Pages

Saturday, May 21, 2016

CHASING AUTUMN 8 :Seoul -Deoksugung Palace & Banpo Bridge Fountain

Saturday 31 October 2015

Sokcho-Seoul

  Pagi ni kami agak santai bersiap,sarapan makan nasi instant vege berlaukkan udang tempura semalam yang masih enak rasanya.Selesai berkemas kami pun check out dari Rocustel Motel dan menapak ke Dongbu express terminal.

    Kami akan bertolak ke Seoul pula hari ni,plan nak naik bas yang menuju ke Dongseoul bus terminal,lebih cepat sampai berbanding Gangnam express bus terminal.Malangnya bus ke Dongseoul hanya ada pukul 11.50am,tapi kami tetap beli tiket tanpa fikir panjang.
   
  Sambil duduk menunggu kami mengeluh pulak sebab lambat timing bas ni,sementara tu nampak makin ramai yang membeli tiket di kaunter dan ada bas tengah menunggu di luar,rupanya bas ke Gangnam terminal akan bertolak dalam masa 10 minit,menyesal pula beli tiket tadi sebab walau macam mana pun kami akan sampai lebih awal kalau bertolak sekarang.

   Saja bertanya di kaunter kalau-kalau kami boleh tukar tiket..tak disangka rupanya boleh,dan itu last 2 seats yang tinggal...rezeki.Kami pun segera bayar beza harga tiket yang baru dan naik ke bas yang dah nak bertolak tu...babai Sokcho.

off to Seoul


Gangnam Express Bus terminal


Express Bus Terminal,Seoul



  Seperti dijangka bas ke Gangnam ini memang akan tiba lewat disebabkan faktor trafik,hampir 40minit bas bergerak perlahan bila tiba di Seoul,akhirnya sampai di terminal pukul 1.30pm...3jam atas bas.Sebab itu lebih baik ke Dongseoul terminal kalau nak sampai lebih cepat.Journey biasanya antara 2-2.5 jam sahaja.

entrance to Express Bus Terminal subway station

  Kami pun  menuju ke subway station Express Bus terminal yang terletak berhampiran saja dengan bangunan terminal ini.Dari sini kami ke Dongdaemun History & Culture park station untuk check in ke Philstay Dongdaemun Economic guest house.


Philstay Dongdaemun Economic Guest House

   Sampai di Dongdaemun History &Culture (DHC) station kami mencari exit 12...jenuh nak keluar dari subway station yang sangat besar ni,mujur exit 12 ada escalator,takla terbeban nak pikul luggage berat.

   Tak susah sangat nak mencari guest house ni,lebih kurang 10 minit berjalan dah tiba ke destinasi.Kedudukan boleh kata strategik sebab dekat dengan subway dan segala attractions di Dongdaemun tapi ada banyak perkara aku tak berkenan dengan guest house ni.First, takda lif maka terpaksala berangkut beg naik tangga.

  Kaunter reception kecik je dan terletak di sudut tangga 1st floor.Kami pun check in dan boleh terus masuk sebab bilik dah ready.Naik setangga lagi,nampak ruang makan dan kitchenette,bilik kami berhampiran ruangan tersebut.

    Bilik memanjang dan agak sempit,boleh terima lagi tapi faktor kedua yang tak berkenan ialah bilik tak dikemas rapi,nampak cincai dan ala kadar je,towel pun tak dilipat elok-elok.Bilik air ok agak luas tapi dindingnya frosted tempered glass,jadi silalah alihkan pandangan dari bilik air bila ada orang dalamnya.

   Ada washing machine mini yang melekap ke dinding antara tangga tingkat 1 dan 2,kapasiti washing machine sangat kecik,mujur ada 2...dryer takda,ada penyidai disediakan,boleh bawak dalam bilik tapi jadi tambah sesaklah bilik yang sempit tu...pandai-pandailah adjust.

lousy housekeeping-katil tak dikemas rapi

bathroom/toilet dengan dinding tempered glass

Deoksugung Palace

    Selesai solat kami pun keluar semula untuk meronda sekitar Seoul.Destinasi pertama ialah ke Deoksugung Palace.Macam biasa pengangkutan di Seoul ni dah tentu menggunakn subway,dari DHC station kami ke City Hall station,keluar exit 2 untuk ke palace ini.

    Deoksugung Palace ni kecik je kawasannya,asalnya bukan istana tapi adalah kediaman bangsawan.Selepas perang dengan Jepun (Imjin War 1592) istana Gyeongbukgung musnah manakala istana-istana lain rosak teruk.Oleh sebab itu Deoksugung dijadikan istana sementara.


throne hall Deoksu Palace

   Masa kami sampai dah penghujung changing guard ceremony depan gate palace tu,tapi tak kisah sangatlah sebab dah pernah tengok di Gyeongbukgung dulu.Ramai pengunjung hari ni sebab weekend tambahan pulak ada culture exhibition di luar Deoksugung ni sempena Festival Last Day of October.Tiket masuk ialah KRW1000,dibuka dari 9am-9pm dan tutup pada hari Isnin.Kalau berminat boleh join free guided tour in English,hari biasa pukul 10.30am dan 1.30pm dan weekend hanya pada jam 1.30pm sahaja.


dah penghujung changing guard ceremony
show dah abiss...


admission ticket KRW1000

    Masa kami masuk ada rehearsal untuk cultural night show malam ni.Jadi duduklah layan tengok sekejap kemudian sambung ronda keliling istana.



Culture night show rehearsal




   Tak lama pun kami di dalam kawasan Deoksugung,takda apa yang menarik sangat.Kami pun keluar dan pergi ke area culture exhibition yang sedang berlangsung di sepanjang stone wall road Deoksugung  ni.Meriah dengan macam-macam aktiviti dan pemandangan autumn di sekitar kawasan luar istana ni memang sangat cantik.


Last day of October Festival

berbagai exhibition






Gwanghamun Square and Cheonggyecheon stream

    Kami stroll along sepanjang tempat culture exhibition tu berlangsung,lepas tu malas nak patah balik jadi pandai-pandai agak sendiri nak cari subway station.Ikut sedap kaki berjalan last-last kami dah sampai ke area Gwanghamun square.Masa ni keadaan sesak sana sini,banyak sangat event diorang ni.Mula tu macam cuak jugak sebab nampak ramai sangat polis sana sini berkumpul,kami bertanya pada Seoul city's tour guide berpakaian merah yang ada je ronda sana sini dan bersedia membantu para pelancong.Katanya ada polis strike time tu,tapi takda apa yang perlu dirisaukan...kami boleh jalan je macam biasa.




polis tengah picket beramai-ramai

Seoul city tourist guides

    Dah alang-alang kat situ kami pun bergambar dekat statue King Sejong dan Admiral Yi Sun-Shin.Di tengah Gwanghamun square tu pulak ada talk tentang tragedi feri karam yang berlaku pada tahun 2014 melibatkan 476 orang yang kebanyakannya murid sekolah.Sampai hari ni mereka masih mengkritik kejadian tersebut dan sering menganjurkan majlis-majlis peringatan seperti ini.

King Sejong statue

Admiral Yi Sun-Shin statue

Gyeongbukgung gate at night

majlis peringatan tragedi feri karam
    Dari Gwanghamun square kami melintas jalan untuk ke Cheonggye plaza pula..alamak sesak jugak dengan orang ramai,ada juga yang berceramah di sini,kami tak pasti tentang apa.Busy sungguh rakyat Seoul ni.Kami pun bergambar lebih kurang dekat stream tu dan beredar dari situ.

"Spring"-20 metre modern art snail like sculpture 

Cheonggye stream

Banpo Bridge

   Kami ke subway Gwanghamun station untuk ke destinasi selanjutnya iaitu Banpo Bridge untuk tengok fountain show.Kami ambil route berikut untuk ke situ :-

Subway->Gwanghamun station - Express Bus Terminal station  #exit 8-1
Dari exit 8-1,jalan terus kira-kira 200m sampai hujung blok dan belok kanan
Jalan terus sampai jumpa 1st traffic light (ada signboard Jamsugyo Walking track)-cross jalan
Lepas cross,jalan arah kanan menghala ke tunnel pejalan kaki(Jamsugyo walking track)
Lepas tunnel ni dah sampai Hangang park,jalan beberapa meter lagi untuk sampai ke tepi Banpo Bridge


menyeberang di sini untuk  ke laluan Jamsugyo walking tack

Jamsugyo walking track

    Fountain show ni beroperasi dari April hingga Oktober setiap tahun,jadi hari ni merupakan last day untuk fountain show ni sebelum ditutup sehingga penghujung Mac nanti.Jadi haruslah singgah kan walaupun masa ni dah kelaparan,cuaca dah start sejuk sekarang,apalagi bila pergi ke tepi Hangang River ni,mungkin sebab tu show ni tiada musim winter.Suasana agak meriah di situ,bersama-sama kami ramai juga warga tempatan yang melepak menyaksikan fountain show yang diiringi lagu-lagu Korea dan English serta penuh warna-warni itu.

Banpo Bridge Fountain show





   Dah puas hati di situ kami pun beredar,sempat enroute sekejap ke Some Sevit iaitu floating Island yang terletak berhampiran bridge tu.Di sini ada 3 flower themed islet,iaitu 3 bangunan yang menempatkan dewan,restoran,sports facilities,garden dan sebagainya.Kami tak berjalan pun ke kawasan tu,cuma ambik gambar je dari luar.

Some Sevit-artificial floating islands



   Kembali ke subway station,kali ni kami pilih untuk turun di exit 4 underground shopping,saja nak cuci mata.Nampak menarik underground shopping Gangnam ni,tapi kami taklah berlama-lama di situ,misi untuk isi perut lebih penting time ni.

Gate 4-to Gangnam terminal underground shopping center




Sesak di Itaewon

    Dari subway Express bus terminal kami ke Itaewon,sesuatu yang tak dijangka berlaku.Turun di Itaewon manusia luar biasa ramainya,sampai sesak subway station di situ.Bingung event apa pula sampai lautan manusia memenuhi Itaewon ketika ini...sana sini orang bercostume dengan pelbagai rupa dan gaya,oh ya,31 Oktober,Halloween night.....tepuk dahi sendiri.Itaewon ni adalah special district untuk foreigner dan banyak kelab malam terdapat di sini,jadi tak hairanlah party Halloween diadakan besar-besaran di sini.

jem manusia di Itaewon subway station

sesak!!
    Lama juga terperangkap dalam jem manusia,setelah jenuh berhimpit-himpit berjaya juga kami keluar dari subway station.Ramai betul 'hantu-hantu' berkeliaran kat luar.Terus daki bukit tuju arah restoran-restoran halal yang terdapat di situ.Hajat nak ke Murree tak kesampaian sebab dah ditutup,begitu juga kebanyakan restoran lain seperti Eid dan Makan.Akhirnya kami pilih untuk singgah di restoran Siti Sarah.Ingatkan restoran Melayu rupanya restoran arab yang beristerikan orang Indonesia bernama Sarah.

Darth Maul n Darth Vader outing nite

otw to persidangan hantu sedunia

simple tapi sedap

   Kami makan nasi dengan grilled chicken...sedap ayam bakarnya,tambahan ada sambal pedas.Sambil makan kami berbual dengan 3 orang adik backpackers yang juga sedang makan di situ,ingatkan dari Indonesia rupanya dari Malaysia juga.Leka berborak tak sedar dah pukul 11 lebih,kami segera beransur pulang,mujur subway masih beroperasi hingga pukul 12am.

Selesai kembara hari keempat,sambung kisah selanjutnya next entri.


Sambung


Saturday, April 2, 2016

CHASING AUTUMN 7:Daepohang Port & Abai Village

Friday 30 October 2015

Check in-Rocustel Motel

Rocustel Motel

   Tengahari kami kembali semula ke Rocustel Motel untuk check in.Kali ni oppa lelaki pagi tadi takda,yang ada hanya ahjumma,mak kepada oppa tadi.Mula-mula dia ingat kami dah check out and just datang nak pick up beg.Kami pulak termangu-mangu kat situ tunggu dia bagi kunci bilik.Ahjumma ni tak faham English jadi susah sikit nak communicate.Finally dia faham jugak yang kami baru nak check in,baru dia ternampak note yang oppa pagi tadi tinggalkan kat kaunter.Beria ahjumma mintak maaf ...hehe,takpa aunty...small matter.

   Bilik kami di tingkat 8,memang puas hati sebab bilik luas and view cantik.Lega rasanya dapat setel apa yang patut,mandi,solat dan baring-baring luruskan kaki kejap.

standard double room



dated but clean

view from 8th floor


Daepohang Port

    Pukul 2 lebih kami gerak semula keluar,tunggu teksi depan bas terminal dan minta hantar ke Daepohang port tak jauh dari situ,tak sampai 10minit dah sampai.Kami jalan-jalan dulu tengok Daepohang market,bangunan baru...nampak teratur je semua.Di tepi port banyak tergantung sotong kering...macam kain kat ampaian dah rupanya.

turun teksi di sini

area dalam Daepohang market

Daepohang port

rumpai dalam laut

mussel dalam laut


sotong kering


    Besar jugak kawasan market ni,kami mencari gerai yang menjual goreng-gorengan seafood..macam tempura,dipanggil twigim kat sini.Pernah tengok dalam rancangan Rasa Halal Korea di Astro Oasis.Tapi puas pusing port ni tak nampak pun ada gerai-gerai tepi laut yang jual benda-benda tu semua.

    Kami singgah di sebuah kedai yang jual seaweed dan hasil laut yang telah dikeringkan...itupun setelah dipujuk-pujuk oleh pekedai tersebut.Ikutkan perut lapar ni nak mencari benda boleh dimakan sebenarnya.Tengok label harga yang tertera memang rasa mahal sangat...tapi bila unni tu sebut harga sebenarnya memang jauh dari harga kat label tu,dari taknak terus beli jugak jadinya.Aku beli sotong kering dan sebungkus seaweed yang besar.Sedap sebab rasanya natural...takda pengawet dan penambah perisa.Sebelum beredar kami tanya kalau ada kedai yang menjual tempura tu.Rupanya memang ada,tapi bukan kat tepi laut dah...semuanya dalam building market baru ni.Ah gembiranya sebab dah tau mana nak tuju.

   Laju-laju kami berjalan arah gerai-gerai twigim tu..ok singgah gerai ahjumma ni.Kami makan kat situ,maklumlah dah lapar,ada meja kecil disediakan.Kami pun pilih apa yang nak dimakan,goreng-gorengan dan seekor sotong sumbat yang menurut ahjumma takda daging,just beras pulut, isi sotong n vege.Seafood yg rasanya half cooked tu digoreng semula oleh ahjumma untuk dimakan panas-panas...ya ampun nikmat sangat rasanya makan fresh seafood macam ni..



twigim
jumbo prawn

stuffed squid


   Oleh kerana portion yang besar kami dah kekenyangan sebelum sempat menghabiskan semua makanan,apalagi yang lebih tu tapau aje bawak balik.Lepas makan kami pun beredar dari Daepohang market dan menunggu bas ke arah city centre.Kami menaiki bas dan bagitau driver yang kami nak ke Abai Village.


Abai Village

    Siapa peminat drama Korea mesti tau pasal Abai Village yang famous  sebab jadi shooting location untuk cerita Autumn in My Heart yang melankolik sangat tu.Nama sebenar penempatan ni ialah Cheongho-dong Village tapi kebiasaannya dipanggil Abai Village.Abai bermaksud 'an aged person' sebab di kampung ni sebahagian besar penduduknya adalah orang-orang tua.Kebanyakan mereka lari dari North Korea  ke sini semasa Korean War.

    Bila dah masuk pekan aku pun tercari-cari monumen patung kerbau gangsa sebagai landmark untuk turun.Tapi sebelum nampak kerbau tu bas berhenti di sebuah bus stop dan driver bas mention Abai Village..eh..eh dah sampai ke,kami pun turun jelah.Rupanya patung yang kami cari tu ada je depan tu,kena jalan sikit baru nampak.

bas berhenti depan sikit je dari monumen  buffalo 

masuk lorong yang ada buffalo ni untuk ke Abai Village

   Terus belok masuk ke simpang yang ada patung bronze buffalo..hujung jalan dah terus nampak orang beratur nak naik Gaetbae boat yang popular tu.Boat ni unik sebab guna manpower untuk tarik tali yang akan bawak boat ni ke menyeberang terusan untuk ke Abai Village.Sekejap je 2minit kot dah sampai,bila turun baru bayar KRW200 kat pondok yang ada tepi tu.


jeti untuk naik Gaetbae boat


tarik tali untuk menggerakkan boat




dah sampai ke Abai Village

   Kami pun jalan-jalan kat village kecil ni.Ada banyak cafe dan kedai makan seafood.Kami duduk-duduk tepi pantai,menikmati pemandangan petang nak ke senja di situ.







layan perasaan..

senja di pantai


Sinsuro arched bridge

blue bridge


    Kami beredar dan kali ni ke seberang sana ikut bridge pulak...jauh jugak berjalan.Sebenarnya plan nak makan seafood di Jungang Market,tapi masih rasa kenyang makan twigim tadi plus kami dah exhausted sangat.Jadi decide untuk terus balik ke motel.Macam biasa kami tunggu bas saja,atas bas dah tersengguk-sengguk mengantuk,bila dah dekat sampai teragak-agak pula sebab dah malam,jadi landmark pun tak berapa nak perasan.Terlepas bus stop..next bus stop agak jauh pulak tu,driver bas pun pelik apasal lah kami tak turun lagi,then dia cakap sambil bagi isyarat kena jalan kakila patah ke belakang,kami sengih je.

   Pasrah ajelah jalan,dengan pace dah makin slow kami menapak kira-kira 10 minit.Sampai je motel terus setelkan apa yang patut,punyalah tahap kritikal letih sampai boleh terlelap jap kat bilik air.Lepas dah solat kami pun terus tidur untuk recharge semula energy yang dah nyawa ikan...tamatlah kembara sehari di Sokcho.

Sambung