Tengah tahun 2014...
Membuak keinginan nak travel lagi...dah beli tiket untuk trip Januari 2015,tapi tak tertanggung nak menunggu sebegitu lamanya.
Asyik menjengah-jengah tiket Australian Adventure dari MAS...apa pun kisah sedih dan tragedi yang melanda hati ni tetap tegar menyokong penerbangan kebanggaaan Malaysia ni..hospitality MAS memang terbaik,masa study dulu memang MAS ajelah pilihan utama,tak pernah naik airline lain,sebab itu untuk perjalanan yang jauh seboleh mungkin aku akan cari tiket offer dari MAS...insyaAllah every cloud has a silver lining.
So setelah bincang dengan travel buddies...sorang je dapat join,kami pun selamatlah menempah tiket penerbangan ke Perth dari 26 Ogos-1 Sept 2014.
Diringkaskan cerita,persediaan ke Perth seperti berikut :-
1.FLIGHT
Return tiket MAS -1k,book online masa promo Australian Adventure
2.ETA
Electronic Travel Authority-visa untuk short term stay bagi pelancong atau urusan business.
Dapat info bole buat online dengan travel agent dari blog Jari Manis di SINI........(tqvm JM :D).
Buat ETA dengan Ms Intan lebih kurang 2 minggu sebelum terbang,memang prompt respons,dengan servis caj rm20 per ETA,just e mail beliau (eta.australia@yahoo.com).
Visa ni valid untuk 1 year travel period dengan 3 bulan maksimum period untuk stay per visit.
3.ACCOMODATION
Macam biasa jadi pengunjung setia tripadvisor untuk survey accomodation.
Kami nak cari accomodation yang selesa sikit untuk rest lepas penat memandu,toilet nak dlm bilik senang ada privacy dan yang ada kitchennette so boleh prepare simple meal sendiri.
Apartment memang berbaloi kalau ramai,at least 4 orang dah boleh jimat untuk share apartment atau homestay,tapi sbb berdua je kenalah cari bilik studio hotel.
Kami dapat info ada malaysian sewakan homestay kat sana dengan rate yang jauh lagi murah berbanding hotel,tapi sebab nak sewa kereta untuk 3 hari je dan tak boleh imagine lagi keadaan sana maka kami decide untuk stay luar Perth masa ada kereta dan area central (CBD) masa takda kereta supaya senang dapatkan public transport.
Kalau terus terjah book je memang harga hotel agak overpriced kat Perth ni...standard hotel biasa-biasa 3 star pun boleh cecah lebih rm3-400+/room,without breakfast lak tu.
Kena ada strategi sebab ada masa-masa time offer harga bilik 4 star yang rm5ratus ke atas semalam boleh jd 200-3ratus je,favourite booking website aku ialah Agoda.
Rate weekend biasa ada promo,jadi setelah memburu best rate untuk berminggu-minggu,maka berjaya jugak dapatkan accomodation pada harga yang agak reasonable.
Maka accomodation yang kami berjaya booked adalah :
26.8.14 All Suites Perth-bilik studio dengan kitchenette/laundry
27.8.14 Quest Mandurah - bilik studio dgn kitchenette/laundry
28.8.14 The Clifton &Grittleton Motel,Bunbury-standard room +microwave
29-31.8.14 Rendezvous Studio Hotel,Perth- standard room
4.CAR RENTAL
Oleh sebab banyak tempat yang kami nak pergi adalah luar Perth,maka option terbaik lagi menjimatkan adalah self drive dengan kereta sewa.
Aku cari kereta kecil je sebab kami berdua,Malaysian ramai yang sewa dengan Bayswater atau Aries car rental...kedainya berdepan je kat Adelaide Terrace di central Perth.Rate kat sini memang murah tapi insurans tak komprehensif,ada option untuk bayar extra so boleh kurangkan liability in case kalau ada accident or damage,tapi still banyak aspek yang tak cover contoh macam tayar or glass damage.
Dah calculate semua dapat quotation Aries murah sikit dari Bayswater..ni bila dah add xtra cover,caj lesen luar dan additional driver.GPS tak ambik sebab ada Garmin sendiri,semua sekali untuk sewa Nissan Micra AUD163.40 untuk 3 hari.
Jumpa satu company Ace Car Rental yang ada komprehensif cover mcm ni ..
ACE SMART CHOICE (LIABILITY $0 / BOND $0)
- Zero Liability in the event of accident.
- Personal Accident & Personal Effects Cover Included
- Zero Liability on Tyre & Glass Damage
- Zero Liability on Hail Damage
- Free Additional Driver
5.GPS
Alang-alang ada Garmin GPS sendiri maka nak save la sikit takyah sewa,lagipun dah lama Garmin tu dok bertapa je tak dipakai .So dok browse cari cara macam mana nak download map Australia.
Beli dari official Garmin site memang tak maula sebab memang mahal melampau.
So setelah berhari-hari gak mengkaji dan try and error,Alhamdulillah akhirnya berjaya jugakla download free Australia map yang compatible dengan Garmin dari openstreetmap.Nampak macam ok,harap-harap berfungsila dengan baik masa di Perth nanti.
6.MONEY CHANGER
Ni agenda wajib sebelum travel,jangan sesekali tukar duit di airport atau masa dah sampai sana,rugi besar.
Setelah survey sini sana,rate terbaik adalah di Money Master Midvalley..tapi memandangkan tak berbaloi dengan kos nak pergi sana berbanding di Seremban,maka aku decide untuk tukar di Terminal One Seremban,rate dia agak bagus jugak.
Alhamdulillah rezeki kami rate makin turun bila dah dekat nak pergi,so member aku Sal tukar di Money Master tu dapat rate AUD1=RM2.98,dan aku tukar di money changer Harta Julang di ground floor Terminal One dapat rate RM2.999...okla tu kan.
Untuk trip ni kami akan cover North &South WA plus Perth and attractions sekitarnya.
Hari ditunggu tiba jua....maka bermula chapter kembara ke Western Australia pula.
Sambung..........
Wowwww preparation well done dan akhirnya trip pasti berjln lancar tp confius sikit kenapa byk sgt accomodation tu
ReplyDeleteRate aud x sampat Rm3 murahhh tu
X sabar nk baca sambungan perjalanan tu day 1 pun dh menarik :-)
Alhamdulillah trip best..cuma adalah hiccup sana sini sebab bberapa halangan.
ReplyDeleteBanyak accomdtn sbb bila travel antara north n south part tu kami stay luar perth..nak kurangkan masa atas jalan tapi letih jugak check in out mcm tu.Rate mmg agk best..skrg lg rendah,apalagi JM terjah lagilah ke sana :-D
Ayda, kena booking dari sini ke untuk kereta sewa?
ReplyDeleteHi Dijaa,
Deleteboleh je walk in ...tapi tak pasti dapat rate sama atau tak...pada saya better book je online kalau memang dah plan self drive kat sana
Sewa kereta kt aries, ade security bond tak?
ReplyDeleteHi Yuhani,
DeleteAda....security bond AUD400,boleh guna cash or credit card
nak tanya security bond ni bayar mase kite tempah kereta online or mase amek kereta kat diorang?Pastu bond ni akan dipulangkan mcm mane ye klu kte gune kad kredit?
Deletebond ni bayar masa kita ambik kereta,klau guna credit card dia akan refund balik in few days lepas pulang kereta
Deletesenang x berurusan dengan aries car rental? terpikir nak book dengan aries juga..
ReplyDeleteHi Noor,
DeleteOk je berurusan dengan aries ni,tapi mudah lagi berurusan dengan Budget Car rental..cuma rate dia lebih mahal.Overall aries kira good option jugaklah sebab harga dia murah.
ehem ehem CT korek entry lama nak cedok2 ilmu sket =D
ReplyDeleteNk ke Perth pulak ke,wahh Ct klau dtg mngebom mmg meletopp...sila2,apa yg bguna cedok aje,yg silap maafkn hamba :-)
DeleteNk ke Perth pulak ke,wahh Ct klau dtg mngebom mmg meletopp...sila2,apa yg bguna cedok aje,yg silap maafkn hamba :-)
DeleteSalam ayda saya lagi, nak tanya haritu pakai aries bond bayar cash or credit card? Dapat refund berapa lama?
ReplyDeleteSalam Hainey...
Deletebond pkai crdt crd...rasanya tak lama pun lepas pulang kereta tu dpt refund balik..1-2hari gitu,klau tak silap la...
Salam sis..berjaya tak guna gps sendiri setlh. download australia map tu? I ingat pun nak buat camtu..save gak budget. Sewa gps berapa ye?
ReplyDeleteSalam sis..berjaya tak guna gps sendiri setlh. download australia map tu? I ingat pun nak buat camtu..save gak budget. Sewa gps berapa ye?
ReplyDeleteSalam Shellax,
DeleteAlhamdulillah berjaya guna GPS yg download sendiri tu,cuma adalah tsasar sikit2,kena alert dengan road sign juga,insyaAllah tak sesat,kalau dah ada GPS better bwk..sewa mahal jugak dlm AUD7/day
Salam..
ReplyDeleteNak tanya kalau sema guna Ace Car Rental okay x? Bond dia mcm mana?
Salam...
DeleteOk je sbb insurans fully covered,tp sy tk pasti pula psl bond tu,boleh email dulu dan tnya pd cmpny tu policy dia mcm mana
Salam, ada sapa2 yang guna Ace Rental Car tak? Nak tau feedback. Service ok ke?
DeleteSalam,
Deletetak pasti pulak,tak pernah tbaca lagi kalau ada yg rent di ACE..biasa memang Bayswater atau Aries
Salam. Nak tanya bole? Berkenaan Aries car rental tu kan, dorg ade ke buat airport transfer ke from Kewdale branch yg dekat ngn epot tu ye? Thanks
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebiasanya car rental company memang ada shuttle survice to and fro diorang punya airport branch,boleh try email direct to branch tu and tanya untuk kepastian (Email: kewdale@ariescarrental.com.au)
Assalamualaikum, untuk Aries car rental kalau nak bayar bond boleh pakai cash ye? Nak deal dengan diorang macam mana ye sebab try tanya pakai cash dia kata kena pakai debit/ credit juga. Kalau boleh nak bayar pakai cash so that terus dpat balik masa pulang kereta. Ada dengar kalau pakai card ni kadang kadang sebulan baru dia pulangkan balik
ReplyDeleteWaalaikumussalam...
DeleteKebiasaan memang akan secure bond melalui card credit,may be bila pick up kereta boleh bincang untuk option bayar cash,rasanya boleh.Cuma kena bersedia jugalah in case diorang insist utk guna crdt card
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya nak tanya berkenaan Aries car rental, jumlah kena bayar is
AUD163.40 untuk 3 hari + AUD400 untuk bond + AUD200 untuk overseas license adalah AUD763.40 ke? Mmg harga mahal mcm tu ke? Cas overseas license and bond tu boleh dapat balik ke?
AUD200 tu sy baca kt terms and condition kt website dia