Pages

Saturday, September 5, 2015

KANSAI : Shopping di Kyoto

14 January 2015

SHIJO KAWARAMACHI

  Bermula agenda penting dan aktiviti terakhir di Kyoto sebelum berangkat ke Nagoya esok.
Target utama shopping ni ialah untuk mencari souvenir,maklumlah dah jauh berjalan kenalah ada buah tangan untuk keluarga,kenalan dan juga diri sendiri untuk kenang-kenangan.

  Tempat utama nak terjah untuk shopping di Kyoto dah tentulah di area Shijo Kawaramachi.Di Shijo street terdapat department store yang besar macam Takshimaya,Daimaru dan Marui.kedai high end  pun banyak terdapat di sini.Di persimpangan Shijo dan Kawaramachi street letaknya Nishiki Market,Teramachi dan Shin kyogoku.Ni kira area yang lebih mesra budget berbanding kedai di Shijo street.Vibe kat area ni memang meriah,moden dan crowded dengan orang.

Shijo street

meriah!

  Kalau just nak shopping souvenirs dan feeling2 zaman retro Kyoto lebih sesuai ke area sekitar Kiyomizudera dan Higashiyama sebab di situ masih preserve suasana tradisional dengan bangunan kedai kayu dan stone paved streets.Souvenirs dan kraftangan tempatan lebih banyak di situ,sayang juga kami tak jelajah sepenuhnya area tersebut.

  Mode of transportation hari ni memang naik bas semata sebab dah beli 1 day bus pass.Dari Kyoto station boleh ambil bas bernombor 17,4,5 dan 205.Turun di Shijo Kawaramachi stop.

SHINKYOGOKU ARCADE





  Misi mencari souvenir pun bermula sebaik saja menjejak Shinkyogoku ,kami mencari sebuah kedai yang dikatakan agak murah.Arcade ni agak panjang,jadi jenuh kalau nak cari satu persatu.Kami bertanya pada seorang makcik,nampaknya dia pun kurang pasti..kemudian seorang akak  mencelah katanya dia tau kedai tu di mana,bukan setakat tunjuk arah tapi dihantarnya kami sampai depan kedai,agak jauh juga berjalan dari hujung sini ke hujung satu lagi....arigato gozaimas kak jepun,jasamu dikenang...kami tertunduk-tunduk berterima kasih yang amat sangat kepada warga yang helpful itu.

kak jepun menunjukkan kedai souvenir

arigato gozaimas!!

  Kedai ni memang agak bagus,barang boleh tahan banyak choice dan memang murah sikit banding dengan yang lain,kami jalan juga survey harga di kedai lain dan memang akhirnya banyak souvenir dibeli di sini.

panjang list nak beli ni...


   Tapi selain key chain dan fridge magnet barang lain agak susah nak jumpa yang tulis nama tempat macam Kyoto ke,Japan ke.T shirt agak pricey juga kalau nak beli yang best quality....mana taknya harga key chain pun kalau convert dah dekat rm10.Sementelah barangan berunsur japanese crafts macam kipas,seramik ,terompah jepun lebih lagi mahal harganya. Setelah membeli barangan macam key chain,fridge magnet,sapu tangan,mug dan t-shirt aku rasa macam masih ada yang tak cukup.Tapi dah habis belek takda apa lagi yang berkenan  jadi  target nak beli selebihnya di Nagoya nanti.Banyak juga  barangan souvenir di sini berupa barang makanan tempatan mcm kuih-kuih,green tea,snek dan sayur-sayur jeruk.

antara hasil belian di Shinkyogoku arcade

  Lepas dah settle hal souvenir kami pun berjalan melihat-lihat barangan lain terutamanya  clothing macam jaket,boot,stokin,sarung tangan etc...tapi tak beli apa-apa.Sambil tu bertembung juga dengan beberapa orang serumpun,bila dah banyak kali berselisih kami pun bertegur sapa,ingatkan dari Malaysia rupanya orang Acheh yang merupakan pelajar-pelajar PhD yang tengah buat research tentang tsunami.
  Tak jauh dari sini terletaknya Nishiki market yang popular tu, juga dikenali sebagai Kyoto's kitchen sebab semua barang dagangannya adalah makanan...dari seafood,sayur,buah,jeruk,kedai makan semua ada,tapi by 6pm dah tutup,jadi tak sempatlah ronda situ.

SHIJO STREET

   Dah habis round Shinkyogoku arcade kami pun keluar,waktu ni banyak juga kedai yang tengah sale.Tengok ada sale di kedai socks Tutu Anna...agak rambang mata kat sini sebab design yang kiut miut plus harga yang murah.3 barang nilainya tak sampai pun rm30,memang berbaloi. Lepas tu singgah pula GAP store....masa ni dah 7 lebih ,kurang 20minit lagi kedai nak tutup.Bila masuk dalam wow amaze dengan harga runtuh...on top of discounted price yang tertera di tag ada lagi 50% off dari harga tu...wah tetiba sangat menyesal sebab tak pergi round sini dulu.

Sempatlah member aku Sal tu beli bubble jaket yang sangat comfy... harga JPY3995,time tu kalau convert lebih kurang RM120 je.Aku pulak dapat beli mafla wool  dengan harga 495yen ,sengih lebar time bayar sebab just keluarkan syiling 500yen je,nilainya 15 ringgit duit kita.Azma pula terpaksa menahan rasa sebab dia dah sambar jaket di Osaka.Memang mood shopping hyper sangat time ni sebab dapat good quality material yang murah amat....tapi setakat tu jelah yang dapat kami explore sebab pukul 8 kedai dah banyak tutup...kerna terpaksa kami melangkah pergi meninggalkan Shijo street dengan sedikit ralat di hati.

belian di Tutu anna & Gap

  Kami pulang dan start packing untuk berangkat pagi-pagi esok...tak boleh lewat sebab dah beli discounted ticket untuk shinkansen Kodama...kalau miss memang menangis.Aku berwhtsapp dengan kenalan kami Dewi di Nagoya,ada perubahan rancangan sedikit setelah Dewi memaklumkan pada kami esok Nagoya hujan,ramalan cuaca kat sini sangat reliable jadi better plan sebaiknya.Dengan hati yang masih dalam mood hyper teruja bershopping maka ad hoc plan dibuat malam tu...ke mana kembara seterusnya,bersambung next entri.


Sambung









Monday, August 24, 2015

KANSAI :Kyoto- Nijo Castle & Kiyomizudera Temple

14 January 2015

   Last day jelajah Kyoto kami menggunakan 1 Day Bus pass yang berharga JPY500.
Destinasi pertama hari ni ialah Nijo Castle,mulanya tunggu bas di tepi jalan je tapi sebab confuse dengan bus stop belah mana last-last kami ke Kyoto station,lagi mudah dan banyak choice.
Dari JR Kyoto station boleh ambik city bus no 9,50 dan 101 dan berhenti di Nijojo-mae stop.

NIJO CASTLE




   Nijo Castle ni adalah salah satu dari Unesco World Heritage site,dibina oleh shogun pertama di Edo period iaitu Tokugawa Ieyasu pada tahun 1603.Kawasan castle ni sangat luas dan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Honmaru,Ninomaru dan kawasan taman yang mengelilingi kedua-dua bahagian tadi.Bayaran masuk ialah JPY600 dan kalau berminat boleh rent English audio guide dengan bayaran sebanyak JPY500.

   Disebabkan ini merupakan shogunate castle maka ciri pertahanan dan keselamatan sangat dititikberatkan.Seluruh kompleks ini dikelilingi dengan parit dan tembok batu.
Main attraction  ialah Ninomaru Palace,ianya menepatkan ofis dan juga kediaman shogun bila beliau datang melawat Kyoto.Boleh masuk jalan-jalan kat dalam ni,boleh merasa sendiri memijak Nightingale floor,iaitu lantai yang berkeriut bunyinya bila dipijak,memang sengaja dibuat begitu bagi tujuan keselamatan,susahlah bagi penceroboh untuk menyelinap masuk tanpa dikesan.

Ninomaru Palace

tembok dan parit untuk pertahanan

  Di laman Ninomaru palace terletaknya gerbang besar Karamon gate manakala di bahagian belakang terletaknya Ninomaru garden,bercirikan typical japanese garden,memang best stroll santai-santai sini...time spring mesti sangat cantik garden ni dihias dengan bunga-bungaan dan pokok -pokok sakura.

Karamon gate

Japanese garden
   Kompleks istana kedua ialah Honmaru,juga merupakan kawasan pertahanan utama,menempatkan bangunan istana kedua dan juga menara kubu istana setinggi 5 tingkat,tapi sejak musnah dalam kebakaran pada kurun ke 18 ia tak pernah dibina semula.Yang tinggal hari ni ialah batu tapaknya saja.

Honmaru Palace

view from castle keep foundation

stone foundation of former castle keep
   Tak seperti Ninomaru,Honmaru palace tidak dibuka pada public kecuali bila ada special event.Untuk kawasan ni kami just stroll saja melewati garden dan juga mendaki tangga tapak kubu,dari atas tapak batu yang agak tinggi ni bolehlah view kawasan istana dan taman kelilingnya.Walaupun winter masih banyak pokok menghijau.Di sini terdapat beratus-ratus pokok cherry termasuk jenis yang lambat bloom,jadi kalau musim bunga memang syok menikmati keindahan garden pada waktu cherry blossom iaitu dari akhir mac sehingga hujung april...view dah tentu sangat awesome.

garden in winter

   Selesai mengelilingi keseluruhan kawasan ni kami pun gerak ke destinasi seterusnya.Menggunakan map Bus Navi yang kami ambil di Kyoto station tadi memang sangat mudah nak tentukan route dan bas apa yang perlu dinaiki.

KIYOMIZUDERA TEMPLE


   Kami turun di Kiyomizu-michi stop,dari sini kena menapak jalan yang agak membukit untuk sampai ke Kiyomizudera,kalau jalan terus tak toleh kanan kiri 10 minit sampailah.Tapi agak mustahil nak sampai dalam tempoh tu sebab street ni sangat happening,ada banyak sangat kedai-kedai yang kebanyakannya menjual souvenir,barangan tempatan dan juga makanan.


Kiyomizumichi stop

menapak ke atas

   Orang ramai bertali arus di sini,khabarnya musim spring dan autumn lagi padat sebab view yang cantik.Sambil bergambar kami browse barang dari luar.Kerana perut mudah lapar dalam cuaca sejuk ni kami tertarik untuk singgah di sebuah kedai pau...nampak gebu dan berasap-asap panas.Harga seketul pau ialah JPY250...lebih kurang rm7.50 ...tapi silalah jangan convert ok.Sangat berbaloi beli pau gebu panas yang sangat lembut denga inti kacang merah yang melimpah banyak tu..puas hati sangat,tak pernah rasa pau sesedap itu.


meriah

souvenir shop



kedai pau

berbaloi beli

   Kiyomizudera temple ni dibina pada tahun 778,letaknya halfway ke Otawa Mountain,disebabkan Otawa waterfall terletak di area ini maka temple ni pun diberi nama Kiyomizudera yang bermaksud Pure Water Temple.Temple ni dah banyak kali kebakaran dan binaan yang ada sekarang ni telah dibina semula oleh shogun di awal era Edo period.

Deva gate,sebelah kanan yang sedang renovate ialah 3 storied pagoda


sekilas sejarah



   Admission ialah JPY300,lepas beli tiket kami pun naik tangga untuk ke binaan temple yang diperbuat dari kayu tanpa paku itu,mula-mula jumpa dengan main hall(Hondo)..kami pandang dari luar sahaja.

main hall dan stage di depannya

   Di depan main hall terletaknya Kiyomizu stage iaitu beranda kayu yang letaknya setinggi 13 meter dari kaki bukit.Tiang beranda ini terdiri dari kayu-kayu jenis pokok zelkova jepun dan disusun serta didirikan tanpa paku,lantai stage pula terdiri dari beratus jenis cypres board.Sangat impressive struktur sebegini mantap dapat dibina dizaman silam,tambahan di lereng bukit pulak tu.
Di stage inilah view sangat cantik pada musim spring dan autumn sebab di depannya  dipenuhi dengan pokok-pokok maple dan juga cherry....saujana mata memandang dan boleh nampak Kyoto City dari sini.

winter view dari Kiyomizu stage



tiang temple dari kayu Keyaki (japanese zelkova)

   Kami ke bahagian belakang main hall dan di sini ada Jinshu shrine yang dibina untuk Dewa Cinta dan jodoh.Kami saja pusing-pusing situ tengok ragam orang mencari luck dalam cinta.Ada banyak charms atau amulet yang dijual untuk good fortune,good luck dan sebagainya.Tengok sajaa,beli jangan.

Jinshu shrine




   Kami berjalan pula ke arah selatan temple..di hujung tu ada Koyasu Pagoda setinggi 3 tingkat,mengikut kepercayaan mereka lawatan ke sini akan akan memudahkan wanita hamil untuk bersalin dengan selamat.

Koyasu pagoda

view Kiyomizudera dari Koyasu pagoda

   Dari pagoda tadi  kami turun semula ke bawah bukit untuk keluar,di bahagian bawah terdapat  tempat untuk minum air dari Otawa waterfall.Air ini dibahagikan kepada 3 saliran dengan kepercayaan tiap satu membawa faedah berbeza iaitu untuk panjang umur,berjaya dalam pelajaran dan juga nasib baik dalam percintaan.Boleh pilih salah satu je kot sebab kalau minum dari ketiga-tiga saliran dianggap tamak pula.Kami tak minumla air waterfall ni sebab ada unsur pemujaan di situ.

Otawa waterfall

   Dah pukul 2 lebih, kami putuskan untuk balik kejap ke guesthouse untuk solat memandangkan di sini agak kurang selesa nak menggunakan toilet yang dikunjungi ramai orang tu.
Dalam perjalanan turun ternampak pula satu kedai ni jual skewered food terdiri dari seafood dan potato.Siap ada tulis it's purely halal....wah apalagi,memang sakan nak merasa,satu cucuk JPY450,tapi puas hati sebab besar dan mengenyangkan.



kedai skewered food

makan tanpa was-was

sedapp

   Kami pun meninggalkan Kiyomizudera,balik ke guesthouse selesaikan apa yang patut dan bersedia untuk sesi shopping pulak lepas ni.

Sambung