Jumaat...tinggal sehari untuk spend time ke sini
Kami mulakan pagi ni dengan jelajah Dongdaemun dan sekitarnya...
1.GWANGJANG MARKET
Kami naik subway ke Jogno-5 #exit 5,kena jalan and tanya-tanya orang dulu barulah jumpa tempat ni.Ada maklumat dari blogger lain kata exit 11 adalah yang terhampir sekali dengan Gwangjang market ni,cuma kat dalam station jogno-5 tu kena jalan sikit untuk cari exit ni.
Tempat ni antara largest traditional market kat sini.Tingkat atas memang kedai textile saja yang kebanyakannya jual high quality silk,satin dan linen.Kain yang berkualiti tinggi ni mainly adalah untuk buat pakaian tradisi mereka iaitu Hanbok.Tingkat bawah ada banyak jugak kedai textile lagi dan kedai yang jual bed sheet yang lawa-lawa.Ada satu bahagian macam food court dan banyak stall yang jual Korean snacks,tempat makan ni memang popular dan sentiasa pack dengan customer.Tapi dah tentu non Halal,kitaorang sekadar lalu ajelah kat situ.Ada jugak gerai jual buah-buahan dan sayur-sayuran.
Misi kami adalah untuk mencari kedai Hyun Woo Silk yang memang terkenal di kalangan Malaysian,alamatnya adalah Lot 187,188 1st Floor (phone 22660169),berpandukan alamat ni kami merayau-rayaulah di 1st floor cari kedai ni tapi tak jumpa,bayangkan ada ribuan kot kedai kat sini,payah betul nak cari.Last-last kami turun ke ground floor dan bertanya di salah satu kedai kain hanbok kat situ,dengan baik hatinyanya pekedai tu call no phone tu dan kemudian minta kami tunggu sekejap sebab nanti staff dari Hyun Woo silk tu datang jemput kami,kedai tu pun baru nak bukak sebenarnya.Bila dah dijemput rupanya kedai tu terletak di ground floor.Rupanya di sini 1st floor tu adalah ground floor sebenarnya.Kedai ni tutup hari Ahad.
Agak lama kami menghabiskan masa memilih kain...harga memang fix ,katanya tu dah discounted price specially untuk Malaysian,beli banyak camna pun memang tulah jugak harganya.Okla aku beli gak sepasang untuk diri sendiri.Kainnya memang high quality silk...lembut dan ringan tapi taklah fragile ,sesuai dipakai dengan cuaca Malaysia.Memang berbaloi membelinya.
Selesai di Hyun Woo sakan pulak borong Korean cotton di stall kecik-kecik depan kedai tu.Harga memang murah dan kainnya sejuk dan lembut.Cuma pada aku coraknya agak biasa-biasa,tapi kalau rajin cari dapat jugaklah corak yang agak cantik jugak.
Banyak jugaklah berhabis won kat sini...
Seterusnya kami jalan lagi,kami berpecah arah,Sal dan aku menuju ke Bangsan Market,Azma &Farah pulak terus ke Dongdaemun Shopping Complex
2.BANGSAN MARKET
Area ni banyak kedai jual barang bakeri .aku ke sini sebab adikku berkirim chocolate moulds untuk kegunaan bisnes dia,ada banyak jugak shape menarik yang takda kat Malaysia.Harga pun ok jugak,dapatlah beli beberapa keping untuk dimanfaatkan.
3.DONGDAEMUN SHOPPING COMPLEX
Kami janji untuk berjumpa semula dengan Farah dan Azma di sini,complex ni memang besar dan rupanya adalah fabric market.Bangunan 7 tingkat ni penuh dengan segala jenis fabric..sesuai untuk orang yang ada passion menjahit rasanya dan tak begitu sesuai dengan kami yang memang buta fabric ni.Kami gagal bertemu dengan member dua orang tu sebab complex ni besar dan mungkin kami tunggu di tempat yang berbeza.Maka kami pun beredar ke tempat lain pulak.
4.PYOUNGHWA CLOTHING MARKET
Menyambung rondaan ke clothing market ni tergoda pulak nak beli jaket...harga memang jauh lagi murah lah dari Malaysia sebab ni memang pakaian rutin mereka,kualiti pun bagus.So sempatlah grab satu winter jaket yang dijual murah-murah untuk habiskan stok,dapat harga around RM90) dan satu spring jaket warna favourite berharga lebih kurang rm120.Jenuh berjalan dari 1 end ke another...punyalah panjang bangunan ni.
Sempat berborak sebentar dengan ada warga Malaysia yang datang sebab berkursus..mereka nak cari Hyun Woo silk jugak,so kami bagi direction and phone no kedai tu.Mereka pulak suggest kami menyusuri Cheonggyecheon stream hingga sampai ke landmark siput besar tu...memang berhajat juga nak berjalan sampai situ tapi shopping punya pasal memang tak sempatlah plus kaki pun dah sengal.
Selesai misi Dongdaemun,kami terus balik ke Namsan 3 guesthouse untuk hantar barangan shopping yang dah sarat,solat dan bertemu dengan Farah dan Azma di sana.
5.NAEMDAMUN
So petang tu kami sambung perjalanan ke area Naemdaemun,packed dengan ribuan kedai-kedai dan street vendor area ni memang crowded.Misi adalah untuk mencari E-Lengdang market dan beli brooch,so benda-benda lain tu kami tengok gitu-gitu sajalah.Kami tak banyak masa sangat nak shopping brooch memandangkan bila sampai market tu dah nak tutup pukul 6pm,khabarnya kalau Sabtu bukak sampai 2pm saja.
Kalau nak ke sini naik subway :
Hoehyon station-Exit 5-terus turn Right bile kluar exit 5 tu,dongak2 sikit untuk cari bangunan Lengdang market ni,tulisannya tak besar mana.
Selesai misi brooch,kami berjalan kaki saja untuk berpatah balik ke area Myeongdong.
Di Myeongdong sambung shopping souvenir yang tak cukup lagi.Kemudian sempat grab beberapa pack seaweed ,boleh try rasa dulu,dah pilih perasa yang berkenan baru beli.Kemudian kami cari kimchi pulak untuk dibawa pulang,ternyata makanan Korea memang kena dengan selera kami kecuali Farah.Kami beli kimchi yang dah ready pack dalam tupperware,beli brand yang di rekomen oleh penjual...memang sedap dan tak sama rasa dengan kimchi yang dijual di pasaraya di Malaysia.
Selesai bershopping segala apa yang patut,kami decide untuk dinner di Sinchon..khabarnya ada grilled fish restaurant yang sedap di sana.Farah tak join kami,nak sambung shopping ke Lotte Mall katanya,lagipun dah muak benar dia dengan makanan di sini.
Maka kami pun berpecah arah......tak sabar nak makan sedap sebelum berangkat pulang ke tanahair.
Sambung......
Rupnya byk tempat shopping di Seoul selain Dongdaemun, Namdaemun, Myeongdong dan Insadong.
ReplyDeleteGwangjang MArket tu sis belum pernah sampai . Nampaknya next trip nak masuk dalam list
klau nak membeli kain ela mmg bagus ke gwangjang market ni,byk betul tmpat nak terjah kan...skali dua trip mmg tak puas,nmpak gaya Korea ni jd annual trip sis la pasni ya..
ReplyDeleteAssalamualaikum sis kalau kain mosscrepe so korea mana nak dapat ye.. beli guna kontena
ReplyDeleteWkmsalam....kalau borong gitu tak pasti pulak saya,tapi kalau nak cari fabric tertentu yg sy boleh suggest cuba survey di Dongdaemun shopping complex
Delete