Pagi ni ikut schedule yg agen bagi kami akan ke Seaworld..shuttle akan pick up pukul 9am di hotel.Tapi kami nak jalan-jalan ke Carrara Market dulu,market ni cuma buka weekend,sabtu & ahad dari 7am-4pm.Jadi kena pergi awal-awal so sempat balik hotel dan catch shuttle ke Seaworld.
Seawal 5am dah subuh...dekat-dekat 6.30 dah sunrise.Kami bersiap awal,by 6 am dah turun untuk breakfast..memang takda orang lain lagi time tu.Mata pun sejuk je tengok pemandangan indah canal kat luar.Sedap jugak makan..ada vegetarian fried rice,wedges,baked tomatoes,baked mushroom,roti,waffle...semua makan..biar ambik heavy breakfast,hopefully kenyang sampai tengahari and boleh skip lunch untuk save budget.
6.45am kami ambil cab untuk ke Carrara Market...cuaca sangat nyaman,matahari pagi memancar,angin sejuk.Jalan lengang tak banyak kenderaan,ada beberapa kerat mat salleh yang berjogging,ada banyak canal sana sini,segalanya nampak tenang dan teratur.Lebih kurang 15 min kami pun sampai.
Dalam 8.15am kami dah berkira-kira nak balik,tengok ada booth untuk beli tiket shuttle bus Con-x-ion yang akan sampai dalam 8.45am, AUD4 harga dia.Okla dari naik teksi lagi mahal.Nampaknya kami je yang menghala balik,orang lain semua baru sampai.Driver pun surprise gak sebab kami dah selesai shopping kat situ.Orang sini memang relax...pukul 9 tu baru nak mula aktiviti harian.Kitaorang tak boleh la nak lengah-lengah sebab ada itenarary yang kena follow,so tempat extra nak pergi kena slotkan kat mana yang sempat.
Sampai hotel terus menunggu kat luar untuk shuttle ke Seaworld. 9.30am shuttle sampai dan bergerak ke Seaworld..tak jauh sangat dari Surfer's Paradise.Driver akan tanya kita nak balik pukul berapa sebab ada shuttle yang akan datang pick up 12 tengahari,pukul 3 and last pukul 5.30pm.Kami book shuttle yang last.Sampai je tak payah beratur kat kaunter beli tiket.Ada entrance dan kaunter lain untuk yang dah ada voucher.
Tengahari memang tak lapar sangat sebab dah beria-ia breakfast tadi,kami just beli fries and onion rings.Seaworld takda prayer room jadi solat je mana-mana tempat yang ideal.Rides ada banyak jugak cuma takda extreme sangat,banyak yang basah2 so kami tak naik.Yang thrill ada 2..yang kami naik Jet Rescue..roller coaster yang laju giler,sampai tudung pun dia suruh tuck in dalam baju.Seronok jerit-jerit...dah lama tak buat kerja macam ni,nasib baik spirit lama still ada..takutla jugak dah tak boleh handle extreme rides lagi...syukur mantap lagi.1 lagi Sea Viper tapi tutup la pulak.Yang lain tu santai-santai naik cabel car merentasi seaworld...tengok pemandangan dari atas and satu lagi train keliling theme park ni.Petang-petang ada Sponge Bob parade...tak best pun.
Sambung next entry..........
No comments:
Post a Comment