Pages

Thursday, September 26, 2013

SOUTH KOREA 5 : JEJU ISLAND - Cherry Blossom

29.3.13




Masih di hari yang sama...it's Cherry Blossom time...spectacular view,Subhanallah & Alhamdulillah our timing is perfect.

Jejak je kaki di Seogwipo downtown area di petang yang indah itu Cherry tree blossoms are all around...bunga sakura ni fully blossom only for 2-3 days je n then last for about 2weeks kalau cuaca baik.Bukan tourist je yang excited tapi penduduk tempatan jugak.Penuh area tu dengan orang yang nak enjoy d beautiful scenery and romantic ambiance.Petang tu takda acara apa-apa,mungkin malam baru ada,tapi still happening dengan pelbagai hawker stalls yang kebanyakannya selling local delicacies,snacks,fruits etc.

Teringat kata-kata Ibnu Battuta which is so true :
 Travelling-It leaves you speechless,then turns you into storyteller













Tak puas-puas rasanya mengulit sakura,walau macam mana pun kenalah move on,hari pun dah nak gelap.Kami sambung jalan-jalan around gerai-gerai yang ada.Tinjau-tinjau apa snack untuk kudap-kudap di petang hari,perut pun dan lapar balik.

Sal n Farah beli jagung rebus yang sangat besar,tapi rasa dia agak pelik macam berkanji...sambil jalan-jalan lagi aku jumpa satu gerai jual hot snack...kuih yang tepung dia macam kaya ball dan berintikan kacang hitam,tak tau nama dia apa,aku paggil kuih doriyaki (ikut sukahati je)11 ketul KRW2000,sedap sangat makan panas-panas,sekejap je licin.Lepas tu nampak pulak twist potato...size dia besar and nampak gebu n sedap.Ramai yang beratur beli,aku dan azma join sekali beli sorang satu tapi kitaorang tak letak apa-apa topping,harganya KRW1500,Originally memang snack ni dari Korea pun,so memang expected lah rasa dia sangat sedap n jauh beza dengan yang kat Malaysia,peminat potato mesti letak ni a  must list untuk rasa bila ke sini.

Ok cukupla makan snack,jalan-jalan lagi jumpa pulak gerai buah-buahan....memang tempting sangat tengok strawberry dia size besar-besar and merah ranum.Satu lagi yang mesti beli ialah Jeju mandarin,memang Jeju famous dengan orange dia yang berkualiti tinggi dan unik sebab bentuknya yang ada toncet,mana-mana akan nampak orang jual mandarin ni dan ada yang di pack as special gift.So rembat la satu pack strawberry and mandarin each harga dia KRW5000.

                                     



sumber gbr buah jeju dr internet,mmg sebijik mcm nila rupanya buah yang dibeli tu





Kami decide untuk berjalan balik ke hostel.Rasanya macam tak jauh sangat,lagipun cuaca sejuk...tapi bila dah halfway jalan rasa menyesal pulak sebab memang agak jauh dalam 30mins walk tambah pulak sebenarnya badan dah exhausted dari pagi tadi asyik marathon masa tour.

Malam tu kami dinner dengan stok lauk instant dari Malaysia...beli nasi instant dari convenient store,masuk dalam microwave and few minutes masak lah nasi tu.Texture nasi dia ada macam pulut sikit,tp sedap jugak.Sambil makan tu Sky yang duty malam tu bersembang-sembang dengan kami,memang friendly and sangat helpful dia ni,impress dia tengok ada gulai2 instant..so dia  try gak rasa-rasa makanan kitaorang and puji2 sedap,tu tak rasa lagi yang original made punya.Jumpa n borak-borak jugak dgn  satu Malaysian family yang baru sampai Jeju hari tu.Diorang senanglah nak jalan-jalan,anak study kat Korea n dah berabuk cakap hangul.

So habis dinner aku lepak-lepak jap kat komputer room,online and update apa yang patut.Balik bilik semua dah pengsan beradu,terliur pulak tengok strawberry yang beli tadi...satu-satu aku makan,fuh macam tak boleh nak stop sebab sweet and sedap sangat,tak pernah rasa strawberry yang tak masam langsung macam tu.Okla kena stop jugak n tidur dulu...besok smbung another marathon tour....zzzz


Sambung.....





Wednesday, September 25, 2013

SOUTH KOREA 4 :JEJU ISLAND - West Course Tour 2

29.3.2013

sambung tour sesi petang...

4.ALHTR AIRFIELD

-On the way ke Mount Sanbang kami singgah sekejap di ALTHR airfield ni,just a historical site.
-Airfield ni dibina oleh tentera Jepun pada 1931 masa perang antara Jepun & China...jadi air base untuk Jepun melancarkan serangan dan kubu untuk bertahan.
-Airfield ni memang luas,boleh nampak Mount Sanbang dari sini,selain tu nothing much to see,ada beberapa kubu yang terbina dari concrete dan diselaputi dengan lapisan batu volcano dan shrub untuk menyembunyikannya..Ada banyaklah kisah hitam dan sedih tersimpan dalam sejarah airfield ni.



5.MOUNT SANBANG-SAN

-Perjalanan diteruskan ke Mount Sanbang-san (mountain-room Mountain)-merujuk pada cave yang terkenal terletak di atas gunung ni dan dijadikan temple.
-Untuk naik ke atas kene mendaki tangga yang agak steep jugak,sangat mencabar fitness dan stamina,tambahan masa di beri hanya 40min untuk naik dan turun.
-On the way naik memang banyaklah berhenti,ambik gambar dan ambil nafas,Azma dan Farah surrender halfway,aku dan Sal gigih mendaki jugak ke atas nak tengok cave tu.
-Sanbang-gul adalah the only cave shrine in Jeju,famous di kalangan penganut Buddha.Ada air gunung yang mengalir dan bertakung dalam kolam kecil kat dalam cave tu.Mesti fresh n sedaplah rasanya kot tapi tak berani la kami nak minum sebab betul-betul terletak depan patung Buddha yang besar kat situ


                                       












Destinasi terakhir untuk tour hari ni diberi 2 pilihan sama ada nak ke Cheonjeyeon waterfall atau Teddy Bear museum,bas akan pergi dua-dua tempat ikut preference masing-masing.Kami decide nak ke Teddy Bear museum.Masa hanya 1 jam sahaja,so kena laju-laju tengok.

6.TEDDY BEAR MUSEUM

Boleh study segala sejarah tentang teddy bear kat sini.Rupanya nama Teddy ni diambil sempena nickname x-president USA Theodore Roosevelt.Kisahnya beliau pergi berburu di Mississipi pd tahun 1902,beliau tak jumpa beruang untuk dibunuh.Sebab taknak presiden terkilan kot adalah penyokong dia g tangkap beruang,ikat kat pokok dan offer presiden untuk tembak beruang tu.Beliau menolak,tak sampai hatila kan nak tembak bear yang dah helpless macam tu...so insiden ni di dokumenkan dalam Washington Post dalam bentuk kartun bertajuk Drawing the Line in Mississipi.Dari situ,Morris Michtom dapat ilham untuk produce a toy bear dan diberi nama Teddy's Bear dengan izin presiden Roosevelt...so the rest is history la kan.

Teddy Bears dekat gallery ni ada 3 kategory-Teddy Bears in history-sejarah manusia,sejarah teddy,sejarah fairy tale etc diabadikan dalam bentuk teddy bear/Teddy Bears in art & Teddy bears in Natural surrounding.

Biar gambar berbicara....












kedai souvenir


Selesailah sesi tour West side Jeju...walaupun semua kena laju-laju,untuk first time ke Jeju oraitlah juga dapat cover banyak tempat satu hari.Bas pun gerak balik untuk hantar tourist ke hotel masing-masing.Ada juga option untuk drop kat tapak cherry blossom festival.Kitaorang memang tak sabar-sabar dah nak ke tempat tu,so kami pun turun kat situ dan bersambung citer ke entry seterusnya.