Sambung explorasi Sokcho.
Kami meneruskan perjalanan dari Mount Seorak ke Teddy Bear Farm di Gangwando,tambang teksi adalah KRW9800.
Galeri teddy bear di sini bertemakan culture & lifestyle penduduk di Sokcho.Opening hours adalah dari pukul 10am-6pm dan tutup pada hari Selasa.Admission tiket ke galeri ni ialah KRW5000.
Rasanya teddy bear farm ni lagi menarik dari Teddy Bear museum di Jeju...sebab teddy bear kat sini taklah diletakkan dalam display cabinet.Size pun besar-besar dan terasa sangat happening dan puas bergambar.
Dah puas bergambar indoor,mari kita ke outdoor pulak...kat luar ada teddy bear main kat garden pulak..
Ada banyak tempat menarik juga di area ni,selain Mount Seorak ,Sokcho famous dengan beach,Cheongho bridge,wet market,Gaetbae boat(popular sebab cerita Autumn in my heart),ada juga halal Korean restaurant yang ownernya Korean Muslim...semuanya tak berkesempatan nak pergi memandangkan short trip aje ke sini...ada rezeki insyaAllah teringin nak datang lagi.
Selesai sesi ramah mesra dengan teddy bear,kami pun solat jamak zuhur&asar di perkarangan luar bangunan ni.Nak balik tak tau pulak nak ambik bas apa sebab memang tak plan pun nak ke sini.Jadi kami mintak owner galeri tu untuk call kan cab.Tak berapa lama menunggu teksi pun sampai dan bawa kami ke terminal bas.Tambang adalah KRW10000. .Sampai terminal bas kami agak terpinga-pinga...eh ni bukan terminal yang kita datang tadi,terminal ni agak baru dan bernama Gosok terminal (Gosok-perkataan Korea bagi Express),rupanya inilah Sokcho Express Bus Terminal,kalau naik bas dari sini dia akan berhenti kat Seoul Express bus terminal di area Gangnam.Kalau dari Dong Seoul Terminal bas akan berhenti di Intercity Bus Terminal...tempat kami sampai pagi tadi.Begitu rupanya.Stesen lengang je time ni,kami pun segera beli tiket ke Seoul..kali ni harganya KRW18000.
Dalam perjalanan bas stop kat R & R untuk 15mins,selepas tu perjalanan diteruskan,sampai di Seoul dah nak senja,jalan agak sesak memandangkan ni time orang balik kerja,apalagi kali ni melalui area Gangnam yang sibuk...dalam 2 jam 40min jugak barulah sampai ke Express Bus Terminal,yang jugak dikenali sebagai Gangnam Terminal.Memang besar terminal ni berbanding Dong Seoul terminal...kompleks besar yang menempatkan terminal bas dan bermacam-macam kedai.
Tak larat pun nak round area ni,perut dah kelaparan sangat time ni sebab memang tak lunch tadi.Sebabkan selera makan melonjak-lonjak maka kami sepakat nak ke Itaewon dan pergi ke Murree Korean Food Restaurant tu lagi.Tanpa lengah terus ambil subway line 3 ke Yaksu,then tukar ke line 6 untuk ke Itaewon.
Sampai Itaewon perut yang kelaparan tergoda pulak bila lalu kedai kebab...sementara tunggu order siap nanti bolehlah makan-makan kebab dulu kan,so settle beli kebab barulah kami ke Murree.Kali ni aku order Kimchi Fried Rice berharga KRW8000 dan mango lassi berharga KRW4000,fried rice tu memang sedap sangat,walaupun dah pekena kebab tapi kami tetap makan dengan bselera sekali...maklumla tank dah empty.
So berakhir kembara untuk hari ni.Kami pulang semula ke Namsan guest house..rehat &sedia untuk hari seterusnya....zzzz
Sambung
rupanya di Sokcho ada byk lagi attraction selain Mt Sorak tu..sis pun x tahu ada teddy bear farm ni nampaknya byk lagi tempat yg perlu terjah
ReplyDeletetime ni okla sbb bkn peak season so dkt mt seorak spend half day je,smptla terjah tmpat lain,tkpa sis pegi banyak kali pun mmg berbaloi,Gangwon province mmg banyak attractions
ReplyDelete