Pages

Wednesday, September 25, 2013

SOUTH KOREA 3 : JEJU ISLAND - West Course Tour 1

29.3.2013

Pagi indah di Jeju.
Sebelum mulakan hari kenalah isi tank dulu kan,so keluarklan bekalan apa yang patut,mari menuju dapur.
Kat kitchen disediakan roti,telur,jem,butter dan minuman coffee atau tea,orange juice,semua self service macam breakfast kat rumah.
Menariknya ada kitchen utensils berasingan yang disimpan kat kabinet berkunci khusus untuk kegunaan muslim sahaja,kalau ada stok makanan halal yang nak sedekah kan pun boleh letak je kat situ.
So simple breaksfast...roti dengan scramble eggs/baked beans/tuna/serunding..pilih je topping mana,Alhamdulillah kenyang.




Pukul 9am tunggu depan hostel dan bas Yeha Tour datang pick up.Ramai jugak follow tour group ni,agak penuh bas tu,bukan guest yang stay di Yeha sahaja tapi dari various hotel around Jeju.Ada 2 orang lagi malaysian ladies yang join tour tu,diorang stay di Yeha guesthouse terminal.Hari ni tour adalah di bahagian west side of Jeju Island.


1.HALLIM PARK
-Park ni memang sangat luas,kalau ada banyak masa memang best stroll around santai-santai apalagi time spring park ni memang cantik sangat dengan bunga-bunga berkembang mekar.
-Ada 9 parts dlm park ni :Palm tree avenue/Botanic garden/Flower garden/Jeju stone & bonsai garden/Bird garden/Jae Am Folk Village/Jae Am stone exhibit hall/water garden/Hyeopjae & Ssangyong cave.
-Oleh sebab hanya lebih kurang 1 jam masa diberi,so kena jalan laju-laju kalau nak cover semua,tapi kami ketinggalan jugak from our tour guide Jumi yang memang laju sangat,kalau ikut pace dia tak sempat la nak berposing bagai.
-Pada aku attraction yang penting adalah adalah Hyeopjae &Ssanyong cave-gua yang terbentuk disebabkan laluan lava gunung berapi dari Halla Mountain,ada lebih 20 caves yang terbentuk dan connected in a single system dengan kepanjangan about 17000 meter,ada fossilized seashells,so kemungkinan besar cave ni adalah di bawah paras laut masa mula-mula terbentuk dulu.Hanya 500meter portion yang dibuka untuk public.Masa lalu kat sini kami berlari-lari sebab nak kejar masa dan memintas group wanita warga emas,sebab kami just cakap excuse me dan lalu saja mereka melaung-laung perkataan annyeonghaseyo berkali-kali...bunyi macam bengang je.Rupanya budaya kat sini sebolehnya kita kena tunduk sikit dan greet annyeonghaseyo pada elderly sebagai tanda hormat.....hehhehe manala kami tau...ampunnnn..

-Attraction paling menarik spring season dah tentu la flower garden,kat sini kami spent masa agak lama jugak berbanding yg lain,biasala ladies kalau jumpa bunga terlompat-lompat la kegembiraan...Moh layan gambar...




suasana dlm lava cave-sumber gbr dr internet








2.SUWEOLBONG TREKKING

Bergegas tinggalkan Hallim Park,kami bergerak menuju ke coastal road di Suweolbong.Kami akan berjalan  along coastal road ,part of Olle trekking course mendaki ke arah Suweolbong peak.Tempat ni sangat cantik untuk tengok sunset,tp sebab trekking tengahari buta memang matahari terpacak atas kepala lah,nampak macam panas tapi sebenarnya sejuk sangat sebab angin laut.

Masa diberi adalah setengah jam kot....tu jalan laju-laju,sebab sibuk nak bergambar memang tak terkejar la dengan tour guide kami yang dah marathon ke depan,seronok sebenarnya kalau dapat dengar cerita dari Jumi tp sebab bergambar lagi penting maka jadilah kami orang yang belakang sekali.





Ada legenda di sebalik air mengalir celah batu ni



3.SPIRITED GARDEN

Dari trekking course kami bergerak ke Sprited Garden,buffet lunch disediakan di restoran kat sini.Before or after makan boleh stroll around garden mostly dipenuhi pokok bonsai.Oleh sebab kelaparan melanda kami pun makan dulu,vegetarian meal disediakan.Food memang sedap sangat sampai kami tak sempat pun nak meronda garden tu.Lagipun lepas makan kami bergegas untuk solat,lepas snap pics sikit sebanyak kami pun gerak ke destinasi seterusnya.











Next move ke sesi petang pulak,sambung di coretan lain ...panjang sangat plak entry ni karang.



Sambung........













2 comments:

  1. time ni cost untuk tour 2 hari tu KRW128000,inclusive admission fee n lunch,discounted price sbb stay Yeha GH,skrg may be naik lg kot

    ReplyDelete