Pages

Friday, August 13, 2010

Rahsia pemakanan genius-genius Islam


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.Penemuan-penemuan saintifik membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silica, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN:
i) Menghadap kiblat.
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM:
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.Limau-limau jenis lain juga elok untuk dimakan.

7) BUAH DELIMA
Bagus sebagai penerang hati.

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah

10) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

11) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

12) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

13) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

14) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

15) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/ kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

16) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

17) BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

18) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.

19) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

20) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

21) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

1 comment:

  1. Salam Aida,
    tak tau ko ada blog, ni pun trace dari address....

    ReplyDelete