Aku dan basikal...sarat dengan nostalgia lampau,aku dan basikal pernah menjadi suatu entiti sejoli yang cukup sebati dan mesra.Hampir semua orang punya kenangan dengan basikal...paling tak di usia anak-anak kecil pasti pernah merasa mengayuh basikal.
Kenangan ku dengan basikal pada awalnya bukanlah satu kenangan yang manis...kisah yang begitu sakit untuk dikenang.Ketika usia prasekolah aku gemar membonceng basikal yang ditunggangi oleh abang-abangku.Pada suatu hari yang bersejarah itu,aku seperti biasa dengan penuh riang membonceng di tempat belakang,abang kerap berpesan agar menjarakkan kaki dari rim basikal ketika ianya sedang bergerak.
Namun ketika basikal yang ditunggangi itu begitu laju menuruni bukit di halaman rumah aku terjerit-jerit ketakutan dan tanpa sedar aku merapatkan kaki ke rim basikal,dengan sekelip mata kurasakan kesakitan yang amat dahsyat,rupanya kaki kananku termasuk ke dalam rim yang sedang berputar laju dan cedera,darah mengalir begitu banyak sekali,kerana ayah tiada di rumah pada ketika itu abang edan mak segera mengendongku ke hospital yang kebetulan tidak jauh jaraknya dari rumah...aku lupa apa yang berlaku selanjutnya,yang pastinya parut di bawah pergelangan kaki kananku akibat kecederaan itu kekal selamanya hingga kini.
Bagaimanapun kejadian tersebut tidak pernah membuat ku serik dengan basikal.Aku malah girang sekali tatkala ayah menghadiahi aku dengan sebuah basikal BMX merah ketika aku darjah 1.Kesana ke mari aku menunggang basikal,rumah kawan,kedai,pekan,padang permainan,supermarket malah ke pantai kuredahi bersama basikal kesayanganku itu..sehinggalah aku darjah 6,basikal yang sudah semestinya kecil berbanding tubuhku yang kian membesar tetap setia menemaniku ke mana jua.Sungguh-sungguh aku sayangkan basikal itu yang sentiasa bersamaku di alam sekolah rendah.
Masuk tingkatan satu aku tidak lagi berpeluang berbasikal kerana melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama.Adikku mengambil alih basikal itu namun entah apa yang terjadi kerana akhirnya basikal tersebut rosak dan tidak lagi berfungsi.Tamatlah kisah aku dan BMX merah itu.
Sehingga ke tingkatan 5 aku tidak lagi punya basikal kerana sepanjang tempoh itu aku lebih banyak menghabiskan masa di asrama berbanding rumah.Sehinggalah saat aku melangkah ke alam matrikulasi,kolej kediaman yang agak jauh dari dewan kuliah membuatkan ayah bertanya sama ada aku ingin bermotor atau berbasikal,terus sahaja aku minta dibelikan basikal kerana aku suka berkayuh lagipun malas rasanya mengambil lesen motor.Suatu hari denga sukacita ayah datang ke kolej kediamanku dan membawakan sebuah basikal biru...warna kesukaanku,cantik sekali...terima kasih ayah..aku benar-benar gembira.
Sekali lagi aku dan basikal menjadi entiti sejoli,penuh setia basikal biru itu membawaku ke mana sahaja dalam kawasan kampus UPM yang sememangnya cukup indah dengan kehijauan yang mengasyikkan.Aku yang selalu terburu-buru ke kelas akan menunggang selaju-lajunya agar tiba tepat waktu,langsung tidak ku pedulikan kain tudungku yang turut sama berkibar ala-ala 'cape' superman setanding kelajuan basikal itu.....syukur basikal itu tak pernah mengecewakanku.
Namun di suatu hari yang kurang bernasib baik,ketika pulang dari kelas,dalam perjalanan melewati dewan canselor aku yang menunggang dengan laju laju tiba-tiba gagal mengawal basikal...terbabas dan serasa badanku melayang bersama basikal itu..dan spontan aku mendapati diriku dan si basikal biru itu sudah berada di dalam longkang...!! Mujur longkang sedalam kira-kira semeter itu kering dan bersih dari sampah sarap,aku yang bingung seketika terkial-kial berusaha menarik basikal ke tepi jalan semula,mujur tidak ramai orang di sekitar kawasan tersebut.
Ada seorang lelaki yang menghampiri dan bertanya keadaanku,aku yang terlalu malu dengan kejadian tersebut hanya tunduk tanpa memandang mukanya dan mengangguk-angguk sambil berkata saya ok beberapa kali dan segera memecut basikalku pergi dari situ.Kerana masih 'shocked' terus sahaja aku menunggang basikal ke pekan berhampiran dan berpusing-pusing tanpa arah tujuan.Sehinggalah fikiran tenang dan kembali menghimpun semangat barulah aku berbasikal pulang ke kolej...teruk aku diketawakan oleh sekalian rakan-rakan sejurus mereka mengetahui cerita tersebut....bencinyaaa!!
Sekali lagi aku harus berpisah dengan basikal yang banyak berjasa itu apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Ireland.Seperti biasa basikal bertukar tuan dan berpindah ke tangan adik-adikku...namun entah seganas mana basikal tersebut dikerjakan mereka,selang setahun pemergianku basikal tersebut tenat dan gagal berfungsi...aku dan basikal kedua pemberian ayah terpisah buat selamanya.....sayu hatiku.
Di Dublin rupanya terdapat juga trend berbasikal di kalangan pelajar malaysia di sana,namun kerana agak mahal untuk membeli basikal baru biasanya pelajar tahun pre klinikal yang hanya perlu menghadiri kuliah di kampus akan membeli basikal dari senior yang sudah masuk ke tahun klinikal dan tidak lagi memerlukan basikal mereka kerana kekerapan menaiki bas untuk ke hospital-hospital sekitar Dublin
Aku juga tidak ketinggalan membeli basikal dari senior yang seingatku berwarna pink/biru semasa tahun kedua di sana,tidaklah cantik sebagaimana basikal pemberian ayah tapi masih cukup baik lagi untuk ke sana ke mari.Kebiasaan berjalan kaki ke kolej yang memerlukan 20 minit dari rumahku kini hanya 5 minit dengan berbasikal.Namun suatu perkara yang paling dibenci ialah betapa tingginya jenayah curi basikal di Dublin ini.Kebiasaannya dicuri oleh anak-anak orang yang homeless dan jobless,mereka ini tinggal di flat-flat yang disediakan oleh kerajaan Ireland dan diberi subsidi elaun bulanan,begitu biasa dan pakarnya mereka kerana mampu mencuri basikal-basikal yang dikunci dengan baik.Pernah sekali basikal itu hilang ketika aku singgah ke kedai buku Clarendon Medical ,namun kerana geram dan sakit hati aku nekad mencari ke flat homeless yang terdekat dan berhasil menemukan basikal itu kembali...syukur.
Kenangan ketika berbasikal di negara 4 musim ini agak berbeza ketika di Malaysia...kala hari agak 'windy' tunggangan jadi begitu mencabar apabila terpaksa melawan arah deruan angin yang kuat,kadangkala terpaksa menyorong saja basikal dalam keadaan terhoyong hayang dek angin yang menggila.Namun ada waktu begitu besar manfaat berbasikal dalam cuaca sejuk kerana dapat memanaskan badan dan cepat sampai ke destinasi,sekurang-kurangnya menyingkatkan tempoh berjalan terketar-ketar dalam kedinginan yang mencucuk sampai ke tulang sum sum.Berbasikal harus dielakkan ketika jalan licin selepas sleet atau kadangkala snow turun di musim winter kerana berisiko mengundang padah.Waktu paling seronok menunggang adalah ketika cuaca nyaman musim spring apatah lagi jika melalui parks yang dipenuhi bunga yang sedang mekar indah.Musim summer juga seronok berbasikal apalagi waktu siangnya yang panjang membolehkan tunggangan lebih dari masa biasa untuk ke sana sini berbanding musim selainnya.
Paling tidak dapat dilupakan adalah kerja gilaku bersama 2 orang lagi housemateku Siti dan Aina pada suatu waktu musim autumn tahun 2000,entah apa anginnya kami yang terikut-ikut teruja dengan kemeriahan sambutan halloween tahun itu (note:don't do this at home...tak baik tau..skrg dah insaf..hehe).Kami pun merancang untuk berbasikal ke rumah seberapa ramai kenalan student malaysia (girls only) sekitar Dublin untuk buat surprise.Apalagi kami berbelanja membeli halloween costume di kedai 2 pound shop(lebih kurang macam kedai 2 ringgit di Malaysia)...topi witch,broom,topeng,kuku hantu,lantern...etc
Hujung oktober pada hari yang dijanjikan kami bersedia dengan segala kelengkapan..dengan baju seba hitam dan costume yang dibeli kami nekad berbasikal walaupun cuaca agak windy pada malam itu.Bermula dengan ardilaun court,malaysia house,rumah atas kedai pakcik shabnam hinggalah ke rumah no 4 di South Circular kami redahi...tiap rumah kami buzz in...trick or treat... dan kebanyakan mereka terjerit-jerit terkejut apabila membuka pintu melihat 3 tetamu berpakaian witch dengan topeng hantu yang ngeri....hilarious and penuh happening malam itu....kami ketawa terbahak-bahak dengan misi gila yang menjadi.
Kami meredahi malam pulang ke rumah Laurel Lodge dengan penuh cabaran kerana angin yang semakin menggila sampai terbang topi witch yang dipakai.Namun agak menghairankan kerana nampaknya hanya kami yang berkostum ke sana ke mari..bukankah sepatutnya malam ini penuh meriah dengan kebanyakan warga irish keluar meraikan halloween..??Dalam kepayahan mengayuh akhirnya kami tiba jua ke rumah dengan selamat,persoalan terjawab tidak lama kemudian bila menyedari kami sudah silap haribulan..3o Oktober sehari awal dari halloween yang sepatutnya jatuh pada keesokan harinya iaitu 31 Oktober....hm patutlaaaaaa......
Namun jodoh basikal itu denganku tidak panjang..ketika pulang ke malaysia semasa cuti summer basikal itu dicuri lagi ketika teman serumah menggunakannya untuk membeli barang di Tesco Rathmines,aku tidak menuntut apa-apa kerana sedia maklum bukan salahnya kerana basikal itu sememangnya berkunci.
Aku kembali tidak berbasikal... suatu hari aku meminjam basikal roommateku aina untuk ke kolej....basikal aina yang cantik berwarna hitam itu kurantai dengan cermat di tempat letak basikal di hadapan kolej...tempat kereta lalu lalang dan kawasan sibuk pasti selamat fikirku.Malang sekali seusai kuliah petang itu aku tergamam melihat basikal tersebut tiada lagi di situ.Dengan hati yang walang dan penuh rasa bersalah aku melangkah lesu pulang dan mohon kemaafan dari aina dan berjanji menggantikan basikal yang hilang,namun seperti aku dulu aina juga faham situasi tersebut bukan salahku dan redha dengan apa yang berlaku.
Selepas dari itu aku tidak lagi berbasikal di Dublin apatah lagi bila sudah masuk ke tahun klinikal yang lebih banyak bergerak menggunakan bas untuk ke sana ke mari.Basikal terakhir ku beli semasa bekerja si Sandakan Sabah,niat di hati hanya untuk kegunaan riadah,namun basikal second hand yang ku beli walaupun masih cantik tapi tidak dapat kugunakan hanya selepas beberapa kali berbasikal kerana masalah rantai longgar.Kerana tidak sempat menghantar basikal itu untuk dibaiki maka ku biarkan saja ianya tersadai dan dikunci di laman belakang rumah,namun akhirnya basikal malang itu lesap dicuri.
Hingga kini basikal menjadi sebahagian sejarah silamku yang penuh warna warni,mungkin di suatu masa nanti aku akan kembali berbasikal,pastinya bukan lagi sebagai mode of transportation tapi sebagai hobi untuk riadah yang banyak membawa manfaat kepada kesihatan dan kecergasan.
Hi thanks for posting this
ReplyDeleteGrreat blog
ReplyDelete