Pages

Friday, November 12, 2010

BALI PART 2-Uluwatu




Jumaat 29/10/10
Pukul 5.30pm kami bergerak menuju ke Uluwatu,yang mana terletaknya temple or dalam bahasa indonesia dipanggil pura luhur Uluwatu.Ulu=hujung and watu =batu,kawasan ni di bahagian barat daya bali dan pura ni berada di tebing tinggi yang terletak di most southern tip of Bali 250 kaki dari paras laut,menghadap Indian ocean.

Dalam perjalanan kami melalui kawasan Udayana University,antara top uni kat Bali ni,cuma kat sini kawasan universiti taklah eksklusif untuk uni tu aje tapi ada jugak kampung and rumah-rumah dalam kawasan yang sama.

Sampai di Uluwatu kami diminta mengikat selendang pelbagai warna ke pinggang sebagai menghormati tempat ibadat mereka.Kalau ada pelancong yang pakai shorts atau skirt pendek diorang kenala pakai sarong sekali.Ada banyak betul monyet berkeliaran kat kawasan ni.Guide dah bagi warning jangan pakai cermin mata,gelang or apa-apa aksesori yang boleh menarik perhatian.Mujur takda yang kacau aku,dalam pada tu aku,abang dan kak ela berlari-lari ke tepi tebing supaya dapat tengok sunset,dah hampir nak terbenam matahari masa tu,so tak dapatla shot yang cantik sangat.Ada cliff yang cantik dengan cave di bawahnya remind aku of cliff o moher yg terkenal di Ireland,lebih kurang aje rupanya.Laut di sini ombaknya besar,so banyak pelancong especially mat salleh yang suka surfing kat sini.



Dah nak gelap tu kitaorang bertiga berjalan lagi mendaki anak-anak tangga ke pura yang terletak kat tebing tinggi tu.Dah bergambar-gambar dengan background pura yang memang jadi trademark Bali tu kitaorang pun beransur ler naik bas and ready to go untuk special dinner di restoran yang terletak di Garuda Wisnu Kencana Cultural Park tak jauh dari situ.

Park ni mula dibina tahun 97 di area berbukit Jimbaran,seorang pengukir iaitu Nyoman Nuarta telah mengukir statue patung Wisnu dan garuda,idea asal adalah membina gold plated statue of Wisnu menunggang garuda tersebut berketinggian 146m dengan sayap garuda merentang sepanjang 64m,lebih tnggi dari statue of liberty di new york,namun atas pelbagai faktor projek ini dan pembikinan cultural park ini terbengkalai dan masih belum setel sampai sekarang,yang dapat dilihat adalah kepala dan separa badan dan lengan Wisnu yang dibina menggunakan tembaga dan gangsa setinggi 23m dan juga sebahagian dari badan garuda,keduanya berada di tempat berhampiran tapi berasingan

Dinner diaturkan di Restoran Jendela Bali yang terletak dalam Cultural Park tersebut,suasana memang cantik dan bercirikan Bali,kami disambut dengan sekuntum bunga kemboja diletakkan ke telinga..hehehe,macam dolu-dolu pula.Kami bersembang-sembang sambil menunggu kedatangan 2nd group yang menaiki flight agak lewat dari kami,sepatutnya tiba awal petang namun kerana flight delay selama 3 jam maka mereka pun tiba waktu malam.Lama menunggu akhirnya kami makan dulu,dinner disediakan secara buffet,sambil itu dihiburkan dengan welcome dance yang dipanggil Legong Dance,ada sekumpulan lelaki bermain alat muzik tradisional dan seorang atau 2 orang penari wanita akan menari berganti-ganti dengan pakaian tradisi Bali yang berbeza-beza.





Di penghujung tarian barulah group kedua rombongan sampai,kesian mereka,sempat dinner ajelah untuk hari ini.Selesai tarian tradisional,seorang penyanyi wanita dengan band pula ambik alih,bukan main interaktif lagi singer sorang ni,dia berjalan dari satu meja ke satu meja dan ajak orang menyanyi berkaraoke sekali dengan dia.Tiba di meja kami takda sapa yang sudi menyumbangkan suara yang memang sumbang..so terpaksalah dia move on ke meja lain..fooh lega.Selesai makan dan bosan mendengar karaoke aku ajak kak ela ke kawasan sekitar untuk bergambar.Abang leka berbual dengan kawannya,kitaorang pun ronda-ronda sekitar situ dan naik ke tempat statue Wisnu tu diletakkan,seram juga malam-malam ke tempat berhala yang tersergam gedabak kat situ,dahla malap aje takda lampu terang,mujur ada penjaga kawasan tersebut yang meneman kami menjengok-jengok tempat tu.

10 lebih kami pun bersurai dan bergerak pulang dengan coach masing-masing,campur 2nd group ada 4 coach semuanya.Sampai di hotel lepas solat kami bertiga keluar balik nak survey area sekitar hotel..memang alive kawasan kuta ni di watu malam,ada 2 kedai spa berhampiran hotel yang masih dibuka so kami pun menyinggah.Setelah tawar menawar dengan bayaran lebih kurang rm45 kami buat sejam treatmnt urutan reflexology kaki plus manicure utk aku dan k ela.Spa ni nampak cikai je,actually salon cum spa...and service kat sini pn aku boleh bagi 1 bintang aje,tu pn utk hospitality mereka,tang skill memang hampeh ler,tkda rasa reflexology langsung,just macam urut biasa je yang aku pn boleh buat sendiri,manicure pun so-so aje.Mereka beria-ia mjemput untuk datang lagi esok harinya,kami senyum-senyum simpul ajela.

So there goes my 1st day in Bali..lepas ni sambung journal untuk 2nd day pulak,over and out.....zzzzzzzzzzzzzzzzz

2 comments:

  1. jeles aku tengok ko dapat jenjalan free...aku tak sampai lagi indon neh ....

    ReplyDelete
  2. dh rezeki org bg kita grab aje...tp nak g sndiri pn takler mahal mana pn tikah,maklumla dekat je,tp aku rasa lg syok kalau g bandung ke sumatera ke yg byk muslim..

    ReplyDelete