Banyak betul aktiviti hari ni
Sambung perjalanan untuk bersantap kat special place Restoran Sapulidi.Biasanya orang ke Restoran Kg Daun.Tapi atas cadangan adik aku kami try ke Sapulidi,google di internet tempatnya pun nampak menarik.
Kurang setengah jam kami pun sampai ke destinasi...wah setting memang cukup menarik,lanskap kawasan ni berkonsepkan tradisional...boleh pilih nak makan cara biasa di meja makan atau secara santai di pondok-pondok makan tradisional bergantung kepada citarasa pelanggan nak makan mengadap tasik ke,padi ke,tali air ke.Kalau dah ready nak order makanan boleh panggil waitress or waiter dengan guna tabuh kayu yang disediakan kat setiap pondok tu.
Mak aku cukup teruja dengan suasana tradisi kat situ...katanya macam zaman retro 20-30an,bila makanan sampai fuh memang cukup puas hati.malangnya aku tak dapat nak menikmati sepenuhnya memandangkan perut yang masih meragam.Tapi tengok mak makan penuh berselera memang sahih la sedap tahap berbintang2 jugakla tu.Nurul dalam dah terlepek kat situ digagahkan juga bangun berjalan2 sekitar tempat tu and sempat bersampan pulak kat tasik tepi tu.Nak describe lebih2 pun payah nak imagine,biar gambar bercerita,lagi mudah nak feel ambiance tempat ni.....
Lama juga melepak sini..santai benar rasanya,makan,solat,jalan-jalan,baring-baring....dah complete semua nak taknak terpaksa jugakla meninggalkan tempat yang permai nih.Kami bergerak semula ke arah bandar Bandung...lepas ni agenda shopping kat factory outlet lak.
Bersambung
No comments:
Post a Comment