Pages

Wednesday, August 1, 2012

Journey to Bandung 3-Tangkuban Perahu


16 December 2011

Hari last untuk ronda Bandung,kami akan tour ke north side of Bandung dengan rental car yang dah prebooked dari msia lagi.Kat sini kalau sewa kereta memang siap dengan driver sekali memandangkan memang payah tourist nak drive sendiri sebabkan banyak jalan sempit dan sesak sepanjang masa,culture drive kat sini pun beza dengan Malaysia,walaupun sesak dan sempit yang amat sampai rasa macam nak berlaga dengan kenderaan sebelah   tapi tak pernah pulak tengok accident berlaku,toleransi mereka atas jalan mmg sgt impressive,selamba je mereka keluar masuk jalan tanpa signal,memotong walaupun ada kenderaan dari depan dan takda pulak kenderaan lain tu nak bg lampu tinggi or hon sebab bengang.

Pagi tu aku bangun dengan perut yang rasa memulas dan start ada diarrhoea...alamak,not a good sign la camni.Azma relax je pulak tak sakit perut ke apa,tak lama lepas tu adikku nurul call and mtak aku bawakkan ubat sakit perut..dia dengan kawannya nani dah start muntah dan diarrhoea bberapa kali since malam tadi lagi,mujur mak sihat2 aje.Wah ni mesti sebab dinner makan sate semalam kot..mesti dah contaminated dengan bacteria apa2 ni.

Driver dah sampai since 7.40am lagi,kami mtak dia tgu sbb nak breakfast dulu,selesai makan kami bertolak ke hotel Kenangan,sampai2 diorang baru nak breakfast,9.30am baru bertolak ke arah north menuju ke Gunung Tangkuban Perahu,sebuah gunung berapi yang masih aktif.Kesian adik aku dgan nani,symptom food poisoning diorang agak teruk sampai lembik dibuatnya.Perjalanan menuju puncak gunung setinggi 2084m tu dengan jalan yang berliku2 menambahkan sengsara bagi badan yang tak sihat...mual,pening,loya,perut memulas etc2..Mujur aku steady lagi walaupun perut memang still rasa uneasy.Macam mana pun pemandangan tanah tinggi boleh tahan cantik dengan deretan pokok pine dan ladang teh di sana sini.

11.30am sampailah kami ke Gunung Tangkuban Perahu.Mahal jugak entry fee untuk ke puncak gunung ni Rp50000 lbh kurang RM18 sorang plus Rp30000 utk fee kereta.Sampai ke puncak bau sulphur memenuhi ruang udara.Bentuk gunung ni yang seakan perahu terbalik ada lagenda tersendiri..kisah tentang Sangkuriang yang mengamuk dan menendang perahu yang dibinanya sebab frust cintanya ditolak oleh Dayang Sumbi yang merupakan ibunya sendiri.Ada animasi menarik di youtube yang menceritakan full version of lagenda ni tajuknya Mount Tangkuban Perahu.


Aku dan azma berjalan ke area kawah terbesar yang dinamakan kawah ratu,bergambar2 dan membeli-beli souvenir di deretan gerai yang ada.Banyak jugak barang unik kat sini...ada jual belerang dan lumpur kawah volcano,kata orang bgus untuk penyakit kulit.Ada pokok yang ada corak ukiran batik semulajadi bila dikikis kulitnya,pokok ni boleh dijadikan pelbagai jenis container mengikut saiznya.Ada jual tasbih,gelang,rantai dari batuan gunung..solid and sejuk je rasa batu tu.Macam-macam lagi souvenir hasil kraftangan yang menarik kat sini.Ingat nak berjalan ke kawah domas,menurut kata driver tu lagi cantik and siap boleh pegi dekat2 kawah and rebus telur lagi,tp memandangkan dah letih berjalan-jalan kat situ dan nurul and nani pulak lembik melepek je maka tak jadilah nak ke kawah domas.Cukupla setakat ni exploration tangkuban perahu kami.



















 Kami pun bergerak menuju ke kebun strawberry pulak,ingat nak ke Ciater Hot spring tapi driver macam tak keen nak ke sana,katanya ambik masa lagi 2 jam dan jalannya berliku2,bakal menambah sengsara pada 2 orang budak yang dah lembik abis tu.Akhirnya kami agree lah untuk picking strawberry,ingatkan ladang besar tapi kebun kecik je,buah pun tak banyak sangat,mungkin baru lepas di petik.








Selepas agenda memetik strawberry selesai kami pun bergerak ke Restoran Sapulidi yang  tak jauh dari tempat tu untuk berehat dan lunch kat situ.Ni citer kat part selanjutnya pulak la.



Bersambung....

No comments:

Post a Comment