Monday 2 November 2015
Journey to Jeonju
 |
| Jeonju |
Nambu express bus terminal (Line 3,#exit 5) merupakan main bus terminal untuk laluan ke arah selatan,jadi bolehlah naik dari sini kalau hendak ke tempat-tempat yang terletak dalam wilayah Gyeongsang-do,Jeolla-do atau Chungcheong-do.
 |
| image dari google |
Setibanya di bus terminal kami bergegas ke kaunter untuk beli tiket ke Jeonju,syukur ada bas yang akan berlepas pada 8.10pm,tiket berharga KRW11600 dan bas ni adalah direct express,takda stop untuk perhentian lain.Hanya ada masa 10 minit lagi jadi kami terus tuju ke platform dan menaiki bas yang sudah sedia untuk bertolak.
Tak sempat pula menggunakan public phone di bas terminal untuk memaklumkan guest house kelewatan kami ,saat macam nilah penting handphone ada roaming,walaupun caj agak mahal tapi lebih baik kan dari berisiko tak dapat check in.Jadi aku pun mendail nombor telefon owner guest house dan serahkan pada AJ untuk bercakap...tak sia-sia sahabatku ini tekun mentelaah Kdrama sejak sekian lama,dalam keadaan owner tu tak pandai English AJ berjaya berkomunikasi dalam bahasa korea dengan beliau,yaay...salute untuk chinggu!Lega rasanya dan barulah boleh tidur dengan lena atas bas tu.
Agak laju juga driver bawak bas,rasanya macam baru sekejap terlelap,pukul 10.20pm kami dah tiba di Jeonju.Dalam terpisat-pisat tu kelam kabut turun bas sudahnya terlupa ambil anggur yang diletakkan di seat kosong depanku.Rugi betul... rezeki driver bas nampaknya.
Turun dari bas kami pun menaiki teksi,owner guest house tadi suruh kami naik teksi dan bagitau nak ke Hanok spa...jadi teksi pun hantar kami ke situ.Sampai depan hanok spa kami blur sekejap,takkan guest house ni dalam spa?depan spa ada parking kereta dan kelilingnya nampak macam rumah-rumah persendirian.Dalam pada kami nak call owner guest house seorang lelaki yang berada depan spa tersebut menawarkan bantuan.
Kami pun berikan telefon untuk lelaki itu bercakap dengan owner guest house,waktu tu seorang ahjumma yang mungkin terdengar perbualan kami dengan lelaki itu keluar dan menunjuk ke arah sebuah rumah berhampiran spa,katanya itulah Dajeong guest house.Patutlah susah nak cam sebab rumah tu dilindungi dengan pagar tembok batu.
 |
| Hanok Spa |
 |
| Dajeong Guest House terletak di sebelah kiri spa |
 |
| Dajeong GH agak tersorok di belakang tembok |
Dajeong Guest House
 |
| entrance |
Entri ni aku terus buat review untuk guest house ni.Masa cari accomodation di Jeonju mula-mula book motel berhampiran dengan train station sebab plan nak naik KTX.Tapi last minit ubah fikiran sebab lebih mudah nak explore attaction di sini kalau stay berhampiran hanok village.Jadi mode of transport berubah dari keretapi ke bas express.Bagus juga naik bas sebab seat selesa dan tambang jauh lagi murah berbanding train.
Aku pun survey hanok stay di Jeonju,harga boleh dikatakan murah sedikit berbanding hanok stay di Seoul.Cuma yang tak best kebanyakan hanok bilik air adalah berkongsi,aku pula lebih selesa memilih yang ada private bathroom tapi dah tentu harganya lebih tinggi lingkungan rm200+ semalam.Akhirnya terjumpa Dajeong guest house yang menawarkan harga bilik dengan private bathroom yang murah.Masa tu takda apa-apa review lagi tentang guest house ni sebab ia masih baru.Tengok gambar nampak menarik,jadi aku pun booked bilik double dengan harga rm145 semalam di website Expedia.
 |
| tangga ke tingkat atas |
Dari hanok spa kami pun berjalan ke arah guest house,memang sukar nak cam waktu malam ni sebab kami expect akan nampak bangunan sebuah macam hanok tu.Rupanya ia terletak di bangunan kedai,ada sikit-sikit je ciri hanok dari luar,sign board pun kecik je dan Dajeong ditulis dalam hangul.Owner menyapa kami di depan pintu masuk dan menunjukkan korean style double room yang terletak di tepi pintu masuk ground floor.
Walaupun tersasar dari rupa hanok seperti bayangan kami tapi ternyata tak silap memilih untuk menginap di sini.Harga amat berbaloi,lokasi pula strategik sebab berhampiran dengan Jeonju hanok village dan juga jalan besar.Bilik sangat spacious,ada almari yang besar dan bilik air juga luas.Kebersihan memang tip top dan suasana sekeliling juga sangat senyap dan aman.
 |
| korean futon |
 |
| closet di sudut bilik |
 |
| ruang storage yang luas |
 |
| bilik air |
Kekurangannya tiada ruang spesifik untuk makan,pagi-pagi breakfast ada meja kecil disediakan di ruang tamu,kalau guest ramai agak inconvenient juga.Ada shared kitchen yang kecil dengan basic facility macam toaster,cold n hot water dispenser,fridge dan microwave.Jadi tak sesuai untuk masak memasak.Masa kat sini kami makan nasi instant Brahim yang rendam dalam air panas tu je.
 |
| ruang tamu/makan |
 |
| dapur |
Guest house ni adalah family run business,owner memang baik cuma English memang sangat minimal,cuma anak lelaki mereka pandai sikit cakap English,kalau terserempak mudah sikit nak tanya apa-apa.Boleh bagi rating 8.5/10 untuk guest house ni,recommended untuk yang nak mencari penginapan selesa,jimat dan lokasi strategik berhampiran dengan main attractions di Jeonju.
Bila dah settle down kami pun merebahkan diri baring atas futon yang selesa,tak sabar nak ke destinasi esok,highlight terpenting untuk misi memburu autumn kami kali ni.
Sambung
SALAM MERDEKA 31 OGOS 2016