Thursday 24 October 2013
Hari ketiga di Tanah Minang
Selesai breakfast kami memulakan perjalanan,pagi-pagi dah terjah kedai kain
YENIE BORDIR
Pagi ni kami singgah di Yenie Bordir...sebuah rumah yang dijadikan butik kain sulam.Memang banyak pilihan di sini,walaupun ada corak-corak cun yang berkenan di hati tapi terasa harganya agak mahal berbanding tempat lain,kualiti sama saja.Hanya Sal sahaja yang sibuk memilih kain di sini,selesai urusan kami pun beransur ke destinasi lain pula.
DANAU MANINJAU
Danau volkanik ini dianggarkan terbentuk 52000 ribu tahun lalu,terletak 461m dari aras laut,dengan kepanjangan 17km. Perjalanan ke kawasan ini melalui jalan sempit dan selekoh-selekoh tajam yang dipanggil kelok 44.
Kami berhenti di kelok 37..ada sebuah warung makan di sini bernama Pondok Indah 44.Di sini kami menikmati pemandangan danau yang saujana mata memandang dan mendamaikan.Danau yang terbentang luas bagaikan cermin gergasi yang memantulkan semula pemandangan pergunungan dan bukit di sekelilingnya.
Kami bersantai-santai di sini sambil minum teh botol dan apam labu,sambil tu ibu-ibu kami melayan beberapa peniaga kecil yang berdagang barangan cenderahati Bukittingi.
Selesai bergambar-gambar kami pun menyambung perjalanan,namun tidak diteruskan dengan menuruni kelok-kelok selanjutnya,sebaliknya mendaki semula ke atas,menyusuri laluan berbukit bukau dan sesekali kami berhenti untuk bergambar-gambar lagi di spot-spot yang menarik....sungguh hijau perjalanan kami.
CENDOL BUNDO KANDUANG
Kami berhenti di kedai kerepek Bundo Kanduang,di sebelahnya terletak kedai kecil yang terkenal dengan hidangan cendol labu kanduang.Kami bersantai duduk menikmati cendol labu yang enak itu sambil merasai pelbagai jenis sample kerepek yang disediakan.
Sebelum beransur kami belilah sedikit ole-ole kerepek yang berkenan di hati.
Perjalanan hijau diteruskan kembali,menyusuri bukit bukau dan sawah padi,singgah seketika di sebuah look out point yang bernama Panaroma Sungai Landia,ada kedai cenderamata dan gerai minum yang menghadap pemandangan sawah padi.Hanya aku dan Sal yang turun bergambar di sini.
RESTORAN PAUH PIAMAN
Kami kembali ke Bukittinggi dan singgah untuk lunch di Restoran Pauh Piaman,oleh kerana agak lewat tengahari maka tak banyak sangat pilihan lauk yang ada namun tetap sedap dan menyelerakan.Total makan di sini adalah IDR188 000 (~RM51)
PASAR AUR KUNING
Selepas makan kami minta Am hantar kami ke Pasar Aur Kuning dan hantar ibu-ibu kami pulang ke hotel.
Am berkali-kali pesan agar berhati-hati di kawasan tersebut,janjinya dalam sejam setengah lagi akan datang mengambil kami bertiga.
Hari hujan dan keadaan sekitar pasar tersebut agak lecak,kami bergegas ke dalam,namun suasana agak kurang selesa,mungkin kerana dalam renyai hujan, hawa di dalam pasar dengan laluan sempit tersebut agak terperap ditambah pula lantainya agak kotor dengan lecak dan lumpur.Tak banyak bahagian yang kami explore,namun dari pemerhatian rawak kalau bukan nak memborong maka harga di sini biasa-biasa sahaja dan lebih kurang sama di tempat lain.Maka kami memutuskan operation aborted dan tukar ke Pasar Atas pula untuk misi mencari cenderahati,segera kami menghubungi Am,minta jemput kami di situ.
PASAR ATAS & JAM GADANG
Cuaca selepas hujan agak mendung di sini,maka kami pun bergambar lebih kurang di depan menara jam Gadang yang merupakan mercu tanda Bukittinggi di perkarangan Pasar Atas ni.
Selepas itu misi diteruskan ke Pasar Atas untuk membeli cenderamata,deretan kedai-kedai cenderamata terletak di bahagian luar sebelah kiri bangunan.
Kami kembali semula ke hotel setelah selesai shopping di Pasar Atas.Selepas Maghrib,Am menjemput kami untuk makan malam dan seterusnya ke show kebudayaan.Ibuku yang keletihan memutuskan untuk berehat sahaja di hotel dan tidak menyertai kami malam itu.
RESTORAN GON RAYA
Malam ni dinner di Restoran Gon Raya Lamo,macam biasa masakan Padang,tak mengecewakan,lauk pauk di sini memang sedap dan kena dengan selera kami.Total makan malam tu plus tapau makan untuk mak adalah IDR167000 (RM45).Mungkin standard tempat makan tourist range harga lbh krg rm9-10 sekepala,rasanya kalau restoran biasa jauh lebih murah lagi.
Ada persembahan kebudayaan setiap malam di Medan Balinduang di pekan Bukittinggi bermula 9pm-10.30pm.Setiap malam performance adalah dari group yang berbeza.Pada malam ini Puti Limo Jurai Group yang membuat persembahan.
Ramai juga pelancong memenuhi dewan untuk menyaksikan persembahan malam ini.Tiket berharga IDR50000.
Persembahan bermula dengan pukulan tabuh diikuti dengan peragaan busana pengantin.Selepas itu tarian selamat datang,di penghujung tarian ini tetamu yang di row depan-depan disuakan dengan daun sirih sebagai tanda hormat buat para tetamu.
Acara seterusnya adalah persembahan tarian-tarian kebudayaan Minang yang lain seperti Talempong Pacik yang menggunakan serunai dan gendang,dalam tarian ini mereka menjemput beberapa penonton untuk turut serta,Sal turut terpilih untuk beraksi di pentas.
Persembahan kemudian disusuli dengan Tarian payung,tarian indang,batambua,aluang bunian,persembahan silat dan akhir sekali tarian piring yang mana di hujung persembahan penari-penari akan menari di atas piring yang pecah tanpa tercedera sedikit pun,agak ngeri melihatnya tapi cukup menghiburkan.
Acara terakhir ada sesi menyanyi dan menari di pentas bersama penonton dengan lagu Minang yang cukup popular iaitu Ayam den lapeh.Yang berminat bolehlah ke depan,aku dah tentulah mengelak kan.Sebelum bersurai para penari mempromosikan alatan muzik seperti serunai dan saluang yang boleh dibeli sebagai cenderamata..kami tak beli pun sebab tak pandai main dan harganya pun agak mahal.
Selesai perjalanan hari ni.kami pun pulanglah ke hotel untuk berehat dan tidur....zzzz
Sambung
Salam Ayda..terima kasih follow blog JM..rajin2 lah tinggalkan komen ye boleh eratkan silaturrahim nanit :-)
ReplyDeleteI'm follow u back :-)
Thanks JM sudi jengah n folo blog selembab siput ni :D
ReplyDeleteTerimakasih telah berkunjung ke Bukittinggi dan menyaksikan pertunjukan seni dari Kumpulan Tari Limo Jurai. Semoga masa akan datang dapat berjumpa lagi
ReplyDeleteSanggar Seni Puti Limo Jurai
www.putilimojuraigroup.blogspot.com
Terima kasih Agus sudi singgah ke blog saya,mantap persembahannya..tahniah ya
ReplyDeletesalam, saya tgh cari info kep bukit tinggi padang ni, mujur jumpa blog ni..
ReplyDeletejust nak tanya estimate supir cost sepanjang ayda kat sini berapa eh? senang nak buat budget nnti..hehe
Salam Dzuchan..
Deletethanks singgah ke blog saya :-)
Quotation yang Aldi bagi untuk 4 hari suzuki apv/innova ialah IDR 2 200 000...lebih kurang rm150+ lah sehari,tu dh tmasuk petrol,parking,fee driver (mrangkap tourist guide) dan accomodation driver,biasanya kna tmbh sikit tips utk supir...yg tu atas kita lah nak bagi berapa...harap membantu,enjoy and happy holiday ya :-D
ooh..tqvm ye..nnti saya akan try emel aldi tu. saya mungkin nak guna supir 2 hari full je so kena pilih betul2 betul tempat yang menarik :-)
Deleteno problem...kalau tk bshopping sangat 2 full day kira orait la tu sebab jarak antara attractions tu taklah jauh mana
Delete