Kami kembali semula ke arah CAT bus stop 17 tadi,kali ni kami berjalan saja menyusuri Cliff street sambil bergambar berlatarbelakangkan bangunan-bangunan klasik di Fremantle ni,rasanya area pejabat sebab lengang je,dah rasa macam dalam kawasan set Universal Studio pulak.
E SHED MARKET,VICTORIA QUAY
Di penghujung Cliff street ada roundabout dan dari situ boleh nampak bangunan E-Shed Market yang terletak di Victoria Quay, popular dengan souvenir murah.Plan selanjutnya nak ke Fremantle Prison,tapi prison ni terletak agak jauh,Sal cadangkan alang-alang dah lalu baik singgah je dulu ke E-Shed Market ni,maka kami pun menangguhkan hajat ke prison dan terus saja berjalan menghala ke market tersebut.
Waktu ni dah pukul 12 tengahari...ada dua kedai souvenir besar kat sini iaitu Megabes dan Aussin,tauke Megabes ialah Chinese Singaporean Mr Simon dan Aussin dimiliki oleh pasangan dari Indonesia.Masa ni kedua-dua kedai ada staff perempuan dari Malaysia,mereka ke sini mengikut husband yang sambung study so sambil-sambil tu part time kerja di situ.E Shed ni hanya dibuka dari Jumaat hingga Ahad sahaja pukul 9am-5pm.
Apalagi dah terbentang depan mata segala macam souvenir...ternyata harga kat sini memang murah,jauh lagi murah berbanding masa di Gold Coast dulu,jadi bolehla shopping lebih sikit untuk bagi kat family dan kawan-kawan.Kena round dua-dua kedai untuk compare barang dan price.Aussin lebih banyak barang dan pilihan sebab shoplot dia lebih banyak.
Megabes ni ada satu lagi branch di Fremantle market yang dijaga oleh wife Mr Simon,menurut Teo price memang lebih mahal di Fremantle Market berbanding E shed.Hari selain Jumaat hingga Sabtu perniagaan dibuka di warehouse mereka sendiri di Malaga.Boleh call kalau nak bershopping ke sana,lebih banyak barang dan boleh dapat further diskaun.Menariknya mereka willing to open even after office hours dan malam,jadi kata Teo next time kalau ke Perth,siang boleh jalan-jalan g attraction,malam bolehlah shopping kat gudang diorang.Kalau berminat bolehla hubungi mereka di nombor dan alamat berikut :-
Bukan main leka shopping...skejap Megabes,skejap Aussin pastu ke Megabes balik sambil layan borak -borak dah 3 jam kami sangkut kat situ,kakak di Megabes tu tunjukkan ada ruang yang boleh kami solat di koridor kecik antara Megabes dan kedai sebelahnya.by the time settle solat dan minum sekejap dah dekat pukul 4,kami cancel ajelah pegi prison tu sebab beg plastik dah berbundut-bundut,jadi kami decide nak ke Fremantle market pulak sementara belum tutup.
ruang koridor yang digunakan untuk solat |
suasana lengang di ruang makan |
Kami beredar dan tunggu CAT bus,kawan aku ada berkirim belikan Fremantle chocolate,bertanya pada Teo tadi katanya dia tak tahu mana kedainya.Masa naik CAT bus kami ternampak kedai Fremantle chocolate yang berada pada sisi tepi building di persimpangan antara Market street (laluan Blue Cat) dan Cantontment street ,selesai masalah,kalau tak nampak tadi jenuh juga nak mencari dalam waktu suntuk ni.
FREMANTLE MARKET
Kami turun di Fremantle Market dulu,di sini suasana memang sangat happening berbanding E Shed tadi.
Betapa teguhnya binaan Fremantle Market ni,bayangkan dari zaman orang pakai kuda sampailah kenderaan moden yang ada hari ni,bangunan Victorian yang bersejarah ni tersergam menyimpan jutaan cerita.
Mula dibina pada tahun 1897 dan siap pada 1902.Bangunan ini beserta beberapa bangunan bersejarah lain sekitarnya seperti Sail & Anchor Hotel,Norfolk Hotel,The Warders Cottages dan Scots Church tersenarai dalam Commonwealth Heritage List.
di depan building Fremantle Market |
Market ni padat dengan 150 gerai yang menjual bermacam barangan,ada kedai souvenir,krafts,muzik,makanan,kekacang,buah-buahan dan sayur-sayuran,cafe etc...pengunjung pun ramai.Tak lama sangat di sini,kami hanya singgah beli strawberi dan jugak ke gerai kekacang untuk beli Macadamian nuts..ada yg biasa,roasted,salted,honey,dan pelbagai kekacang lain lagi.Harga untuk Macadamian nuts memang agak murah di sini.
Selesai membeli di situ kami pun beredar untuk ke kedai Fremantle Chocolate...sambil jalan sambil bergambar-gambar sekitar area Market street ni.
FREMANTLE CHOCOLATE
Agak jenuh jugak berjalan kaki dengan muatan yang penuh kat tangan,jarak yang dekat pun rasa macam jauh.Finally sampai juga ke kedai tu,mujur tak tutup lagi.
Excitednya kami bila yang menjaga kedai tu Malaysian...jadi dia pun terangkan pada kami yang chocolate ni kebanyakannya halal.Ada certificate yang mengesahkan status halal bahan yang digunakan termasuklah gelatin.
Yang tak halal cuma beberapa jenis coklat yang ada alcohol atau tiramisu.Selain dari tu bolehla makan tanpa was-was.
Lama juga kami spend time kat situ,harga agak mahal sperti Margaret River Chocolate juga tapi berbaloi dengan rasanya.Kalau berminat bolehlah datang try coklat kat sini.Alamat penuhnya :-
Fremantle Chocolate
5/7 Cantonment Street
Fremantle
freochoc.com.au
(08) 94334331
Fremantle Chocolate |
Coklat plum tu paling best..rugi beli satu je |
Back to Perth
Kami pun berjalan ke train station yang beberapa meter je jaraknya,service masih lagi terganggu jadi kena naik shuttle untuk ke North Fremantle station...depan aku seorang wanita schizo naik dan kemudian sibuk tekan loceng nak turun,mula-mula driver buat tak tahu je sebab bas tu just untuk angkut penumpang train ,tapi bila wanita tu dah start maki-maki and buat bising maka driver pun berhenti dan minta wanita tu beredar,dia pun turun sambil meneruskan makian...fuuh..havoc sekejap.
Sampai di Perth dah dekat pukul 8..perkhidmatan CAT bas dah tamat,kami pun berjalan saja dulu ,nak ambil bas biasa tak pasti nombor berapa,dalam pada tu berkira-kira nak ambil teksi..tapi nak cari makanan,sambil tu gigih jugak jalan dengan kaki yang dah lenguh dan muatan tangan yang penuh,adalah lalu kedai kebab tapi macam tak menarik...last-last 20mins jalan sampailah ke hotel,cadangnya nak letak barang dan keluar balikla beli roti or apa-apa makanan ,tapi kepenatan melampau menyebabkan terbatal lah hasrat tu.
Malam tu kami pun sibuklah packing barang...esok dah last day kat sini.Tengok ada jugak size t shirt yang salah,esok kami nak rent kereta semula dan repeat Fremantle untuk ke prison,jadi bolehla singgah E Shed tukar size t-shirt tu.Selesai berkemas kami pun berehatlah untuk malam last di Perth.
isi dalam bundut |
kekacang dan coklat |
Sambung
mmg rambang mata bila masuk E-shed Market nih
ReplyDeletepuas hati shopping kt e-shed ni,tapi pastu jenuh ler mengangkut muatan yang sarat,hehe
ReplyDeletesis JM datang lagi tapi tiada entri baru huhuh
ReplyDeleteDulu di Eshed market tu sis juga shopping di keda Megabest tu owner org Singapore..mmg hospitality TERBAIK jugak..ramai msia yopping di kedai beliau..highly recommended
huhu...maafla sis,tk smpat nak memblog,kalut prepare untuk next trip
ReplyDeleteyup btul megabes mmg dh popular among Malaysian...seronok g kedai yang mlayan pelanggan spenuh hati
wow bestnya..bila la nak sampai =)
ReplyDeleteFollower ke #12
Thanks Ibu Zarith sudi follow blog siput saya :-D
ReplyDeleteInsya Allah soon sampai tu...Perth dekat je
Salam Ayda, nak minta izin nak save gambar2 souvenirs di E-Shed yang ada dalam blog ni dan nak guna di FB/blog saya bolehkah? :) Terima Kasih. Nota: Saya tak guna lagi, tunggu kebenaran Ayda dahulu :)
ReplyDeleteSalam Hainey..
DeleteBoleh je...gunalah mana yang perlu :-)
Tq so much Ayda yang baik hati. Didoakan Allah murahkan rezki Ayda sekeluarga selalu. Amin :)
Deletefuuh fuuh sedia duit jelaa kan dtg sini fuuh..
ReplyDeleteBetul...bsabar jela at d end of d day hangkut berbundut2 beg plastik naik train n jln kaki,tp macadamia nuts n plum choc tu mmg bbaloi sgt bli
DeleteSalam..nak tanya..megabes kat malaga ahad bukak tak?tq for jwpan
ReplyDeleteSalam..nak tanya..megabes kat malaga ahad bukak tak?tq for jwpan
ReplyDeleteSalam Izyan,
DeleteMegabes weekend buka di E-shed market sampai petang,kalau nak pergi branch Malaga contact owner dia dulu untuk buat appointment,biasanya diorang buka by request,contact through fb megabes pun boleh
owh yea ker...kalo sy nak pergi ahad...blh request dia bukak ker..sebb pergi perth kejap j...sempat bejalan sabtu ahad j..hrp sgt dapt pergi yang kat malaga tue..
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteowh yea ker...kalo sy nak pergi ahad...blh request dia bukak ker..sebb pergi perth kejap j...sempat bejalan sabtu ahad j..hrp sgt dapt pergi yang kat malaga tue..
Deletemay be after 5pm boleh sbb e shed dh tutup time tu,better pm owner dia di fb Megabes n discuss macam mana
DeleteSalam..nak tanya..megabes kat malaga ahad bukak tak?tq for jwpan
ReplyDeleteSALAM SIS NAK TANYA SHOPPING SOUVINER KAT MANE PLG MURAH, E SHED ATAU MEGABES?
ReplyDeleteSalam Faiza,
DeleteSbnarnya kedai souvenir megabes tu terletak dalam e shed market,ada 1 lagi kdai souvenir Aussin kt dlm tu..dua-dua ni murah,tapi bangunan e shed ni hanya dibuka jmaat,sabtu dan ahad je
Salam nak tanya. Tax kena banyak tak ye bila beli barang dekat sana?
ReplyDeleteSalam Amira,
DeleteMasa tu beli barang bayar harga yg dah included tax je,seingat saya takda pula kena apa-apa extra tax