Pages

Saturday, February 28, 2015

FROZEN JAPAN-Hida Takayama (Part 2)

10 January 2015

Pagi yang segar,nikmat sungguh duduk melamun di tepi tingkap sambil memerhati salji yang turun lebat.
Awal pagi lagi Sal sudah bersiap dan turun ke dapur menyediakan sarapan,perut berkeroncong minta di isi,seharian semalam dek kesibukan perjalanan dan keletihan kami tak sempat bersantap dengan juadah yang sempurna.
Sarapan pagi ini kami pun makan nasi instant yang dimasak dengan microwave,berlaukkan kurma daging Brahim,serunding daging dan sambal ikan bilis.
Selesai makan kami naik ke bilik dan bersedia untuk keluar menjelajah pekan kecil Takayama.Sebelum keluar kami selesaikan urusan check in dulu,total bayaran untuk 2 malam bagi bilik bertiga ialah JPY22800.Kami bertanya direction ke Morning market,staff bagi kami peta Takayama dan explain direction ke sana dan juga tempat-tempat menarik yang lain.

Kami mengorak langkah menjelajah bandar yang memutih ini,rasa seronok pulak meredah salji yang turun lebat ketika ini walaupun kami kena hati-hati sebab jalan yang licin,sesetengah bangunan mereka letakkan paip air yang dilubangkan halus-halus,air yang mengalir dari paip tersebut menghalang laluan tersebut dari dilitupi salji,jadi mudahlah nak berjalan.

snowy morning

jom jalan
Takayama terletak dikawasan yang bergunung ganang di Hida region di Gifu prefecture,ada tempat lain  yang bernama Takayama juga,jadi untuk membezakannya maka bandar ini juga dikenali sebagai Hida-Takayama.Takayama digelar juga sebagai Little Kyoto in Hida region disebabkan kesamaannya dari segi bangunan lama,temple,shrines dan old streets tapi pada skala yang lebih kecil.Sambil berjalan sambil bergambar,dalam setengah hari tu inilah tempat-tempat yang kami singgah :-

Old Private Houses (Furui-Machi-Nmai)

 Di jalan lama ini ada deretan bangunan-bangunan klasik yang dah wujud dari zaman Edo period lagi (1600-1868).Bangunan ini masih tegap dan dipulihara dengan baik sekali,ada rumah persendirian,kedai,cafe dan sake breweries.Ada juga rumah yang open to public,tapi kami tak singgah dan actually tak tau pun mana satu,sekadar bergambar je di luar.






Morning Market

Takayama morning market adalah salah satu pasar pagi yang terbesar di Jepun.Ada dua lokasi market  ni,satu di Miyagawa River side dan satu lagi di hadapan Takayama Jinya.Yang besar ialah di Miyagawa,dikatakan ada lebih kurang 60 stalls dan kedai di sepanjang riverside dari Kajibashi bridge ke Yayoibashi bridge,jaraknya kira-kira 350meter.

Excited nak tengok morning market ni..kami decide pergi yang dekat Miyagawa River..lagi seronok banyak kedai.Tapi bila sampai kawasan tu lengang semacam.Rupanya bilangan gerai ni memang berkurangan sangat time winter atau hujan...tambah pulak  tengah snow lebat ni,rasanya tak sampai 10 pun gerai yang ada,alahai hampalah harapan.Jadi kami pun jalan jugalah tengok-tengok apa yang ada,stall kecik-kecik tu kebanyakan jual sayur,buah,pickles dan ada juga kraftangan.Aku beli cucumber pickle kat gerai sorang makcik ni...boleh test mana yang berkenan.Balik Malaysia cepat je habis,sedap makan nasi berulamkan pickle cucumber ni.

signboard Miyagawa Morning market di Kajibashi Bridge

area Miyagawa morning market yang lengang

along Miyagawa River
Sebab tak banyak gerai jadi kami pun masuk ke kedai-kedai.Kebanyakan kedai jual souvenirs dan produk makanan tempatan macam manisan,kuih,crackers,dried fruits,pickles,tea.Sambil tengok-tengok barang bole minum hot tea yang diberi percuma.Tak banyak pun beli souvenirs,harga agak mahal di sini.Sampai ke hujung area morning market di Yayoibashi bridge tu kami belok  arah kanan dan berjalan menyusuri walking trail menuju ke arah temple area.

Higashiyama Temple Area

Sambil menuju ke arah temple area ni kami berhenti bergambar-gambar di sana sini.Cantik sungguh pekan yang dilimpahi salji ni.









Dari walking trail biasa tadi kami mendaki tangga dan kini berada di Higashiyama walking course.Trail ini adalah sepanjang 3.5km dan di sepanjang laluan ini akan jumpa banyak shrines dan temple yang terletak di kawasan yang sedikit berbukit...course ni juga akan membawa ke Shiroyama Park dan di situ terletaknya Shiroyama Castle ruins.


tangga untuk ke Higashiyama walking course

Takayama mempunyai sejarah yang sangat panjang bermula dari Jomon period (300BC) sehinggalah ke Meiji Restoration Era(1868),remains dari Jomon period tu masih ada sehingga sekarang.Kanamori Nagachika telah menjadi Lord of Hida pada tahun 1586.Enam generasi Kanamori clan telah menguasai  region ni selama 107 tahun.

Lord Kanamori Nagachika telah mula membina Takayama castle pada 1588 dan mengambil masa hampir 16 tahun untuk disiapkan.Beliau juga telah membina castle town,rumah-rumah samurai dibina di kawasan agak tinggi di sekeliling castle manakala kawasan rendah untuk penempatan rakyat biasa.Beliau jugalah yang menempatkan deretan temple di kawasan berbukit di bahagian timur.Boleh dikatakan asas pada bandar Takayama yang ada pada hari ini dibina pada era tersebut.Peminat sejarah mungkin boleh spend masa berhari-hari untuk mengkaji dan menyelami kisah silam bandar bersejarah ini.

Kami tak teruskan follow Higashiyama walking trail ni, leka bergambar di dua kawasan temple iaitu Unryuji dan Daioji Temple,cukuplah kan.Kena spend around 2 jam kot kalau bercadang nak habiskan trail ni.Sepanjang berjalan dalam temple area kami tak jumpa pun sesiapa...sunyi sepi takda kelibat sami or sesiapa di situ.Dah puas bergambar kami pun beredar dan sambung perjalanan dengan menyusuri jalan besar Yasugawa street.


Unryuji (Cloud Dragon Temple)-terletak pada starting point Higashiyama trail


Unryuji Temple area

Unryuji Temple area




Daioji Temple

Daioji Temple Gate-pandangan sisi


Antara Bell Tower tertua di Hida region


Yasugawa street
Kami singgah di kedai souvenir seorang nenek yang sangat baik ...dia cuba beramah mesra walaupun bercakap macam ayam itik,kami  beli beberapa barang...masa nak bayar nenek tu bagi free sorang satu heat pad,bila kami beredar dia pun keluar sekali dan tak henti-henti tunduk berterima kasih dan melambai kami...hihi,sayonara obaasan.Budaya Jepun sangat menghormati orang dan menghargai pelanggan,alangkah bagusnya kalau kita boleh adopt culture yang sebegini.

Nakabashi Bridge & Old Town Takayama (Sanmachi-suji)

Kami berjalan lagi menjelajah bandar Takayama,singgah sebentar di 7-11 untuk top up bekal makanan.Kemudian sampai di Nakabashi Red Bridge,jambatan merah ni landmark yang  popular di Takayama.Bridge ni adalah laluan perarakan semasa Takayama Festival pada musim spring dan autumn.

Takayama Spring Festival (Sanno Matsuri 14-15April annually) dan Autumn Festival ( Hachiman Matsuri 9-10 October annually) adalah antara festival yang sangat popular di Jepun.Waktu tu Takayama akan sangat padat dengan pengunjung ,jadi kalau nak ke sini pada waktu tersebut kena make sure book accomodation awal-awal...seriously rasanya seawal 1 year before.

Di sini juga terletaknya area Old town Takayama (Sanmachi-suji),terdapat 3 old streets di kawasan ni(Ichino-machi,Nino-machi dan Sanno-machi).Kawasan ini dipenuhi bangunan kayu gelap dari zaman Edo period,bolehlah feeling-feeling macam travel back ke zaman shogun dulu.Ada banyak kedai kraf,sake breweries dan restoran di kawasan ni.Kami tak sempat pun nak ronda area ni sebab kekangan masa.
Sanmachi-Suji area

Nakabashi Bridge

Takayama Jinya (Historical Government House)

Selepas jambatan kami berjalan ke bangunan Takayama Jinya,ini ialah bangunan pejabat kerajaan di zaman Edo period dan digunakan dari tahun 1692 hingga 1969.Sejarahnya generasi ke-6 Kanamori clan iaitu Lord Kanamori Yoritaki telah dipindahkan ke Kaminoyama pada tahun 1692.Selepas itu Takayama yang kaya dengan hasil bumi termasuklah emas dan perak itu berada di bawah penguasaan Tokugawa shogunate government sehinggalah Meiji Restoration Era pada tahun 1868.

Bangunan yang asalnya adalah kediaman Kanamori itu telah diubahsuai menjadi pejabat kerajaan.Dulu ada sebanyak 60 bangunan begini di Jepun tapi hanya Takayama Jinya je yang wujud sehingga hari ini.Bangunan yang ada sekarang adalah hasil dari pembinaan semula pada tahun 1816.

Musim winter dibuka pada 8.45am-4.30pm,admission 430yen

Tokugawa shogunate crest pada lantern dan bidai purple 
Bayaran masuk adalah JPY430,kami  bergambar di luar je..tak sempat nak round masuk.Kompleks Jinya ini menempatkan ruang pejabat,grand hall untuk keraian dan mesyuarat dan interrogation chamber.Di sebelah main building ada traditional rice storehouse terbesar di Jepun yang untuk menempatkan beras yang dikutip sebagai cukai.Asalnya ia terletak di Takayama Castle tapi dipindahkan ke kawasan ini pada tahun 1695 apabila Takayama Jinya telah berfungsi sebagai pejabat kerajaan.
Selesai di Takayama Jinya dah pun pukul 12 lebih,kami pulang semula ke hostel,lebih kurang 5minit jalan kaki dah sampai.Masuk je Zuhur kami pun segera solat jamak zuhur dan asar dan kemudian bersiap-siap untuk menyertai tour ke Shirakawago petang ini.


Sambung


Tuesday, February 17, 2015

FROZEN JAPAN 5 : Hida-Takayama (Part 1)

9 January 2015

Sambung kisah tentang perjalanan dari Nagano ke Takayama.

NAGANO - NAGOYA

Di JR station Nagano kami pun ke ticket office untuk reserved tiket,perlu naik 2 train,yang pertama perjalanan dari Nagano ke Nagoya,train kedua dari Nagoya ke Takayama.Perjalanan ni makan masa yang agak lama,dari Nagano ke Nagoya saja dah 3jam,dari Nagoya ke Takayama pula lebih kurang 2.5jam.

Sebenarnya ada cara yang lebih cepat nak ke Takayama dari Nagano,dari Nagano boleh berhenti di station Matsumoto (1 jam),dan dari Matsumoto ada Nohi Express bus direct ke Takayama (2.5jam),tapi memandangkan tiket bas pun dekat rm100 gak harganya,demi penjimatan kami stick to JR train jelah..alang-alang dah ada JR pass kan.

Kami bertolak dari Nagano pukul 4pm dan tiba di Nagoya pukul 7.05pm,next train ke Takayama ialah pukul 7.43pm.Kami akan stay di K's House Takayama,masa booking aku dah inform yang kami akan tiba lewat memandangkan reception desk tutup pukul 9pm.So pihak guesthouse minta untuk contact semula pada hari check in supaya diorang boleh bagi no pin code dan tinggalkan kunci di reception desk.

NAGOYA-HIDA TAKAYAMA

Nagoya Station

Sampai Nagoya aku pun dengan confident buka fail cari kertas booking confirmation yang di print,details tentang guesthouse ada dlm tu...alamak,terkedu jap sebab takda phone number  kat situ,ishh macam mana bole takda,belek-belek lagi...sah takda jugak,aduiii.Tourist info dah tutup pulak,mula gelabah time ni sebab tak banyak masa tinggal sebelum next train,once dah naik train memang sampai pukul 10lebih...kalau tak dapat pin code macam mana nak masuk guesthouse,ada yang kejung sejukk tido kat train station ni karang.

Kami pun pergi kat office Tokai travel agent yang ada kat situ,try tanya one of staff dia yang berlegar kat luar,sama ada dia tak faham atau tak keen sangat nak menolong...hanya dapat direction ke public phone,cubaan untuk mintak tolong dia carikan no phone guesthouse gagal.Kami pergi ke arah public phone yang berhampiran dengan JR Info centre...Sal pulak cuba tanya somebody di JR info tu...gagal jugak,sambil tu aku dan Azma try godek phone,cari kot2 ada free wifi,Alhamdulillah ada wifi JR station,free untuk 30minit...apsal la tak terfikir dari tadi kan,gelabah punya pasal,walaupun ambik masa sikit sebab kena register e-mail la bagai tapi berjaya jugak google no phone K's House tu.

Cepat-cepat dail pakai public phone tu...berkali-kali tak dapat-dapat...annoying betul,dh macam-macam cara try..masuk kod,tak pakai kod smuanya gagal. Sebenarnya handphone aku dan Sal ada roaming,tapi sebab gatal-gatal tukar network lain seminggu sebelum fly dan network tu pulak activated masa dh sampai Jepun,so automatic line lama disconnected and hilangla roaming service tu...huhuuu.Kami dah takda masa nak try lagi...kena bergegas ke platform...Azma cadangkan nanti dalam train mintak tolonglah sesapa call kan guesthouse tu,ok doa,usaha,tawakkal....ganbatte!

Sampai di platform masih ada sikit masa lagi..ternampak ada public phone di situ,cuba lagi..tetap sama tak dapat.Cuba nak call melalui viber tapi kat platform dah tak dapat wifi.Dalam pada aku tengah mendail no phone hostel tu Azma approach seorang lelaki Jepun yang sedang menunggu train,walaupun payah juga nak explain masalah kami syukurlah akhirnya dia mengerti juga dan sudi pinjamkan handphone..sekali dail je terus dapat bercakap dengan staf K's House,kami diberi pin code untuk pintu masuk manakala kunci bilik akan ditinggalkan atas reception desk,..aduii cemas banget...berkali-kali tertunduk-tunduk ucap arigato gozaimas kat Japanese guy tu...Alhamdulillah settle masalah.

K's HOUSE TAKAYAMA

Hampir jam 10.30pm kami pun tibalah di Takayama.Singgah Family Mart berseberang dengan JR station,kami beli instant rice,roti,susu dan jus di situ.Selesai beli barang kami pun berjalan ke K's House Takayama.

K's House Takayama


jalan ke arah JR station

K's House ni memang dekat je dengan JR Station,keluar je station terus ke arah kanan,jumpa traffic light  melintas jalan and masuk simpang kiri,jalan ke depan sikit nampaklah guest house tu sebelah kanan.Kalau jalan melenggang tak sampai 5minit pun,tapi sebab bawak beg plus kaki lima jalan banyak yang diselaputi snow tebal  kurang 10minit  baru kami sampai ke situ.

Masuk guest house ni kena tanggal kasut dan simpan di almari kasut yang disediakan.Ada selipar disediakan untuk dipakai.Kunci dan dan sekeping note dalam sampul surat bertulis namaku terletak di atas reception desk.Dalam note tersebut dinyatakan nombor bilik dan kami diminta untuk check in selepas jam 8 pagi esok.Tingkat bawah ni ada ruang tamu,dining hall,kitchen dan laundry area,nampak cosy dan sangat bersih.

reception area

living room

ruang tengok tv 

kitchen dan laundry room

kitchen area

Ada lif untuk ke tingkat atas,bilik ada 1 katil single dan 1 double decker,bathroom attached dan ada wifi.Yang tak best katil belah atas tu dekat sangat dengan heater kat siling,jadi memang kepanasan orang yang tidur kat situ so esoknya kenalah tidur kat bawah.
Oleh sebab dah tengah malam dan kami pun penat sangat maka malam tu just dinner roti dengan cili tuna je,lepas makan masing-masing pun terus melayar mimpi....zzzz.

End of Day 3

Sambung