Cuaca hari keempat masih lagi kurang memberangsangkan.
Bunbury kami tinggalkan dipagi yang masih sendu dan kelabu.Bunbury merupakan bandar pelabuhan yang agak besar juga,menarik juga untuk dilawati namun tak berkesempatan,kena gerak secepatnya supaya sempat cover outdoor attractions hari ni.
Destinasi pertama ialah Araluen Botanic Park,Roleystone...tak jauh dari central Perth.Perjalanan menggunakan Forrest Highway dan State Route 2 dengan jarak 175km.
Lebih kurang 2 jam pemanduan kami sudah hampir sampai,sepanjang perjalanan cuaca masih mendung,namun semakin dekat ke destinasi nampak macam langit cerah sedikit,berbunga hati...menggunung tinggi harapan moga cuaca cerah sepanjang hari.....
ARALUEN BOTANIC PARK,CROYDEN ROAD,ROLEYSTONE
Araluen Botanic Park terletak 35km arah tenggara dari central Perth.Dibuka setiap hari dari 9am-6pm.Admission fee untuk park ni ikut musim,kalau ada special season harga mahal sikit..range dalam $4-$15.Masa kami pergi ni musim tulip festival,jadi admission fee ialah $15.
Cuaca di Araluen agak cerah walaupun kawasan berhampiran nampak mendung,tapi staff di situ kata elokla naik Araluen train ride dulu sebab nampak macam tak lama lagi hujan kat sini.Kami pun bergegas masuk dalam park....MasyaAllah indahnya dengan tulip kembang setaman.
Untuk train ride kena beratur,ramai nampaknya mak-mak arab yang berkunjung ke park hari ni dan berebut-rebut nak naik train tu.Jadi sebelum hujan eloklah kami bergambar dulu.
Dalam pada bergambar seperti yang dijangka tak lama kemudian hujan pun turun...makin lama makin lebat.Kami pun masuk ke shelter dan beratur untuk train ride.Malang sekali bila train sampai ada pula kumpulan mak arab yang diluar pondok cepat-cepat merebut tempat tanpa beratur.Sukar untuk staff mengawal keadaan sebab hari hujan..jadi dia pun hanya merungut-rungut.Rasa malu pula sebab sikap macam tu membawa impresi negatif kepada umat Islam,sepatutnya kitalah yang menonjol dengan disiplin dan akhlak yang mulia.
Sambil menunggu aku berbual dengan makcik yang beratur di belakangku,bermula dengan keluhan dia tentang sikap orang yang potong queue,kemudian bercerita tentang asalnya...pelarian dari Iran,katanya dia beragama Baha'i,terpaksa melarikan diri dari tanahair kerana di sana tidak dibenarkan untuk mengamalkan ajaran tersebut,penganutnya akan ditangkap dan dihukum.Jadi setelah pengembaraan yang panjang dia dan keluarganya bermaustautin di sini.
Train pun sampai...bagusnya makcik belakangku tadi tolong cop sekali tempat kami.Hujan reda sedikit,train pun ronda kawasan park yang berbukit tu,sambil tu audio player dimainkan untuk informasi tentang Araleun Park.Creek yang mengalir sepanjang lembah di kawasan ini mewujudkan climate yang sejuk dan lembab.Oleh itu founder park J.J Simon memberikan nama Araluen,perkataan Aborigin yang bermaksud "singing waters" atau "running waters" atau ''place of lilies.
Kalau tak hujan memang best untuk stroll around atau picnic sambil menikmati garden yang cantik ni.
hujan dalam taman |
Habis train ride hujan semakin mencurah lebat..kami berteduh di bawah bumbung foodstalls yang ada di situ.Agak lama juga,hujan masih belum ada tanda mau berhenti.Agak-agak reda sikit kami pun redah je untuk ke car park.Masih belum puas sebenarnya di sini,kami decide untuk bawa kereta ke dalam park dan pergi ke spot menarik yang dilalui oleh train tadi...berhajat sangat nak bergambar walaupun kasut dan kaki seluar dah lencun dek hujan.
Mujur hujan reda sikit...dalam renyai tu bertabah je kami lari-lari dan ambik gambar mana yang sempat.Berjaya jugaklah menyelesaikan misi dalam hujan..not perfect but good enough.
Masa untuk bergerak...agak ragu-ragu nak proceed untuk next plan...nak ke Caversham Wildlife,tapi berbaloikah pergi dengan cuaca macam ni.Tapi kereta kena return pagi-pagi esok,agak susah nak ke tempat begitu tanpa kenderaan sendiri.
Kita hanya merancang......
Dalam keadaan hujan on off tu kami pergi jugaklah ke arah Whiteman Park,Caversham Wildlife terletak di dalam park ini,GPS buat hal pula,direction tak tepat...puas berpusing-pusing,area dah betul cuma Whiteman Park tak dijumpai..akhirnya kami sampai di Guildford town,ternampak info centre dan berhenti untuk bertanya di situ.
Lebih kurang 3pm berjaya juga menemukan Whiteman Park,cuma time tu hujan lebat...akhirnya kami putuskan tak jadilah singgah sebab amat tak berbaloi rasanya.Nampak gaya kena adjust plan.
Pada masa yang begini kelaparan melanda,berapa hari tak jumpa nasi menyebabkan kami teruja sekali nak indulge diri dengan makanan yang lazat,tapi kena bersabar sebab kena cari berpandu GPS lagi...berjayakah misi jalan-jalan cari makan ni...kisahnya bersambung nanti.
Sambung
cantiknya view dan bunga tulip di araluen botanic park ni..ruginya dulu tak ke sini cantik sgt..
ReplyDeleteala..part kalau GPS buat hal mmg geram dulu pun kami sesat barat dek kerana GPS..almost 1 jam cari holtel x jumpa2 huhhu..
byk entry yg tertunggak..free nanti yg terjah semua :-)
tula kan,mmg suka dgn tulip,sayang betul time ni hujan,park ni mmg recommended,kalau repeat Perth mmg wajib pegi nih
ReplyDeletemmg bersabor banyak bila GPS dah blur,kena juga guna manual skill,this particular day mmg mcabar,dgn hujan,dgn sesat..harung jelah :D
ini during spring eh ? berbaloi pegi sebab ada tulips kan.. ehehe..
ReplyDeleteHaah...hjg august,time spring,lg cun klau tk hujan...tp kira okla kan,smpt gak bgmbar
DeleteHaah...hjg august,time spring,lg cun klau tk hujan...tp kira okla kan,smpt gak bgmbar
DeleteNak tnya..kalau pg time ujung bulan oktober..ada lg x tulip ni?
ReplyDeletehujung oktober rasanya dah takda...tulip season biasanya from aug-september je
Delete