Pages

Thursday, October 2, 2014

PERTH HOLIDAY 3 - North Western Australia

Wednesday,27 August 2014

Hari kedua di Perth..
Kami breakfast toast sandwich tuna pagi ni,sambil tu makan leftover gozleme semalam,panaskan dekat stove hot plate tu.
Dah settle breakfast pukul 8.15am kami pun check out dari hotel,beg tumpang dulu di situ sementara nak pergi pick up kereta.Deposit AUD200 dipulangkan semula.

Cuaca sangat nyaman pagi ni,kami berjalan kaki je menyusuri Victoria Avenue yang bersambung dengan Adelaide Terrace,few blocks dalam 10minit berjalan sampailah kami ke Aries Car Rental yang bersetentang dengan Bayswater Car rental.Office dah dibuka seawal 8am.

Adelaide Terrace Road


Sampai depan kedai seorang lelaki Cina menyapa kami dengan ucapan Selamat pagi..memang pernah terbaca owner Aries ni Chinese Malaysia,dah lama dah dia bermaustautin di Perth.
Settle paperwork,seperti rate yang kami book haritu,total untuk 3 hari ialah AUD163.40,payment untuk satu hari memang dah siap ditolak dari kad kredit masa booking,balance kami bayar cash di situ.AUD400 bond di charge pada kad kredit dan akan dipulangkan kalau takda apa-apa extra payment nanti.




Kereta Nissan micra hitam yang comel dah ready kat luar,tokey akan check sama-sama dengan kita tengok kalau ada apa-apa defect sedia ada,cek minyak,sepatutnya masa ambil full tank dan masa pulangkan nanti pun kena isi full tank,tapi masa hidup enjin minyak tu ada kurang sikit dan kami dah inform pada tokey tu.So settle semua...off we go.

Kami kembali ke All Suites untuk ambil beg,Sal memandu dulu..selesai susun beg aku pun keluarkan Garmin,masa untuk berkhidmat ya gadget.Cuak jugak mula-mula map Australia tak keluar,rupanya tak change country.Dah dapat map aku pun cari Danish Pattiserie sebagai destinasi pertama,asyik not found...ish apa masalahnya.So kenalah masukkan address,takda pulak aku jot down adress tempat ni,mujurlah kami masih depan hotel dan wifi yang sepatutnya dah expired still boleh access lagi,dapatlah browse alamat...sampai sekarang aku ingat address Danish Pattiserie,5 Dyer Road,Bassendean tu.Syukurlah dan perjalanan pun bermula.

THE ROAD TRIP BEGINS!

Dengan berpandukan GPS yang dah berfungsi kami pun menuju ke destinasi pertama iaitu Danish Pattiserie,tempat untuk beli pie halal dan tentunya sebagai bekalan makanan untuk hari ni.
Sampai di Dyer Road,kawasan ni nampak macam area kilang-kilang,GPS dah show arrive to destination tapi sekeliling tak nampak bayang kedai pie pun...aku bertanya kepada pekerja sebuah kilang di situ,memang sah ni Dyer Road,malangnya dia pun tak tahu kalau ada kedai bakery atau pie di sini,ni kawasan kilang katanya.
Kami pun rasa ragu-ragu...betul ke alamat ni,hampir saja kami meninggalkan  tempat tu tapi nak round last time..terus ke depan ada roundabout kecil..tadi kami dah masuk pukul 3 dan tak jumpa apa-apa,kali ni kami straight pukul 12,Alhamdulillah syukur ke depan sikit je nampak building yang ada sigboard Danish Pattiserie di sebelah kanan.



Kami dah excited nak membeli pie...tapi tengok shoplot di situ macam dah kena tinggal,hujung sebelah kanan ada kedai tapi namanya Oscar's Bakehouse,bila masuk kedai tu baru tahu ni rupanya retail outlet untuk produk Danish Pattiserie..so kami pun beli pie dengan gembiranya,total kami beli lebih kurang 18 dollar untuk 4 jenis pie dan satu apple turnover,mission accomplished!!





JOURNEY TO NORTH WA

Pinnacles Desert berada dalam kawasan Nambung National Park,terletak 200km ke utara dari Perth.Kami menggunakan Indian Ocean Drive road.Cuaca sangat baik dengan langit yang cerah membiru,tambah berseri dengan pemandangan indah wildflowers yang mekar di kiri dan kanan jalan.

Indian Ocean Drive

pokok Balga (Xanthorrhoea)






Kami berhenti di tepi jalan berhampiran simpang masuk ke Lancelin untuk bergambar dan sambil tu tukar driver sebab Sal dah mengantuk ,maklumla selepas beberapa ketika pemanduan berhemat lagi mematuhi had laju memang membuai-buai mata jadi kuyu.








Dekat sini memang banyak speed camera,kalau terkena memang melayang ler ratusan ringgit..speed penalties ikut berapa km/h over speed limit,start dari AUD100(less than 9km/h) ke maksimum AUD1000 (lebih 40km/hr).


THE PINNACLES

Kami set location Pinnacles tourist info centre,bila sampai simpang masuk The Pinnacles ke kanan,GPS masih tunjuk arah terus,agak ragu-ragu tapi lastly ikut juga arah GPS sebab mungkin ada jalan lain di depan,adalah 15min juga memandu dan rupanya GPS bawak sampai ke Cervantes Tourist Info,sabar jela.Kami pun confirmkan arah dengan bertanya pada staff di tourist info tu.Memang betul  nak ke Pinnacles kena masuk simpang yang kami jumpa awal tadi.Ada juga tempat-tempat lain menarik di Cervantes,tapi sebab kekangan masa memang tak sempatlah nak melencong ke tempat lain lagi.

15mins semula ke belakang akhirnya sampai jua ke destinasi.Bayaran masuk untuk kereta adalah AUD12,dah naik sedollar dari rate sebelum ni.Sebelum jalan kami lunch dulu di kereta dengan pie Danish yang dibeli tadi,sedap sangat.

Subhanallah terpana dengan unik dan indahnya kepelbagaian bentuk muka bumi ini.
Pinnacles adalah limestone dalam pelbagai bentuk dan ketinggian,terbentuk lebih kurang 25000 tahun dahulu,ribuan struktur menegak batuan ini dapat dilihat di sini...ada yang mencecah ketinggian sehingga 5 meter.














Kawasannya agak luas juga,bagi yang mempunyai kenderaan actually boleh drive di vehicle path yang disediakan.Tapi kalau yang sewa kereta kena check dulu T&C,biasanya memang tak dibenarkan untuk drive dalam kawasan sand dunes tu.Walaupun berjalan kaki meredah desert tengah panas tapi hasilnya berbaloi.

Selesai bergambar kami pun singgah sekejap ke Pinnacles Desert Discovery centre,kalau ada banyak masa boleh boleh baca info dalam bentuk exhibition tentang asal usul pinnacles,lagenda yang berkaitan,wildlife,wildflowers &ada juga  kedai cenderamata...kalau nak dapatkan souvenir Pinnacles bolehlah beli di sini.Selesai rondaan di situ kami pun bertolak  ke sand dunes di Lancelin.

lagenda kaum Aborigin berkaitan asal usul pinnacles

Pinnacle Desert Discovery Centre


LANCELIN SAND DUNES

Sampai di Lancelin hampir pukul 4pm,ikut je arah GPS dan mudah je untuk spot kedai Lucky 7,dari pembacaan blog kedai ni dikatakan bagi rate agak murah untuk sandboard.Kami sewa satu je,AUD10 untuk 2 jam..dan AUD50 sebagai deposit,tak boleh lewat dari pukul 6pm sebab kedainya tutup time tu.Tak jauh pun sand dunes tu dari kedai ni,less than 10mins drive.Kami solat dulu di kawasan berumput tak jauh dari kedai tu.




kedai Lucky 7


Masa untuk sandboarding....memang jenuh juga nak mendaki ke atas...kami main-main dulu di area agak landai...tak menjadi sangat,kena angle curam sikit...main-main dulu di tempat tak berapa tinggi.Dah confident baru try dari cerun 45 degree dan agak tinggi...fuuh rasa terbang melayang...sangat best,ulang round bergilir-gilir,sorang main sorang snap...sampai penat baru stop dan rest-rest dulu atas pasir halus dan sejuk.


Lancelin Sand Dunes



jenuh nak mendaki sambil bawak sandboard

wax dulu tapak sandboard 


fun times!

nak slide dari cerun 45degree

best!





Hari pun dah nak merangkak senja...seronok dan puas hati beriadah kat sini.Kami pun kembali ke Lucky 7,pulangkan sandboard dan ambik deposit semula.Good bye Lancelin...perjalanan agak jauh lepas ni,nak turun ke selatan dan bermalam di Mandurah.



MANDURAH

Perjalan turun ke selatan menggunakan semula laluan Indian Ocean Drive,waktu hari gelap kena lebih berhati-hati berbanding siang sebab walaupun jalannya takda lubang-lubang tapi sebab muka buminya macam tak rata,turun naik di sesetengah tempat,angin lintang dan gelap tanpa lampu,terpaksalah memandu under speed limit,maklumla kereta kecil,faktor luaran tu memang mempengaruhi pemanduan.

Kami tak lalu central Perth sebaliknya ambil simpang kanan di Joondalup drive untuk masuk ke freeway.Freeway ni jalan dia macam highway kat Malaysia...tapi takda tol,rasa lebih selesa memandu di jalan luas dan berlampu berbanding Indian Ocean Drive tadi.

freeway ke south WA





Alhamdulillah kali ni direction GPS tepat...kami sampai di Quest Mandurah jam
8.30pm,lebih kurang 2 jam suku dari Lancelin.Kami dah call awal untuk late check in sebab office hanya buka sampai pukul 6.Accomodation ni adalah service apartment,ada interkom untuk call staff yang standby bertugas malam tu.Selesai urusan check in kami bawa kereta masuk ke dalam gated area,security bagus di sini,kawasan resort hanya boleh masuk dengan access card.Parking memang betul-betul depan pintu unit apartment tu,syukurlah dapat ground floor...senang nak angkut barang.





studio room




kitchenette


washing machine

dryer

Studio room ini lengkap dengan kitchenette,laundry area dan free wifi.Cuma kitchenette takda stove,jadi kalau nak memasak hanya boleh gunakan microwave saja.Alatan masak,pinggan,sudu garfu semua lengkap.Sebelum tidur kena basuh baju dulu,mujur ada sabun basuh baju disediakan,selesai basuh transfer pulak dalam dryer yang tergantung tu..dah set masa lepas tu teruslah rehat dan melayar mimpi....zzzz.



Sambung

15 comments:

  1. JM suka drive di Perth sbb route di sana lengang...boleh baring lagi di atas jln tu kan

    ReplyDelete
  2. tula kan mmg aman damai memandu...bole golek2 hindustan gitu :-D

    ReplyDelete
  3. salam, nk tanya pasal garmin tu. Sebelum pergi perth perlu tak install atau update pe2. Thanks :)

    ReplyDelete
  4. Salam..

    garmin tu kalau beli kat malaysia memang takda map Australia,so memang kena download...boleh cari di openstreet map,download map Australia and save dalam memori kad,make sure follow cara nak install dan cara save map tu dalam folder so garmin boleh detect map tu,kalau dah ada option utk change ke country Australia dlm gps maknanya dah berjayala install map tu...good luck and enjoy ur holiday :-D

    ReplyDelete
  5. Assalam.maaf ya bertanya psal car rental. Is it ok for us to reveal our civ number of our credit card to do the booking? Sbb aries car rental ni ada sent form to my email and dkt form ty ada details kredit card including the civ number n owner kena sign. So , nak ty is it safe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Khairunnisa,

      Thanks sudi singgah sini...
      Tentang crdt card tu rasanya ok,cuma masa sy book dulu crdit crd details tu diisi ms booking di website aries n terus ditolak 1 day rental amount as non refundable deposit,e mail just untuk confirmation booking dan transaction deposit tu,tkda pulak kena isi form dan sign,mungkin skrg dh berubah,better clarify dulu kot by cntacting them via phone or e mail yg ada di official website dia,if indeed the form mmg diorg yg send insyaAllah safe utk proceed

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Thanks for your reply sis. I love reading your blog. Byk sgt info. If u don't mind,may I have your email sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem,thanks for reading my blog dear..sis tulis suka- suka je utk share pngalaman,klau ada yg boleh dimanfaatkn Alhamdulillah,cntct me at acikayda@yahoo.com :-)

      Delete
  7. Thanks for your reply sis. I love reading your blog. Byk sgt info. If u don't mind,may I have your email sis?

    ReplyDelete
  8. Maaf sis.. boleh tak bagi alamat tepat apartment kat mandurah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ikmar,ni alamatnya :-

      Quest Mandurah
      20 Apollo Place
      Halls Head,WA 6210 Australia

      Delete
  9. pergh gigih gak kan nak drive ke Mandurah tu.. huurm.. ill consider that atau tido kat Carventes ehehe.. xleh decide lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah mmg gigih gakla...elok rest tdo Cervantes Ct,malam mcm bahaya sikit drive kt jln belah north ni

      Delete
    2. Tulah mmg gigih gakla...elok rest tdo Cervantes Ct,malam mcm bahaya sikit drive kt jln belah north ni

      Delete