Pages

Friday, March 11, 2016

CHASING AUTUMN 6 : Mount Seorak

Friday 30 October 2015

Busan-Sokcho

Sambung cerita trip nite bus kami..

    Perjalanan lancar ke Sokcho,seingat aku ada 2 kali berhenti,tapi memang kami tak turun pun,syok sangat melayan mimpi.Bagaimanapun lebih kurang  2 pagi aku terjaga sebab tiba-tiba rasa panas sangat.Rupanya seat kami tepi heater dan agaknya driver dah naikkan temperature.Lemas dengan bahang heater tersebut aku beralih ke seat lain.Cuba untuk sambung tidur tapi agak sukar untuk lena balik.

    Dalam pada tidur-tidur ayam tu pukul 3 lebih aku perasan kami lalu tepi laut,nampak pemandangan di luar macam familiar je,tengok signboard dah tak jauh nak sampai ke Sokcho.Eh,eh biar betul dah nak sampai,macam cepat sangat pulak.

    Ternyata memang express sungguh bas ni,patutlah tak banyak stop,aku ingat semua bas journey lebih kurang 7 jam.Lupa pula bertanya di kaunter semalam arrival time bas ni,patutlah harga tiket lebih mahal dari jangkaan.Pukul 4am kami dah tiba depan Sokcho intercity bus terminal.Pagi buta macam ni memang sejuk mencucuk tulang,bangunan terminal pula tak bukak lagi,ada sebuah convenience store yang buka tapi takkanlah nak berlegar je dalam tu.

    Penginapan kami sebenarnya terletak berhampiran bus terminal juga,tapi bukan intercity terminal  sebaliknya Dongbu express bus terminal.Daripada terus kesejukan di situ kami pun ambil teksi dan pergi ke terminal tersebut.Lebih 10 minit juga nak sampai ke situ,tambang teksi ialah 3600w.

Dongbu Express Bus Terminal

    Dongbu express bus terminal pun belum buka lagi,kami duduk dulu di bangku luar stesen.Aku nampak bangunan Rocustel Motel yang akan kami duduki di belakang terminal ni.Aku pun pergi ke situ untuk tengok-tengok dulu,manalah tau kalau kaunternya dibuka.AJ stay untuk jaga beg.Motel pun gelap dan berkunci nampaknya.Pukul 5am  terminal bas dah dibuka,dapatlah duduk dalam bangunan dan berlindung dari kesejukan.

waiting area di dalam terminal

   Kami pun selesaikan apa yang patut,caj kamera,handphone,ke bilik air dan solat.Setel semua ingat nak simpan beg di locker malangnya semuanya saiz kecik aje.Kalau ada locker besar memang kami bercadang nak terus ke Mount Seorak,maklumlah musim autumn ni Mount Seorak merupakan top spot,jadi nak beat d crowd kenalah berpagi-pagian ke situ.Maka terpaksa juga tunggu motel tu bukak untuk tinggalkan beg di sana.Jadi melepaklah kami di situ sambil layan internet.

   Pukul 7 lebih kami pun ke motel,sebenarnya kaunter buka pukul 8,tapi kami sajalah cuba nasib,lagipun tak jauh,kurang 5 minit jalan kaki ke situ.Syukurlah owner motel tu ada di kaunter,seorang lelaki muda dan fasih becakap English,jadi mudahlah urusan kami.Oppa ni memang sangat helpful,dah setel simpankan beg dia bagi direction pula nak menunggu bas Mount Seorak di mana.Katanya perjalanan naik bas lebih kurang 20minit hari ni,tapi waktu peak especially weekend boleh sampai 2 jam kalau nak ke sana.

    Sebelum tunggu bas singgah sebentar di convenience store,beli kopi panas,roti dan tuna onigiri.Dah cukup bekal kami pun menyeberang jalan dan tunggu bas untuk ke Mount Seorak.


Seoraksan National Park

   Dari Dongbu bas terminal tadi kena melintas ke seberang jalan untuk ambil bas ke Mount Seorak.Bas no 7 atau 7-1.Tambang ialah 1200w bayar cash,T money tak valid untuk digunakan di Sokcho.Lebih kurang 20 minit kami pun tiba ke destinasi.

jadual bas ke Seoraksan-seawal 5.35am,setiap setengah jam sehingga 9.45pm


   Awal pagi ni pengunjung belum terlalu ramai..kami terserempak dengan sekumpulan adik-adik Melayu,naik bas yang sama tadi.Dah bertegur sapa dan saling tolong ambikkan gambar depan patung beruang tu kami pun terus bergegas ke platform kereta kabel manakala adik-adik tu masih berjalan-jalan di bawah lagi.

revisit 2nd time

up to Gwongeumseong platform

   Kami beli tiket kereta kabel berharga KRW9000,beli 8.30am dan turn untuk naik 8.45am...lega sebab tak perlu tunggu lama.Kereta kabel ni akan membawa kita ke area Gwongeumseong fortress.
Kubu ini dibina semasa era Goryeo Dynasty lebih kurang 800 ratus tahun lalu sebagai pertahanan dari pencerobohan tentera Mongolia.Lagenda mengatakan 2 orang general bernama Gwon dan Gim membina fortress di sini dalam tempoh satu malam,banyak part kubu ini yang dah musnah..jadi hanya ada sebahagian runtuhan sahaja yang wujud sehingga hari ini.

   Dari Gwongeumseong platform  kena mendaki tangga lebih kurang 15 minit untuk ke bahagian puncaknya yang dinamakan Bonghwadae.Tambah sedikit effort lagi untuk mendaki puncak berbatu maka kita akan sampai ke rocky summit yang menjanjikan magnificent view.

   Nampaknya pokok-pokok di bahagian puncak Mount Seorak ni banyak dah togel.Kami duduk-duduk santai di area Bonghwadae sambil makan onigiri tuna,lepas tu baru sambung misi mendaki puncak berbatu itu,aku rasa ralat sebab last time datang tak naik sampai ke summit.


daun semua dah gugur

saki baki daun yang tinggal

   Akulah yang paling bersemangat nak tuju puncak tu sementara AJ teragak-agak...dia rasa seriau bila pandang ke bawah.Aku pun kena jadi cheerleader nak bagi semangat padanya.Halfway ke atas AJ nampak macam nak surrender...oklah aku tak mau push lagi,menangis pulak nanti..hehehe.Lagipun pakaian kasual kami ni sebenarnya tak sesuai untuk hiking.Tapi aku tak kisah,walaupun lepas tu memang ada komplikasi macam kasut calar bergesel dengan batu dan zip jaket sikit lagi nak tercabut....aku tetap teruskan sorang diri ke puncak.

summit of Gwongeumseong

menuju puncak...

sayup di bawah

   Alhamdulillah misi berjaya,terpana menghayati pemandangan indah...gunung ganang,lautan,lembah,bandar.....mula-mula terasa ketar jugak kaki sebab kat atas ni ruang kecik dan berbatu,gayat juga pandang ke bawah.Lama-lama baru steady.
Aku minta tolong dengan pengunjung lain yang ada di situ ambilkan gambar.Lepas tu mereka semua pun turun dan aku berseorangan di situ...masih belum mau turun lagi.

lihatlah sekitar alam

lembah Seoraksan

lembah dan sungai kontang

rocky mountains

   Tak lama kemudian naik sekumpulan remaja sekolah bersama cikgu-cikgu mereka.Rupanya dari Jepun..tanpa disuruh salah seorang dari mereka offer ambilkan gambar aku..bagus sungguh.Dalam pada tu tetiba AJ muncul dengan muka bangga...wah,wah sampai jugak member aku ni.Katanya salah sorang remaja lelaki Jepun tulah yang tolong dan tarik dia sampai berjaya ke puncak.Bagusnya budak Jepun ni...gentleman sungguh.

bravo my fren!
   Kami pun bergambar-gambar lagi,masih terpancar riak cemas dan seriau di muka AJ.Kami pun gerak turun semula sebab pengunjung pun dah makin ramai.On the way turun sekali lagi AJ berperang dengan fobia...lagi gayat dibuatnya sebab kali ni memang kena pandang ke bawah...walaupun nak menangis akhirnya berjaya juga ...macam masuk fear factor pulak jadinya.Lepas tu kitaorang lepak-lepak lagi sambil makan bekal roti dengan kari ayam dalam tin dan juga sambal bilis.Orang lalu lalang senyum je tengok kami picnic kat situ.


moh ler turun..

kita makan duluu...

   Kami menaiki cabel car semula untuk turun.Nampak queue nak naik sangat panjang.Dah ramai orang membanjiri Seoraksan time ni.Kami sambung jalan-jalan dan menikmati autumn foliage di lembah Mount Seorak.












diari hatiku...
Ok dah boleh tick satu top autumn spot dalam list...tengahari kami pun beransur meninggalkan Seoraksan National Park,bersyukur sangat dapat sampai awal pagi.Waktu kami gerak nak balik ni keadaan memang sesak,tempat parking kereta nampak full,bas pelancong bertali arus datang.



beransur pulang


Bye Seoraksan....rasanya cukuplah 2 kali bertamu di sini.Petang ni nak sambung jalan ke attractions lain di Sokcho...sambung next entri.


Sambung

18 comments:

  1. cantik autumn foliage di sini..gayatnya nak turun..huhu..tengok gambo pun dh rasa seriau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan autumn...tu yg berpusu-pusu orang,mujurla dtg awal,hehe..actually tak tinggi mana pun,cuma sebab agak menegak,bagi yg fobia tmpt tinggi memang cuak jugak

      Delete
  2. Wah jenuh jugak nak sampai ke atas tu. Agak2 suhu di atas dalam belas2 (Celsius) lah kot.
    Tapi scenery dari puncak mmg awesome lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau proper attire tak susah pun kak...tak tinggi mana cuma dia steep je,memang bbaloi naik tmpat tinggi,best tengok pemandangan.Betul suhu nyaman belas2 time ni,syok jalan musim autumn

      Delete
  3. Last time tgu 2jam nak naik cable car. Cantik kan seoraksan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau autumn gitula kan Jea...azab baratur berejam,tu yg nak sangat smpai awal ke sokcho n ambik nite bas from Busan...tp awal sangatla pulak sampai,view mmg osemm

      Delete
  4. Cepat, I menunggu entry baru ni....Yehaaa...Dah pandai dah komen!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..wah...ahjemma mengejar teknologi nampak,please bear wt my snail pace hokay...entri coming soon,look fwd nak baca coretan sulungmu :-)

      Delete
  5. tiket cable car thn 2015 masih lagi 9,000 won? sis JM pegi JAn 2016 tiket 10,000 won tau huhuh...makin naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduii tiap kali pergi manjang naik jela macam2 ya...bg dia mcm singgit,tp kat kita dh dkt 4ringgit naik tu...fuuh...

      Delete
  6. sis JM 2 kali ke mount sorak ni..autumn dan winter TAPI sekali pun x naik puncak tu...x berani

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...seriau eh tgok curam semacam,jenuh jugak nak hiking kat batu-batuan tu,ktaorg pnya kasut mmg calar balar dibuatnya

      Delete
  7. Replies
    1. Ya Lya...best kan travel,lg sronok kalau pergi n explore sndiri :)

      Delete
  8. Hi Ayda, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
  9. cantiknyaaaaa bila autumn !!! ok ok !! next next dalam wishlist !!!

    ReplyDelete
  10. oooit beraninyaaa mendaki ke puncak tu.. hahaha CT nak panjat tangga tu pun mengah2.. tengok je puncak tu weh x berani.. haha.. dahla licin ada snow sket2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni spot wajib time autumn siti...tp plan g awal pagi n masa weekdays so takdala mereput beratur nak naik cabel car tu,hehe..puncak tu mmg steep sikit tp tak tinggi mana,bole try naik next time ok

      Delete