Untuk travel ke Australia kali ni kami ambil pakej untuk ground arrangement by Confidence Travel
Agen ni uruskan Visa,hotel dan transport dan entrance voucher untuk ke Seaworld,Movieworld dan Paradise Country farm.
KLIA @ 9.30am-Bermula perjalanan ke Brisbane dengan flight MAS A330
Alhamdulillah urusan berjalan lancar,lama betul nak merentas Australia ni...maklumla benua,banyak area macam gurun-gurun kat sini.Masa sunset pun kami still dalam flight lagi.Selamat mendarat di Brisbane airport dalam pukul 7pm+ waktu sana.
Macam biasa immigration check up memang lambat...aku clear,time memberku Sal ada sangkut sikit...bukan ada problem apa pun,kitaorang rasa sbb nama bapak dia mohammed...entah apa2 org putih ni.
Settle check pasport beratur pulak untuk cek baggage...kitaorang tak bawak makanan apa pun...mls nak bsoal jwb or buka2 bag..just declare untuk ubat2 je...syukurla dia just tanya ubat apa n trus bagi laluan untuk keluar...fuuh tak payah masuk que untuk check beg..mmg jenuh nak menunggu.Itu pun dah 8.30pm time keluar.
Ikut tentatif transport ke Gold Coast akan sampai pukul 9pm...agen dah arrange transport kami dengan company Con-x-ion,company ni memang operate shuttle service untuk airport,theme parks and apa2 tourist attractions yang lain.Airport lengang je time ni...pelik jugak,agaknya memang dah takde flight yang akan landing lagi malam ni.Kami menunggu di luar...angin sejuk bertiup,ikut musim sekarang ni dah hujung autumn nak masuk ke winter.Nak duduk kat kerusi besi pun tak sanggup sebab sejukk.
Lebih kurang 9.20pm shuttle pun sampai...transport merupakan van yang boleh muat dalam 20 orang.Penuh juga orang.Perjalanan ke Gold Coast pun bermula..tak banyak yang nampak sebab dah malam,town Brisbane pun tak lalu...tak sampai sejam dah tiba di Gold Coast...van pun hantar sorang2 ke tempat masing,untuk yang local sampai ke pintu rumah dia hantar...macam teksi jugak.Jenuh juga menunggu bila nak sampai ke hotel kami di area Surfer's paradise ni..,masing2 lain destinasi.Last-last driver pun arrange bberapa orang transfer shuttle lain sebab kalau tak lambat sangat nak ngantarnya.Kami stay van yang sama,lepas tu baru terus tuju Surfer's paradise.
Surfer's paradise memang area untuk tourist,kebanyakan hotel dan accomodation adalah kat area ni.Tempat ni area tepi laut,ada banyak kedai makan,shopping and souvenirs,nightclub pun banyak.Suasana agak lengang sebab dah tengah malam kecuali orang2 yang keluar untuk clubbing.Kami menginap di Vibe Hotel,cek in pun dah dekat tengah malam...smpat lak bgambar dalam lift sebab excited tengok lif tu warna hijau.Bilik memang selesa...ada balconi mengadap ke jalan besar,dah selesai mandi and unpack apa yang patut kami pun selamat belayar di alam mimpi.Tu je aktiviti hari pertama....
No comments:
Post a Comment