Selesai sudah agenda melawat tourist attraction yang sempat kami jelajahi.
Misi untuk bershopping perlu bermula hari ni,
Rasanya di Seoul ni area untuk shopping tourist Malaysia lebih kurang sama je...Naemdamun terkenal dengan brooch di E Lengdang market,Myeongdong pulak destinasi popular untuk skin care product,Gwanjang market dengan Korean silk,Dongdaemun dengan fabric and textile.Souvenir boleh dapatkan di ketiga-tiga area shopping ni...ada yang prefer area Naemdaemun sebab dapat harga lebih murah,apa pun semuanya terpulang kepada kerajinan untuk explore,masa dan nasib baik.
Kalau pandai haggle dapatlah best deal untuk barangan yang best tak kira di area mana pun.ada terlampau banyak barangan dan memang leka menjamu mata,belum masuk lagi long list souvenir yang nak kena beli,so memang kena spend banyak masa nak belek barang untuk diri sendiri dan survey best price untuk souvenir.
Kalau dah sesak dan stok korean won tak mencukupi bolehlah withdraw kat ATM provided kad bank tu dah diaktifkan untuk pengeluaran antarabangsa.Kalau Maybank boleh aktifkan kat ATM je sebelum travel tu.Sebaiknya cari ATM yang ada sign Global ATM,ada juga yang takda sign ni tapi boleh je keluarkan duit cuma ada extra charge.Pengalaman aku withdraw tru Global ATM ni takda extra chrge malah tukaran dia lebih murah lagi berbanding yang kitaorang dapat masa tukar currency di Malaysia.
Kalau ada duit Malaysia nak tukar pun boleh jugak,cuma tak semua money changer atau bank accept RM ni,member ku dapat tukar salah satu money changer di Dongdaemun.Tukarannya pun dapat lebih murah berbanding masa tukar di Malaysia,hairan jugak kenapa kat Malaysia jual won ni mahal sangat,rata-rata lebih kurang RM3+ untuk KRW1000,paling rendah kami dapat pun dalam rm2.8+,walhal kalau tukar kat sini boleh dpt range rm2.6+ to 2.7+ untuk KRW1000.
Petang ni kami jelajah area Myeongdong.Kat sini biasalah mesti sangkut beli skin product punya,aku beli barang Nature Republic,banyak pulak dapat freebies tu...memang kebiasaannya macam tu.Ni antara hasil tangkapan kat situ,harga berpatutan dan kualiti pun bagus,kat Malaysia memang mahal lah harganya,elok beli time ada offer aje.
Kemudian singgah di kedai jam,Azma berhajat nak cari jam tangan...alih-alih dia tak beli,aku dengan Sal pulak yang tergoda beli jam tangan sorang satu.Nilah gambar jam yang aku beli,kalau convert harganya tak sampai rm150.Aku berkenan dengan warna rose gold ni,so far memang puas hati pakai,warna pun tak luntur.
Sambung mission pencarian souvenir pulak,survey2 dulu barulah beli.Ada bazar macam night market,ada stall jual t-shirt Korea murah 3 helai termasuk yang berwarna untuk KRW10000,sakan jugaklah memborong dengan oppa yang peramah tu.Jalan lagi dan terjumpa stall jual leather glove yang murah jugak,belilah sepasang.
Kami beli jugak manisan Korean honey candy(kkultarae) selepas terpesona dengan demo menghasilkan candy tu dari vendor yang peramah tu.Memang sedap rasanya,apalagi kalau makan yang baru dibuat.Cuma manisan ni kalau dibawa balik Malaysia kena habiskan cepat,kalau simpan lama-lama nanti mengeras,mungkin sebab cuaca kot.Harga sekotak yang ada 10 piece adalah KRW5000,yang berperasa coklat pulak KRW7000,kalau beli banyak adalah dia bagi extra box lagi.
Selesai shopping hari ni,plan asal nak ke Sinchon untuk dinner di restoran seafood,tapi sebab sakan sangat shopping dan dah agak lewat kami decide untuk beli nasi instant je dan habiskan semua stok2 bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia.
Masa untuk rest ,misi shopping bsambung esok....zzzzzzzzzzz
Sambung
iyyerr..nak cari product kecantikan terutaman MASK myeondonglah tempat nya :-)
ReplyDeletehehe...bnyak freebies lak tu,syok btul shopping sini
ReplyDeleteArea mana ya agak2 ada atm global ni? Airport ada?
ReplyDeleteATM kat airport tak sure,sbb mcm saya mmg pergi ke bank yang ada logo Global ATM...biasanya ada di Woori Bank,Korea Exchange Bank(KEB),Shinhan bank and Citibank
Delete