu semua.
Oleh sebab kami cover banyak tempat jadi ada 4 accomodation yang perlu dicari.Di Nagoya kami akan stay di rumah seorang kenalan,jadi perlu cari 3 tempat yang lain.Macam biasa tripadvisor jadi tempat rujukan,setelah extensive browsing maka tempat yang berjaya di booked ialah :-
7-9 Jan : Prince Hotel,Shiga Kogen
-accomodation di ski resort
-family room-katil ada 4- price JPY34212/2nites,so sorang bayar lebih kurang RM335
-takda cooking facility,free wifi di lobi
- book di website Prince Hotel- rate lebih murah dan bayaran dibuat semasa check out.
9-11 Jan : K's House Takayama
-guesthouse, 1 single bed & 1 double decker
-common living room and fully equipped kitchen
-laundry facility(berbayar),free wifi di bilik,ada lif
-booked tru Booking.com
-harga JPY22800 / 2nites (~RM223 per pax)-bayar masa check in
11-15 Jan : Villa Court Karasuma Nanajo,Kyoto
-apartment, 3 beds
-3 tingkat,no elevator
+kitchen (no kitchenware),+laundry (washing machine di bilik,dryer -berbayar)
-free wifi
-book tru Booking.com
-harga JPY35600 /4 nites (RM362 per pax)-kena bayar full sebulan before check in date
4.JR PASS
Main transport di Jepun ialah dengan menaiki train JR Line memandangkan trip ni cover banyak tempat.Sangat berbaloi pakai unlimited pass macam ni.Voucher untuk JR Pass ni khas untuk pelancong dan hanya boleh dibeli di luar Jepun,boleh pilih nak beli secara online atau beli direct di JTB office yang terletak di Bukit Bintang dan KLCC.
-Kami beli direct di kaunter JTB yang terletak di Event Hall,2nd floor Isetan,KLCC.Lebih mudah ke sini sebab dibuka setiap hari daripada pukul 10.30am - 8.30pm.yang di Jalan Imbi BB pula buka office hour 9am-5.30pm,kalau sabtu half day,tu pun kena buat appointment kalau nak datang.
-Time ni exchange rate agak bagus,kami dapat beli 7 Days Nationwide Pass dengan harga RM873.
5.MONEY CHANGER
Aku monitor closely exchange rate di website money master,rate terendah ialah 1000yen=RM29.40,
2 minggu sebelum berangkat ringgit tengah jatuh dan slowly exchange rate jugak meningkat,aku tak jadi nak tukar duit time tu,nak tunggu lagi mana tau last-last minit nanti rate turun balik...Alhamdulillah syukur jugak dengan kesabaran menunggu,3 hari sebelum departure aku ke Midvalley,masa tu dah turun balik pada best rate rm 29.40,esoknya terus naik pada rm30.
6.ITINERARY
Yang paling mencabar untuk siapkan itinerary Nagano,tak banyak info dan ada journey yang kami perlu naik bas.Jadual bas dalam english memang takda,kalau ada pun susah nak difahami,jadi banyak perkara kena estimate saja,maklumat terperinci hanya boleh didapati bila sampai di sana.
-Lagi sekali setelah extensive browsing dan gather segala maklumat yang perlu, apps HYPERDIA untuk timetable train memang sangat membantu,jadi boleh estimate time berapa lama diperlukan untuk setiap journey.Di Kyoto transport memang superb,ada JR line,ada local train/subway dan jugak bas yang sangat frequent...jadi sangat convenient nak ke mana-mana dalam Kyoto atau area Kansai yang lain seperti Osaka dan Nara.
-Di Nagoya aku tak prepare sangat sebab bole tanya je kenalan kami tu,aku just plan nak tengok winter illumination di garden bernama Nabana No Sato di Nagashima,lebih kurang 50min dari Nagoya.
7.LEARN JAPANESE
Biar betul kan,takkan nak kena expert cakap Jepun baru boleh g sana,insyaAllah tak pandai sepatah pun boleh survive..tapi untuk mudahkan sikit keadaan dan menjimatkan masa elok belajar jugaklah phrase yang penting.Perkataan macam Konichiwa (hello),arigato gozaimas (terima kasih banyak),sumimasen (excuse me/sorry),sake,mirin (jenis alcohol),niku (daging) adalah perkataan yang kerap kena sebut masa di sana, Learn Japanese pro antara apps yang sangat membantu.
8.MAKANAN
Jepun antara tempat yang payah nak cari makanan halal,kalau ada pun harga agak expensive.Actually banyak je makanan Jepun yang boleh dimakan,yang penting kenalah tanya dan pastikan mereka faham apa yang kita maksudkan.Tapi memang kena berjimat cermatlah bab makan ni sebab kosnya at least rm20-30+ sekali makan.
Luckily seperti Korea,Jepun pun mudah untuk kita bawa makanan-makanan instant yang perlu dari sini,serunding,sambal ikan bilis,cili tuna,lauk dan nasi instant Brahim,milo,horlicks 3 in 1,mee segera adalah antara makanan yang kami bawa semasa ke sana.
9.WINTER CLOTHING
Sememangnya untuk barangan winter seperti jaket,thermal wear,stokin,gloves,beanie hat,boot adalah jauh lagi murah harganya kalau dibeli di sana.Tapi yelah takkan semua nak borong masa dah sampai,dah tentu kena jugak prepare sikit-sikit dari Malaysia lagi.Di sini kami beli thermal wear di Uniqlo,harganya reasonable jugalah...jaket dan gloves dh beli di Korea dulu,kasut aku just pakai sport shoe yang high cut,tapi actually tak berapa sesuai,sebaiknya pakai boot...tapi masa kat sana tak sempat beli pulak.
Sampai sana memang sepanjang trip kami tambah koleksi apa yang patut,satu sebab nak pakai,satu lagi sebab memang tergoda dengan harga yang berkali ganda lebih murah dari di sini.
Satu lagi yang amat penting ialah losyen pelembab,moisturiser muka dan vaseline ,untuk jenis kulit yang cepat kering sangat memerlukan produk yang power ,kalau teruk olive oil sangat bagus untuk melegakan kulit yang kering,menggelupas dan gatal.
Jadi setelah berbulan tiket di booked dan sarat lagi tepu otak membaca info dan menyiapkan itinerary serta berbagai preparation maka bermulalah Frozen Japan Trip kami pada 7 -17 January 2015.
Sambung......
Labels:
Frozen Japan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ayda :
ReplyDelete1. Harga tiket tu MURAH!!!
2. Ski Resort - info lengkap..leh terjah website tu kalau ke wana on winter season..full macam lah byk duit kan :-)
3. Harga penginapan juga berbaloi..baru2 ada tix ke Nagoya murah TAPI sis JM lak kekawanga uwang huhhu
4. REZEKI dapat harga JR PAS MURAH!!!
5. MMG rezeki Ayda lagi kerana time sis JM pegi dulu change rate - RM30++
DI PENUHI LAUTAN SALJI..x sabar nk baca full entry
Hehe...,ada rezeki sis terjahla time winter,memang osemm sangat,smpai sekarang rindu amat dgn snow yang mulus suci tu,ya betul2 rezeki dengan rate tu...skrg dah naikk..huhu...
DeleteWow niagara falls kat nabananosato! I loike. Hihihi
ReplyDeleteSalam kenal!
Salam kenal Syieda :D
Deletethanks sudi singgah sini...berwinter sonata di jepun juga ya,magical kan winter illumination tu...i loike it too....hihi..
Salam kenal...
ReplyDeletenice trip to Japan... boleh tahan kan nak beraktiviti dalam salji... tapi saya belum boleh nak travel musim salji lah... yg angin sejuk Antartika kat Sydney pun tak tahan....
salam singgah
Salam kenal Najib Ariyan,
Deletethanks sudi singgah sini...
ya mmg xciting sungguh winter trip ni...tapi agak mcabarlah esp untuk org malaysia yang tak biasa sejuk ni,badan memang meragam jugak tapi oklah still boleh tahan lagi,insyaAllah Najib pun boleh kot kalau selalu travel ke tempat sejuk lama-lama okla tu
wow.. nice trip.. brapa lapis pakai baju tu? follow my mirabechok.com
ReplyDeleteyeah mmg best..klau sejuk sgt pkai 4 layer..long john,baju biasa,sweater or fleece lps tu baru jacket,klau tahan 3 layer pun ok.
DeleteThanks follow sini...done follow blog mira :-)