Setiap orang yang dah pernah fly mesti ada pengalaman tersendiri kat airport yang seronok untuk dikenang,paling tak mesti pengalaman first time naik plane terpahat kemas di sanubari....excited,debar2,cuak and semuanya berkumpul menjadi satu paduan perasaan yang indah untukdikenang.
Macam tu jugaklah dengan aku,bila dah tersurat dapat peluang belajar ke luar negara di situlah bermulanya segala kenangan pahit manis berkaitan airport nih..daripada travel dalam satu gerombolan besar student JPA yang seangkatan sampailah travel sorang-sorang semuanya dah pernah aku rasa.Ada beberapa insiden yang berkaitan airport nak kuabadikan dalam blog ni...
Sebelum berhikayat kita layan gambar-gambar kenangan di airport dulu.....
Sebelum berhikayat kita layan gambar-gambar kenangan di airport dulu.....
First time nak berangkat ke Dublin
First time nak pergi jauh dari family tercinta...huwaaaa....
First time naik flight-journey to Dublin via London
penat bangat...after 13 hours flight,transit at heathrow airport before boarding on connecting flight to Dublin
going back to Dublin 98-first departure via KLIA
INSIDEN 1
Kisah ni takda kaitan pun dengan naik kapal terbang..ni berlaku masa zaman aku kecik-kecik dulu lingkungan umur 8 tahun gitu.Masa tu kami sekeluarga ramai-ramai ke lapangan antarabangsa Subang sebab nak antar Bangah yang nak pergi belajar ke US.
Dah memang perangai budak kecik yang gayat tegok escalator,aku dengan sorang lagi sepupu perempuan dok main turun naik escalator tu sampailah kitaorang penat.Bila dah penat mulalah tekak rasa haus..aku pun pergi kat bangah and ngecek duit kat dia sebab nak beli air.Kalau tak silap bangah bagi 2 ringgit.Aku dengan riang rianya pergi kat cafe airport tu dengan sepupu tadi dan order 2 fresh oren tanpa bertanya pun berapa harganya.
Sudahnya bila nak bayar terkejut badak kitaorang sebab harganya adalah lebih kurang sepuluh ringgit..mana nak dicekau lagi 8 ringgit nih?aku dah cuak and berdebar-debar...rasa nak nangis pun ada.
Tetiba dengan takdir Tuhan adalah seorang hamba Allah,lelaki dalam umur 30an kot yang menyapa kitaorang dan tolong bayarkan harga air tu..bersyukurnya ada orang baik hati macam ni,kitaorang tersengih-sengih gembira and ucap banyak-banyak terima kasih,dia hanya senyum dan cakap doakan yang baik-baik untuk dia..sampai sekarang budinya ku kenang,mudah-mudahan Allah murahkan rezeki dan bahagiakan hidup dia dunia akhirat.
INSIDEN 2
Insiden ni berlaku masa tahun keempat aku belajar di Ireland.Pulang cuti summer tahun 2001,masa nak balik ke Dublin ada parents classmate aku nak kirim barang untuk anaknya yang tak pulang ke Malaysia tahun tu...katanya dah arrange dengan kawan abangnya yang kerja di counter check in MAS tu supaya boleh lepaskan barang yang memang lebih dari limit yang sepatutnya dibawa.Aku pun rasa lega sebab barang aku sendiri memang dah banyak and berat.
Tiba hari nak berangkat semula ke Dublin aku pun dah standby di airport tunggu parents kawan aku ni datang bawak barang.Tak lama kemudian mereka pun tibalah...tu diaaaa barang yang nak dibawa merupakan satu kotak barang yang memang sangat besar macam kotak tv 21 inci...bukan kotak tv LCD eh tapi kotak tv old fashion yang memang bagak tu.Tak menghairankan sebab kawan aku ni dah berkeluarga jadi dah tentulah macam-macam yang nak dikirim.
Namun masalah timbul sebab kelibat kawan abangnya yang bekerja di kaunter check in tu tak kelihatan...family kawan aku ni pun dah naik risau sebab waktu check in dah nak abis...kalau check in dengan orang lain gerenti tak lepas.Dalam pada menunggu tu kawan abangnya tak jugak muncul-muncul...rupanya memang dia tak kerja hari tu...hampeh,kesian kat family kawan aku ni yang dah siapkan macam-macam barang untuk anaknya.
Dalam pada tu ada staff MAS kat kaunter yang dah tunggu aku check in dari tadi..aku dah bagitau dia nak tunggu family kawan bawak barang untuk anaknya.Masa kitaorang dah termangu-mangu sebab orang yang diharapkan takda tu staff tu panggil aku check in sebab takut lewat.Dia nampak kiriman kotak besar tu dan sambil senyum dia kata takpa dia cuba tolong.Bila timbang memang sah terlebih-lebih limit dari sepatutnya,muka parents kawan aku tu pun memang nampak hampa sangat and kata takpalah kalau tak lepas diorang bawak balik kotak tu.
Dengan rahmat Allah,staff tu pun dengan senang hati kata takpa dia upgrade seat aku ke business class so boleh bawak barang lebih.Wah tak terkata riangnya hati aku masa tu..dahla semua barang lepas siap dapat dok kat business class lagi.Aku pun ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada dua orang staff yang sangat baik hati tu.Dia kata nanti dah graduate nanti jadila doktor panel untuk MAS..aku senyum gembira dan sekali lagi berterima kasih banyak-banyak pada mereka.
Memang best sungguh perjalanan dari KL-London untuk kali tu..semua berjalan lancar kecuali bila kat immigration di Dublin Airport aku yang lurus bendul ni jawab tak pasti apa yang ada dalam kotak tu sebab tu kiriman untuk kawan bila ditanya dek pegawai kastam.Bila dah bagi jawapan merbahaya macam tu terpaksa la dia bukak kotak tu untuk tengok apa yang ada.Gelabah jugak aku,takut ada barang yang dirampas or kena buang,check punya check adalah diorang jumpa serai la,cili ke apa aku tak ingatlah tapi barang-barang untuk masakan melayu ni...mujur masa tu ada senior aku yang tolong 'cong' apa yang patut.Alhamdulillah semua barang selamat dan dia nasihatkan lain kali bawak barang yang kita tahu apa contentnya...memang betul sangat tu.
Jadi kepada staff MAS dua orang tu,jasamu ku kenang ..terima kasih kerana menyumbang kenangan indah di airport yang pastinya terpahat kemas dalam memoriku sepanjang hayat.
INSIDEN 3
Dah 2 kejadian best kat airport aku cerita....tapi dah fitrah hidup ni ada manis ada pahit.Kali ni aku nak cerita kenangan pahit pulak...tang ni memang buat aku sayu sangat dan buat aku insaf kita ni insan kerdil dan hina...apalagi seorang pelajar yang tak berduit sangat macam aku nih,kadang dalam certain situation terpaksa pasrah dan tawakkal mengharap pertolongan Allah.
Kisahnya macam ni...kejadian berlaku masa aku nak back for good ke malaysia.Dah ditakdirkan aku berseorangan dalam perjalanan ni sebab aku gatal-gatal stay lama sikit kat sana lepas exam.Kawan yang seangkatan yang nak berkhidmat kat malaysia semuanya dah balik dulu.
Sebab kan aku ni dah lebih 6 tahun dok sana,maka ramai kawan-kawan,senior junior mengiringi aku kat airport Dublin tu..sedihnya nak berpisah dengan teman seperjuangan dan mengucapkan selamat tinggal pada bumi yang merakamkan suka duka dalam kembara ilmuku jauh dari tanahair tercinta.Alhamdulillah ramai rakan-rakan yang menghadiahi aku cenderahati perpisahan sebagai tanda kenangan sebelum aku berangkat masuk ke departure hall.Terima kasih sahabatku semua..penuh tanganku membawa hand luggage yang berupa sebuah beg tarik dan pelbagai hadiah yang diterima.
Tiada masalah timbul di Dublin Airport..aku selamat berlepas dari Dublin ke London dengan pesawat British Midland.Sampai di Heathrow Airport aku bergegas ke kaunter MAS untuk check in bagi menaiki pesawat MAS ke Kuala Lumpur.Kebiasaannya tidaklah susah bagi penumpang yang menaiki connecting flight kerana baggage akan terus dipindahkan ke flight seterusnya dan hanya perlu check in untuk pengesahan seat dan mendapatkan boarding pass sahaja.
Masalah timbul kerana Heathrow airport mula menguatkuasakan peraturan seorang penumpang hanya boleh membawa tidak lebih dari 2 hand lunggage yang tidak melebihi 5kg sahaja.Aku yang tidak tahu menahu tentang peraturan tersebut mengalami masalah bila membawa terlalu banyak hand luggage.Staff di kaunter check in enggan mendaftarkan namaku dan meminta aku bjumpa dengan officer yang menguruskan perihal bagasi supaya sebahagian hand luggage ku di pindah masuk ke bahagian bagasi.
Aku pun ke kaunter khas yang diarahkan,seorang lelaki melayu lingkungan umur 40an bertugas pada masa itu.Dia menerangkan mengikut peraturan terkini aku tidak dibenarkan membawa terlalu banyak hand luggage dan sebahagian barangan tersebut perlu dimasukkan sebagai bagasi.Malangnya bagasiku yang sedia ada sudah melebihi timbangan berat yang sepatutnya dan pegawai tersebut enggan menambah bagasi sedia ada kecuali jika aku sanggup membayar lebihan bagasi tersebut.
Aku terangkan padanya mana mungkin aku mampu membayar lebihan bagasi tersebut kerana aku hanya seorang pelajar yang akan pulang terus ke Malaysia dan situasi tersebut tidak kuduga berlaku kerana tiada sebarang masalah kualami semasa di Dublin.Dalam keadaan transit sebegini mana mungkin barang-barang ini dapat ku tinggalkan..tiada siapa yang boleh kuhubungi di sini untuk membantu..lainlah keadaannya jika di Dublin,aku pasti boleh menghubungi rakan untuk menyimpan dahulu barangan yang tidak dapat dibawa bersama.Pegawai tersebut enggan menerima penjelasanku dan meminta aku cari penyelesaian contohnya menghantar barang melalui perkhidmatan courier..mukanya yang tegas dan masam itu sudah cukup menggambarkan betapa dia tidak peduli apa pun masalahku.
Aku berlalu dengan hati yang rawan dan akal buntu...perlahan aku berjalan menghampiri kaunter perkhidmatan courier yang disediakan,lama aku merenung senarai harga di papan tanda yang dipamerkan...berapa puluh pound sterling yang perlu ku bayar untuk lebihan bagasi ini???Termanggu-manggu aku di situ mengenangkan duit yang hanya ada beberapa euro dalam dompet,realitinya memang aku aku tidak mampu menggunakan alternatif ini.
Sebuah keluarga prihatin yang kelihatannya seperti dari bangsa pakistan atau gujerat nampaknya amat bersimpati dengan kesulitan yang kualami,lantas mereka menawarkan untuk menjaga sebahagian barangan ku dan meminta aku ke kaunter check in semula dengan kuantiti hand luggage seperti yang ditetapkan.Aku berjaya mendapatkan boarding pass dan mengambil semula barangan ku daripada keluarga yang baik hati itu.Aku pun berlalu memasuki departure hall,semasa pemeriksaan imigresen pegawai kastam yang bertugas mengingatkan aku tentang jumlah barangan hand luggage yang ku bawa mungkin menimbulkan masalah di boarding gate nanti..lantas ku terangkan masalah yang dialami dan aku benar-benar tiada pilihan,warga inggeris tersebut hanya tersenyum dan berkata kalau begitu cubalah mudah-mudahan aku bernasib baik.Aku mengucapkan terima kasih dan terharu dengan sifat timbangrasa yang ditunjukkan.
Dalam perjalanan menuju ke boarding gate hatiku benar-benar resah..bagaimana kalau aku dihalang menaiki pesawat?Untuk berpatah semula ke Ireland adalah tidak mungkin kerana alien permitku sudah tamat tempoh..apalah pilihan yang aku ada...dalam keadaan panik dan terdesak aku menyapa satu pasangan warga Malaysia yang bakal menaiki pesawat sama..mereka nampaknya berlenggang tanpa apa-apa hand luggage.Ku terangkan masalah yang dialami dan kemungkinan aku bakal berdepan kesulitan di boarding gate nanti..aku memohon kiranya mereka dapat membantu membawakan sebahagian baranganku,dan mereka boleh memeriksa dahulu barangan tersebut andainya ragu-ragu dengan ceritaku.Namun aku benar-benar hampa kerana lelaki tersebut hanya berkata we'll see...riak muka pasangan tersebut nyata keberatan dan tidak sudi membantu .
Aku hanya mampu pasrah dan tawakkal..seperti yang diduga aku mengalami masalah di boarding gate kerana hand luggage yang berlebihan,tanpa ku duga pegawai lelaki bermuka masam tadi datang ke situ dan memarahi aku..katanya aku menipu dan sepatutnya datang berjumpa kembali dengannya..aku hanya diam termangu-mangu memikirkan kewajaran kata-katanya.Dia memutuskan aku tidak dibenarkan menaiki flight tersebut dan bagasi ku akan dikeluarkan....sampainya hatiiii.....hanya kerana masalah sebegini.Walaupun tahu aku salah tapi apa pilihan yang ada...seandainya hal ini berlaku di Dublin pasti berbeza...tapi di kota yang asing ini,sekadar transit sementara mana mungkin barang ku tinggalkan begitu sahaja..apalagi sebahagiannya adalah kenangan berharga dari rakan-rakanku semua.
Aku terdiam dan terduduk sementara menanti bagasi ku di keluarkan...dalam pada itu barulah pasangan yang ku pinta pertolongan tadi datang menghampiriku dan bertanya kepada pegawai tersebut kiranya mereka boleh membawa sebahagian barangan ku....sayang semuanya sudah terlambat,pastinya permintaan sedemikian tidak dibenarkan.Perlahan aku hanya mengucapkan terima kasih kerana cuba untuk membantu walaupun bukan pada waktu yang tepat..thanks for nothing lah lebih kurang.Dalam pada itu aku sempat berfikir apa yang harus dilakukan..pertamanya aku harus menelefon keluarga memaklumkan masalah yang berlaku,kedua aku mungkin stuck di London ini dan terpaksa mencari kerja di airport ini...sebagai cleaner barangkali untuk mengumpul dana buat membeli tiket flight yang baru....apalah malangnya nasibku.
Tidak lama kemudian sang pegawai melayu bermuka masam tadi datang menghampiriku...mana hand luggage awak yang paling besar?Beri pada saya untuk dimasukkan ke ruang bagasi...aku terpinga-pinga tidak mengerti...dia menyambung kata,kali ini saya tolong awak,awak boleh naik flight malam ni....Ya Allah ingin sekali aku sujud syukur padaNya di situ juga,pertolongan Allah datang pada saat tak di duga.Dengan suara menggeletar dan penuh keharuan aku berkata..terima kasih atas pertolongan encik,saya minta maaf kerana bertemu dalam keadaan sebegini,saya harap suatu hari nanti kita akan berjumpa dalam keadaan yang lebih baik...terima kasih,terima kasih banyak-banyak..kataku sambil berlalu masuk ke dalam flight.Terlintas juga di fikiran entah-entah pegawai tersebut terpaksa membantu,mungkin sahaja dia menerima arahan dari pihak yang lebih superior untuk berbuat demikian demi mengelakkan flight delay...tapi apa pun alasannya itu sudah tidak penting bagiku.Syukur aku tidak terkandas di tanah Britain ini.
Perasaanku tak menentu..sedih,sayu,haru,terkejut lega semuanya beradun menjadi satu.Perjalanan penuh trauma yang tak mungkin kulupakan,terasa seakan serik sekali menaiki penerbangan MAS,namun perasaan tersebut masih mampu dikikis mengenangkan pengalaman manis dan hospitality yang kuterima dalam siri penerbangan sebelumnya..despite kenangan pahit itu aku masih lagi pelanggan yang setia.
Moralnya patuhilah peraturan untuk memudahkan segala urusan....hehehe..
Namun dalam dedikasi menjalankan tugas dan bertegas dengan peraturan yang diguna pakai ada ketika dalam situasi tertentu budi bicara dan timbang rasa lebih tinggi nilainya dalam urusan sesama insan.Apalagi dalam perkhidmatan kepada pelanggan ,kadang-kadang sedikit pertolongan dan secebis budi yang dihulurkan begitu mudah dilupakan oleh yang memberi tapi akan dikenang seumur hidup oleh yang menerima,begitu bernasnya maksud pantun lama...hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati.
Kenangan terakhir di Dublin Airport...sebelum tragedi sayu di Heathrow....isk..isk...
MAS fokker 50 aircraft served most Sabah and Sarawak airports
Kat airport Kota Kinabalu,sekarang ni semua fokker MAS ni dah rest in peace...tukar aircraft generation lain
No comments:
Post a Comment