Pages

Tuesday, October 21, 2014

PERTH HOLIDAY 5 - Augusta & Bunbury

Thursday 28 August 2014

Masih di hari ketiga
Hujan,mendung,reda,hujan lagi....
Biarpun cuaca sendu namun syukur perjalanan lancar seperti dirancang.

JOURNEY TO AUGUSTA

Dari Harmans Mill Road kami teruskan lagi perjalanan...further south untuk ke Augusta.
Masih menggunakan Bussel Highway.. pekan kecil Margaret River terletak kira-kira 20minit dari Chocolate Factory tadi.


Margaret River







Lebih kurang sejam perjalanan kami pun tiba ke Augusta






Welcome to Augusta



CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE

Kami tiba hampir pukul 4,waktu ni hujan renyai, angin kencang dan laut bergelora.,tapi pemandangan masih sangat cantik...saujana dengan kehijauan flora dan pemandangan lautan yang nampak biru kehijauan.





 Cape Leeuwin Lighthouse dari kejauhan



Cuaca sebegini tak mematahkan hajat kami memanjat tower tersebut,harga untuk guided tour adalah $20,masih ada tour terakhir pada pukul 4.20pm.Bagaimanapun tatkala nak beli tiket kami dimaklumkan last tour tu dah ada tour group yg book,memang ada limit berapa orang yang boleh join at one time,dan memang takda can pun kami nak menyelit sekali.
Mungkin kesian dengan kehampaan kami staff tersebut bagi diskaun untuk entrance sekitar precinct lighthouse,so byr $5 instead $8..okla happy sikit.

Kami dibekalkan dengan audio player.Audio guide mengandungi semua informasi tentang sejarah,geografi dan environment di sini,bagaimanapun tak sempat pun nak dengar semua sebab faktor cuaca dan nak kejar masa...tempat ni tutup pukul 5,dan agenda wajib bergambar kenalah diselesaikan dulu.




audio player




Cape Leeuwin adalah antara most dangerous coastline di dunia disebabkan treacherous reefs,batu-batuan dan cuaca.Lighthouse di sini dibina pada tahun 1895,bertujuan membantu kapal-kapal belayar dan mendarat dengan selamat. Menara setinggi 39meter ini mempunyai sistem lampu dengan intensiti sejuta lilin dan cahayanya boleh dilihat sejauh 26 batu nautika atau 48km.










Di sini juga adalah point pertemuan Indian Ocean dan Southern Ocean









Selesai tour kami di sekitar precinct lighthouse,pukul 5 kami pun keluar...  audio player dipulangkan dalam bekas yang disediakan.Kami singgah di pekan kecil Augusta untuk isi petrol dan tumpang toilet untuk berwuduk.Mencabar nak cari port solat dalam keadaan cuaca basah, akhirnya kami solat di parkir supermarket Iga.
Usai solat Sal yang dah kelaparan makan bekal spagheti dalam kereta,aku pula ke supermarket nak tambah sikit stok makanan..roti,jus,susu,telur.Selesai urusan kami pun meninggalkan Augusta,kali ni bergerak kembali arah utara menuju ke Bunbury...tempat bermalam hari ini.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk jarak lebih kurang 150km.Memandangkan kami berdua sahaja maka aku sengaja memilih untuk bermalam di Bunbury sebab takut lewat sangat dan kepenatan sekiranya memandu terus ke Perth yang memakan masa lebih 3.5jam.




Kami tiba di Bunbury hampir jam 9pm.Penginapan di The Clifton &Grittleton Lodge telah ditempah melalu Expedia.com.Motel ni menarik minat kami sebab  Grittleton lodge adalah building lama yang ini dibina around 1885,masih tegap dan nampak sangat klasik,berkonsepkan heritage style boutique accomodation...letaknya tak jauh dari beach.
Setelah check in,bilik kami terletak di tingkat 2...mujurlah bilik tepi tangga je.Sebelum angkut barang dan naik ke bilik kami bergambar-gambar dulu depan motel.

The Clifton &Grittleton Lodge


.Lepas tu sambung bergambar lagi dalam bilik.Bilik standard,agak luas serta ada balkoni....memang agak retro setting tapi bersih dan selesa.
Ada microwave disediakan,dapatlah panaskan bekal spagheti pagi tadi dan masak telur sekali.

standard room


balcony

Berakhir kembara hari ketiga dan malam itu aku pun belayar lena di alam mimpi bertemankan deruan ombak dari pantai yang berhampiran.....zzzzzz.


Sambung

3 comments:

  1. boleh tahan pack eh akak nye itinerary.. trbaikla.. CT nak try apply mana yang boleh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pack jgak sbb jap je 6hari,tmbh plak ada yg time hujan...tp Alhmdulillah kira mcapai target jgak smpai kt almost smua tmpt yg dh plan

      Delete
    2. Tulah pack jgak sbb jap je 6hari,tmbh plak ada yg time hujan...tp Alhmdulillah kira mcapai target jgak smpai kt almost smua tmpt yg dh plan

      Delete