Coretan perjalanan kali ni tentang trip di Tanah Minang pula.
Ramai yang tanya ada saudara kah di sana...sebab aku orang Negeri Sembilan
Takda....just jalan-jalan,memang serupa tapi berbeza..
Kali ni aku &Sal bawa ibu-ibu kami untuk turut serta...mereka gembira kami pun bahagia jua.
Dapat tiket Air Asia lebih kurang RM240 sahaja seorang.
Seperti biasa aku mulakan tugas dengan mencari maklumat dan plan itinerary perjalanan.
Trip ni agak mudah sebab hanya perlu book hotel dan kereta with driver yang merangkap tourist guide.
Seawal bulan 7 aku contact driver bernama Aldi..memang pantas dia respon pada e mail yang dihantar (aldi_safri@yahoo.com),setelah berpuas hati dengan quotation yang diberi aku pun confrm nak book service dia,tak perlu bayar apa-apa,bila dah dekat dengan departure date contact dia balik untuk reconfirm dan bagitau bila sampai.
Hello Tanah Minang.....here we come...
Tuesday 22 October 2013
Seawal 5.45 pagi kami dah berada di LCCT untuk berlepas ke Padang,Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami tiba lebih kurang 7.30am waktu tempatan.
Sal dan ibunya |
Ibuku |
Flight yang lengang |
Airport kecil je di Padang,pemeriksaan imigresen pun agak memakan masa,selesai urusan apabila keluar terlihat kelibat seorang lelaki memegang kertas bertulis namaku,ku kira itulah Aldi,namun dia memperkenalkan diri sebagai Am,co worker kepada Aldi.Am membawa van jenis Suzuki APV..agak selesa untuk kami berlima.
Welcome to Ranah Minang |
RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK
Not bad makanan dia,macam biasa kalau di Indonesia jus buahnya yang pure dan pekat menjadi order wajib,menu breakfast aku ialah mi goreng dan jus sirsak (durian belanda).Total kos untuk kami berlima makan lebih kurang RM35.
JOURNEY TO BUKITTINGGI
Sepanjang perjalanan kiri kanan memang ku lihat hijau...sawah,kebun,hutan.Boleh dikatakan di laman setiap rumah pasti ada sahaja tanaman malah sawah padi kecil di sekeliling rumah merupakan pandangan biasa.Am ramah bercerita tentang kehidupan masyarakat di sini sambil di selang seli dengan lawak dan teka teki loyar buruknya..ibu-ibu kami rajin melayan,kami bertiga pula kadang-kadang hanyut di alam mimpi.
Jalan agak sempit dan semuat-muat kenderaan 2 hala.Tapi toleransi pemandu di sini memang mengkagumkan,mereka boleh sahaja selamba memotong walaupun ada kenderaan di hadapan,yang penting bunyi hon tanda isyarat dan pemandu dari arah bertentangan akan memperlahankan kenderaan mereka.Sesuatu yang impossible di Malaysia.Dari sini kami berhenti di beberapa tempat tarikan pelancong.
AIR TERJUN LEMBAH ANAI
Air terjun ni terletak di tepi,entrance fee lebih kurang RM1 sorang.Ibu-ibu kami tunggu dalam kereta sahaja,sebab tak larat nak mendaki tangga.Kami bertiga sahaja yang bergambar-gambar sekejap di situ.
Di sini terletaknya muzium kebudayaan Minangkabau,kalau berminat bolehlah spend masa untuk membaca dan mengetahui kebudayaan Minang.Tapi aku dan Sal lebih berminat untuk menyewa baju pengantin minang dan bergambar berlatarbelakangkan bangunan yang cantik ini.Kos sewa adalah 35000 rupiah ie lebih kurang rm10.Baju minang ni agak sarat dan hiasan kepala pun agak berat,agak kurang selesa dalam pakaian yang tebal dan berlapis di tengahari buta yang panas kami segera menyudahkan sesi bergambar dengan baju tersebut.
Kami tangguh dulu lunch tengahari ni sebab masih kenyang breakfast tadi.Seterusnya kami berhenti menjamu mata di kedai kain pula.
KEDAI SULAMAN PUTRI MINANG,PADANG PANJANG
Oleh kerana ini kedai pertama jadi kami tak dapat lagi nak bandingkan harga.Just tengok-tengok dulu.Oleh kerana kami boleh singgah lagi ke sini masa perjalanan balik nanti maka takdalah beli apa-apa lagi.Pilihan agak banyak di sini.
PANDAI SIKEK,BATU SANGKAR
Daerah ini memang terkenal dengan industri tenunan songket.Lengang sahaja kawasan ni,maklumlah bukan musim cuti,suasana keliling memang tenang dan damai dengan sawah-sawah terbentang saujana mata memandang.Dalam pada tengok-tengok tu ibu-ibu kami dah sambar telekung sulam goyang dengan harga yang sangat berpatutan selepas tawar menawar.
Ada musolla di bahagian belakang bangunan kedai di sini,sawah terbentang saujana mata memandang
Perjalanan diteruskan ke Bukittinggi.Sambung ke bahagian seterusnya.
Sambung
No comments:
Post a Comment