Tuesday, November 23, 2010
Tergendala.......
Huhuuu...lama siaran travel log tergendala,tahu jelah semangat yang meluap-luap nak mengarang ni kalau terhenti dan terbiar lama mulalah menyusut dan meminggir ke tepian.Bermulanya sebab laptop yang jahanam internalnya seminggu lepas gara-gara online time kilat sabung menyabung,walaupun anak buah yang guna laptop time tu tapi aku menyalahkan diri sendiri gak kerana bg permission time aku takda kat rumah.Time kluar tu bahasa alam pada awan dan langit sudah mengisyaratkan petanda serangan ke atas syaitonirrajim yang cuba mencuri dengar rahsia langit bakal bermula...tapi tak terfikir pulak nak melarang diorang online time tu.
Di tengah perjalanan kala cuaca dah begitu memburuk dengan pancaran kilat maha dahsyat macam flash camera gergasi memancar-mancar aku memberanikan diri telefon rumah dan mengarahkan laptop dan modem di off kan ASAP.Tapi mungkin sudah terlewat kerana pulang ke rumah laptop enggan berkhidmat lagi,segala macam arahan untuk start up repair di launched kan tp akhirnya hanya kata-kata fatal error dan entah apalagi deskripsi kegagalan yang tertera di skrin biru kemudian berganti skrin hitam pekat memaksa aku menelan hakikat pahit bahawa khazanah yang kusayangi ini sakit tenat dan memerlukan rawatan....i don't like this status...isk,isk...aku mengagak saja yg laptop rosak disebabkan kilat walaupun tiada kejadian obvious panahan petir pada mana-mana litar elektrik di rumah.Kalau sebab lain macam mustahil pulak,virus?tapi takda pulak threat yg meragukan....memang laptop uzur?umurnya baru mencecah 3 tahun,dengan tender loving care yang aku berikan padanya, sihat wal afiat aje takda problem apa pun sebelum ni.
Terputuslah aku dengan cyber world pada weekend yang malang itu,ku hubungi bangah di melaka minta pendapat,dia kata ada kemungkinan arus kilat melalui modem dan merosakkan hard disk laptop tersebut.Bangah yang memang pakar komputer berjanji akan cuba repair bila dia pulang pada hari raya korban nanti,lega mendengarnya tapi bermakna terpaksalah aku menunggu 3 hari lagi..huhuu...
Dari petang sampai ke tengah malam bangah merepair laptop,begitu teruk kerosakan hard disknya sampaikan segala memori dalam brain laptopku itu lenyap sama sekali,mujur beberapa bulan sebelumnya tindakan proaktif telah dilakukan untuk menyimpan segala data penting ke external HD.Bangah kata mungkin perlu beli hard disk baru sebab tak boleh guna dah yang rosak ni...isk..isk i don't like this status either...
Namun begitu pagi aidiladha kedua yang mulia itu hati ceria kembali,dengan izin Allah,berkat kepakaran dan kebijaksanaan bangah laptop ku sedia berkhidmat seperti sediakala,tak suka mc lama2 mungkin macam tuannya juga,hehe.Kini tampil dengan perisian baru...windows 7, no more hasta la vista baby...sayonara to windows vista,jasamu dikenang.Dengarnya windows 7 is best upgraded version of XP series.Million thanks untuk bangah,semua software penting dah siap install termasuk karpersky antivirus.
So nak share kan beberapa tips don'ts yang penting daripada bangah dan yang aku google untuk menjaga kesejahteraan laptop :
1.Jangan letak laptop atas permukaan lembut macam tilam,bantal.carpet,sofa etc sebab akan mengganggu ventilation bahagian bawah laptop.Ini boleh menyebabkan overheating dan bakal memusnahkan hard disk.
2.Jangan biarkan switch AC power turn on bila bateri detached dan laptop dah shut down,electrical energy yang tak tau nak g mana sebab bateri takda akan pegi pada internal hard disk dan menyebabkan overheat.
3.Jangan on laptop dengan modem on time kilat sabung menyabung,kalau laptop je ok lagi sebab biasanya ada lightning protection,tapi kalau modem on itu macam doorway untuk jahanamkan sama ada modem atau laptop atau kedua-duanya sekali.
4.Jangan letak laptop di tempat panas terik macam bawah matahari atau dalam kereta yang diparking lama time cuaca panas.
5.Big NO pada air dari terkena laptop atau bateri,walaupun berfungsi balik bila dah kering tapi circuit yang dah basah tu akan perlahan-lahan berkarat dan memendekkan jangka hayat laptop tersebut.
Moralnya jaga diri dan harta sendiri baik-baik,walaupun patah tumbuh hilang berganti tapi kalau yang nak diganti tu kerana kecuaian sendiri tak ke membazir namanya plus duit yang terbang bukannya senang nak dicari :))
Labels:
Fakta Ingin Tahu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment