Pages

Tuesday, February 18, 2014

SOUTH KOREA 14 :YONGIN-Korean Folk Village

4 April 2013

KOREAN FOLK VILLAGE

Hari ni kami  ke Korean Folk Village (KFV),perkampungan kebudayaan Korea yang merupakan recreation of typical village di era Joseon Dynasty.Oleh sebab itu jugaklah ia jadi shooting location yang popular untuk banyak historical drama  Korea...antaranya Jewel in the Palace,Roof top prince,Sungkyunkwan scandal,The Moon that embraces the sun dan banyak lagi.

Kami cuba pilih route yang paling cepat untuk ke KFV,berpandukan research kami pergi dengan route berikut
From subway st Myeongdong &Chungmuro&Yangjae st
Exit 9 Yangjae stn-cross road dan pergi ke bus stop yang terletak di tengah2 jalan besar tu

Kami naik bas 1560 setelah bertanya kepada seorang pelajar sekolah sebab keliru nak naik yang mana satu sebab terlampau banyak nombor bas yang ada kat situ-oleh kerana tak sure nak berhenti kat mana kami bagitau driver tu untuk berhenti dekat KFV.Malangnya mungkin sebab dia pun tak faham sangat apa yang kami cakap atau terlupa driver tu tak berhenti pulak,mujurlah ada yang alert antara kami dan ternampak signboard KFV tu.Kelam kabut  kami turun kat next stop.

Rupanya bas ni berhenti dekat persimpangan jalan besar sedangkan KFV tu kena masuk sejauh 1.4km lagi ke dalam.mujurlah teksi yang kami tahan mahu juga hantar kami ke depan KFV tu sebab kalau kenderaan jaraknya memang tak seberapa,cuma kalau menapak tu memang jenuh jugala...tambang teksi tu KRW2300.

KFV ni dibuka setiap hari bermula 9.30am-6.30pm,kalau winter tutup awal sikit 5.30pm,weekend dan public holidays opening hours extend setengah jam lagi.Tiket untuk dewasa adalah KRW15000.Kami sampai lebih kurang 10am,target adalah untuk tengok semua show and performance dulu lepas tu baru jalan-jalan.Performance ada sesi pagi start 10.30am dan sesi petang start 2pm.Sebelum mula show kami jalan dulu dan bgambar dgn billboard drama-drama yang pernah shoot kat sini.









First show ialah Farmer's music and dance yang bermula 10.30am,ada banyak variasi farmer's dance ni,yang kami tengok ni adalah from eastern Korea,tariannya adalah fast phase dan disertai dengan acrobatic movement,memang rancak dan seronok tengok cultural dance ni,tarian ni dipersembahkan time planting,harvesting dan dalam apa-apa agricultural events.




Pukul 11am show bsambung dengan Acrobatics on a tighrope walking,yang ni so-so ajelah show dia,mungkin sebab solo performance dari seorang veteran,so tak happening sangat,anyway kami stay jugaklah smpai habis.Lepas tu 11.30am sambung dengan Equestrian feats,ni persembahan akrobatik berkuda,memang meriah &impressive aksi mereka.




Last sekali ada show traditional wedding ceremony pukul 12pm...ni pun boring sikit sebab acara tu dlm bahasa Korea n takda pulak tukang translate,yg best hujung2 sebab pengantin berarak dengan tandu dan kuda,bolehlah tumpang sekaki.







Habis semua show kami pun meronda serata KFV,ada beberapa craft workshop mcm pottery,wooden craft,flute making etc...boleh try klau berminat.Lain-lain aktiviti macam horseback riding,boating,archery kena bayar extra,aku just main archery...satu game je sbb agak mahal jugak.



Boleh try masuk prison and try torturing each other kat punishment site,kalau rajin tgok cter2 period drama Korea memang familiar sangatlah dengan scene2 punishment n prison ni.




Paling best sekali ada satu building ni disediakan hanbok untuk dipakai,takda orang pun yang jaga,pandai2 sendirilah...mujur kami dah belajar dari ahjumma cara nak pakai hanbok..so apalagi memang sakan berposing sesuailah dengan setting traditional building kat situ.






Agak lama menghabiskan masa berhanbok sambil berangan back to Joseon dynasty,kami teruskan rondaan sekeliling folk village ni,ada amusement park tapi time ni tutup.Kami stop sekejap di building Confusian Institute,mendaki tangga sikit,kawasan tu lengang je kami pun tumpang solat di pavilion yag ada kat situ.









Selesailah lawatan ke KFV,masa nak balik kami singgah kat tourist info centre dan tanya tentang transport.Mudah aje,just tunggu bas 37 depan 7-11 di perkarangan KFV tu.Bas ni akan stop di subway station Singal yang tak jauh dari situ.So dari subway ni kami pun ambik route untuk balik semula ke Myeongdong.Agenda petang ni dan esok semestinya shopping sebelum balik Malaysia pagi Sabtu nanti.

Sambung




4 comments:

  1. mencari2 tpt menarik di korea.. barulah saya jumpa yang ni.. hehehe.. thanks awak

    ReplyDelete
  2. Hi Izza...
    thanks for reading...memang berbaloi pergi KFV...Happy Holiday ya..Anyeong! :-D

    ReplyDelete
  3. di KFV pun ada river or stream dpt dalam gambar 3 last tu ye..pegi spring season kan pokonya masih togel

    ReplyDelete
  4. bole cruise kalau bkenan,tp tk ingat lak harganya berapa,haah pokok-pokok ni togel,sakura pun baru putik je,rasanya 2 minggu lepas tu dh full cherry blossom sure awesome pmndangan sini

    ReplyDelete