Pages

Monday, September 23, 2013

SOUTH KOREA 2 :JEJU ISLAND -Yeha Guesthouse


Bermula perjalanan kami di South Korea sebaik saja landed 7.50am 28.3.12 di Incheon International Airport,Seoul.
Dengarnya antara airport terbaik dunia...dah 8 kali jd best airport.Kat sini immigration  lancar,takda nak bersoal jawab or selidik beria-ia...so cepat jugaklah urusan settle.

Perkara pertama yang kena dapatkan dulu ialah T-money card.Macam touch n go card,kegunaan utama adalah untuk naik public transport,subway,bas,teksi smua terima t-money ni,tapi untuk kegunaan dalam Seoul city ajelah.Ni la rupanya t-money card kitaorang,smua sepesen sbb pattern lain dah abis.Harga kad tu adalah KRW2500 dan top up dengan nilai KRW30 000 (lebih kurang rm90).


Penerbangan ke Jeju pukul 2pm,kena naik flight di Gimpo airport,Gimpo airport ni adalah international airport yang lama dan digantikan sekarang dengan Incheon International airport (lebih kurang macam airport Subang dengan KLIA lah ceritanya).Boleh pilih nak naik bas,train atau teksi ke Gimpo.Anyway mode yang paling mudah adalah naik bas sebab boleh terus ambik depan pintu arrival tu je.No bas 6014.So time utk t-money-tambang adalah KRW5000.

Sampai di Gimpo Airport,kami lepak-lepak dulu breakfast di Fast Food restoran,ala-ala McD tapi local brand punya.Walaupun bahasa berbeza tapi taklah susah order apa yang dihajati..fries,fish burger and squid ring,tunjuk kat gambar je,sebab dish yang aku order kena tunggu skejap cashier berikan satu objek...dia cakap something tapi aku tak paham dan termangu-mangu di kaunter,lepas berapa detik aku agak dia suruh duduk dulu,tak berapa lama lepas tu objek tadi vibrate dan lampu dia menyala-nyala...aku gi kaunter balik dan tengok order yang kena tunggu tadi dah siap...o barula tau kegunaan benda tu...rupa dia lebih kurang macam ni (gmbar internet) ,lupa pulak nak ambik gambar objek yang aku dapat tu..


Pukul 2pm kami pun berlepas ke Jeju dengan menaiki Jeju Air,harga tiket return adalah KRW122000 (~rm360),dah siap book online di Malaysia lagi.Tiba Jeju pukul 3.05pm terus cari teksi untuk ke Yeha Guesthouse.Oleh sebab kami berempat maka lebih jimat ambik Jumbo teksi,teksi ni tak pakai meter tapi kena deal harga sebelum naik,kami dapat harga KRW7000 untuk satu teksi,so sorang 1750.Ahjussi driver teksi tu boleh faham english sikit-sikit,dia ramah dan rancak juga berbual-bual,awal-awal dah kena gelak sebab Sal dengan confident masuk dari belah kiri untuk duduk seat depan.....hehehe kat sana left hand drive.

Ahjussi offer kalau nak charter taxi untuk tour Jeju dengan dia...harga reasonable jugak tapi sebab kitaorang dah book Yeha tour terpaksalah tolak. Ada 2 Yeha Guesthouse kat sini,satu branch terminal (main branch) satu lagi city hall (yang baru).Kitaorang duduk yang city hall,so jangan tersilap pulak sebab confuse pulak taxi driver nanti.

Ahjussi bagitau sekarang dah start cherry blossom di Jeju,dan start esok ada cherry blossom festival.Dengan baik hatinya ahjussi bawak kitaorang ke tapak festival tu,kat situ memang penuh dengan pokok bunga sakura yang tengah berblossom2...osemnya...terasa sungguh sweet dan romantic nya suasana kat situ tambah dengan cuaca yang dingin-dingin manja gitu.Dan lepas snap gambar ktaorang skit sebanyak ahjussi pun antar ler ke Yeha Guesthouse tu.

                           




kumapta ahjussi :)

Yeha Guesthouse City Hall ni letaknya tepi jalan besar,kena naik lif ke 6th floor untuk ke reception.Kat reception floor ni ada reception counter, kitchen and dining hall &computer room with free internet access.Bilik kitaorang di tingkat 7,dorm for 4pax,ada 2 bunk bed and toilet, free wifi access jugak.Ada laundry room,nak basuh free,nak guna dryer KRW3000.Hostel ni overall nampak well maintained and sangat bersih,staff pun ramah n sangat helpful.Rate bilik yang kitaorang stay ialah KRW264 000 untuk 3 malam,so per person is KRW66000 (~rm196).Deposit sebanyak KRW60 000 dah dibayar masa book online dan yang selebihnya kena bayar full masa check in.

check in

gmbar dr website yeha(actual pun serupa macam ni)

gmbar dr website yeha

Fooh lega rasanya dapat berbaring-baringan setelah long haul journey n sakit badan merengkok tidur dalam flight semalam.Dinner malam tu kitaorang makan kat luar,tak sabar nak rasa korean dish,memang perut ni deserve good meal pun sebab dah seharian tak dapat makanan yang proper.Asalnya bercadang nak ke vegetarian restaurant tapi setelah bertanya pada Sky (staff) kat situ dan dia tak sure tempat tu kat mana,dia recommend seafood restaurant yang within walking distance dari situ.Kami setuju dan keluar berjalan mencari Bogun Seafood Restaurant.Agak mudah jugak nak jumpa dan sememangnya memang berbaloi-baloi sangatlah makan kat situ walaupun agak payah nak order sebab diorang memang tak tau cakap english langsung,jadi setiap menu kena tanya dan dengan bersungguh-sungguh ahjumma tu akan try explain dan tunjuk sample.Jadi nilah hasilnya............

now u see it

now u don't


memang superb sangat makanan kat sini,kena dengan selera-grilled fish,sup abalon,clams..makan dengan nasi panas dan pelbagai side dish termasuk kimchi yang sangat sedap.So total ialah KRW42000 (~RM125)  untuk 4 orang makan kira memang reasonable lah.Dengan perut gendut dan hati senang kami berjalan pulang ke hostel,time untuk beradu dan recharge energy untuk start Jeju tour esok....zzzzzzz

sambung..


2 comments:

  1. thn 2013 harga T-Money masih 2,400 won eh..time sis pergi ritu dh naik regalah 3000 won

    kalau ke Jeju..Yeha GH mmg menjadi pilihan kan..ramai rakan blogger stay kat sini

    argh..ni yg buat sis JM n kek Jeju nih

    ReplyDelete
  2. naik dah ye skrg,sy simpan lg kad tu,ada balance tk smpat nak redeem balik,tk tau la bole pakai ke tak lg kalau repeat ke sana
    Klau sis JM repeat lg kena pergi Jeju ni,lain feel dengan Seoul...sgt2 berbaloi

    ReplyDelete