Pages

Wednesday, August 1, 2012

Journey to Bandung 3-Tangkuban Perahu


16 December 2011

Hari last untuk ronda Bandung,kami akan tour ke north side of Bandung dengan rental car yang dah prebooked dari msia lagi.Kat sini kalau sewa kereta memang siap dengan driver sekali memandangkan memang payah tourist nak drive sendiri sebabkan banyak jalan sempit dan sesak sepanjang masa,culture drive kat sini pun beza dengan Malaysia,walaupun sesak dan sempit yang amat sampai rasa macam nak berlaga dengan kenderaan sebelah   tapi tak pernah pulak tengok accident berlaku,toleransi mereka atas jalan mmg sgt impressive,selamba je mereka keluar masuk jalan tanpa signal,memotong walaupun ada kenderaan dari depan dan takda pulak kenderaan lain tu nak bg lampu tinggi or hon sebab bengang.

Pagi tu aku bangun dengan perut yang rasa memulas dan start ada diarrhoea...alamak,not a good sign la camni.Azma relax je pulak tak sakit perut ke apa,tak lama lepas tu adikku nurul call and mtak aku bawakkan ubat sakit perut..dia dengan kawannya nani dah start muntah dan diarrhoea bberapa kali since malam tadi lagi,mujur mak sihat2 aje.Wah ni mesti sebab dinner makan sate semalam kot..mesti dah contaminated dengan bacteria apa2 ni.

Driver dah sampai since 7.40am lagi,kami mtak dia tgu sbb nak breakfast dulu,selesai makan kami bertolak ke hotel Kenangan,sampai2 diorang baru nak breakfast,9.30am baru bertolak ke arah north menuju ke Gunung Tangkuban Perahu,sebuah gunung berapi yang masih aktif.Kesian adik aku dgan nani,symptom food poisoning diorang agak teruk sampai lembik dibuatnya.Perjalanan menuju puncak gunung setinggi 2084m tu dengan jalan yang berliku2 menambahkan sengsara bagi badan yang tak sihat...mual,pening,loya,perut memulas etc2..Mujur aku steady lagi walaupun perut memang still rasa uneasy.Macam mana pun pemandangan tanah tinggi boleh tahan cantik dengan deretan pokok pine dan ladang teh di sana sini.

11.30am sampailah kami ke Gunung Tangkuban Perahu.Mahal jugak entry fee untuk ke puncak gunung ni Rp50000 lbh kurang RM18 sorang plus Rp30000 utk fee kereta.Sampai ke puncak bau sulphur memenuhi ruang udara.Bentuk gunung ni yang seakan perahu terbalik ada lagenda tersendiri..kisah tentang Sangkuriang yang mengamuk dan menendang perahu yang dibinanya sebab frust cintanya ditolak oleh Dayang Sumbi yang merupakan ibunya sendiri.Ada animasi menarik di youtube yang menceritakan full version of lagenda ni tajuknya Mount Tangkuban Perahu.


Aku dan azma berjalan ke area kawah terbesar yang dinamakan kawah ratu,bergambar2 dan membeli-beli souvenir di deretan gerai yang ada.Banyak jugak barang unik kat sini...ada jual belerang dan lumpur kawah volcano,kata orang bgus untuk penyakit kulit.Ada pokok yang ada corak ukiran batik semulajadi bila dikikis kulitnya,pokok ni boleh dijadikan pelbagai jenis container mengikut saiznya.Ada jual tasbih,gelang,rantai dari batuan gunung..solid and sejuk je rasa batu tu.Macam-macam lagi souvenir hasil kraftangan yang menarik kat sini.Ingat nak berjalan ke kawah domas,menurut kata driver tu lagi cantik and siap boleh pegi dekat2 kawah and rebus telur lagi,tp memandangkan dah letih berjalan-jalan kat situ dan nurul and nani pulak lembik melepek je maka tak jadilah nak ke kawah domas.Cukupla setakat ni exploration tangkuban perahu kami.



















 Kami pun bergerak menuju ke kebun strawberry pulak,ingat nak ke Ciater Hot spring tapi driver macam tak keen nak ke sana,katanya ambik masa lagi 2 jam dan jalannya berliku2,bakal menambah sengsara pada 2 orang budak yang dah lembik abis tu.Akhirnya kami agree lah untuk picking strawberry,ingatkan ladang besar tapi kebun kecik je,buah pun tak banyak sangat,mungkin baru lepas di petik.








Selepas agenda memetik strawberry selesai kami pun bergerak ke Restoran Sapulidi yang  tak jauh dari tempat tu untuk berehat dan lunch kat situ.Ni citer kat part selanjutnya pulak la.



Bersambung....

Tuesday, July 31, 2012

PARAM & RAMADHAN 1433H




Salam Ramadhan....




Wah dah masuk berapa purnama tak berblog...banyak membaca dari menulis,citer bandung pun still tgantung,kalau pungguk merindu sure dah mrajuk nangih topi sarang takpek pujuk laiee....

So tinggal dulu citer Bandung,silap2 boleh sambung dengan versi tahun ni,IAllah next trip will be in september.

Kali ni nak citer pasal pasar ramadhan disingkatkan oleh masyarakat kontemporari skrg sebagai PARAM.

Citer simple je...aku bkn kaki param2 nih sbb mak masak kek rumah pun dah sodap terlontang den makan.Tapi mengambil semangat kemeriahan param yang hanya wujud time ramadhan,maka awal posa aritu berkobar2 nak menjejak kaki ke sana,maklumla hari-hari lalu lalang depan param yang agak2 dua pelaung je  dari kediaman,teruja jugak melihat keta bersesak-sesak tiap hari kat situ.

Maka isnin 3 ramadhan misi param berjalan,teringin sangat nak makan custard jagung..kenderaan masih bsesak-sesak macam 2 hari lepas,last2 parking kat rumah and lepas solat asar aku jalan kaki je ke sana...tahun-tahun sebelum ni memang jarang ke bazar ni,sebab apa ek..aku pun dah lupa

Wah seronok tengok makanan,kiri kanan penuh dengan macam2 bentuk dan rupa...satu-satu gerai dilewati,mata melingas kanan kiri cari custard jagung...dah hujung-hujung baru jumpa..ada bberapa gerai tapi kaki masih melangkah nak survey lebih lanjut lagi.

Oh sampai pula ke gerai kuih tako kegemaran,kalau nak beli mmg aku cari gerai yang satu ni,memang specialty dia kuih tako and hanya kuih tu je yang dia jual...so reputasi sedap tu memang agak pasti.Beli sebungkus 5 ketul rm2.Kuih manis dah ada...kansel custard jagung...cari kuih cara berlauk,jumpa 1 gerai ni,nak beli sikit je "nak kuih ni singgit"..."kuih ni 1 40sen...oo ambik rm2 la camtu" akak tu bungkus kuih cara 5 ketul...aku ingat sepasang tu 40sen..rupanya sebelah tu 40sen satu...mak datuk,biar betul,nak mencekik ke menjerut ke tali gantung nih..ish2

Jalan2 nampak murtabak plak...kecik2 je size dia,ambik la satu murtabak daging rm2,buat rasa je.Ok dah cukup tinggi ler kalori side dish aku nih...balik2.Jalan laju2 sampai hujung bazar nampak orang jual tembikai...mcm murah jugak sekilo rm2,ah buah,makanan wajib aku...stok limau/oren kat rumah dh abis,oraiitla posa2 ni sedap gak makan tembikai.Ok  beli sebijik rm5.50 pastu cepat2 balik rumah.

Excited nak buka harini..kuih/murtabak dah terhidang,tembikai dah potong.....azan magrib berkumandang,iftar pun bermula.Kurma..teh-o....tembikai....erk semacam je rasa,tp buah dia merah,tender aje...takpa2 tak tentu rasa kot.Murtabak...so so la...next time beli gerai lain lak,kuih cara...mak komen,kuih ni sedap tapi liat macam semalam punya...dia perangat balik ni...aku rasa,betulla..patutla macam something wrong...amboi mahal bukan main...next time memang aku blacklist gerai tu.

Mak makan tembikai...komen lagi,tembikai ni yang masam agaknya...tadi ingat apa yang rasa semacam..eh betulla..td aku buat ulam,ptut rasa lain macam..aku makan potongan lain.rasa sikit,masam..potongan lain lagi,rasa sikit,masam...whole buah ni dah spoiled...mesti buah lama ni,texture still ok tp dh kategori expired.Mau diarrhoea tahap gaban kalau dok perabis.Maka ke tong sampah ler jawabnya...sedihnya tengok makanan terpaksa buang macam tu.Mujur kuih tako tak mengecewakan..sedap as expected.

Wah sekarang baru la aku recall napa aku memang tak gemar sangat ke bazar param nih....tendency untuk membazir memang tinggi,banyak peniaga kurang sivik yang jual makanan recycle atau expired,banyak harga tak patut,banyak makanan kurang kualiti,kesian untuk orang yang memang bergantung pada makanan bazar untuk berbuka,silap makan perut meragam pulak....maka buatlah pilihan bijak untuk menjaga kesihatan diri,terlajak kata boleh  bermaafan,terlajak makan sengsara badan.

Selamat Berpuasa,moga sihat wal afiat untuk beribadat semaksimumnya...Ramadhan Mubarak !