Mula-mula family tunang adik tu datang merisik..bawak cincin tanya,bila dah cnfirm jadik maka tarikh meminang and bertunang pun ditetapkan la pada 5 jun yang lepas.
As aku tinggal dengan mak maka kenala jadi supir and escort mak jalan-jalan jemput orang-orang yang berkenaan..kalau di negeri sembilan ni kena jemput buapak who is our ketua 'perut' yang akan bertindak sebagai jurucakap masa majlis meminang tu nanti.Untuk pengetahuan dalam adat pepatih ni buapak adala orang yang mengetuai sesebuah PERUT.PERUT ni pulak adalah kumpulan yang berasal daripada nenek atau moyang perempuan yang sama..ahli-ahli dalam satu perut ni yang jugak dipanggil anak buah akan choose sorang buapak yang berfungsi menguruskan istiadat keramaian especially bab nikah kawin and menyelenggara soal pembahagian harta pusaka.
Masa menjemput mak bawak bujam..bujam ni adalah sejenis bekas berbentuk sumpit yang dibuat dari mengkuang dan digunakan untuk diisi dengan sirih pinang.Bujam tu dibalut dengan kain..mak hulurkan bujam pada yang nak diundang dan akan nyatakan hajat menjemput ke majlis.Secara adatnya bujam adalah simbol perantara,ia dibawak masa mengundang seseorang ke majlis dan jika sirih dimakan menandakan undangan diterima.Tapi sekarang orang dah tak makan sirih,jadi bujam ni dibawak sekadar syarat ajelah dan hanya perlu masa mengundang orang-orang tertentu aje especially masa jemput ketua-ketua adat contohnya macam buapak tadi.
Masa majlis nak berlangsung disebabkan buapak akan datang maka kena sediakan tempat yang special sikitlah sebagai tanda menghormati ketua perut.Kat tempat yang bakal diduduki buapak dipasang lelangit kat siling atas and sebahagian dinding keliling ruang tamu tu dicover dengan kain paras bawah tingkap.Kebiasaannya orang gunakan kain batik lepas tapi mak lagi suka guna kain satin kosong..nampak elegant sikit kot..hehe.
Rombongan lelaki datang dengan membawa 9 dulang hantaran...yang terpenting adala tepak sirih...rupanya ada falsafah ye disebalik pemberian tepak sirih ni masa upacara perkahwinan..mesti ramai tak tau ni termasukla diri aku sendiri.Tepak sirih ni adalah bekas sirih pinang.Yang dibawa rombongan sebelah keluarga lelaki merupakan bekas baldu merah bertekat benang emas.Dalamnya ada sirih pinang,sedikit beras dan duit bernilai 5 suku..iaitu lima ringgit dan dua puluh lima sen.
Bahan-bahan yang terdapat dalam sirih pinang pulak adalah terdiri dari sirih,gambir,pinang,cengkih dan tembakau.Menurut orang-orang tua simboliknya sirih tu melambangkan sifat merendah diri dan memuliakan orang lain sedang diri sendiri bersifat pemberi.Pinang melambangkan keturunan orang yang baik,tinggi darjat serta jujur.Kapur untuk hati yang bersih.Gambir pula untuk kecekalan hati dan tembakau melambangkan ketabahan dan bersedia berkorban dalam segala hal.
Hantaran dari keluarga kitaorang pula ada 13 dulang..sepatutnya dibalas 11 je tapi sebab ada extra gift dari mak-mak sedara yang murah hati jadi terlebih skit la.Penghulu or kepala hantaran ni merupakan sirih junjung.Simboliknya ia menggambarkan asam garam rumahtangga yang penuh suka duka dengan pelbagai pengalaman pahit manis yang bakal ditempuhi..macam-macam rasa seperti juga apa yang terdapat dalam gubahan sirih junjung tersebut.
Macam tula serba sedikit pengetahuan pasal adat yang ku perolehi hasil keterlibatan dengan majlis tunang adikku ini.Banyak lagi yang kurang di mengerti terutamanya adat-adat yang diamalkan dari negeri lain,sudah tertentu ada sedikit perbezaan di sana sini.Nampaknya kami sekeluarga semua ada homework untuk mengkaji adat rombongan pihak lelaki yang berasal dari perak..misalnya simbolik pemberian beras beserta duit 5 suku tersebut masih lagi kurang difahami.
Apapun tahniah again untuk adikku,selamat menempuh alam pertunangan dan semoga selamat sampai jodohnya next year dan kekal bahagia selamanya di dunia dan akhirat....ameen
wahh...tahniah cikda on yr blog!
ReplyDeletewuu...hari tu doya de tny tima psl kain pelik2 gantung kat siling tu. tertny2 gak. igtkan ade bnd2 superstitious, taktau pulak tu sbhgn dpd adat. hehehe..
tq cikda cuz bgtau.
p/s : kalau tima nanti, takyah pgil buapak ek?
tq cik temah....rajin2la dtg jengah ye,wp cikda ni tak bnyk entry,dlm proses nak mengarang lagi...Kalau tima nnt dpnds ler..klau ikut adat US takdela kot,klau ns adala..hehe,anyway tak payah pgl buapak sbb tmah takda suku mmandngkan emaknya johorian..ikt adt org sana la..
ReplyDelete