Pages

Tuesday, February 3, 2015

FROZEN JAPAN 2 : Journey Begins..

7 January 2014

Kuala Lumpur - Nagoya

Flight depart pukul 12.35am.Kami dah berada di KLIA2 seawal pukul 10pm,airport lengang je tak ramai orang,berlenggang kangkung je berjalan ke departure gate...sempat singgah minum and makan chicken pie di Gloria Jeans,takut sangat esok kena berlapar,lagipun aku tak sempat ambik proper dinner tadi.



Lepas makan sambung jalan lagi...amboi jauh betul nak menapak ke gate ni,memang tak bolehlah nak terlewat check in kat sini,jenuh nak marathon.Tak lama kami duduk dah boarding..surprise  jugak tengok ramai yang ke Nagoya malam ni,kt luar tadi macam takda orang sangat.



Sebelum landing kami ambik meal untuk breakfast,sebabnya nnt malas nak tercari-cari tempat makan sedangkan perjalanan masih jauh lagi.Kami akan terus ke Nagano hari ni.

Chubu International Airport

Alhamdulillah perjalanan lancar dan flight touch down setengah jam lebih awal dari estimated time..kami tiba pukul 8am.


Chubu International Airport
Urusan immigration smooth dan by 8.30am kami dah keluar.Terus follow signboard untuk train ke Nagoya.Kami beli tiket di kaunter Meitetsu,tiket berharga 870yen sehala (non reserved seat),train pukul 9.17am dan kami sampai lebih kurang 10am di Nagoya Station.



Kaunter tiket train Meitetsu Line

Nagoya Station

Untuk ke JR station kena pergi ke building sebelah,jadi bila dah sampai tu keluar ikut West Exit (JR Shinkansen).,,keluar pintu terus ke kiri dan cross small road untuk ke JR Line building.

bangunan  meitetsu train station

bangunan JR station

Kami nak terus ke JR office untuk tukar voucher JR Pass,dah nak terus guna hari ni.Mula tu confuse jugak dengan JR ticket office...rupanya kena pergi ke JR Information centre untuk exchange voucher tu.Dari  pintu masuk tadi terus menghala ke kanan dan jalan terus,1st lorong belok kiri,jalan terus dan akan nampaklah JR info centre tu.

JR Info centre
Dah settle kami pun dapatlah JR Pass ni yang valid 7hari,bermula hari ni dan tamat selasa depan.



Sebelum meneruskan journey,kami ke underground mall untuk top up winter clothing,kami compare harga Uniqlo sini dan Malaysia...rupanya mahal lagi harganya di sini.Bagaimanapun kedai-kedai lain memang harga jauh lagi murah.Setelah top up apa yang perlu kami naik semula dan pergi ke JR ticket office untuk reserve seat ke Nagano.Reserve seat free je untuk pemegang JR Pass.Kami singgah kedai bakery dan beli roti dan pastry untuk buat bekal dalam perjalanan nanti.

Nagoya - Nagano
Train ke Nagano adalah JR Shinano Limited Express,pukul 12pm.Bila reserve seat kita akan diberi macam tiket yang tertulis seat berapa dan car (gerabak) mana.Tapi jangan pula masukkan dalam slot machine tiket tu,Untuk JR Pass holder lalu kat tepi kaunter yang ada staff tu,tunjukkan je Pass tu.


tiket reserved seat-gerabak 6 seat 11D




Naik je ke platform angin sejuk dah menyapa,uish tak sabar pulak nak masuk dalam train.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam,nilah masanya untuk sambung tido,walaupun teruja tengok tempat orang tapi rasa mengantuk mengatasi segalanya gara-gara tak lena sangat atas flight,sesekali Sal yang dah puas tidur mencuitku agar bangun sebab nak suruh tengok pemandangan cantik di luar.

Ok tengok kiri kanan dan sambung balik misi mimpi yang terbantut sehinggalah lebih kurang sejam sebelum tiba baru aku betul-betul terjaga...kali ni dah start excited sebab kiri-kanan pemandangan makin cantik sebab bersalji....sekejap duduk belah kiri,sekejap duduk belah kanan train yang tak berapa ramai tu untuk menikmati keindahan alam.



                       


Nagano station

Pukul 3pm tibalah kami ke station Nagano,belum habis journey kami hari ni...trip seterusnya ialah ke Shiga Kogen,kalau naik bas express ada sejam setengah lagi perjalanan,namun kami terpaksa mengubah  plan asal sebab next Nagaden Express bus adalah pukul 9pm.Aku  pun tak tau kenapa lambat sangat sebab sepatutnya time winter bas ni lebih frequent.

Nagano - Yudanaka

Jadi terpaksa tukar plan,seperti yang disyorkan oleh staff di info centre Nagano station tu,kena naik local train Dentetsu line ke Yudanaka station dan dari situ ambil public bas ke ski resort.Bagi orang yang bawak luggage besar macam kami option ni agak leceh tambahan kosnya lebih tinggi.Tapi memang tak sangguplah nak tunggu sampai ke malam untuk bas express tu.

Jadi kami pun  start mengusung bag,turun lif ke ground floor,keluar dari building Nagano JR station,kena jalan sikit untuk ke train station Dentetsu line tu,mujur ada lif,turun ke basement.Beli tiket train ke Yudanaka yang berharga 1260yen,kena transfer train di Shin Nakano.

Perjalanan ni mengambil masa lebih kurang 50minit,kami orang yang pertama masuk ke train unik ni dan dapat duduk di hadapan sekali.Memang tak terasa penat sebab leka dengan pemandangan indah gunung-ganang di luar.






perjalanan dari Nagano ke Yudanaka

Sampai station Shin Nakano kena keluar train tu dan transfer ke train sebelah yang dah menunggu,train kedua ni biasa aja rupa macam komuter.Sekejap je dalam 10minit dah sampai ke Yudanaka station,hari pun dah gelap.Public bas ke Shiga Kogen dah menunggu...bagus diorang ni memang arrange jadual supaya synchronised perjalanan train dan public bas,jadi takdalah kita lama menunggu.

Kami terus ke kaunter beli tiket bas yang berharga 1100yen,mahal jugak harganya.Bas lama je,ragu-ragu jugak bas ni tak semput ke nak mendaki area bukit bukau ski resort tu.Tapi jangan risau sebab walaupun lama tapi bas ni memang condition tip top.
So total kos ikut route macam ni ialah 2360yen,berbanding Nagaden Express bas iaitu 1900yen,jimat sikit  kos dan convenient sebab direct dari Nagano ke Shiga Kogen.Apa nak buat takda rezeki kami naik bas express tu.

Prince Hotel,Shiga Kogen

Sebab hari dah gelap memang tak nampaklah pemandangan di luar,bas berhenti-henti jadi perjalanan kami ke Shiga Kogen mengambil masa hampir sejam jugak.Akhirnya tiba jua ke destinasi,bas berhenti betul-betul di hadapan Prince Hotel (west wing).

Turun bas kesejukan menggigit dan  mencengkam sampai ke tulang,tak sabar nak masuk dalam hotel,tapi cabaran belum berakhir.Rupanya nak kena mendaki sikit ke bangunan hotel,sebab tangga naik tu dah ditimbun salji jadi dah jadi macam slope pulak ke atas,mau tergolek dengan beg-beg ni kalau kami naik juga.Ada bangunan berhampiran,kami masuk ikut situ,rupanya cafe hotel,kena daki tangga naik ke 1st floor,dari situ keluar dan boleh jalan ke main hotel building...sebabkan snow tebal perkara ni pun terasa mencabar sekali.

Alhamdulillah setelah semalaman dan seharian perjalanan,akhirnya selamat check in ke bilik hotel...bilik family room,ada 4 katil single.Standard bilik hotel Jepun memang kecik,tapi sebab kami bertiga agak selesa la jugak.Facility pun standard hotel room,cuma yang tak best sikit nak berwifi kena turun lobi.
Malam tu kami makan nasi biryani kambing Brahim yang dimasak dengan rendaman air panas,sambal ikan bilis dan serunding.Fooh...end of Day 1....Ganbatte Kudasaii!!



Sambung


10 comments:

  1. Wahh..bestnya..winter holiday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah sini,nohas pun dah ke jepun kan...smua musim mmg best,cuma winter ni kena bperang sikit dengan kesejukan :D

      Delete
  2. wahh..shinkansen..rasanya kalau ke jepun wajib naik menda at least sekali sebab takde kat Malaysia kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi shinkansen mmg wajib naik klau dah jejak jepun kan...tapi time ni belum jumpa lagi..semua train biasa,dari nagoya ke kyoto barulah merasa naik shinkansen :)

      Delete
  3. Bestnye kak ayda g travel ke Japanggg...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aishah nin,
      thanks singgah sini ya...japangg mmg best,aishah try la g sana skali...mesti nak pegi lagi :)

      Delete
  4. info direction lengkap..ni yg sis JM sukeee sgt..kalau nk ke Nagoya, Nagano..entri ni pasti akan rujuk

    wahh..mencabar tul perjalanan korang..naik train turun train..mmg x de train eh kalau nk ke Yudanaka

    bila baca first journey ni rasa seperti sis JM turut travel bersama korang tau heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tiring betul first day ni sis JM...JR train sampai Nagano je,timing bas express direct ke ski resort tak kena pulak...Yudanaka pulak hanya ada train Dentetsu line

      apa pun suma pngalaman berharga ,sy pun kalau bc blog sis n traveller yg lain rasa mcm mengembara bersama..bersungguh-sungguh menghayati sbb minat yg sama kan :-D

      Delete
  5. cantiknya pemandangan..ni yg buat lagi terkinja2 nk gi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabar kan..jln musim winter sejuk tapi ada special feeling bila tengok snow,can't get enough of it,happy travelling mira,njoy ur holiday!

      Delete