Pages

Tuesday, January 28, 2014

SOUTH KOREA 12 :SOKCHO :Mount Seorak

Wednesday 3rd April 2013

SEORAKSAN NATIONAL PARK




             Hari ni kami bergerak awal,tapau aje roti yang disediakan kat dapur guest house dan bawak tuna sebagai bekal.Untuk ke Mount Seorak kena naik bas ke Sokcho terlebih dahulu.Kalau nak mudah boleh ajer book pakej tapi option ni agak mahal.Untuk ambil bas ke Sokcho kena ke terminal bas express...ada 2 terminal,Seoul Express Bus Terminal atau Dong Seoul Bus Terminal.Agak confuse nak pilih mana satu,hos di Namsan Guest House recommend  Dong Seoul Bus Terminal.

         Untuk ke Dong Seoul Bus Terminal kena ambik line 2 ke Gangbyeon Station,keluar melalui exit no 4 dan Dong Seoul terminal terletak  seberang jalan.
Mujur dapat tiket bas yang dah nak berlepas...tiket berharga KRW17 300 untuk perjalanan sehala,perjalanan lancar dengan pemandangan indah &tidur yang indah juga.
Syukur perjalanan kami agak pantas...pernah terbaca masa diambil range 2.5-3jam,tp perjalanan kami dalam 2 jam dah sampai.

          Keluar saja pintu terminal di sebelah kiri terdapat booth tourist info centre...kami ke sana untuk dapatkan maklumat tentang Mount Sorak dan attraction lain di Sokcho.Dah gather pamplet apa yang patut dan bertanya tempat untuk menunggu bas ke Mount Seorak,kami pun menuju ke bus stop berhampiran untuk tunggu local bas nombor 7-1.Dalam setengah jam sampailah kami ke kaki gunung Seorak.
Cuaca cerah tapi agak sejuk...tapi taklah sesejuk yang kami jangkakan.Kami lepak-lepak dulu makan sandwich di kaki Gunung..memang indah pemandangan kat sini,tenang dan damai.










      Untuk benar-benar menghayati keindahan pergunungan ni option terbaik adalah hiking dan bermalam di Sokcho.Tapi bagi yang tak cukup masa dan tak cukup rajin nak hiking bagai macam kami ni..maka option lain adalah naik kereta kabel.Tambang untuk return tiket ialah KRW9000




         Khabarnya kalau peak season (summer &autumn) mau 2-3 jam kena beratur untuk naik kereta kabel ni.Mujur time ni ok..so taklah lama tunggu turn untuk naik.Tak sampai 10min ride dah sampai ke Gwongeumseong Fortress(860m above sea level).Dari stesen kabel car tu kena hiking dalam 20-30 min lagi ke atas untuk menikmati view yang sangat magnificent.Tapi kami tak naik pun sampai betul-betul ke puncak...kalau rajin dalam 10min je lagi dah sampai ke puncak...rasa terkilan la pulak sebab tak naik,beria-beria guide yang ada kat puncak time tu ajak semua tourist yang ada time tu untuk naik sampai ke atas...pemandangan memang lebih superb dari situ,Alhamdulillah memang berbaloi-baloi  pergi ke kawasan pergunungan tercantik di Korea ni.















Ada banyak hiking trail untuk yang berminat....ada yang senang,ada yang mencabar,range masa  diperlukan untuk mendaki antara 1.5-7jam bergantung pada trail yang dipilih.rasanya kalau time autumn memang sangat berbaloi untuk hiking dari bawah dan menikmati lukisan alam di Mount Seorak ni.Sepanjang perjalanan ramai juga warga tempatan yang datang berkunjung ke sini...antaranya ada warga emas,parents dengan anak-anak kecil,semuanya gigih berjalan dan mendaki sampai ke atas...satu budaya sihat warga Korea yang patut dicontohi.

Ada part kat atas gunung ni yang masih ada  snow lagi...satu sebab gunung ni bernama Mount Seorak...'Seol' maknanya salji dan Ak maksudnya Big Mountain,disebabkan suhu yang sentiasa sejuk,snow memang lambat cair dan menyebabkan  gunung ni in permanent state of white...suci je nampak..







Selesai sakan bergambar kami pun turun balik ke stesen kereta kabel,nikmatnya dapat menghirup secawan kopi panas dalam kedinginan cuaca pergunungan ni.





Sampai masa untuk meninggalkan Mount Seorak,ada rezeki teringin nak datang time autumn pulak...dari sini kami nak ke Teddy Bear Farm,tak susah nak dapat transport sebab ada je teksi-teksi kosong yang menunggu penumpang...Anyeong Seoraksan....




Sambung...

4 comments:

  1. cm x ramai org je time ni kat atas mount sorak tu

    ReplyDelete
  2. tk ramai sbb weekday kot,lgpun smpai agak awal jugak

    ReplyDelete
  3. autumn ri tu sampai lebih kurang jam 9.30 pagi..pastu dpt turn naik cable car 12.30 tgh...berasap montot tunggu..pegi hari isnin..huhuh..

    ReplyDelete
  4. pergghh,mak oii..dh bole bkhemah menunggu..peak season sesangat time sis pegi tp sure bbaloi yg amat

    ReplyDelete