Hari kedua di Bukittinggi
Seawal lebih kurang 4.45am dah masuk Subuh di sini,azan kedengaran berkumandang dari surau berhampiran...6.30am hari dah start cerah.
Pukul 7.30am kami turun breakfast sambil tunggu baju digosok oleh staff housekeeping.
Tempat makan adalah open space berhampiran dengan bilik..syok jugak makan sambil layan suasana sekeliling yang menghijau.Cuma pilihan makanan agak terhad,mujur juga di sini kami boleh menjamu selera sepanjang hari di mana sahaja nanti.
Pukul 8.30am Am dah sampai untuk ambil kami mulakan trip hari ni.
SULAMAN HAJAH ROSMA,KG BASO
Hjh Rosma merupakan seorang guru sulaman yang terkenal di sini,sulaman beliau dikatakan memang halus dan bermutu tinggi,tak hairanlah kalau harga sulaman di sini kebanyakannya memang mahal berbanding tempat lain.Di sini ada bengkel sulaman untuk yang mengikuti kelas Hjh Rosma.Tapi masa kami datang ni pelajarnya sedang bercuti,jadi bengkel tu kosong sahaja.
Macam biasa tengok sana sini,last-last beli juga tudung sulam yang berharga lebih kurang rm25 dan kain ela 4m lebih kurang rm110.
Sebelum beredar sempat kami bergambar dengan Hjh Rosma yang sedang berehat di balconi kedainya.
KILANG KOPI KINIKO,TABEK PATAH
Destinasi kedua hari ni ialah di Tabek Patah,kami berhenti di kilang kopi Kiniko,sebuah perusahhan kecil desa.
Ada dua bangunan di sini,satu bangunan kilang memproses kopi...serbuk kopi yang siap diproses terus dibungkus di sini.
Bangunan kedua ialah kedai yang menjual kopi Kiniko dan berbagai produk makanan tempatan lain macam pisang salai,pelbagai jenis kerepek,sagun dll.
Di bahagian belakang kedai ni ada Warung kopi Kiniko, open space untuk lepak-lepak sambil minum kopi dan pisang salai free yang disediakan.Jangan lepaskan peluang ni sebab memang sangat nikmat menghirup kopi fresh sambil makan pisang salai panas berlatarbelakangkan alam semulajadi yang menghijau.Selain kopi ada juga teh daun mulberi dan juga teh daun kopi yang dimasak di dalam tempayan atau dipanggil kawa.Asalnya mereka minum teh daun kopi ni ialah sebab dahulukala Belanda kata pada penduduk tempatan daunnya lebih berkhasiat dan elok diminum, hasil biji kopi yang dah tentu lebih sedap itu pula diambil dan dieksport...ini menurut cerita daripada Am.
Minuman teh kawa ni lebih sedap kalau dituang dalam tempurung dan kacau dengan batang cinnamon yang disediakan..Memang strategi promosi yang bagus sebab lepas tu memang kitaorang sakan memborong kopi,pisang salai dan juga batang kayu manis untuk dibawa pulang.
pemandangan belakang warung kopi |
Perjalanan diteruskan ke Batusangkar untuk ke Istano Basa Pagaruyung.
Batusangkar adalah ibu kota untuk wilayah Tanah Datar.Sepanjang perjalanan kami melewati kawasan Batu Prasasti (Bersurat)Adityawarman.Adityawarman adalah seorang pangeran Majapahit dan dipercayai telah menubuhkan kerajaan Pagar Ruyung,Makam Raja Pagaruyung menempatkan 13 makam,Rumah Adat dan Istana Silindung Bulan yang merupakan istana kediaman keluarga Raja Pagaruyung.Istana yang sudah berulangkali terbakar ini kini dalam proses pembangunan semula.
Sebatang pokok kelapa yang batangnya bengkak bengkok menarik perhatian kami.Kata Am pokok tersebut jadi begitu selepas gempa bumi melanda Sumatera Barat pada tahun 2007.
ISTANO BASA PAGARUYUNG
tiang senget bertujuan untuk menahan gempa |
bahagian belakang istana |
Istana ini mengalami kerosakan yang teruk selepas terbakar pada tahun 2007 akibat panahan petir.Proses renovasi dan pemuliharaan yang memakan belanja lebih 20 billion rupiah ini sudah hampir lengkap pada waktu lawatan kami ini namun bahagian dalam bangunan masih belum dibuka untuk orang awam.Jadi dapat bergambar di bahagian luar sajalah.Di sini juga ada disediakan baju tradisional Minangkabau untuk disewa,kalau tak silap rate di sini lebih murah berbanding di muzium budaya semalam.
Selesai lawatan ke istana kami meneruskan perjalanan,perut pun dah lapar maka next pit stop adalah lunch ke restoran di tengah sawah.
Sambung
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Hello Assalamualaikum tuan dan puan
ReplyDeleteMohon ampun yang sebesar" nya untuk saya beriklan sedikit 😊🙏
Perkenalkan saya loly dari Pt.pesona jejak wisata T & T yang beralamatkan di padang bukittinggi
Melayani :
1.pakek percutian seluruh indonesia ( padang ,medan,aceh ,surabaya - bromo - malang ,jogja,jakarta ,bandung ,bali,lombok,makasar,dan.masih banyak lagi tempat-tempat ya ng menarik )
2.rent bus
3.rent car
4.voucher hotel
5.hiking & climbing
Yang nak joint boleh wa +6282386052022 / +6281806803803
Insyaallah harga berbalik 😉👌
Terimakasih.
Wasalam