Saturday 30 oct 2010
Hari ni free and easy..aktiviti bebas,aku,abang dan kak ela agree untuk join tour ke area gunung berapi Batur di Kintamani,arah utara Bali.Tour ni our guide yang arrange jadi setelah dikumpul sapa yang nak pegi cukupla korum untuk satu coach around 20 people.Bayarannya 300 000 rupiah termasuk makan,lebih kurang rm95.
Lepas breakfast kat hotel lebih kurang 9.30am bas pun bergerak meninggalkan kesibukan pekan Kuta yang sesak itu.Perjalanan dianggarkan 2 jam,seronok menikmati pemandangan luar kota yang lebih mendamaikan.
Kami melewati beberapa buah daerah,setiap kawasan nampaknya popular dengan aktiviti seninya yang tersendiri..maklumlah masyarakat Bali ni memang tersangat kreatif dan very fond of art and crafts.Contohnya Batubulan village popular dengan tarian barong dan stone carving,di kampung Celuk pula popular dengan silver and gold crafting,Batuan village dengan traditional paintings,Guang village dengan wood carving dan Sukawati adalah center untuk art market..memang unik pemandangan sebab boleh katakan setiap kedai dan rumah yang dilalui ada saja aktiviti kraftangan,painting atau carving yang sedang berlangsung.Kedai yang jual hasiltangan penduduk setempat jangan cakapla..memang melambak-lambak di sana sini.Patutlah ramai yang suka buat interior design konsep Bali.
Dalam perjalanan kami singgah ke sebuah territorial temple di desa Batuan,desa ni terletak dalam Gianyar regency.Temple bernama Pura Desa dan Pura Puseh Batuan ni dah terbina hampir 1000 tahun lamanya,penuh dengan ciri klasik Bali yang dapat dilihat pada senibina,ancient sculptures dan ornament yang ada di situ.Di seberang temple ni terdapat dewan terbuka tempat berlangsungnya function atau mesyuarat,di dewan ini juga setiap pelawat diberikan sarong yang harus dipakai sebelum memasuki kawasan pura tadi.Seperti biasa ada candi bentar as entrance gate ke pura tersebut yang dipanggil Kori Agung,heavily sculpted dengan guardian statues.
Tengah berjalan dan sibuk bergambar kat dalam pura tu tetiba kak ela dengan excited tarik tangan aku,dia tunjuk satu statue yang dinamakan Ida Ratu Selimpet..hehe,kelakar lak ai bunyi,ada gak nama panggilan aku terpahat kat situ.Ni antara ancient statue yang dah broken dan tak jelas sangat rupa bentuknya.Dikatakan asalnya statue tu adalah 2 garuda yang standing back to back,dipanggil jugak Ratu garuda kembar.Apparently Ida dalam bahasa mereka bermaksud highness....perggh,bangga aku.Mesti bergambar wat kenangan nih...Kami melewati beberapa buah daerah,setiap kawasan nampaknya popular dengan aktiviti seninya yang tersendiri..maklumlah masyarakat Bali ni memang tersangat kreatif dan very fond of art and crafts.Contohnya Batubulan village popular dengan tarian barong dan stone carving,di kampung Celuk pula popular dengan silver and gold crafting,Batuan village dengan traditional paintings,Guang village dengan wood carving dan Sukawati adalah center untuk art market..memang unik pemandangan sebab boleh katakan setiap kedai dan rumah yang dilalui ada saja aktiviti kraftangan,painting atau carving yang sedang berlangsung.Kedai yang jual hasiltangan penduduk setempat jangan cakapla..memang melambak-lambak di sana sini.Patutlah ramai yang suka buat interior design konsep Bali.
Perjalanan di teruskan arah Kintamani,sebelum sampai ke area volcano tu bas berhenti lagi kat souvenir centre,kata guide tu boleh dapat discount 40% untuk semua barangan kat sini.Agaknya ada deal kedai tu dengan travel agent yang bawak bas pelancong kot.Atau pun harga sebenar barang memang less 40% dari yang dia display...saja nak bagi orang excited konon2 bagi diskaun tinggi.Banyak barangan kraft dan arts,tapi aku tak minat sangatlah,pusing punya pusing last-last beli t-shirt design batik dan key chain,baru sikit..takpa banyak lagi tempat boleh menyopping nanti.
Selesai membeli-belah,bas pun bergerak ke arah Kintamani,dalam 12.30sampailah kat area Gunung Batur tu,view memang cantik cuma cuaca gloomysikit.Gunung ni adalah volcano yang masih aktif lagi,dari 1804 dah 26 kali gunung ni meletus,last sekali pada tahun 2000.
Cepat-cepat kami bergambar sebelum kabus melitupi gunung,lepas tu proceed untuk lunch di restoran Kintamani.
Food memang sedap and interior pun nice,bercirikan Bali.Ada musolla disediakan untuk solat,yang tak bestnya takda partition untuk ruangan lelaki dan perempuan,terpaksala solat di belakang saf lelaki.Usai solat di luar ada ramai penjaja souvenir yang agak agresif juga menarik pelanggan,habis kita dikerumunnya,tapi memang tak dinafikan murah-murah harga barang yang dijual.
Mula dengan kak ela membeli,aku pun ikutmembeli t-shirt 10 helai dengan harga lebih kurang rm35.Kak ela memang borong banyak,lepas tu ramai lah yang lain mengikut.
Hujan mula turun dan kami bergerak meninggalkan Gunung Batur.Dalam
perjalanan turun kami singgah di sebuah farm yang produce kopi
luwak.Best jugak tengok pekerja dia tengah roast coffee manually guna
dapur tradisional,mainly farm ni produce kopi n koko produk.Luwak ni
sejenis musang yang makan biji kopi masak,somehow kopi tu undigested
tapi fermented dalam usus musang tadi and biji kopi tadi keluar balik
and diproses lah macam kopi biasa,sebabkan proses tadilah kopi luwak
yang exotic ni ada flavour yang unik dan harga pun mmg tersangat
mahal.Di sana kopi ni memang certified halal,so aku try la juga..sebab
kan aku ni bukanlah peminat kopi so tak dapatla nak appreciate sangat
flavour dia...biasa je pada tekak aku.Lepas u kami ke kedai untuk beli
produk dari farm tu...dpatla beli salak,passion fruit n serbuk koko yang
dipacking dalam bekas kayu berukir untuk souvenir.
Kami pun teruskan perjalanan melalui beberapa kawasan desa,sana sininampak banyak sangat aktiviti carving batu atau kayu yang sememang aktiviti utama orang-orang bali ni.Adabanyak sawah dan kami lalu kawasan padi bukit di tegalalang...nice,soothing green paddy terrace
Dekat pukul 7pm sampai hotel,dah refresh and solat aku abang dan kak ela
keluar balik,kali ni nak pergi spa dan dinner seafood di sebuah halal
chinese restaurant dekat2 area hotel ni.First stop kami singgah di spa
melati sebelah hotel ni..spa ni tutup pukul 10,so maksimum kami boleh
choose pakej yang untuk 2 jam.Dengan harga lebih kurang RM80++,dapat
pakej massage/scrub/lulur and flower bath yang memang memuaskan.Memang
sesuai untuk badan dan kaki yang lenguh2 lepas seharian berjalan.
Lepas mission spa accomplished,kami pun naik teksi ke restoran seafood
Sri Dewi..tak jauh pun dari situ cuma nak menapak tu jenuh la jugak.Suma
seafood fresh sebab di tangguk dari akuarium...perut pun memang
berkeroncong..apalagi..lobster,crab,sotong,ikan suma jadi pilihan..tak
lama menunggu mouth watering dishes pun siap untuk di 'ngap'.Lobster
masak merah,black pepper crab,steam ikan kerapu? kot,sotong and kangkung
goreng..mmg penuh meja tapi amazingly boleh licin kitaorang
kerjakan,cukup puas hati.Harga pun boleh tahan tapi setandinglah dengan
kelazatan makanannya.Simple,fresh and delicious...
yummy..... sekejap ada......... sekejap takda.....
Berlalulah sabtu di Bali,amazing day.....it's time to rest,and
bersambung untuk journey yang selanjutnya.....
No comments:
Post a Comment