Pages

Sunday, October 28, 2012

GOLD COAST 5 - Paradise Country Farm & Harbour Town

28 May 2012

Pantasnya masa berlalu
Dah hari ke 4...
Santai je aktiviti hari ni
mula-mula ke Paradise Country Farm untuk setengah hari lepas tu ke factory outlet Harbour Town

Macam biasa 9 lebih shuttle Con-X-ion datang...macam semalam jugak perjalanan lebih kurang 20 min.
Di pondok serahan voucher kita akan di bagi pilihan menu untuk lunch (provided dalam pakej)..steak daging,chicken atau ikan.
Rasa sedih gak sebab mestila tak boleh nak choose beef steak...
Surprisingly kami dibagitau makanan disediakan semua halal meat
Ah memang Australia sangat accomodative untuk muslim tourist,langkah yang sangat bijak
Happily kami pilih beef steak la kan :-D





Aktiviti sini adalah untuk mengenali lifestyle country diorang,mula-mula spend time dulu dengan kanggaroo,macam biasa bagi makan,bgambar2..tp kanggaroo kat sini macam kurang mesra sikit berbanding di Currumbin aritu,nak kata dah letih pagi lagi...mungkin food dia yang bercampur daun kering tu tak menyelerakan sangat dan diorang dah muak kot tengok pelancong hari-hari.So kenala pandai-pandai nak dapat angle yang best time snap gambar.





Lepas tu beratur untuk ambik gambar dengan koala...yang ni optional,kena bayar extra,AUD25 untuk 2 keping pose..mahal, tapi memandangkan koala ni memang native kat sini terpaksala lebur duit sikit.Sal nasib tak baik sebab time dia nak cuddle koala tu tak pasal-pasal kena kencing pulak...hehhe,nasibla kan,terlebih ong la tu.





Lepas tu follow jadual farm tu untuk show diorang,first show Billy Tea and Stock House arena..duduk dalam bulatan around campfire and tengok stockman demonstrate few cowboy punya skill,sambil-sambil diorang masak roti &sediakan Billy tea cowboy style.Abis show kita disajikan Billy tea dengan roti tu..sedap makan roti panas n teh o tu.Sambil tu tengok horsemen demo riding horse.







Next show beralih ke padang lapang...kat sini Stockmen &Sheep dog show..demo tunjuk trained dog dia mengawal flock of sheep untuk berjalan n masuk kandang,milking d cow,tunjuk cara guna tali 'whip'...bukan untuk pukul binatang tapi loud cracking sound dari whip yg diperbuat dari kulit kanggaroo tu guna untuk control n train binatang macam kuda,lembu,sheep kat ladang.Ada demo membaling boomerang jugak walaupun tak dapat di tangkap balik ke tangan sebab angin kuat time tu.







Next beralih ke dalam sebuah hall tertutup,atas stage demo untuk sheep shearing,mula-mula diperkenalkan dulu dengan type2 sheep yang ada,ada nama masing-masing.Bukan main megah bebiri ni berjalan di tengah dewan dan naik atas pentas.Lastly demo shearing bulu bebiri yang tebal tu sampai gonjeng satu badan,tapi sheep ni takkan kesejukan pun sebab ia ni akan produce lanolin iaitu wax yang akan protect  kulit.Lanolin boleh di extract daripada wool bebiri tadi dan di proses sebagai krim yang biasa digunakan sebagai moisturiser & emollient.Dengar kata orang-orang yang kerja handle wool ni kulitnya tangannya lembut sebab selalu pegang lanolin ni.





Bila show dah habis waktu lunch pun tiba..kami awal-awal before show tu habis dah standby kat luar dewan,maklumla ramai orang so biar cepat supaya tak kena que panjang.Memang kami orang pertama tiba kat dewan makan tu..punyala excited nak makan steak,superb lunch hari ni,memang gendang gendut tali kecapi ler.










 Sebelum beransur keluar sempat singgah ke kandang untuk feed baby animal...seronok gak bagi makan kat kambing lapar,tak menyempat-nyempat meragut rumput kat tangan.Lepas snap lagi gambar sana sini kami pun beransur keluar.Transport dah tunggu dan bila semua dah naik kami pun bergeraklah ke Harbour's Town.













Harbour's Town factory outlet ni takla besar mana...memang sempat sangat nak round semua kedai yang ada.Tiba kat Nine West ada sale...Sal dengan cekapnya dah rembat 3 handbag kot.Aku takda berkenan apa-apa.Jalan-jalan lagi ada la jugak sale handbag tapi local brand rasanya...beli jugakla 1 handbag n purse.Lain-lain barang tu kalau US brand rasanya harga lebih kurang Malaysia gak...dah kali 3 lebih tu memang mahal jugak jadinya.So tak worth la membeli,souvenirs kat sini pun lagi mahal berbanding kat Surfer's Paradise.Ada prayer room yang sangat selesa, kunci kena mintak kat tourism lounge.Bas datang lebih kurang pukul 7pm+.






Malam macam biasa cari kebab lagi,misi mencari souvenir dah semakin ligat dan sempat singgah kat woolworths beli coklat.Kedai dah tutup barulah balik hotel.



Sambung lagi nanti........







No comments:

Post a Comment