22 Oktober 2013...cont
Sekitar 3pm kami selamat tiba di Bukittinggi,Am bawa kami lunch ke Restoran Sederhana.Makanan di sini tak payah order,duduk sahaja dan mereka akan hantar berjenis-jenis lauk pauk di dalam piring-piring kecil,perkara pertama pilih mana yang mahu makan sahaja,yang lain asingkan ke tepi.Mereka akan caj ikut berapa piring lauk yang disentuh.Lauk pauk boleh tahan sedapnya.Aku order satu Es teller..saja nak rasa,ia lebih kurang ABC buah-buahan tempatan..avocado,nangka,isi kelapa,buah kabung,sedap tapi agak terlebih manisnya.Kos kami berlima makan di sini agak murah,lebih kurang rm35,sama macam breakfast tadi.
Sebelum check in ke hotel kami drop sekejap ke Pasar Atas..ibu-ibu tak ikut.Saje nak meninjau sekejap,tapi hujan time ni,terpaksa berlari-lari masuk ke bangunan pasar tu.Untuk orang yang tak sempat bershopping ke banyak tempat,ini destinasi yang paling tepat untuk dikunjungi.Ada Jam Gadang di perkarangan pasar atas yang jadi mercu tanda Bukittinggi,deretan kedai cenderamata,dan berpuluh-puluh kedai yang menjual hasil sulaman,telekung dan songket.Dalam pada meninjau terjumpa pulak kain sulam yang menarik,belilah sepasang kain ela 4meter dengan harga IDR150 000 (+/-RM40).Sebab dah janji nak singgah sekejap je,tak sampai sejam kami dah keluar semula,kesian ibu-ibu kami menunggu lama,mesti dah keletihan.
Jam Gadang |
Bangunan Pasar Atas |
suasana dalam pasar atas |
pemandangan dari menara tinjau hotel |
Azma,mak dan aku duduk sebilik,tmbah satu tilam extra,Sal dan ibunya pula di bilik sebelah.Petang tu semua pakat tidur,capek bangat.
Pukul 7pm kami dah bersiap untuk keluar dinner,bagaimanapun ibu-ibu semua tak mau keluar,mereka nak rest saja di bilik.Am datang sharp on time dan bawa kami ke Wadjan Resto.Sebuah bistro dengan interior yang agak menarik juga.Aku order nasi ayam lada hitam,so-so ajelah rasanya.Air cappucino cincau pula agak terlebih manis.Tapi yang paling sodapp sehingga terasa nak order dua kali ialah banana crispy-pisang goreng yang ditabur chocolate rice,cheese dan strawberry jem...nikmat yang amat.
Sebelum balik aku tapau nasi goreng rendang untuk mak.Total makan bertiga n tapau lebih kurang rm30.
Lepas dinner kami pun pulang ke hotel,Am yang helpful berjanji nak pinjamkan iron untuk kami nanti...syukur,settle satu masalah.Selesai hari pertama percutian kami...masa untuk berehat...zzzz
Sambung
No comments:
Post a Comment