Heianraku Restaurant
Sekembalinya dari Shirakawago Tour....
Sampai di Takayama lebih kurang 5.10pm,bas berhenti betul-betul depan kedai souvenir.Turun bas terus masuk situ,saja je nak tengok-tengok.Tiba-tiba Ayumi datang hantar muffler aku yang tertinggal.Alamak malu betul,padahal dia dah berapa kali remind suruh cek jangan ada barang yang cicir.Tak perasan sebab muffler tu jatuh celah kerusi.Azma dah tercicir beanie hat kesayangannya dalam JR train masa nak ke Takayama haritu.Berjalan winter ni memang banyak aksesori clothing yang biasanya kita akan buka masa dalam kenderaan atau bangunan,jadi cek dengan teliti,kalau tak jenuh asyik kena beli semula.
Perut dah berkeroncong minta diisi,kami bercadang nak makan di restoran Heianraku yang menyediakan vegetarian menu dan mendapat high rating di Tripadvisor.Kami bertanya direction pada Ayumi.Tak jauh pun berjalan,lebih kurang 5 minit dari JR station,lokasinya terletak bertentangan dengan Kokubunji temple.
Teragak-agak juga kami menjengah sebab nampak macam tutup...tapi restorannya memang buka,cuma entrance macam tersorok sebab ada kain rentang kat situ dan pintu masuknya tertutup. Bahagian dalam restoran terlindung dari pandangan luar.Restoran ni cosy and kecik je,tak banyak seating,mujur masih awal maka dapatlah kami duduk di meja makan Jepun yang ada dua je kat situ..tempat duduk selebihnya adalah countertop seating yang mengadap ke kitchen.
tofu teriyaki |
vegetarian fried noodle |
Selesai makan pun ada pencuci mulut,boleh pilih nak sweets atau buah mandarin.Masa kami makan pelanggan makin ramai,ada juga yang tak dapat masuk sebab seat dah penuh.Jadi bila dah selesai kami pun cepat-cepatlah bangun dan beredar,sambil tu sempatlah sembang-sembang dan bergambar dengan Naoko yang mengiring kami sehingga ke luar restoran.Kenyang,puas hati dan highly recommended.
bersama Naoko di hadapan Heianraku Restaurant |
Malam masih muda,jadi kami pun jalan-jalan dulu,kalau ada kedai souvenir atau kedai pakaian yang masih bukak kami singgah tengok-tengok.By pukul 8pm kebanyakan kedai dah tutup,keadaan pun makin menyepi.Dah puas meronda kami pun pulang semula ke hostel,aku dan Azma tak masuk terus...duduk sekejap kat luar menikmati snowfall sambil rakam dengan handphone.Tak pernah jemu tengok suasana macam ni,lagipun ni malam terakhir di Takayama.Journey kami ke snowy area dah tamat...entah bila lagi dapat bersonata musim salju begini.Kami pun berehatlah kala malam semakin melabuhkan tirainya..........zzzzz
pukul 8 kedai dah tutup |
layan snowfall |
11 January 2015
Journey to Kyoto
Tiba masa untuk meninggalkan daerah pergunungan Hida,kembara kami masih panjang lagi,hari ni kami akan berangkat untuk menjelajah Kansai region pula.Seperti biasa awal pagi sarapan dengan bekalan makanan yang masih ada.Roti cicah kari ayam,sambal bilis dan cili tuna dah rasa cukup mengenyangkan.
Destinasi hari ni adalah ke Kyoto.Macam biasa untuk long journey kami akan ke ticket office untuk book seat.Memang akan terus diberi tiket reserved seat untuk kedua-dua train iaitu dari Takayama ke Nagoya dan dari Nagoya ke Kyoto.
JR Wide view Hida Limited express train ke Nagoya bertolak pukul 9.38am,train ni bercermin luas untuk membolehkan penumpang melihat panorama yang cantik di luar.Kami pun melamun tengok pemandangan salji yang memutih ambil melayan perasaan masing-masing...sayonara snowy Takayama.
Selepas beberapa ketika kami pun terlelap.Entah di station mana tiba-tiba ramai yang naik hingga hampir penuh gerabak tu,Azma leka berbual dengan pelancong wanita Korea yang duduk disebelahnya.Siap offer coklat pada kami,dari pengalaman rasanya Korean lebih ramah dan friendly.Orang Jepun mereka agak reserved tapi akan jadi mesra bila kita dah approach dia...tak taula betul tak,personal opinion saja.
Pukul 12 tengahari kami pun tiba di Nagoya,train ke Kyoto pukul 12.19,jadi takda masa nak meronda-ronda,kami terus je ke platform shinkansen untuk ke Kyoto.Excited nak naik bullet train Japan ni,jarak dari Nagoya ke Kyoto lebih kurang 107km,perjalanan dengan shinkansen Hikari mengambil masa lebih kurang 50minit.JR Pass tak cover untuk shinkansen terlaju Nozomi yang mengambil masa 36minit.Okla untuk jarak yang tak berapa nak jauh taklah terasa sangat beza Nozomi dengan Hikari atau Kodama.
shinkansen dah tiba |
Sambung
sedapnya tofu teriyaki..
ReplyDeletekt msia tau makan taufu fa yg manis tu je,jadi lauk pun sedap rupanya..tmbah nikmat sebab laparr..hehe
DeleteOwner restaurant tu mcm host kami di Senshinkan Matsuya jugak sentiasa pakai kimono. Dorang nih sanggup dressing mcm tu pada bila2 masa. Memang dgn cara nih dorang pandai tarik tourist mai ke restaurant/guesthouse depa. Kalau baca review di Tripavisor mmg semuanya positive review, jarang ada yang merungut dpt layanan buruk atau ada yang tak puas hati.
ReplyDeletememang best culture menghormati dan menghargai pelanggan tu kan,boleh kata semua small restaurant yg kami singgah dapat kenal owner dan bersembang dengan mereka,bila nak balik mesti diorang greet and tunduk2 sampai kita dah pergi...syok sungguhla jadi customer kt japan ni :-)
DeletePermandangan putih jer..oh bestnya..bertahun dah teringin nak travel time snow..lom tercapai lagi :(
ReplyDeleteinsyaAllah zila...one fine day nnt tcapailah hajat tu,mmg syok main snow:-)
Deletenoted...kedai mkn ni akan masuk dalam itie :-)
ReplyDeletedipersilakan sis,itadakimasu...sronok bkenalan dgn aunty naoko ni
Deleteoh kol8 kedai dorangdah tutup eh? sama macam kat europe la kalau gitu
ReplyDeletehaah...byk developed country macam tu kan...malam is quality time utk diri sndiri n family, bagus kalau kita adopt budaya macam ni
Delete